.::: MOMOY blogirl :::.: 2016

08 October 2016

30 September 2016 - 1.30 ptg - Ampang Park


Assalamualaikum geng.

Dah lewat seminggu baru nak up cerita. Phew... janji kemain ye ko Momoy. Gini ceritanya...



Masa zaman study dulu, Momoy agak aktif la juga berforum. Ewahh.. Masa tu ada la kenal sorang awex cun ni. Bagi orang yang buta IT macam Momoy ni, memang kekaguman tu luar biasa lah bagi orang yang ada blog ni. Hari-hari duk stalk blog dia. Dan dia ni pula rajin update, banyak aktiviti dia dari berdating, modelling, bisnes, main badminton dan macam-macam lagi lah. Sekarang pun sama, dia rajin update, gue je yang malas *tutup muka*



Hujung bulan September lepas, Momoy sibuk la ajak ibu pergi Ampang Park sebab hari tu last day promotion apa ntah. Tapi beauty stuff la. Bayangkan dengan bad hair day nya, muka pula hanya tonyoh baby powder J&J tu (tau kan?) dan bibir pakai lipbalm Dato' Aliff Terlajak Laris jer. Haha... Cuba bayangkan muka Momoy masa tu tapi borong giler-giler beauty stuff. Agaknya orang-orang kat situ mesti cakap, memang patut pun dia memborong. Hehe..



Thanks Ibu temankan Momoy, walaupun Momoy di paw olehnya. Hehe.. Then, turn Momoy plak temankan ibu cari seluar putih dia. Masa tu, jeng.. jeng.. jeng..



Tarik nafas jap. Minum Milo dulu.. Ok. Momoy sambung taip. Momoy dikejutkan dengan jelmaan makhlus super kiut. Seriously, Momoy TAK PERNAH termimpi akan terjumpa. TAK PERNAH terfikir akan terjumpa masa tengah jalan-jalan pula tu. Hehe... Terus jer mulut celupar ni tegur "Comel kan?" 



Oppss.. tunggu jap. Ingatkan tadi Momoy dah bagitahu situasi Momoy masa tu. Ni soalan yang Momoy tanya kat makhluk super kiut tu. "Comel kan?" dan makhluk tu angguk. Omaigod, ianya menjadi 2 kali ganda comel. Serius tak tipu.



Namanya Comel dan dia sememangnya comel. Momoy tak tau nak cakap apa sebab asyik tenung kulit dia yang flawless itu. Geram sangat. Uhuk... Kuasa Allah kan, hampir 10 tahun dok kenal kat alam siber jer, tetiba hari tu 30 Sept 2016 pukul 1.30 petang terjumpa kat Ampang Park Mall =) Siapa sangka.





Kiri : Makhluk comel itu
Kanan : Momoy selebet yang mengharap aura comel sebelah akan melekat hatta 5%




Even 5 minit jer kitaorang borak, tapi Comel ni peramah. Siapa tak kenal lagi Comel ni wajiblah pergi jenguk blog dia sekarang [ Suara dari telapak kaki Comel ]. Seriously banyak sangat tips dan beauty review yang buat korang semua kata nak beli.. nak beli.. nak beli..  



Untuk Comel, Momoy doakan Comel sentiasa dirahmati Allah. Dan juga semoga persahabatan kita ni akan berpanjangan. Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan Momoy dengan insan luar biasa ni. Aamiin. Nanti kita meet lagi ya Comel. 



P/s : Peluk cium Azriel untuk Momoy ye Comel =)


22 July 2016

Siapa ada masalah kelengkang dan punggung 'karat' sila baca post ini.


Ramai yang fokus jaga kulit muka berbanding kulit anggota badan yang lain, kan ? Haa, jangan tipu. Tak baik tau. Asyik fokus kulit kat muka jer sampai kulit kat lain terabai. Terutama sekali kulit kat celah kelengkang atau kulit punggung. Check la sendiri apa rupanya yer.



Malu nak baca ? Tapi hais, lagi malu kalau kulit kat 'situ' hitam berkarat hoi. Akad nikah nanti mana nak sorok muka kat encik suami ? Ada ke kaitan suami dengan kat 'situ' ? Entahlah. Ada ke cara nak hilangkan hitam karat di kelengkang atau punggung tu ? Eh. ni yang Momoy nak share nih. Haha... 



Pertama, dengan scrubbing! Biarpun ada yang mencebik bila Momoy tulis scrubbing tapi memang tak ada cara lain. Scrubbing atau sental la lembut-lembut dengan konsisten setiap hari. Rajin-rajin lah buat supaya sel-sel kulit mati yang dah bertahun-tahun menempel melekat di situ akan melembut dan terhakis perlahan-lahan. 



Kedua gunakan daun gelenggang ! Hah. Cara ni memang berkesan kalau rajin dan konsisten. Ni petua orang lama-lama tau. Caranya, ambil daun gelenggang tu dan tumbuk bersama belerang. Bila dah lumat, gaulkan bersama minyak tanah. Tepek ramuan tu kat celah kelengkang atau punggung. Kena buat sehari tiga kali tau.





Ni rupa daun gelenggang




Kena buat konsisten baru ada kesan. Nanti boleh nampak kulit tu dia mengering dan peel off sikit-sikit. Anda akan rasa tak berasa selesa sebab panas, perit, pedih dan bau. Haha... bertabahlah. Kata nak cantik kan.



Istilah 'beauty is pain' sekarang ni mana boleh pakai lagi. Dah ada cara mudah dah pun. Klik SINI. Momoy ada tester untuk 20 orang yang nak try. Then bagilah honest feedback pada Momoy selepas menggunakannya okay.



Siapa berminat nak try, boleh whatsapp Momoy kat 014-544 5951. Bagi salam dan kod nih "Momoy, saya nak sample". Sampel ada 20 saja. Jadi kena pantas tau. Nak share ke family atau kengkawan pun boleh. Klik button share di sebelah kiri ni sahaja okay. 



07 July 2016

Jom shopping baju cantik kat KREE !


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Korang kan tahu yang Momoy ni alergik dengan baju cecantik ni semua. Momoy paling menyampah kalau jari ni terrrbrowse website baju cantik-cantik. Ataupun terrrscroll skirt lawa-lawa kat Instagram. 



Setiap kali pergi kerja atau kelas (hehe... pjj student sekarang), mesti ada yang tanya pasal baju dan skirt yang Momoy pakai. Yang mana selalu tanya Momoy beli mana baju skirt yang meruntun perasaan jiwa raga korang tu, meh rapat sikit Momoy nak bagitahu nih. Terasa macam rugi kalau tak war-war kan butik paling gorgeous nih ke masyarakat. Hihi.





KREE - salah satu local brand yang Momoy suka




BLAIR DUO




Ada banyak kaler lagi tapi Momoy pilih kaler pastel yellow green mint. Yang ni actual dia super duper cantik. Kain chiffon lembut. Pinggang dari black leather. Kain jenis mermaid. Tepi pinggang pleated depan pula macam waterfall gitu. Momoy paling suka skirt nih sebab bila pakai flowy jer. Paling best design dia. Design dia memang win. Lain sikit dari skirt yang biasa kita tengok. 



ZALIA PLEATED SKIRT – GREY




Simple tapi gorgeous ! Momoy ada ternampak Sari Yanti pakai masa shooting cerita apa ntah. Memang best skirt ni. Feeling princess sangat tau. Skirt ni cantik kalau pakai plain blouse dan tuck in. Yang tak best sikit panjang skirt ni tak cecah hujung kaki jer. So, Momoy pakai dengan balerina. Pakai dengan heel rasa pelik pula macam tergantung kan.



MARY LACE TOP




Warna off white. Lace depan belakang kecuali kat lengan. Kat tangan ada reben dua ketul. Hihi. Nak pakai tuck in dengan skirt pun lawa. Nak pakai lepas pun lawa sebab lace bawah dia tu ada kaki =) Mary top ni jenis tunic A type (kembang di bawah) which is Momoy tak berapa suka. Hihi. Tapi takde problem pun sebab Momoy boleh jahit kuruskan dia sikit, tak pun tuck in jer.



DYLLY PINK




Mermaid skirt ni pun kalau korang pakai berdarah hidung. Kaler favourite Momoy. Actual kaler sama macam dalam web tapi bila ambil gambar nampak pucat pula. Haip. Tapi boleh la nak tunjuk lace dia tu. Lawa kemain.



GRACE



Lace lagi tapi jenis laser cut. Serius lawa. Berbaloi sangat-sangat. Super cantik. Cantiknya yang bila korang pakai, orang akan tenung penuh kejelesan sambil fikir mana la dia beli baju tu. Momoy grab dua kaler. Satu light grey, satu off white. Tu dia penangan Grace. Cantik blouse ni tau. Ada lace panjang kiri kanan boleh ikat simpul reben untuk extra cantik.


AMABEL TOP 



Yang Amabel top ni Momoy pilih off white. Lengan dia pleated 3 layer beb. Feeling macam 
zaman Victoria. Design simple pun cantik kalau Kree punya. Pakai simple long necklace atau pun statement necklace dan voila. Siap !



CHARLOTTE LACE SKIRT IN PINK


 


Lagi skirt duyung lace lawa tahap boleh pitam. Cuba tengok close up yang Momoy amik ni =) Lawa ke tidak ? Ada kaler lain juga yang mengancam, light grey.



BALERO 




Asyik-asyik skirt dan blouse je kan. Momoy ada rembat jaket dari Kree ni. Senang nak padan kalau pakai dress yang sleeveless gitu pergi office kan. Material dia ala-ala songket. Kat luar lebih lawa dengan lining hitam dia tu. Design simple jer tapi lawa.





Blouse bawah ni pun dari Kree. Sesuai sangat untuk kasual atau pakai pergi office.




Cantik kan ? Dah menggigil nak beli skirt ? Muahaha... Siapa dekat KL, boleh pergi sendiri tengok kat KLCC atau butik Kree kat Setiawangsa. Kat Modvier juga ada. Kalau jauh tu, usha website diaorang Kree.my okay =) 



Cantik-cantik semua. Kalau nak shopping kat Kree ni kena pantassssss. Sebab apa ? Sebabnya nanti korang akan makan hati macam Momoy sebab item tu scepat jer sold out, tak pun size yilek. Jangan kata Momoy tak bagi amaran =)


02 March 2016

MARCH Shopping Haul | NARS Cosmetics - Hope Girl - Loreal


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

So far, ni hari kedua contract Momoy dengan Petronas habis. Menunggu masa untuk sambung lagi. Insyallah kalau ada rezeki. Kalau tak pun, tunggu ada offer yang best dari company O&G yang lain. Amin. Baru dua hari dok rumah tapi nak muntah boring wehh. 



Saat ni baru terasa wifi ni berbaloi bayar. Selalu bayar berbulan-bulan tapi tak pernah guna. Busy memanjang ! Cuti-cuti macam ni memang buat hobi yang dah lama tak buat. Shopping ! Ngee...





NARS Cosmetics | Hope Girl | Loreal





Hasil gatal mulut tanya kenapa MUA make-up lawa. Ini padahnya... Foundation from NARS Cosmetics. Setiap ketul tu dekat RM 200. Haha... Tak kisah la, janji iolss meleTOP ! Nak lebih info sila walk in ke Pavilion atau check web NARS cosmetics. Confirm tension tengok barang lelawa semua. Ha ha ha.



Tapi pakai foundation kulit akan sedikit kering. Itu yang beli moisturizer dari Hope Girl tu. Yang primer Hope Girl tu Momoy beli sebab ramai MUA praktis pakai untuk make up tahan lama. Hope Girl ni brand Korea. 



Product rambut haruslah ada kan, Momoy berambut panjang lurus sampai punggung. Memang imej rambut panjang mengurai kekonon perempuan melayu terakhir. Hihu. Nak potong pendek, memang tidak lah. Pernah imej rambut pendek, serious huduh sebab muka bulat jadi extra bulat. So, Big NO NO !



Yang product rambut tu Momoy beli kat saloon yang biasa Momoy pergi. Masuk 4 tahun jugalah Momoy jadi regular customer dia. Kiranya dah berpuluh ribu jugaklah sedekah kat si Howard tu (nama tokey saloon). Rambut panjang maintenance pun panjang jugak. Huh.





Saja-saja nak letak gambar candid 




27 February 2016

Ketemu acne cream yang boleh menakutkan si jerawat


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hello gaiss. 



Cuba memupuk kembali semangat blogging yang semakin terhakis *tutup muka*. Dah lama tak share pasal skincare kan. Sebelum ni Momoy pengguna Wonder Glow Skincare. Tapi bila Wonder Glow upgraded, kulit Momoy tak serasi. Terpaksa cari skincare lain. Sedih sangat tau sebab Momoy betul-betul sayang dengan formulasi Wonder Glow yang lama *kesat air mata*



Sebelum bertemu dengan skincare sekarang ni, macam-macam produk jugalah Momoy try. Pernah guna Babbies Blink sebab tengok kawan pakai lawa meletup-letup, tapi Momoy pakai kulit kusam jer. Lepas tu upgrade sikit pakai Babies Blink Gold siap dapat free coffee collagen tapi sama juga. Momoy cuba bersabar dan, pakai agak lama juga Babies Blink Gold ni tapi tension, tetap tak ada perubahan. Rasa bosan dan Momoy stop. 



Lepas puas try itu ini, Akhirnya try Nina Skincare. Kiranya ni dah masuk bulan keempat. Alhamdulillah serasi, muka tak gatal-gatal ke apa. Skin takde la woww macam pakai Wonder Glow tapi okay lah kulit tak kusam mana. So, Momoy continue jer dengan Nina ni since dah letih mencari. Wakaka. Lagi pun kesian kat skin sendiri tau. Asyik jadi bahan tester jer, kan. 



Tentang Nina Skincare ni jangan tak tahu yang Nina Skincare ni ada banyak juga rangkaian produk dia. Tapi yang Momoy nak cerita ni adalah ANTI ACNE CREAM by Nina Skincare. Momoy order online jer sebab brand ni susah sangat nak jumpa kedai jual offline. Huhu.





Ni diaa...





Memula sampai kat tangan, Momoy macam terkedu sikit. Cenoet nye lah. Macam berapa lama jer tahan benda ni. Huhu. Bab packaging, acne cream ni memang super cute. Krim ni 10 gram saja tau tapi mujur isinya PENUH BEKAS. Hihi.





Gambar ni Momoy dah guna dalam 2 bulan bulan tapi masih banyak lagi tau. 
Momoy rasa krim comel ni boleh tahan sampai 6 bulan atau lebih ikut penggunaan.





Krim ni pakai SIKIT sahaja di tempat yang berjerawat. Saja bold kan perkataan 'sikit' tu. Sebab Momoy pakai sikit jerrr tapi jerawat besar kat pipi Momoy kecut keesokkan harinya. Mabeles ! Masa tu rasa nak melompat tinggi-tinggi sebab dah lebih sebulan dah jerawat besar tu menempel. Bayangkan.





Ni rupa jerawat besar kat pipi yang dah kecut tu *blush*
Maaf la. Gambar masa jerawat besar bergumbira menepek tu lupa nak snap 
before try acne cream ni. Alaa... korang bayangkan je la. 
Korang kan terrer bab-bab imagine ni. Hihu. 





Acne krim tu Momoy guna hanya pada waktu malam, masa nak tidur, Lepas cuci muka bersih-bersih, pakai toner, pakai night cream segala, kemudian baru calit SEDIKIT anti acne cream ni. Maaflah, Momoy bold lagi sekali. Saja nak bagi amaran. Sebabnya Momoy excited sangat jerawat besau tu kecut. Tambah pula acne cream tu sejuk nyaman. Best sangat tau bila pakai kulit sejuk macam pakai balm. Bau pun macam medicated balm plus herba-herba gitu. Lagi laa Momoy suka. 





Calit sikit saja di tempat jerawat okay. Hanya guna pada waktu malam je tau ! Pesan lagi.





Sebab apa Momoy pesan banyak-banya kali. Ni nak cerita. Oleh sebab kesukaan tahap melampau kat anti acne cream tu, Momoy dengan SENGAJA-nya telah pakai banyak-banyak melampaui batas kawasan jerawat dan pada setiap saat ! Seller dah larang tapi Momoy degil. Nak tahu apa yang jadi ?!



Jeng. Jeng. Jeng. Bersambung di next entry. Wakaka. 



Akibatnyaaa... skin Momoy menggelupas teruk kat area tu. Hambik ! Benda tu sejuk je kalau bubuh sikit. Tapi kalau dah pakai melampau macam yang Momoy buat tu rasakan la kepanasannya, sebab dia kan herba. Haha... Degil. Over. Padan muka. Tapi jangan tepuk tangan suka. Haip !



So tu jela kot nak cerita pasal benda kecik ajaib ni. Oh. Harga dia ye. Anti Acne Cream ni hanya RM45 sahaja. Huh. Rasa tak boleh blah kalau tengok iklan tulis perkataan 'hanya' dan 'sahaja' tu. Ngee. Tapi sebab berkesan pada Momoy, so tak kisah.



Ni kelebihan Anti Acne Cream Nina Skincare dari pengeluar :

  • Pengecutan jerawat secara drastik (YAY !)
  • Tiada pengelupasan (YAY ! Amaran: hanya pakai di tempat jerawat dan calit sikit saja okay gais !)
  • Bila pakai rasa sejuk (YAY !)



Fuh ! Momoy terpaksa mengaku yang ini pertama kali produk yang Momoy terpaksa setuju 100% dengan kata pengeluar dia. Hahaha. 






Muka happy bebas jerawat besau-besau. Jerawat kecik-kecik merah masih ada. 





Eh eh. Lupa nak bagitahu. Kalau nak beli boleh contact sis Fatin ni jer. 
Instagram : fatinadawiyah






21 February 2016

Ada ke yang sudi follow ?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Hahaha... Kalau perasan di sidebar blog Momoy tetiba jer muncul banyak gambar si cantiksss. Ewah. Sesiapa nak tahu RAHSIA bagaimana mereka ini menjadi cantik lebih dari biasa, silalah follow Instagram Momoy. Kih kih kih. Nak tengok-tengok pun tak apa. Silakan silakan. Tiada tol dikenakan. Tapi kalau nak follow, lagilah Momoy berbesar hati gitu.









19 February 2016

GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Lama Momoy tak join GA. Blogwalking kat blog Comel tadi terjumpalah GA yang super ohsem menarik. Wohooo... GA sekotak Ephyra dari Naomie Licous. Alahai... Momoy kan alah pada supplements or beauty products nih. Jadi, haruslah Momoy enter dengan harapan setinggi gunung. Mana tahu untung sabut timbul kan, ye tak ? 




< Klik gambar untuk penyertaan >


07 February 2016

CNY Sale Combo di SASA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Hampir 2 tahun tangguh beli benda alah ni. Akhirnya terrrr-makan juga nak beli lepas baca banyak review pasal tu kat blog Comel. Terus drive pergi mall cari Sasa. Gitu. Senang sangat dipengaruhi. 



Susahnya jadi orang perempuan ni adalah 'tak tahan godaan 4 huruf'. Tambah pula sekarang kan nak sambut CNY. 






Padah 4 huruf... S.A.L.E. Awal tadi macam nak beli cushion foundation jer. Tapi...






Mask pun ada sale juga. Selalu kalau sale 4 pcs RM 10 untuk mask yang harga RM 4.90. Tapi kali ni Sasa buat 10 pcs RM 19.90 jer. Jadi, marilah kita memborong mask untuk dibuat stok 2 3 bulan. 






Dari berpuluh-puluh jenis, Momoy pilih 2 jenis ni jer. Placenta Essence Mask dan Collagen Essence Mask. Dah tua-tua ni kena lebihkan kolagen untuk bersaing dengan gadis-gadis muda remaja di luar sana. Hihu.





Yang dalam bag pink tu barangan make up. Semua kat gambar bawah tu Sasa buat promo combo CNY (kecuali yang cushion foundation). Sebabkan ada combo CNY tu Momoy cuma bayar RM 160 dari harga sebenar RM 400++. What the 4 huruf, kan. Haha.





My NY DKNY perfume 
SasaTinnie Aqua Cushion Foundation SPF 50+ PA +++ 01 Beige
Cyber Colors 24hr Eyeliner DUO
Cyber Colors Lash Amplifier Waterproof Dual Mascara
Cyber Colors Sheer Loose Powder 01 Ivory
Cyber Colors Serum Lipstick 03 Pink Rose





Combo CNY tu tak boleh tukar item cuma warna lipstick jer. Masa Momoy pergi tu combo tu tinggal 3 pek je lagi. Mujur warna bedak tu memang dah sesuai dengan kaler kulit Momoy. Cuma lipstick tu Momoy tukar ke kaler yang lighter sikit.





Asalnya dalam combo tu letak kaler margenta. Momoy tukar dengan kaler ni. 03 Pink Rose yang lebih sesuai dengan jiwa Momoy. Warna terang-terang ni Momoy kurang suka sebab nampak usia lebih matang. Kaler soft-soft ni nampak muda sikit kan.





Momoy kan tak suka pakai lipstick. Momoy pakai lips balm jer. Tapi serum lipstick dari Cyber Colors ni serious Momoy suka. Bila pakai bau macam makan kek. Warna sekata cantik. Bibir tak mengelupas dan kekal lembap sebab ada serum. Oh, yang tengah-tengah tu la serum dia. Tapi apa-apa pun lipstick ni warna dia memang lawa. Nampak sangat soft, nude dan innocent jer. 





Ini tujuan sebenar ke SASA. Nak beli cushion powder yang akhirnya buat-buat
 tak sedar sambil tambah item lain *buat muka tak bersalah*



Beli Super Food ni sebab Momoy kan suka consume brand Kinohimitsu. Boleh cenggitu ?





Super Food ni produk terbaru dari Kinohimitsu. Warna coklat muda, tekstur halus yang sederhana macam tepung multigrain tu. Momoy dah try, boleh diterima tekak. Yayy...





Katanya 7 warna mewakili tujuh serat dan fungsi yang diperlukan tubuh badan kita. 





Pagi-pagi sebelum pergi kerja, Momoy akan buat siap-siap air. Hanya campur 2 sudu Super Food nih dengan air suam. Dalam kereta tonggang jer botol air. Wohaa... perjalanan Paka-Gebeng hari-hari pun tak ler rasa boring sangat dengan Super Food nih. Hoho... Ayat iklan tu.




"GONG XI FA CAI" (tetiba)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...