Ku jatuh cinta | .::: MOMOY blogirl :::.

06 March 2015

Ku jatuh cinta


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ya. Momoy dah jatuh hati, jatuh cinta dan jatuh kasih. Dua minggu lepas Momoy terjumpa beliau di Instagram. Mihmih. Nak dijadikan cerita. Kami ditakdirkan bertemu. Baru sehari bercinta terus Momoy rasa beliau lah jodoh Momoy. Omo omo. Gediks sangat. Auww.



Muahahaha… stop lah taip cenggitu. Giler muntah hijau orang membaca. Momoy sendiri rasa geli geleman. Salah satu produk yang patut masuk dalam list wajib skincare Momoy adalah S E R U M. Kenapa serum ? Sebab serum ni kandungan pati dalam dia lebih mewah dan pekat gitu.



Okay. Ni nak kenalkan serum terbaru yang Momoy baru cuba. 






Kekasih hati Momoy itu  – Terapi oksigen O2 Omax3 Radiant Serum
Rejuvenate renew skin





Okay ni fungsi dan kebaikan O2Max3 mengikut kata pengeluar. Gigih Momoy menaip nih.



The O2Max3 Professional Treatment


  • This is the first step in your skin's transformation and specifically targets expression lines. Cooling, calming, oxygen gently delivers the O2max3 serum and naturally improves your skin's hydration levels while Vitamins and antioxidants protect and prevent. A combination of lightweight Hyaluronic Acid, antioxidants, Argireline result instantly in a smoother appearance of expression line and wrinkles, better volume and increased firmness. Your skin will emerge deeply hydrated, balanced and glowing with vitality. With continued use results are not only instant but continue to improve in the following days. Apply to face and neck to help visible define contours. Use morning and night for best result.






Packaging warna burgundy dan gold, simple tapi class gitu. 
O2 Max3 ni 30 ml je so jangan tertipu dengan efek botol yang nampak besar.





Momoy tertarik nak try sebab ingredient yang ada dalam O2 Max3 ni. 



Kandungan. 

  • Dragon Blood Extract.
  • Kigelia Africana Extract.
  • Witch Hazel Extract.
  • Aloe Vera Extract.
  • Hydrolyzed Soy Protein.
  • Hydrolyzed Marine Collagen.
  • Chamomille Extract.
  • Co Enzyme Q10.
  • Roseship Seed Oil.
  • Malus Domestica (Apple Stem Cell)
  • Vitamin A Palmitate.
  • Vitamin B3
  • Vitamin E Acetate


Cara Penggunaan Serum O2Max3 

  • Sapu dikulit yang telah dibersihkan dengan urutan keatas.
  • Guna pada waktu pagi dan malam selepas muka dibersihkan.
  • Formula yang lembut selamat untuk kawasan mata yang sensitif.




Jadi ini pengalaman Momoy guna radiant serum ni ye. Sampai Max3 serum di tangan, malam tu selepas cuci muka terus test pakai Max3 kat muka. Momoy guna sekali picit jer dan pakai dengan urutan ke atas. Momoy suka bau dia. Bau wangi menyenangkan. Katanya kesan nampak serta-merta dan pada pemakaian PERTAMA. Tapi Momoy tak percaya pun. Sebab kita pakai skincare pun paling cepat dapat result sebulan, kan ? Jadi, Momoy akan pakai sebotol habis baru Momoy buat keputusan macam-mana. OK ke KO.



Tapi kan, tapi kan, tapi kan, hari ketiga Momoy guna pagi esoknya bangun pagi tengok cermin, kulit muka glow, cantik dan tegang. Hahaha… Betul ni. Muka cantik bila bangun tidur. Garis-garis halus kat mata (wrinkle) kurang. Bangun pagi, tiada ketulan jerawat yang tumbuh. Ohsem sangat ni baru 3 hari guna. Terus terjatuh cinta. Okay, ni produk kedua yang Momoy rasa magic selepas Miracle Beauty Collagen Spray. Max3 serum telah menegangkan (firm) kulit Momoy dengan jayanya. Huraayyy !



Max3 serum ni pakai 2 kali sehari sajo. Pagi dan malam. Boleh bertahan 3 bulan. Tapi Momoy rasa Max3 serum Momoy tu tahan sebulan je kot. Ni sebab Momoy suka efek dia yang buat kulit Momoy tegang. Jadi, Momoy keep pakai setiap kali lepas solat, mandi dan sebelum tidur.





Serum yang Momoy guna sekarang. Mohon jodoh berpanjangan.





Max3 serum ni cepat serap dalam kulit. Sangat-sangat melembapkan kulit yang kering bila Momoy berjemur di plant lama-lama. Dulu seram nak tengok cermin bila bangun tidur. Sekarang rasa happy bila bangun tidur, pandang cermin kulit nampak cantik, glow dan healthy. Tapi yang paling ketara, kulit Momoy tegang lah. Hahaha… asyik ulang perkataan ‘tegang’ je. Sebab memang pun tegang dan Momoy sangat suka.



Tekstur serum separa pekat, wangi, bewarna kuning cair. Boleh pakai serum sahaja atau pakai sebelum tepek skincare kita yang lain (contoh macam day cream). O2Max3 serum ni cepat menyerap. Tapi lepas 3-4 jam macam tu, ada juga la rasa melekit yang light-light. Mungkin kulit Momoy sebab apa jenis skincare ke apa ke lepas pakai, haruslah Momoy tepek baby powder nipis-nipis, kecuali masa tidur.





Harga RM 170
30 ml





Sebelum tidur, wajib pakai Max3 serum ni. Baguslah sebab Momoy 2 bulan ni skip pakai night cream Wonder Glow sebab kulit Momoy makin putih kemerahan. Tapi bila tak pakai night cream WG ni Momoy perasan juga yang pores ni nak membesar macam dulu. Tsk. Boleh tak kalau nak pakai night cream WG ni nak pores je kecil tapi tak nak putih. Kalau sesiapa ada produk yang function macam tu bagitahu la. Isk2… lari topic pula.



Kesimpulannya, Momoy suka Max3 serum ni sebab serasi dengan kulit Momoy. Dan AKIBATNYA, Momoy sengaja menyusutkan lagi account Momoy untuk mengeTEST pula kakak si Max3 ni, Firmax3. Hopefully, hasilnya tak mengecewakan Momoy memandangkan mereka ni boleh tahan mahal juga. Next time, Momoy review Firmax3 pula ye. Uish. Bagi janji-janji palsu lagi ni. InsyaALLAH Momoy review tapi tak tahu bila tau. Jangan marah…



Eh eh minat nak try juga ke ? Oh boleh beli kat sis chantek ni. Dia pun ada jual baju dress lelawa tau.



Instagram : eisyasyakira
+60176555944







10 comments

March 9, 2015 at 1:34 PM Reply to comment

Momoy baru nak try minum Kinohimitsu colagen tuh, dah momoy tunjuk yang ni.. huhu..camne ni. en asben da bising da cml suka mkn macam2.. hahhahaha.. nak cantik kan mmg camni lah..

tau jela momoy umur cmk ni dah masuk 3 dekad dah ni.. haruslah benda2 macam ni untuk enhance skin yg mula mengendur n kedut ni. Btw thanks nt cml nk reece pasal ni plak..

March 9, 2015 at 11:44 PM Reply to comment

hadoiiii sekarang ni makan dah macam macam. -.- produk 2 3 4 kali tukau -.- mcm best je guna ni

March 10, 2015 at 8:15 PM Reply to comment

ingatkan momoy jth cinta kt lelaki ..saspen jk tajuk ktk.haha..rupanya serum tok..mcm best jak..

Anonymous
March 10, 2015 at 10:36 PM Reply to comment

sis momoy kulit super oily mcm i ni boleh guna ke sis, x nmpk kilat ke? kulit sis jenis ape erk kering eh??

@Anonymoushi dear, kulit momoy jenis sensitif & combination skin.
for oily skin (skin masa momoy 20-an adalah sangat oily), normally pakai serum nipis-nipis jer

@ComelComottu la kan. bila 3 series ni mmg momoy cari produk kolagen jer. huhu
kinohimitsu lembutkan skin momoy jer. yg lain xde efek sangat .

@roshidayahdayuhahaha... sama la macam momoy. suka sangat tukar2 produk
try itu ini. hais

@Farra Nhais... sapa la mau kat kmk tok. hahaha... btw, serum tok nang kmk sukak. serasa ngan kulit kmk. efek tegang haruslah kmk nok tua tok sukak, hahaha

March 17, 2015 at 3:54 AM Reply to comment

salam..jemput baca entry saya..blog baru..^_^
http://bellagadiscantik.blogspot.com/2015/03/miracle-pure-collagen-dust-mpcd.html

July 12, 2015 at 7:33 AM Reply to comment

ada dragon blood extract?!

dasat bunyi dh mcm item dalam game online plak, hikk...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...