.::: MOMOY blogirl :::.: February 2016

27 February 2016

Ketemu acne cream yang boleh menakutkan si jerawat


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hello gaiss. 



Cuba memupuk kembali semangat blogging yang semakin terhakis *tutup muka*. Dah lama tak share pasal skincare kan. Sebelum ni Momoy pengguna Wonder Glow Skincare. Tapi bila Wonder Glow upgraded, kulit Momoy tak serasi. Terpaksa cari skincare lain. Sedih sangat tau sebab Momoy betul-betul sayang dengan formulasi Wonder Glow yang lama *kesat air mata*



Sebelum bertemu dengan skincare sekarang ni, macam-macam produk jugalah Momoy try. Pernah guna Babbies Blink sebab tengok kawan pakai lawa meletup-letup, tapi Momoy pakai kulit kusam jer. Lepas tu upgrade sikit pakai Babies Blink Gold siap dapat free coffee collagen tapi sama juga. Momoy cuba bersabar dan, pakai agak lama juga Babies Blink Gold ni tapi tension, tetap tak ada perubahan. Rasa bosan dan Momoy stop. 



Lepas puas try itu ini, Akhirnya try Nina Skincare. Kiranya ni dah masuk bulan keempat. Alhamdulillah serasi, muka tak gatal-gatal ke apa. Skin takde la woww macam pakai Wonder Glow tapi okay lah kulit tak kusam mana. So, Momoy continue jer dengan Nina ni since dah letih mencari. Wakaka. Lagi pun kesian kat skin sendiri tau. Asyik jadi bahan tester jer, kan. 



Tentang Nina Skincare ni jangan tak tahu yang Nina Skincare ni ada banyak juga rangkaian produk dia. Tapi yang Momoy nak cerita ni adalah ANTI ACNE CREAM by Nina Skincare. Momoy order online jer sebab brand ni susah sangat nak jumpa kedai jual offline. Huhu.





Ni diaa...





Memula sampai kat tangan, Momoy macam terkedu sikit. Cenoet nye lah. Macam berapa lama jer tahan benda ni. Huhu. Bab packaging, acne cream ni memang super cute. Krim ni 10 gram saja tau tapi mujur isinya PENUH BEKAS. Hihi.





Gambar ni Momoy dah guna dalam 2 bulan bulan tapi masih banyak lagi tau. 
Momoy rasa krim comel ni boleh tahan sampai 6 bulan atau lebih ikut penggunaan.





Krim ni pakai SIKIT sahaja di tempat yang berjerawat. Saja bold kan perkataan 'sikit' tu. Sebab Momoy pakai sikit jerrr tapi jerawat besar kat pipi Momoy kecut keesokkan harinya. Mabeles ! Masa tu rasa nak melompat tinggi-tinggi sebab dah lebih sebulan dah jerawat besar tu menempel. Bayangkan.





Ni rupa jerawat besar kat pipi yang dah kecut tu *blush*
Maaf la. Gambar masa jerawat besar bergumbira menepek tu lupa nak snap 
before try acne cream ni. Alaa... korang bayangkan je la. 
Korang kan terrer bab-bab imagine ni. Hihu. 





Acne krim tu Momoy guna hanya pada waktu malam, masa nak tidur, Lepas cuci muka bersih-bersih, pakai toner, pakai night cream segala, kemudian baru calit SEDIKIT anti acne cream ni. Maaflah, Momoy bold lagi sekali. Saja nak bagi amaran. Sebabnya Momoy excited sangat jerawat besau tu kecut. Tambah pula acne cream tu sejuk nyaman. Best sangat tau bila pakai kulit sejuk macam pakai balm. Bau pun macam medicated balm plus herba-herba gitu. Lagi laa Momoy suka. 





Calit sikit saja di tempat jerawat okay. Hanya guna pada waktu malam je tau ! Pesan lagi.





Sebab apa Momoy pesan banyak-banya kali. Ni nak cerita. Oleh sebab kesukaan tahap melampau kat anti acne cream tu, Momoy dengan SENGAJA-nya telah pakai banyak-banyak melampaui batas kawasan jerawat dan pada setiap saat ! Seller dah larang tapi Momoy degil. Nak tahu apa yang jadi ?!



Jeng. Jeng. Jeng. Bersambung di next entry. Wakaka. 



Akibatnyaaa... skin Momoy menggelupas teruk kat area tu. Hambik ! Benda tu sejuk je kalau bubuh sikit. Tapi kalau dah pakai melampau macam yang Momoy buat tu rasakan la kepanasannya, sebab dia kan herba. Haha... Degil. Over. Padan muka. Tapi jangan tepuk tangan suka. Haip !



So tu jela kot nak cerita pasal benda kecik ajaib ni. Oh. Harga dia ye. Anti Acne Cream ni hanya RM45 sahaja. Huh. Rasa tak boleh blah kalau tengok iklan tulis perkataan 'hanya' dan 'sahaja' tu. Ngee. Tapi sebab berkesan pada Momoy, so tak kisah.



Ni kelebihan Anti Acne Cream Nina Skincare dari pengeluar :

  • Pengecutan jerawat secara drastik (YAY !)
  • Tiada pengelupasan (YAY ! Amaran: hanya pakai di tempat jerawat dan calit sikit saja okay gais !)
  • Bila pakai rasa sejuk (YAY !)



Fuh ! Momoy terpaksa mengaku yang ini pertama kali produk yang Momoy terpaksa setuju 100% dengan kata pengeluar dia. Hahaha. 






Muka happy bebas jerawat besau-besau. Jerawat kecik-kecik merah masih ada. 





Eh eh. Lupa nak bagitahu. Kalau nak beli boleh contact sis Fatin ni jer. 
Instagram : fatinadawiyah






21 February 2016

Ada ke yang sudi follow ?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Hahaha... Kalau perasan di sidebar blog Momoy tetiba jer muncul banyak gambar si cantiksss. Ewah. Sesiapa nak tahu RAHSIA bagaimana mereka ini menjadi cantik lebih dari biasa, silalah follow Instagram Momoy. Kih kih kih. Nak tengok-tengok pun tak apa. Silakan silakan. Tiada tol dikenakan. Tapi kalau nak follow, lagilah Momoy berbesar hati gitu.









19 February 2016

GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Lama Momoy tak join GA. Blogwalking kat blog Comel tadi terjumpalah GA yang super ohsem menarik. Wohooo... GA sekotak Ephyra dari Naomie Licous. Alahai... Momoy kan alah pada supplements or beauty products nih. Jadi, haruslah Momoy enter dengan harapan setinggi gunung. Mana tahu untung sabut timbul kan, ye tak ? 




< Klik gambar untuk penyertaan >


07 February 2016

CNY Sale Combo di SASA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Hampir 2 tahun tangguh beli benda alah ni. Akhirnya terrrr-makan juga nak beli lepas baca banyak review pasal tu kat blog Comel. Terus drive pergi mall cari Sasa. Gitu. Senang sangat dipengaruhi. 



Susahnya jadi orang perempuan ni adalah 'tak tahan godaan 4 huruf'. Tambah pula sekarang kan nak sambut CNY. 






Padah 4 huruf... S.A.L.E. Awal tadi macam nak beli cushion foundation jer. Tapi...






Mask pun ada sale juga. Selalu kalau sale 4 pcs RM 10 untuk mask yang harga RM 4.90. Tapi kali ni Sasa buat 10 pcs RM 19.90 jer. Jadi, marilah kita memborong mask untuk dibuat stok 2 3 bulan. 






Dari berpuluh-puluh jenis, Momoy pilih 2 jenis ni jer. Placenta Essence Mask dan Collagen Essence Mask. Dah tua-tua ni kena lebihkan kolagen untuk bersaing dengan gadis-gadis muda remaja di luar sana. Hihu.





Yang dalam bag pink tu barangan make up. Semua kat gambar bawah tu Sasa buat promo combo CNY (kecuali yang cushion foundation). Sebabkan ada combo CNY tu Momoy cuma bayar RM 160 dari harga sebenar RM 400++. What the 4 huruf, kan. Haha.





My NY DKNY perfume 
SasaTinnie Aqua Cushion Foundation SPF 50+ PA +++ 01 Beige
Cyber Colors 24hr Eyeliner DUO
Cyber Colors Lash Amplifier Waterproof Dual Mascara
Cyber Colors Sheer Loose Powder 01 Ivory
Cyber Colors Serum Lipstick 03 Pink Rose





Combo CNY tu tak boleh tukar item cuma warna lipstick jer. Masa Momoy pergi tu combo tu tinggal 3 pek je lagi. Mujur warna bedak tu memang dah sesuai dengan kaler kulit Momoy. Cuma lipstick tu Momoy tukar ke kaler yang lighter sikit.





Asalnya dalam combo tu letak kaler margenta. Momoy tukar dengan kaler ni. 03 Pink Rose yang lebih sesuai dengan jiwa Momoy. Warna terang-terang ni Momoy kurang suka sebab nampak usia lebih matang. Kaler soft-soft ni nampak muda sikit kan.





Momoy kan tak suka pakai lipstick. Momoy pakai lips balm jer. Tapi serum lipstick dari Cyber Colors ni serious Momoy suka. Bila pakai bau macam makan kek. Warna sekata cantik. Bibir tak mengelupas dan kekal lembap sebab ada serum. Oh, yang tengah-tengah tu la serum dia. Tapi apa-apa pun lipstick ni warna dia memang lawa. Nampak sangat soft, nude dan innocent jer. 





Ini tujuan sebenar ke SASA. Nak beli cushion powder yang akhirnya buat-buat
 tak sedar sambil tambah item lain *buat muka tak bersalah*



Beli Super Food ni sebab Momoy kan suka consume brand Kinohimitsu. Boleh cenggitu ?





Super Food ni produk terbaru dari Kinohimitsu. Warna coklat muda, tekstur halus yang sederhana macam tepung multigrain tu. Momoy dah try, boleh diterima tekak. Yayy...





Katanya 7 warna mewakili tujuh serat dan fungsi yang diperlukan tubuh badan kita. 





Pagi-pagi sebelum pergi kerja, Momoy akan buat siap-siap air. Hanya campur 2 sudu Super Food nih dengan air suam. Dalam kereta tonggang jer botol air. Wohaa... perjalanan Paka-Gebeng hari-hari pun tak ler rasa boring sangat dengan Super Food nih. Hoho... Ayat iklan tu.




"GONG XI FA CAI" (tetiba)

Detox dengan NH Vege F'bre Plus


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Hai semua...

Hari tu cakap pasal nak detox sebelum consume Qu Puteh kan. Haa... Meh baca review. Pening fikir nak detox apa, akhirnya Momoy pilih...






NH Vege F'bre Plus. Oh. Kalau tak silap Momoy si putih Adira tu duta NH ni kan.





Dalam packaging NH Detox Slim ni ada 7 sachet. Bila balik rumah baru Momoy perasan yang NH nih ada nama lain yang orang panggil iaitu 'NH Detox Slim' ! *pitam*. Momoy risau berat Momoy turun. Adoi la. BMI sekarang dah ideal. 54.5 kg.  














Serbuk NH halus jer. Momoy bancuh bagi suam jer. 
Sebab kat packaging NH tu tulis kena minum segera.



Ni rupa lepas bancuh macam jelly sikit, Bau macam daun lalang. Huhu. 





Rasa tak sedap hati. Tetiba jer terfikir kenapa bau pelik. Lepas tengok tulisan 'Vege F'bre' baru fikir... Aisehhh... Vege tu bukan sayur ke ? Isk isk... kenapa slow sangat nih. Rasa nak tampar pipi sendiri tapi takut sakit. So lupakan.





Minum dalam Hello Kitty ni pun tak mampu nak habiskan juga. Haha... Rasa azab jer nak lalu kat tekak ni. Tambah pula NH ni kan macam jelly jelly. Jadi, geli jer tekak dengan rasa dan bau dia yang sangatttttt fiberrrrr dan naturallllll itu. Huhu.



Bukan sebab ingredient NH ni tak bagus tau. Bagus sangat-sangat tapi Momoy tak boleh pergi lah. Haha... Momoy rasa siapa nak kurus sesuai sangat kot. Sebab esoknya Momoy pergi membuang dengan senang sekali. Tak ada rasa sakit perut ke apa. 



Pendek jer nak cerita pasal NH nih sebab Momoy minum satu sachet jer *tutup muka*





Siapa-siapa nak try NH Vege F'bre plus a.k.a NH Detox Slim ni silalah beli kat Guardian. Watson dan farmasi pun ada jual. RM 30++ sahaja.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...