.::: MOMOY blogirl :::.: January 2016

26 January 2016

Teaser Qu Puteh Qu Puteh, Barulah Puteh ~


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Rasanya semua rakyat Malaysia sekali pun budak tadika kenal produk ni kot.





Sekarang ni kan, asal buka TV jer mesti ada Dato' Seri Vida pengasas Pamoga Qu Puteh tu *dua jari kat pipi*. Mula-mula tak attract pun dengan produk Qu Puteh dia sebab bahan dia lebih kurang sama je kot dengan produk local yang lain. Dah tu pula produk dia semuanya mahalllllll. Haha.



Biar pun hari-hari hatta selang 10 minit iklan Qu Puteh tu muncul, tapi Momoy bangga sebab mental Momoy kental. Tak terhasut pun dengan momokan DS Vida tu *tepuk bahu*.



Petang tadi Momoy pergi Mesra Mall. Lepas shopping beauty haul kat Sasa, elok lalu jer depan kiosk produk kecantikan, boleh pula ringan mulut Momoy ni cakap kat adik yang dok jual tu "Dik, bagi Qu Puteh satu". Arghh... Rasa nak jahit mulut sendiri tau.





Mujur Qu Puteh ada promosi Gegar Juara Qu Puteh jadi harga dia RM 168, 
berbanding harga asal dia RM 268. 





Momoy pernah jumpa orang jual online RM 215 jer. Tapi still mahal la kan kalau nak compare dengan produk Bumiputra yang lain macam Aura White, K-Colly dan seangkatan dengannya. Ni Momoy copy paste kebaikkan Qu Puteh tu.



6 Manafaat Utama Qu Puteh ialah:

  • Anti penuaan & anti kedutan
  • Membantu menghalang jangkitan selsema dan jangkitan saluran pernafasan.
  • Menganjal, melembabkan, mencerahkan kulit
  • Mengurangkan selulit
  • Mengurangkan masalah keguguran rambut
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan



Tu jer la nak cerita pasal Qu Puteh ni. Review Qu Puteh tu next time ye. Macam yang Momoy taip kat tajuk atas tu, teaser jer. Jadi, jangan marah haaa... Nanti lepas habis consume sejar tu Momoy review laa ok. Insyallah. Tabur janji manis lagi. Tsk.



Sekarang, Momoy fikir nak detox badan dulu sebelum ambil Qu Puteh ni. Harga datuk mahaiii kenalah detox dulu barang seminggu dua. Ikut hati sumpah malas, tak sabar, nak terus consume jer. Hihi. Hari tu dah consume detox Kinohimitsu. Kali ni nak try brand lain pula. Ada cadangan ?

20 January 2016

Countdown for Minaz Roselle




10 hari lagi !!!
10 hari lagi !!!
10 hari lagi !!!


Penantian Minaz Roselle selama entah berapa bulan... Akhirnya tinggal 10 hari saja lagi Minaz akan release koleksi terbaru 2016 mereka. Yuhuu... 



Cuma yang sedikit sedih, ada beberapa design dan princess skirt yang Momoy tunggu tu tak akan release 30 Januari ni. Uhuu... kena tunggu lagi ler nampaknya.



Hari tu masa grand opening Minaz kat Gio Mall Kuantan, beria Momoy siap awal-awal pagi dan travel ke Kuantan. Tu semata-mata nak pergi berebut Roselle. Mana lah tahu kan time tu Minaz buat special release ke. Haha... Tapi tak ada. Momoy beli beberapa helai dress Minaz untuk tambah koleksi Momoy. Minaz ni Momoy memang pantang kalau tak beli. Huhu...



Momoy order dengan ps.bangi (sue). Ni first time try guna service ps (personal shopper) sebab Momoy akan start busy semula pada 27 ni sampai bulan dua nanti. Hopefully fit elok ler. Sebab ada kerisauan juga di hati Momoy. 



Ingat, 30 January ni tau. Standby okay. Nah ! Saja nak buat kamu berdarah hidung. Muahaha...





Minaz Roselle Blazer



Minaz Roselle Laraa Dress

Minaz Roselle Laraa Kids

Minaz Roselle Nadeera

Minaz Roselle Peplum Kurung

Minaz Roselle Ixara

Minaz Roselle Tunic





Shawl pink tu pun Minaz jual juga cuma gambar Momoy cari tak jumpa pula. Ada tak yang berkenan ?



P/s : Sumber gambar ni dari Whatsapp dari @ps.bangi (018-258 0205)





16 January 2016

Buang DAKI hitam di badan anda



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Yuhuuu... Terjumpa benda alah ni dalam Facebook. Well dah try benda ni beberapa kali, terus rasa nak taip kat blog. Kalau lama-lama confirm dibawa angin. Momoy kann. 




Milky Coconut Bodyscrubs




Kenapa ? Sebab pertama adalah Momoy suka sebab ada coconut which is kelapa. Heheh.



Dulu masa Momoy kecil, lepas masak mesti simpan hampas kelapa nak buat sental-sental badan masa mandi nanti. Ohoo... Momoy memang diasuh memasak dan mengemas dari kecil. *cough* Up diri kejap. Hampas kelapa tu kan nanti Momoy bungkus dalam kain perca. Lepas tu ikat dengan getah kuat-kuat. Macam sup bunjut. Haa... Petua orang lama-lama ni memang berkesan tau. Kulit mati semua tanggal dan kulit pun feeling soft jer.



Tapi zaman sekarang ni, susah sangat nak jumpa kelapa parut 50 sen ke seringgit tu. Masak pun pakai santan kotak atau pun yang dah dijadikan serbuk tu. Rugi budak-budak zaman sekarang tak merasa kupas buah kepala dan lenguh pinggang sebab parut kelapa. Hehe. 



Sebab yang kedua pula bahan dia adalah dari susu. Omo omo... Susu ni memang best tau. Boleh cerahkan kulit ! *kenyit mata* Momoy pernah bagi tips cantik dengan menggunakan susu dulu kan. Ada satu sebab lagi yang buat Momoy tertarik nak try. Iklan kat Facebook tunjuk cara nak apply dia lain sikit dari scrub yang biasa Momoy guna. 



(Yang ni ayat coffee pasta dari label botol tu) 

Mix Moist Coconut Paste with water to make thin smooth paste, apply onto body and let the scrub dry for 10-15 minutes. Use hands to scrubs gently on a circular movements. Cleanse the body with warm water, for best result shower with Aroma Milk Bath. 




Ni rupa scrub tu. Sedikit berketul-ketul sebab dia 100% natural. So tak perlu risau.




Tambah air sikit dan ramas-ramaskan guna tangan sampai la macam gambar bawah ni. Tak perlu terlampau pekat pun sebab nanti masa nak tunggu kering lama. Tapi jangan terlalu cair pula. Agak-agak jela.




Sooo creamy ~




Lepas siap tu lumurlah satu badan. Masa ni asyik cium-cium scrub tu je sebab bau macam biskut bangkit. Walau pun bau dia tak adalah strong sangat, tapi boleh buat Momoy lapar la juga. Huhu. Oh ye, lupa pula nak bagitahu scrub ni yang special nya kena apply masa badan kering



Then tunggulah dalam 20 ke 30 minit. Bila dah kering kat badan. Mulakan operasi menyental secara memutar. Masa ni boleh tengok habuk-habuk scrub bersama dead skin tertanggal macam sisa pemadam getah zaman sekolah. Sesiapa yang dah lama tak buat activiti scrubbing ni, hampas scrub tu akan bertukar kaler coklat sikit. Euww. 



Milky Coconut Bodyscrubs nih dia ada 3 size packaging yang boleh dipilih. 120 gm, 250 gm dan 500 gm. Momoy beli yang 500 gm sebab Momoy memang suka scrubbing. Lagi pula kulit Momoy senang kusam sebab keadaan kerja. 




So yeah. Harga dia RM 85 untuk 500 gm.




Mesti nak tahu hasil dia cam mana kan. Jujurnya scrub ni ada efek kulit lembut sikit-sikit macam pakai lotion. Not the best tapi still Momoy suka. Kesan yang paling nyata adalah Momoy dapat rasa kulit badan Momoy rasa sangat bersih dan sangatttt lembap gitu. Ni sebab ramuan coconut tu la. Ecewah... tak taip kelapa. Sombom nau. Sangat-sangat recommend pada sesiapa yang kulit dia sangat kering atau bersisik. 



Kalau kawan-kawan rasa nak cuba scrub ni, boleh klik page INI. Ada pelbagai info dan testimoni pasal produk tu juga. Dadiduuu ~



Kembali dari invisible


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tengok date entri lepas, pura-pura terkejut sebab lama benau blog ni tak ber-update. Lama juga nak cari balik feel menaip nih. Buat alasan kerja Momoy yang tak serupa macam orang lain. Tapi tak apa, Momoy cuba sudahkan entri ni dan publish. Lama tak online ni, buat Momoy jadi rinduuuuuuu juga pada member blog tau.



- Comel, Azriel dah ada kawan belum ?
- Caliph, Himawari nakal tak kat school ?
- Ecannnnn, macam mana result ? Momoy doakan Ecan berjaya dapat first class sebab 
  tamo bayar PTPTN kan. Hehe...



Dan eh, pada silent reader yang rajin chat Momoy kat whatsapp or email. Terima kasih kalian. Tapi sayang email dah tak boleh buka sebab tak ingat password. Rasa nak nangis. HP pula Momoy tak sempat nak reply sebab busy kerja. Kadang tak charge untuk beberapa hari. Terlampau busy. Urm. Now kembali normal untuk beberapa minggu. Jadi ambil peluang untuk menaip dan buat aktiviti kesukaan Momoy =)




Hari ni bersiap awal nak pergi library. 
Dah boleh aktif balik pinjam buku kat library. Yayyy ~




Tapi seriously, sampai sekarang tak tahu nak cerita apa. Taip-taip pun tapi masih tak ada isi. Tak ada idea. Tolonggg... Perlukah Momoy publish ? Ke nak masuk draft jer. Sedih bebenor bagi orang baca nih. Tapi kan dah lama sangat tak update kan. 



Akhirnya Momoy pilih... *klik publish sambil pejam mata*.  Ampun.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...