.::: MOMOY blogirl :::.: February 2015

21 February 2015

Kinohimitsu Collagen


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sibuk sangat beberapa bulan ni. Jadi CNY ni ada la masa Momoy update untuk belog tercinta yang selalu ditinggal-tinggalkan. Dah lama tak review product kan ? Jom



Lumrah manusia nak nampak cantik (tipu lah kalau kata bukan). Yang dilahirkan dari kecil dah cantik tu, sangat-sangatlah bertuah. Apapun kita sepatutnya bersyukur seadanya. Tapi bersyukur sahaja tanpa menjaga dan membiar je pun tak boleh juga. 



Sekarang ni kalau cakap pasal collagen memang banyak sangat kat pasaran. Momoy sendiri pening nak pilih sebab semuanya claim yang bagus-bagus belaka. Setiap orang antibodi berbeza, jadi result pun berbeza-beza la juga kan. Jadi, macam mana nak tahu produk kolagen tu berkesan ke atas diri kita ? Iya sayang-sayang, kita kena cuba sendiri barulah boleh buat keputusan.  



Banyak sebenarnya brand kolagen yang Momoy dan makan. Sama ada yang mahal atau yang murah, yang famous amos atau yang sendu. Kolagen jenis minuman macam cocoa collagen, soy collagen yang harganya murah, sekitar RM 40 - RM 60 saja tapi Momoy tak dapat apa-apa kesan pun walaupun dah telah berpuluh-puluh kotak. Mungkin betul kata blogger Hanis Zalikha collagen dia sikit jer, bubuh untuk ikut syarat jer. Momoy sendiri tak tahu berapa berapa GM kolagen sebab tak dinyatakan pada kotak atau product packaging. Blacklist kolagen jenis ni.



Trend wanita Malaysia sekarang yang amal minuman kolagen jenis shake-shake pun lagi macam K-Colly, Aura White dan macam-macam lagi lah. Ramai consumer bagi positif feedback tapi Momoy tak boleh blah. Sebab pimple breakout. Tak tahu lah kenapa kolagen ni tak suka sangat dengan Momoy. Susah sangat nak cari yang serasi gitu. Yang jenis ni pun Momoy pangkah. Huhu.



Jenis pil kolagen contoh macam Total Image tu. Payah juga nak telan tu sebab pilnya besar bukan main. Pernah juga consume pil kolagen juga tapi jenis kemam-kemam. Harganya saja mahal tapi tak ada kesan pada Momoy. Yang berkesan pada Momoy adalah suntikan kolagen dan pure marine collagen (PMC) yang raw tu. 



Walaupun cucuk kolagen ni berkesan pada Momoy tapi still Momoy rasa perlu juga nak cari kolagen as daily supplement. Yelah, cucuk tu seminggu sekali jer then bila period tak boleh cucuk (kecuali vitamin C). Entri ni tak nak cerita pasal beauty injection tau. Yang PMC tu pula memang murah tapi sangat berkesan (Momoy serius suka). Yang ni masak tapi susah pula nak jumpa orang jual sekarang ni. Huhu. 




Lastly, Momoy buat blind purchase beli Kinohimitsu Collagen 2500 mg pek kecik 6+2 botol. Momoy tergerak nak cuba Kinohimitsu ni sebab Momoy pernah try detox brand Kinohimitsu [Kinohimitsu J'apan Detox Tea] dan rasa best jer, jadi nak try kolagen brand yang sama. Masa tu pula ada sale, jadi beli pek kecil untuk test dulu, kalau bagus baru beli pek besar.



Jadi pek kecil tu Momoy habiskan seminggu. Momoy minum sebelum tidur. Majoriti kata rasa sedap macam laici tapi bagi Momoy tak suka rasanya. Kinohimitsu ni tak rasa laici pun tapi  rasa 'pelik'. Haha. Jujur sangat tau.





Ingredients: 
Purified Water | Fructose Apple Condensed Juice Collagen (Fish) 2,500 mg | Citric Acid Vitamin C Fruit and Vegetable Condensed Juice | Lemon Condensed Juice | Lychee Condensed Juice | Perilla Seed Extract-WSP | Silk Protein | Soy Isoflavone





Walaupun rasa pelik tapi 5 hari lepas tu Momoy beli lagi 3 kotak pek kecil. Sebab Momoy perasan kulit Momoy berbeza. Chewah. Tapi bila dah lama-lama consume Kinohimitsu ni, rasa sedaplah pula sampai nak telan banyak-banyak tapi tak boleh sebab mahal. Hehehe. Kena bajet.



Kinohimitsu senang je nak minum. Goncang dulu, buka penutup botol tu dan minum je. Senang sangat la kalau jenis malas nak bancuh-bancuh macam Momoy nih. Kinohimitsu ni boleh ambil pagi (sebelum breakfast) dan malam (sebelum tidur). Tapi Momoy ambil sebelum tidur. Pek memula jer masa beli tu Momoy minum setiap malam selama selama 8 hari berturut-turut. Lepas tu Momoy minum selang sehari. 





Kata pengeluar, kebaikan collagen drink Kinohimitsu :-

*NUTRISING - 2,500 mg untuk setiap hidangan
*HYDRATING - mengekalkan kelembapan sehingga 20 jam
*BOOSTING - menggalak penghasilan kolagen dan elastin kulit
*REPAIRING - kolagen merawat dan membaikpulih parut
*REJUVENATING - megembalikan kesegaran dan keremajaan kulit
*BRIGHTENING - malic acid + vitamin c menolong memudarkan tompok hitam





Tanda kulit kita kolagen semakin hilang dan memerlukan kolagen tambahan apabila :

- munculnya kedutan eksperi pada dahi
- tanda tompok dan parut akibat jerawat dan gigitan serangga lebih sukar untuk pulih
- lekuk garis pada leher lebuh dalam dan semakin ketara
- kesan kedutan yang terhasil daripada bantal masa tidur mengambil masa lebih panjang untuk surut
- munculnya garis halus sekeliling mata, sementara kantung bawah mata kelihatan ketara
- warna solekan sukar melekat dengan sempurna pada kulit
- pipi kendur dan dagu berlapis





Ni nak cerita pengalaman Momoy consume Kinohimitsu Japan Beauty Drink 2500 mg Collagen. Seminggu pertama amik Kiohimitsu kulit memang terasa lain. Lain tu lain yang positif la. Bukan yang selalu Momoy alami naik jerawat dan macam-macam yang orang selalu kata 'healing crisis' tu. 



Banyak yang review beria kata eye bags, creaking heel, fine line dan sebagainya lepas seminggu. Amboi. Pantas sangat la kesannya tu. Jeles. Apa yang Momoy rasa perbezaan awal seminggu hanyalah kulit Momoy rasa moist dan lembut licin. Okay. Itu sahaja. Tak lebih.



Lepas dua minggu consume, baru nak rasa tapak kaki lembut gitu. Kulit muka pun nampak lebih sihat bila bangun tidur. Kulit moist dan lembut. Jadi Momoy suka sebab Momoy ni kategori jenis kulit lelaki, kasar gitu. Kulit lelaki pun lebih lembut dari Momoy kot. Huhu.



Sepanjang consume Kinohimitsu Collagen ni, jerawat susah sikit la nak naik. Eyebag pun tak ada sebab Momoy kerap juga berjaga malam buat kerja. Yang lain tak nampak apa yang beza. Tapi sebab Kinohimitsu buat kulit Momoy tak kering dan eyebag kurang, jadi Momoy decide nak state dan consume jer Kinohimitsu ni. Tapi tak tahu kalau kot-kot tergoda pada kolagen lain pula. Haip.





Jangan risau. Kolagen Kinohimitsu ni halal





Kalau kamu rasa nak cuba, senang jer nak cari. Jenguk Watson, Guardian atau Caring Pharmacy mesti jumpa punya. Harga kena tutup mata sikit la. RM 149.90 untuk 12 botol (50 ml). Tapi Momoy beli tak pernah lebih dari RM 100. Sebab bila Watson buat sale Momoy akan rembat lebih sikit. Dapat la harga RM 99 dan sekali tu pernah beli harga RM 95 untuk kotak 12 + 4 botol. 





#captionsukahatikorang





So far, Momoy minum dah hampir 4 bulan dan Momoy masih lagi consume sampai sekarang. Kinohimitsu ni ada juga yang kolagen tinggi 3500 mg (diamond) tapi yang Momoy consume ni 2500 mg kolagen je ye. Kalau 3500 mg tu mesti lagi best kan sebab kolagen dia banyak *mata bersinar-sinar*. Tapi tak try sebab harga dia lagi mahalll. Ceh. Nak cantik tapi kedekut. Bhuahaha.




15 February 2015

Rumah untuk disewa lokasi KERTEH


PERHATIAN !! PERHATIAN !!

Haa... ni ada berita baik kepada sesiapa yang tengah mencari rumah sewa. Momoy ada rumah lebih yang super selesa untuk kamu sewa. 



Butiran seperti di bawah:


  • 2 bilik tidur
  • 1 bilik stor 
  • 2 bilik air 
  • Dapur 
  • Balkoni
  • Ruang tamu
  • Keselamatan sekuriti (shift siang / malam)
  • Semua lantai ber 'tile' - bukan simen



Lokasi berdekatan :

  • Komplek PETRONAS : 5 minit driving
  • Mesra Mall Kerteh : 5 minit driving
  • Laluan mudah ke Kemaman, Paka, Dungun
  • Firefly Airport : 20 minit
  • Kawasan yang tenang


Bawah ni Momoy attach beberapa keping gambar untuk panduan korang imagine rumah yang bakal korang diami. Ewah =). 



RUANG TAMU







BALKONI






BILIK TIDUR 







BILIK SETOR



Bilik ni saja bersimen. Penyewa lama buat bilik ni sebagai bilik basuh. Kalau nak buat bilik ampaian pun sesuai sebab ada lubang angin yang banyak. Washing machine pun boleh letak sini sebab ada paip air dan lubang untuk drainage kat hujung. 



BILIK AIR 1




Bilik air 1 macam hotel =P



BILIK AIR 2 


Bilik air 2 pun besar juga tau walaupun tak ada tab mandi. 
Cermin muka, sink, pair air, air pancur semua complete.



DAPUR








Kadar sewa RM 1000
Deposit 1 + 1 + utilities RM 100




Oh baik hati sangat Momoy bagi sewa murah macam tu. Area PAKA / KERTEH harga sewa 1k sebulan rumah macam ni mana nak dapat kan ? Kawan Momoy sewa bilik sahaja pun dah RM 600. Tapi first come first serve la ye. Penyewa berkeluarga atau syarikat untuk Shutdown / Turnaround dialukan. 





Status : Available
WhatsApp : 014-544 5951 

13 February 2015

Welcome Kiki ! Good Bye Babyboo !


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Iya. Momoy tahu Momoy dah jarang update kan. Hmm… permulaan tahun baru ni sangat mendung. Dari hal banjir, lappy buat hal dan yang terbaru, Khamis lepas Momoy accident. Nak dengar mana dulu ? 



Cerita pasal banjir dah basi. Skip story pasal nih. 



Nak cerita pasal keluarga baru Momoy - si Kiki





Cookies Monster dan Elmo ~





Urm… banjir hari tu telah meragut nyawa Asus. Sempat bermanja 2 tahun sajo *sedih*. Asus ni Momoy dapat masa kerja permanent staff sebelum Momoy nekad ambil keputusan resign dan buat freelance. Bila flashback balik, memang masa tu takut. Tapi ambil risiko hantar resign letter dan tengok diri ni ada market tak dalam Oil & Gas ni. Alhamdulillah, sekarang dah 2 tahun lebih freelancer dan kehidupan lebih baik dari dahulu. Syukur.



Beli Kiki sebenarnya fast purchase Momoy. Survey-survey dan beli dalam masa 1.5 jam saja kat Lowyatt. Rushing dan urgent sangat nak pakai laptop. Plan sebenarnya nak beli Apple. Memang nak sesangat Apple sebab jumpa casing, keyboard sticker & macam-macam accessories untuk Apple yang giler cantik. Okay. Tujuan nak pakai Apple sebab tu. Sebab casing dia lawa. Hanya itu. 



Dalam kepala dah set nak beli Apple. Comfirm dah tu. Tapi sebab masa ada lebih kurang 1 jam lebih Momoy sengaja la panjat tingkat 3 4 lagi nak tengok-tengok laptop lain. 101% yakin sangatlah tak tergoda dengan laptop lain. 



Malas cerita detik tu. Tup tup keluar dari Lowyat bukan Apple tapi HP Envy. Oh my. Ingatkan serius dah laptop ketiga ni nak angkat Apple tapi lain pula jadinya.



Ok. Ni lah Kiki. Kiki ni berat sikit 2.6 kg sebab skrin dia luasssss 17.3”. Muahaha… First day bawa Kiki ni pergi cabin. Semua orang tegur besarnya besarnya besarnya. Memang besar macam desktop dah kot. Hahaha. Momoy pun ambil masa 2 hari nak sesuaikan diri sebab terperanjat dengan skrin dia yang besar sangat tu. Tu dia. 





Boring Momoy tengok warna kelabu taik anjing tapi pejam matalah. 
Huhu… tak apalah nanti slow-slow Momoy makeover Kiki bagi lelawa.





Dengan 3 tahun antivirus free, Window 8 original, skrin giler besar, free gaming wireless mouse, laju core i7, RAM 12, storage besar 1 TB, blue ray disk dan spek lain yang boleh tahan power siap finger print (Momoy je boleh open laptop dan access online account dengan swipe jari jer) dan beats audio (dengar lagu video memang best ni)





Asyik nak main swipe-swipe jari pula bila ada finger print ni. Hais.





Harga sangat berbaloi la harga RM 2900. Walau masa singkat tapi survey model sama kat 3 4 kedai semua jual 3k ke atas. Lain-lain free gift 8-in-1 tu standard lah kan. Berjaya juga dapat barang baik dengan harga yang berpatutan sangat – sebab beli sorang. Selalu kalau beli gadget bagai bawa kawan lelaki yang terror bab-bab ni.



So far Momoy guna memang best lah biler buat kerja sambil dengar lagu. Beats audio memang real power la. Battery tahan lama. 4 hingga 4.5 jam jugalah. Keyboard sangat comfortable bagi Momoy yang suka tekan kuat-kuat bila taip. USB port pun banyak, ada 4 dengan 3.0. On pun kejap je. Laju. Webcam jelas tapi Momoy tak guna pun sebab tak ada keperluan lagi setakat ni.





BEATS - The best thing.





Kiki ni yang bagusnya bila buka belakang badan dia adalah, ada satu lagi space untuk letak hard disk spare. Boleh guna 2 hard disk. Maksud Momoy, Momoy boleh cabut hard disk Asus tu letak pada Kiki ni dan boleh pakai 2 hard disk serentak. Ringkasnya, Momoy boleh dapat Asus dan Kiki serentak dalam jasad Kiki. Hais. Apa ni. Faham ke tidak Momoy tulis nih. Ahh. Abaikan.



Itu part yang Momoy sukalah kan. Yang tak suka pun ada juga. Kalau semua suka confirm laptop lain tak laku. Kiki ni tak ada touch screen dan screen bukan LED (okay. Ada model HP Envy sama spek macam Kiki yang ada touch creen dan LED tapi reader card tu 1 jer dan tak ada finger print, tak best kalau nak main game). Tu yang pertama Momoy tak suka. Sebab kedua Kiki ni berat sikit la. 2.6 kg. Yang ketiga tak suka adalah tak ada pilihan warna. Korporat sangatlah kaler kelabu taik anjing tu rasanya. Haiyo… 



Itu la sikit-sikit pasal Kiki ni. Details specification sila lah rujuk kedai computer yang terdekat. Muahaha…



Tips Momoy kalau beli laptop sorang, survey dan survey (walaupun Momoy ada masa 2 jam jer. Huhu). Momoy jimat masa dengan bagitahu la keperluan Momoy. Nak guna laptop untuk buat apa. Software yang Momoy guna etc gitu. Heavy mana penggunaan dan lain-lain info kat seller tu. Bila dah dapat tahu model apa yang sesuai. Belek-belek lah faham betul-betul spek. Catat harga, spek, free gift yang dia bagi (bukan free gift yang 8-in1 yang biasa kedai bagi tu tau), warranty berapa tahun serta nama seller, kedai dan contact number dia. Lepas tu pergi kedai lain check model sama tapi tanya apa yang dia boleh offer dari segi harga dan free gift. 



Macam Kiki ni misalnya Momoy dapat free antivirus 3 tahun lepas Momoy cakap kedai bawah tu bagi 1 tahun antivirus. Kesimpulannya, pandai-pandai la korang deals. Hais, korang lagi hebat kalau bab-bab deal ni kan. 



Banyak idea sangat ke ni tulis pasal Kiki dah macam cerpen. Jadi citer pasal accident tu pendek jela sebab Kiki dah conquer update kali ni. Hoho.



Khamis lepas, masa nak pergi kerja Momoy accident. Teruk kereta Momoy kena sebab sandwich. Kereta Momoy di tengah-tengah. Ford ranger 4x4 di depan dan Gen 2 kat belakang. Masa jadi tu, Ford Ranger kat depan tu break tetiba. Momoy pun emergency break jugalah walaupun memang terkejut. Tak tahu kenapa Ford Ranger tu behenti kat jalan yang speeding sebab dia tinggi, Momoy tak nampak depan Ford Ranger tu jammed ke apa kan. 



Lepas Momoy brek tu, sempat la jelling mirror belakang, Nampak Gen 2 oren laju drive laju giler dari belakang walaupun jarak masa tu jauh lagi. Tapi macam Momoy mesti dia pun terkejut sebab tempat speeding ada kereta berhenti. Sebabkan Gen2 tu laju sangat Momoy dapat dapat agak dia tak akan sempat brek. Tak sampai 5 seconds, Gen 2 tu dah langgar belakang Babyboo. Kesian Babyboo tertolak sampai terperosok masuk bawah Ford Ranger kat depan. Huhu… 



Alhamdulillah Momoy cuma kepala jer injured sikit tapi Babyboo rosak teruk depan belakang. 2 bulan ni tak fikir lagi pergi kerja macam mana. Ada 2 option.



Satu – sewa kereta. Sebulan 1.5k hingga 1.8k untuk sewa Myvi. Momoy tahu bawa auto je sebab masa belajar kereta dulu, 2 tahun baru Momoy dapat lesen. Bukan sebab fail, tapi sebab busy dengan kerja. Belajar 1 jam lepas tu cuti 4 bulan. Belajar lagi 1 jam, cuti lagi 3 bulan. Macam tu la sampai 2 tahun baru dapat lesen. Jadi sewa 2 bulan 4k duit keluar untuk sewa kereta jer. Sedangkan kereta Momoy still perlu bayar juga bulan-bulan kat bank. Huhu. Dan lagi, tak tahu berapa bulan Babyboo akan siap repair. Paling cepat 2 bulan untuk rosak teruk macam tu.



Kedua – Guna duit 4k untuk sewa kereta 2 bulan di atas tu untuk beli skuter secondhand. Momoy prefer secondhand sebab nanti bila Babyboo dah siap repair Momoy tak guna sangat. Panas. Kalau guna hanya untuk ke kedai dekat-dekat. At least skuter tu dapat juga la kat Momoy dari sewa kereta tapi tak dapat apa. Tapi yang problemnya Momoy tak tahu bawa motor. Huhu.



Dua option atas tu Momoy tak ada decision lagi. Apa pun, bagi Momoy apa yang berlaku awal tahun ni ada hikmahnya. Ada yang Allah nak tunjukkan atau nak sedarkan Momoy. Hopefully, 10 bulan tahun ni ada benda baik pula yang buat Momoy tersenyum. 



Bila dah stress-stress macam ni terus on Kiki online shopping kat Poplook dan Zalora. Hilang stress kejap tengok baju skirt semua lelawa. Haip. Tapi lepas tu stress balik sebab duit dalam account makin susut. Hahaha. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...