.::: MOMOY blogirl :::.: 2015

27 December 2015

Cara mudah dan berkesan buang lemak degil !


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Perempuan ni bukan muka je nak lawa, body pun nak kurus. Tapi tamo lah yang slim river. Itu kerempeng sangat. Huhu... Tapi kalau kes terlebih lemak pun tak elok juga kan. Hais. Payah nye jadi orang perempuan nih.



Tapi, ada ke cara mudah tapi berkesan nak kurus tanpa kerempeng ? Eh eh. Ni nak cerita nih. Produk berkualiti nih dari Swiss Pharma Group. Actually, ni bukan ubat kurus semata-mata. Tapi sebenarnya detox. Detox ni bagus untuk buang toksin-toksin yang dah kita kumpul dalam badan kita tu. Cuba bayangkan usus kita yang tersumbat sebab tak pernah detox seumur hidup. Eeuuww. Scary sangat !





Benda ni yang Momoy dok pung pang pung pang tu - 6CM DETOXSLIM
Langsing dan sihat ! KKM approved, so tak perlu risau okay =) 





Selalu bila cakap pasal detox, mesti jenis nak kena bancuh, pastu kena shake-shake, kan ? Haa... yang 6cm Detoxslim ni mudah, telan jer, sebab dia jenis kapsul. Nak consume pun sangat lah mudah. Ambil 1 kapsul sebelum breakfast. Tak perlu susah hati pantang-larang nan hado, yelek. Tapi jangan lupa, air putih kenalah minum secukupnya tau. Barulah senang usus kamu nak bekerja. Haip.



Konsisten amalkan dan kesan paling cepat dalam 2 minggu tu ce lihat perubahan. Confirm selim melim punyalah. 





Kandungan 6cm Detoxslim : Alphalipoic Acid, Beta Glucan, Citirn - Carcinia Extract, Capcium, Chia Seed, Hoodia, Fucoxanthin, Fabenol Mix, L-Carnitine L-Tartrate, Raspberry Ketones, Grape Fruit, Vitamin C & E. Lain kandungan : Kapsul berasaakan sayuran.





Bawah ni ada beberapa testimoni yang dah berjaya kurus langsing dan sihat dengan 6cm Detoxslim. Sila berasa kagum !











Nak kurus langsing sihat ? Cepat-cepat whatsapp +60193380671 (Comel). Segala info yang berkaitan dengan produk, hot mama ni boleh explain dan consult dengan baik sekali. Momoy syak Comel ni consume 6cm Detoxslim ni la. Sebab tu Comel nimaintain langsing je biarpun dah bergelar ibu. Ahaa...



Nak kurus langsing, cepat, mudah dan selamat ?

Lagi sekali kat mana... +60193380671 (Comel)




05 August 2015

Giler-giler shopping baju raya online


Assalamualaikum semua.

Nak cerita pasal raya tapi masa tak mengizinkan. Jadi letak gambar dulu bagi korang datang balik kat blog ni nanti. Haha... Macam tak ikhlas jer nak update. Kihkih.


Eh. Yang whatsapp Momoy tanya pasal baju raya kurung Ampang Fiziwoo tu, ni nak maklum ni. Baju tu dah SOLD OUT yer. 



#teaserkonon

26 July 2015

Baju raya designer Fiziwoo untuk dijual *NEW ITEM*


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Taqaballahu minna wa minkum (Semoga ALLAH menerima amalan aku dan kamu). Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.



Haii... macam mana raya kamu ? Ada yang masih bercuti raya lagi kan ? Momoy beli baju raya online sahaja tempoh hari. Nanti Momoy cerita satu-satu ok.



Kenal Malaysian designer Fiziwoo ? Alaa... yang design baju Neelofa, Hanez Suraya (tak minat dia), Ziana Zain dan ramai juga ler artis letop-letop.



Baju raya Fiziwoo 'Raya and The City' tu Momoy beli untuk pakai raya tahun ni. Memang excited giler bila dapat parcel dari Zalora 2 hari lepas. Okay. Semua baju raya Momoy beli after raya. Huhu... Tak kisah la. Raya kan sebulan. Lagi pula open house kan banyak. 





Fiziwoo Ampang kurung in mint

Fiziwoo Ampang kurung in royal blue





Citer pasal baju raya Fiziwoo tu kan, Momoy purchase Ampang kurung. Sama yang macam Neelofa tu pakai. Material neoprene. Ramai juga designer yang guna material neoprene lately ni kan. Rizalman pun guna neoprene untuk mugla skirt dia (oh. yang ni pun lawa).






Momoy beli Ampang kurung Woo/Fiziwoo di Zalora. Tapi dah lewat sangat. Pos office pun dah tutup. Dapat parcel last week. 

Net price RM 509
Kat Zalora tinggal size M dan L saja untuk kurung ampang royal blue nih





Memang lawa glamour habis baju nih. Tapi sayang dengan Momoy kecik kat bahagian bawah. Bonts i besau sikit *blushing*. Jadi, tak dapat lah Momoy nak pakai. Since baju raya Fiziwoo ni tak boleh tukar size kat Zalora, jadi, Momoy nak letgo NEW Ampang kurung size S. Warna royal blue memang bold dan 'in'. Nak letgo RM 470 include postage saja. 






Warna macam gambar kat atas. Ini sebab henpong murah Momoy




#rayaandthecity
#fiziwoo
#woofiziwoo





Follow instagram @fiziwoo





Sesiapa yang berminat nak glamour fe-feeling macam Neelofa boleh lah whatsapp dengan segera. Item adalah BARUNEVER WORN okay.





+6014-5445 951 
Momoy


Status : SOLD to Rohaidatul







26 June 2015

Nak tukar skincare | Ada cadangan ?


Salam Ramadhan semua =)

Lama tak update entry. Nak taip pun rasa kekok. Taip delete, taip delete, taip delete. Huhu. Sepanjang Ramadhan ni Alhamdulillah, tak jejak lagi kaki ke bazar Ramadhan. Berbuka dan bersahur masak sendiri. Bersih, jimat dan hati pun puas. Ecece… macam nak cakap yang Momoy nih masak best jer.Keh keh keh.



Siapa yang follow belog Momoy mesti tahu yang Momoy ni pengguna Wonder Glow kan. Heh, ada ke yang follow belog sendu ni ? (tutup muka). Well, Momoy dah guna Wonder Glow Cosmetics tu start December 2013. So far, masalah kulit Momoy memang terawatlah.  Memang Momoy puas hati. 



Sebelum tu guna Tabita memang macam udang bakar. Tapi hanya set Wonder Glow Gold series (yang packaging lama) dan set Wonder Glow 360 itu SAHAJA. Set-set Wonder Glow lain macam set Pinkish untuk 3 series tu (lupa pula nama dia) dan loose item Wonder Glow, memang tak sesuai dengan kulit Momoy.



Jadi, bila dah lama-lama pakai Wonder Glow 360 rasa macam jemu la pula. Lagi pun dah immune, kulit pun dah jadi biasa-biasa saja. Ni tanda Momoy kena cari penggantilah. Hmm… Sedihnya, sebab Momoy memang suka pakai Wonder Glow. Satu lagi malas nak hunting skincare baru. Ayo.



Nak cari yang organic. Dah tak nak pakai yang rebrand ke atau yang produk lebih kurang sama (local product lah kebiassannya – faham kan maksud Momoy ?). Setakat ni ada 3 skincare yang Momoy tertarik.



  • Produk Leuniey bini Apek tu – Kaylena Beaute Skincare
  • FJ Glow Skincare
  • Produk yang Namee Roslan pakai tu - Luminous







FJ Glow Skincare (sumber sini, sini)


Kaylena Beaute (sumber)



Luminous (sumber)






Tak tahu nak pilih yang mana satu. Kamu pernah try tak produk kat atas nih, jemput share experience di komen. Atau kamu ada cadangan lain ?



15 April 2015

Klairs Illuminating Supple Blemish Cream Review


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Momoy sebenarnya bukanlah jenis pompuan yang jenis duk tepek-tepek foundation, bb cream, bedak segala. Cukuplah sekadar pakai serum dan day cream yang ada perlindungan SPF, lepas tu pakai baby powder nipis-nipis. Tapi itulah, bila pakai cuma day cream tu kulit yang ada cacat cela tu tak dapat nak la tutup kan. Huhu...



Momoy berkulit cerah kemerahan. Kadang merah-merah kat area pipi mostly paling ketara. Day cream Momoy pula jenis transparent. Maksud Momoy yang tak ada kaler atau foundation kaler tu. Jadi boleh bayang tak merah-merah kat pipi tu memang nampak jelas lah. Sesiapa yang berkulit cerah rasanya dapat tangkap kan apa yang Momoy maksudkan ni, kan ?



Jadi Momoy terima kasih sangat pada BB cream yang Momoy guna sekarang ni. Sebab sekarang merah-merah kat pipi Momoy tu dapat dikurangkan. Yay ! 



Produk yang Momoy maksudkan ni adalah Klairs Illuminating Supple Blesmish BB Cream. Dah hampir sebulan Momoy guna produk ni . Selalu guna BB cream Momoy akan kecewa sebab kesan tone kaler pada kulit jadi lain. Kadang tergelap, kadang tercerah sikit. Tapi yang Klairs ni bagus. Natural saja. Ewah.





Klairs Illuminating Supple Blesmish BB Cream
Momoy apply BB cream bersama span Cerro Qreen Natural Emulsion Powder Puff
 untuk area sensitif - mata lah apa lagi.


Packaging simple. Momoy suka Klairs bb cream ni dalam 
bentuk tube kurus. Bentuk macam ubat gigi pula rasanya. 
Hihi.  Senang nak sumbat dalam bag makeup Momoy yang kecik tu.





Klairs bb cream ni senang picit dan amount yang keluar tu kita boleh control nak banyak mana. Setakat ni Momoy tak pernah lagi ada pengalaman bb krim ni tertumpah atau terlebih picit. Penting juga ni supaya bag makeup tak comot dan tak membazir.



Masa mula-mula Momoy tengok kaler Klairs bb cream ni memang sedikit terkejut la. Sebab kaler dia macam yellow-beige tone gitu. Rasa macam hais confirm jadi barang hiasan je ni nanti. Huhu. Tapi bila dah pakai, eyh natural pula. Masuk je dengan skin Momoy ni. Krim dia mix dan blend cantik ikut skin kita. Hahaha. Ajaib *senyum semula*






Panjang besar tapak tangan je nih





Coverage bb cream ni sedikit berkilat. Pakai sikit demi sedikit (layer by layer) untuk kesan lebih natural dan cantik. Krim ni ringan, nipis dan tak melekit. Kulit muka pun tak terasa macam pakai apa-apa. Paling Momoy suka adalah merah-merah kat kulit Momoy tu dapat dikurangkan. Berkali-kali kot tengok cermin. Tu dia.



Momoy ni tak suka pakai sunblock sebab tak suka kesan sticky kat muka. Teruk kan Momoy ni ? Jadi, bila krim ni ada kandungan SPF 40 PA ++ haruslah Momoy suka, rasa nak menjerit kuat-kuat.





Paling suka sebab dia ada wrinkle care. Sesuai sangat untuk orang yang 
tua tak berapa nak muda macam Momoy nih. Kui kui. 






Momoy pakai selepas serum dan ia bertahan sehingga 4-5 jam, kemudian akan sikit demi sikit akan start fading. Huhu. Tapi tu tak jadi masalah pada Momoy sebab Momoy akan re-apply semula selepas cuci muka untuk solat zohor.



Momoy pernah juga cuba pakai Klairs bb cream ni selepas pelembap, tapi kulit muka jadi cepat berminyak selepas 1-2 jam. Huhu. Jadi tips Momoy kalau kamu jenis pakai moisturizer sebelum pakai bb cream, baik cari pelembap yang water based okay.



Tapi kalau pakai bb cream ni sahaja pun tak jadi masalah. Kulit tetap nampak natural. Rasa ringan dan tak melekit. Point kat sini adalah, bb cream ni boleh dipakai bersama produk lain atau nak pakai bb cream ni sahaja. Terpulang pada rutin skincare masing-masing.





No paraben so tak perlu risau ok. Ianya selamat


BB krim ni tak perlu pakai banyak pun. 3-4 titik dah cukup untuk coverage 
satu muka. Pakai nipis-nipis dah cukup. Tak perlu tebal-tebal sangat 
sebab ia akan nampak cakey, nanti tak lawa.





Satu lagi yang Momoy perasan adalah bb cream ni macam waterproof. Korang tahulah kerja Momoy ni macam mana kan. Tapi yang peliknya kulit Momoy maintain cantik tak cair biarpun nomex dah lencun dengan peluh. Wow kan.



So, kalau korang sedang mencari bb cream yang ringan dan boleh blend cantik untuk macam-macam perisa kulit, cuba try beli Klairs Illuminating Supple Blemish Cream ni. Kat mana nak beli ? Oh, boleh beli kat sini, http://www.nattacosme.com/073-Brand/369-Klairs/Klairs-Illuminating-Supple-Blemish-Cream



Eh. Nanti dulu. Ni ada discount coupon. Guna saja code di bawah shopping di Natta Cosme okay. 





Happy shopping gurls =)









31 March 2015

TOPSHOP make me happy


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hampir 4 tahun hunting benda alah ni. Alhamdulillah, akhirnya terjumpa beliau di website Topshop. Mood, rasa nak lari keliling Paka ni. 






Masa ambil  excited bila terima parcel Topshop polka dot ni. So comel. 


Sebenarnya dah buka menerai pun dalam kereta tadi. 
Tapi Momoy bungkus balik untuk sesi bergambar. Haha. Rakus semacam.


TOPSHOP perforated bumbag. 
Dan ah, resit dan return back form di dalamnya pun comel juga *geget jari*





Bum bag ni untuk Momoy pakai dalam plant nanti. Senang nak simpan macam-macam dalam ni. Lepas ni tak adalah poket nomex Momoy kembung sana sini lagi. Paling penting, tahap kehenseman Momoy akan meningkat 50% lagi. 



Design bum bag ni simple je. Dari nama dia pun dah tahu pattern dia lubang-lubang kan - perfotered. Puas hati sangat 4 tahun cari yang lawa, kulit, stylo, perfect untuk perempuan dan saiz dia yang just nice.



Tang size dia tu penting juga, sebab saiz bum bag tu kena perfect la. Terkecil sikit ke, atau terbesar sangat ke, lemak perut akan lebih jelas kelihatan. Kat sini Momoy sendiri confuse. Sebenarnya cari bum bag ni sebab senang nak simpan barang ke atau nak melawo. Hahaha. 






Love !!! It was love at first sight. Actual lagi lawa lah ye. 





Momoy suka how Topshop combine kan material bum bag dia. Maksud Momoy, pernah tak kamu jumpa bum bag yang ada pattern kulit lubang-lubang (perforated) macam ni ?



Harga tu tak kisah lah. Berbaloi jer dengan bum bag cun boleh bangga tayang kat site esok. Pejam mata tengok cas pos dia. Walaupun cas pos dari UK tu agak murah tapi, tetap mahal bagi Momoy kalau bayar RM 25 hanya untuk kos pos je. 



Syukur Momoy proceed juga sebab bumbag Momoy tu was the last pair ! Phew. Lagi pun dah jumpa yang betul-betul berkenan kan #alasan



So, bum bag dah dapat. Plant nak shutting down 2 minggu je lagi. Hope, bum bag cantik ni dapat mengurangkan stress Momoy masa Turnaround nanti. Tapi mental dan fizikal totally belum 100% prepare. Huhu. Macam mana nak perang ni. Huhu lagi.



On the way balik lepas kerja tadi, singgah mini market dekat rumah. Amboiiiiii... ramai benar makhluk bernama manusia dalam ni. Macam nak raya pula rasa. Ni gara-gara GST la ni. Macam-macam Malaysia sekarang ni.



Website TOPSHOP 

21 March 2015

Review Dermanic Transinjec dan Transcaps selepas complete treatment 6 bulan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai sayang-sayang semua. Nak update review yang paling ditunggu-tunggu dan seringkali penuh inbox email Momoy. Wee.



Kali pertama Momoy cucuk Tranexamic Acid dulu ialah pada September 2 tahun lepas. Boleh baca review Tranexamic Acid tu di SINI jika mahu. Kali kedua consume Trenexamic Acid ialah pada September tahun lepas. Untuk kali yang kedua pula, Momoy consume brand DERMANIC. 




Dermanic Transinjec untuk injection dan Transcaps untuk pil kapsul makan-makan. Kedua-dua Dermanic dan Transcaps ni mengandungi 250 mg Tranxenamic Acid (sama macam brand Traxenamic Acid juga). Singkatan Tranexamic Acid ialah Tren Acid. Sedikit intro. Jadi, sila jangan confuse tau.



Momoy terima banyak email yang tanya banyak pasal beauty injection nih (suntikan kecantikan) especially progress on Dermanic lah. Sebelum tu bagi yang bertanya tentang Dermanic Transinjec atau Transcaps 500 mg, jawapannya adalah TAK ADA. Hanya 250 mg Tranexamic Acid SAHAJA !! Hati-hati. 



Lagi, walaupun di declare dari Europe tapi hanya formula of Tranexamic Acid sahaja yang origin dari Europe tapi manufacture Dermanic di Malaysia. Kalau ada yang kata manufacture dari Singapore ke mana ke, itu fake la tu. Rasanya ramai dah tahu dan buat research kan. Jadi, Momoy skip, nak terus masuk review tentang Dermanic ni je la ye. Review ni berdasarkan pengalaman Momoy consume Dermanic selama 6 bulan.





Ni combo set dermanic yang Momoy dapat. Dalam combo ni ada Transinjec 5 ml (10 Vials), 2 botol Transcaps (sebotol ada 30 biji) dan FREE Vitamin C 2 ml (10 vials). 






Kebaikan dan fungsi utama Dermanic ni untuk :-

  • whitening
  • scar
  • melasma
  • pigmentation.



TRANSINJEC


Untuk Transinjec Momoy suntik di klinik dengan upah doktor RM 10 sekali cucuk. Suntikan cara IV intravenous pada pelipat lengan tangan. Injek combinasi bersama Vitamin C adalah terbaik. 




Set Dermanic yang Momoy beli FREE Vitamin C. Tapi Momoy tak guna Vitamin C tu sebab Vitamin C tu murah, dari Thailand. Tak pernah dengar brand V-C Injection lagi pun. Momoy tak nak ambil risiko jadi Momoy guna Vitamin C yang dipercayai jenama Forte (Vitamin C + Collagen).






V-C Injection 2ml yang free itu





Setiap hari Khamis Momoy akan pergi klinik cucuk Transinjec sebab khamis Petronas balik awal. Hehe. Momoy pastikan Momoy tak skip lunch dan minum banyak air sebelum cucuk. Kalau tak-boleh-solat, Momoy hanya cucuk Vitamin C sahaja.


Transinjec ni Momoy tak rasa demam atau pening. Sesetengah orang mungkin rasa dan tu normal. Injek tu sakit tak ? Ni soalan yang paling kerap kamu tanya kan. Well, sakit ni bergantung pada kecekapan doctor yang injek kamu. Bagi Momoy tak sakit langsung. Sungguh. Tapi pernah SEKALI ada pengalaman masa cucuk sakit (klinik lain). Doktor tu cucuk tersasar keluar dari urat nadi. Sakit sangat sampai rasa nak lempang doctor perempuan tu. Hehe. 








Dermanic Transinjec 5ml





Tips lepas Injection, rehat dan duduk di rumah jer. Lebih baik jangan terdedah pada matahari buat sementara waktu (Momoy tak dapat elakkan yang ini). Minum air masak minimum 3 liter sehari. Elakkan kafein (standard ni kalau sesiapa consume supplement lain pun). 



RESULT – DERMANIC TRANSINJEC



Apa yang Momoy noticed selama consume Dermanic Transinjec ni ialah kulit Momoy tetap sama. Tak berubah putih kapas pun. Tapi lepas cucuk kulit memang moist, glow dan susah nak sunburn. Bab parut pula, Momoy ada parut baru kena kuali panas. Cucuk dermanic transinjec ni parut hanya pudar dalam 50% jer. Tak sehebat Tranexamic Acid yang pudarkan parut Momoy hampir 100%.



Kenapa tak putih-putih ? Ni soalan yang Momoy sendiri tanya pada doctor dan diri sendiri. Cuba analisa diri. Kafein semua Momoy pantang. Minum air cukup. Lepas cucuk better duduk rumah, jangan expose sangat ke sunlight ke apa. Tapi yelah, mana mungkin. Momoy kerja di plant. Haruslah terdedah dan berpanas. Tambah lagi kawasan petronas tu dekat laut kan. Jadi Momoy rasa memang kurang berjaya di sebabkan factor kerja Momoy tu. Kot. Kan ?



TRANSCAPS



Memandangkan Traninjec hanya boleh consume 10 vials SAHAJA jadi Momoy teruskan dengan TRANSCAPS. Kalau kamu takut jarum, ni altenatif untuk kamu yang nak consume tren tanpa perlu cucuk. Untuk info bagi sesiapa yang ambil Transcaps, jangan consume lebih 6 bulan dan 2 biji sehari sahaja selepas makan. Lain info ada kat label Transcaps tu. 





1 botol ada 30 kapsul. 2 botol untuk sebulan.





Transcaps ni boleh diambil bersama juice. Boleh juga dibuat masker. Momoy pernah la try buat juga. Buka kapsul tu dan lumur je kat muka. Susah sikit nak melekat kat muka. Pernah juga mix dengan night cream. Feel macam best juga lah. Night cream pun pekat likat jer tapi lama-lama night cream jadi cair sikit sebab tambahan formula. Huhu. Masker tren ni kalau buat, jerawat memang cepat kecut. 



RESULT – DERMANIC TRANSCAPS



Untuk transcaps ni Momoy complete consume makan 11 botol (6 bulan) dan 1 botol transcaps untuk tujuan memain (letak muka, lotion etc). Momoy consume Transcaps ni tanpa skip. Tak pernah lupa. Memang berdisiplin habis. Lepas 6 bulan consume transcapes (awalnya consume sekali bersama Transinjec), resultnya tak ada apa-apa kesan pun. Haip. 



Kesimpulannya, TIADA APA-APA PERUBAHAN. Fullstop ! Transcaps ni tak berkesan untuk Momoy. Transinjec lebih nampak kesan dari Transcaps. Cucuk Transinjec ada result kulit lebih moist tapi putih kapas tu belum lagi. Kalau buat perbandingan antara semua tren acid, Momoy suka dan Momoy pilih Tranexamic Acid berbanding dengan Dermanic. Kalau Mixing White tu Momoy tak pernah try. Tak sempat try pun rasanya. Sebab ini kali terakhir Momoy ambil beauty injection. Lepas ni Cuma boleh consume supplement je lah memandangkan klinik yang Momoy selalu pergi dah tak ambil service cucuk lagi. 



Kemain, lama tunggu Momoy update kan. Tapi itu lah, hasilnya tak seperti yang Momoy harapkan. Lepas ni, kalau jumpa tempat cucuk pun, Momoy continue Vitamin C dan Collagen saja la. Ewah. 



NOTE: Jika kamu berminat untuk dapatkan treatment ni, itu adalah keputusan kamu sendiri., risiko kamu sendiri. Hati-hati dengan fake dermanic. Juga dapatkan suntikan daripada doktor (bukan nurse atau orang-perseorangan). Sentiasa tanya dan minta pendapat doktor. Yang terakhir, mungkin ada yang akan rasa demam atau pening selepas cucuk. 





06 March 2015

Ku jatuh cinta


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ya. Momoy dah jatuh hati, jatuh cinta dan jatuh kasih. Dua minggu lepas Momoy terjumpa beliau di Instagram. Mihmih. Nak dijadikan cerita. Kami ditakdirkan bertemu. Baru sehari bercinta terus Momoy rasa beliau lah jodoh Momoy. Omo omo. Gediks sangat. Auww.



Muahahaha… stop lah taip cenggitu. Giler muntah hijau orang membaca. Momoy sendiri rasa geli geleman. Salah satu produk yang patut masuk dalam list wajib skincare Momoy adalah S E R U M. Kenapa serum ? Sebab serum ni kandungan pati dalam dia lebih mewah dan pekat gitu.



Okay. Ni nak kenalkan serum terbaru yang Momoy baru cuba. 






Kekasih hati Momoy itu  – Terapi oksigen O2 Omax3 Radiant Serum
Rejuvenate renew skin





Okay ni fungsi dan kebaikan O2Max3 mengikut kata pengeluar. Gigih Momoy menaip nih.



The O2Max3 Professional Treatment


  • This is the first step in your skin's transformation and specifically targets expression lines. Cooling, calming, oxygen gently delivers the O2max3 serum and naturally improves your skin's hydration levels while Vitamins and antioxidants protect and prevent. A combination of lightweight Hyaluronic Acid, antioxidants, Argireline result instantly in a smoother appearance of expression line and wrinkles, better volume and increased firmness. Your skin will emerge deeply hydrated, balanced and glowing with vitality. With continued use results are not only instant but continue to improve in the following days. Apply to face and neck to help visible define contours. Use morning and night for best result.






Packaging warna burgundy dan gold, simple tapi class gitu. 
O2 Max3 ni 30 ml je so jangan tertipu dengan efek botol yang nampak besar.





Momoy tertarik nak try sebab ingredient yang ada dalam O2 Max3 ni. 



Kandungan. 

  • Dragon Blood Extract.
  • Kigelia Africana Extract.
  • Witch Hazel Extract.
  • Aloe Vera Extract.
  • Hydrolyzed Soy Protein.
  • Hydrolyzed Marine Collagen.
  • Chamomille Extract.
  • Co Enzyme Q10.
  • Roseship Seed Oil.
  • Malus Domestica (Apple Stem Cell)
  • Vitamin A Palmitate.
  • Vitamin B3
  • Vitamin E Acetate


Cara Penggunaan Serum O2Max3 

  • Sapu dikulit yang telah dibersihkan dengan urutan keatas.
  • Guna pada waktu pagi dan malam selepas muka dibersihkan.
  • Formula yang lembut selamat untuk kawasan mata yang sensitif.




Jadi ini pengalaman Momoy guna radiant serum ni ye. Sampai Max3 serum di tangan, malam tu selepas cuci muka terus test pakai Max3 kat muka. Momoy guna sekali picit jer dan pakai dengan urutan ke atas. Momoy suka bau dia. Bau wangi menyenangkan. Katanya kesan nampak serta-merta dan pada pemakaian PERTAMA. Tapi Momoy tak percaya pun. Sebab kita pakai skincare pun paling cepat dapat result sebulan, kan ? Jadi, Momoy akan pakai sebotol habis baru Momoy buat keputusan macam-mana. OK ke KO.



Tapi kan, tapi kan, tapi kan, hari ketiga Momoy guna pagi esoknya bangun pagi tengok cermin, kulit muka glow, cantik dan tegang. Hahaha… Betul ni. Muka cantik bila bangun tidur. Garis-garis halus kat mata (wrinkle) kurang. Bangun pagi, tiada ketulan jerawat yang tumbuh. Ohsem sangat ni baru 3 hari guna. Terus terjatuh cinta. Okay, ni produk kedua yang Momoy rasa magic selepas Miracle Beauty Collagen Spray. Max3 serum telah menegangkan (firm) kulit Momoy dengan jayanya. Huraayyy !



Max3 serum ni pakai 2 kali sehari sajo. Pagi dan malam. Boleh bertahan 3 bulan. Tapi Momoy rasa Max3 serum Momoy tu tahan sebulan je kot. Ni sebab Momoy suka efek dia yang buat kulit Momoy tegang. Jadi, Momoy keep pakai setiap kali lepas solat, mandi dan sebelum tidur.





Serum yang Momoy guna sekarang. Mohon jodoh berpanjangan.





Max3 serum ni cepat serap dalam kulit. Sangat-sangat melembapkan kulit yang kering bila Momoy berjemur di plant lama-lama. Dulu seram nak tengok cermin bila bangun tidur. Sekarang rasa happy bila bangun tidur, pandang cermin kulit nampak cantik, glow dan healthy. Tapi yang paling ketara, kulit Momoy tegang lah. Hahaha… asyik ulang perkataan ‘tegang’ je. Sebab memang pun tegang dan Momoy sangat suka.



Tekstur serum separa pekat, wangi, bewarna kuning cair. Boleh pakai serum sahaja atau pakai sebelum tepek skincare kita yang lain (contoh macam day cream). O2Max3 serum ni cepat menyerap. Tapi lepas 3-4 jam macam tu, ada juga la rasa melekit yang light-light. Mungkin kulit Momoy sebab apa jenis skincare ke apa ke lepas pakai, haruslah Momoy tepek baby powder nipis-nipis, kecuali masa tidur.





Harga RM 170
30 ml





Sebelum tidur, wajib pakai Max3 serum ni. Baguslah sebab Momoy 2 bulan ni skip pakai night cream Wonder Glow sebab kulit Momoy makin putih kemerahan. Tapi bila tak pakai night cream WG ni Momoy perasan juga yang pores ni nak membesar macam dulu. Tsk. Boleh tak kalau nak pakai night cream WG ni nak pores je kecil tapi tak nak putih. Kalau sesiapa ada produk yang function macam tu bagitahu la. Isk2… lari topic pula.



Kesimpulannya, Momoy suka Max3 serum ni sebab serasi dengan kulit Momoy. Dan AKIBATNYA, Momoy sengaja menyusutkan lagi account Momoy untuk mengeTEST pula kakak si Max3 ni, Firmax3. Hopefully, hasilnya tak mengecewakan Momoy memandangkan mereka ni boleh tahan mahal juga. Next time, Momoy review Firmax3 pula ye. Uish. Bagi janji-janji palsu lagi ni. InsyaALLAH Momoy review tapi tak tahu bila tau. Jangan marah…



Eh eh minat nak try juga ke ? Oh boleh beli kat sis chantek ni. Dia pun ada jual baju dress lelawa tau.



Instagram : eisyasyakira
+60176555944







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...