.::: MOMOY blogirl :::.: August 2014

31 August 2014

Mini Merdeka Giveaway


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dah lama tak join GA. GA ni di tag oleh dear Ummi Ammar. Thx dear. 




Tag : Farra || Normi || Azwa



Siapa tak ada kerja boleh join GA Merdeka ni okay. Nak join klik jer banner tu. Daa...




18 August 2014

The first 3 words (bukan I Love You okay)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Terjumpa benda ni kat Instagram tapi hitam putih. Momoy touch up sikit bagi comel =)










LOVE ::: YOUTH ::: POPULAR



Tu yang first 3 words Momoy jumpa nampak. Amboii... diva sangat kan. Haha. 
Korang pula apa ?







11 August 2014

Buycott || Aplikasi scan barangan boikot untuk smartphone/ adroid


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ambil masa rehat untuk mengupdate blog. Masa blogwalking terjumpa artikel menarik tentang aplikasi scan barangan boikot untuk smartphone atau adroid di blog si cantik Farra. Aplikasi yang WAJIB download pada semua smartphone atau adroid di abad ini. 



Isu boikot ni dah makin panas kat Malaysia dan juga dunia sekarang ni. Tapi Momoy tak setuju boikot dengan cara extreme (huh. siap ludah baling batu bagai. aiyakkk). Boikot biarlah dengan cara berhemah, berilmu dan paling penting berterusan. Lebih baik secara senyap-senyap, tup tup Israel Zionis macam cacing kepanasan bila dana nak beli bom-bom peluru-peluru dia tu tak ada. Haa.





Download aplikasi 'Buycott' di smartphone kita sekarang. Jom !





Urmm... Momoy mengaku yang Momoy pun ada guna produk made in Israel ni, tapi sekarang dah slow-slow kurangkan dan cuba ganti dengan jenama lain. Yang mana masih support barang-barang buatan Israel dengan alasan dia beli barang (atau makanan) bukannya bagi duit kat Israel Zionist tu, korang memang buta mata dan buta hati. Dah ramai kot yang terangkan macam mana duit yang kamu beli tu disalurkan ke dana Israel Zionist tu, jadi jangan tegakkan benang yang basah. Sampainya hati.



Minta maaf Momoy dah rasa tak lalu bila nak makan mekdi sekarang (contoh ni paling mudah sebab isu boikot Mc Donald yang paling besar kan). Terasa macam makan daging budak-budak Gaza kecik dan comey tu. Huhu. Lagi pun mekdi bukan baik sangat untuk kesihatan. Takut bila ingat kita sumbang dana untuk bunuh orang Palestine di akhirat kelak. Erk ! 



Yang tak nak boikot ikut suka korang lah (hmm. ayat pasrah) tapi tolong jangan secara terang-terangan tunjuk yang kamu tu support Israel okay. Blogger-blogger yang famous lagi berpengaruh pleaseeeee tolak iklan berbayar yang support barangan Israel (ramai sangat yang promote produk Maggie).  Bawah ni antara jenama keluaran Israel Zionist tu. 







Pinjam dari entry 'Apa yang kita boleh buat untuk bantu Palestine ?' by dear Ecan Fadhlina. Patut baca. 


Eh eh. Ni bukan produk Israel Zionist laknatullah itu yer *luku kang* 
Ini produk home made by Momoy *angkat collar*. Hee. Cempedak goreng ni 
beratus ganda sedap dari mekdi tu tau. Setuju ?





Berbalik semula pada tajuk, aplikasi Buycott ni memang sesuai sangat la kan. Yela, nak ingat barang (jenama) apa yang nak diboikot tu pening juga, ye tak *memori kecik* 



Cara dia mudah. Scan je pada barcode produk tu dan tunggu result dia keluar. Saat Momoy taip entry ni, handphone Momoy masih lagi 'downloading'. Jadi, ramai-ramai klik SINI untuk tengok demo cara nak guna 'buycott' tu*saja je nak bagi backlink kat Farra* hehe... Thank you dear Farra sebab sudi share applikasi Buycott ni. Memang sangat sangat sangat sangat berguna. Sayang Farra ketat-ketat ! 








08 August 2014

Pembersihan usus selepas raya ~


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)



Hai semua. Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Ewah ewah... masih mood raya lagi ke tu. Banyak dapat duit raya ?



Gambar raya atau kuih raya Momoy tak upload. Malas. Lagi pun semua orang mesti cerita benda yang sama. Update status pasal baju raya, kuih raya, berat badan naik dan bla bla bla... Masa mengkedarah tak hingat dunia, bila sehari raya perut mula terasa maju ke depan. Itu belum masuk open house yang confirm ADA sampai ke penghujung Syawal. Tu dia. Bayangkan.



Bila dah macam-macam tu terfikir nak buat pembersihan usus secara total. Amboi amboi ayat. Ayat pendek -detox. Sebenarnya ada banyak sebab la juga kenapa Momoy rasa macam nak detox kan diri kan. Antara sebab tu :


  • Momoy nak mula program detox untuk bersihkan pula kolon dan usus yang dah di servis semasa Ramadhan hari tu.

  • Lagipun, badan ni nak guna lama lagi ni. So, tak nak lah penuh toksik-toksik dalam badan. Tempat kerja Momoy pun bahaya toksik kan. Ngeri pula bila fikir. Lagipun, kalau banyak toksik dalam badan (lagi-lagi dalam darah) boleh mengundang banyak penyakit.

  • Ramadhan hari tu, Momoy stop dari ambil apa-apa supplement atau suntikan sebab tak confident minum 3L air. Takut tak pasal-pasal raya dengan kulit break-out (jerawat) pula. Consume supplement lepas detox ni kesannya lebih cepat dan berkesan. Haa...

  • Sistem penghadaman dan lawas pun lebih baik. Tau-tau aje lah ye,  food lover kan pantang jumpa lontong (nasib baik Terengganu ni tak ada lontong).




Eh eh. Okay tak alasan tu. Pasal detox ni kan, tak perlu nak membazir nak beli produk ntah hapa-hapa yang berlambak jual kat Facebook tu (macam marah pula. Hihi) Lagi pun, kalau nak bersihkan usus better beli kat drugstore jer. Lagi murah dan berkesan. Yang jual kat Facebook tu bukan kata tak berkesan, berkesan juga tapi mahal beb. Habis la kena marah dengan seller seller online ni kejap lagi. 



Ini saja cerita pengalaman Momoy yang berhabis sampai dua ratus untuk sekotak detox, yang padahal kat Watson ada produk semurah RM 20 ++ jer. Erk.



Jadi laju-laju pergi Watson usha-usha produk untuk detox. Susah juga nak cari sebab kebanyakan produk detox yang jual plus sekali dengan sliming. Huhu. Momoy tak perlu reduce weight sebab berat badan sekarang dah ideal dah *libas rambut ke belakang*. Jadi, cari punya cari Momoy decide nak cuba Kinohimitsu. Katanya tak akan turunkan berat badan. So tak perlu risau *senyum*






Kinohimitsu J’pan D’Tox Tea yang sangat-sangat bagus untuk bersihkan perut kita. 


Ehwah. Ada dua favour, ginger dan peppermint. Momoy pilih ginger (halia).





Cara nak sediakan detox tea Kinohimitsu ni mudah jer. Tuang je air panas dan masukkan satu sachet tea tu dalam cawan. Tunggu 3-5 minit dan nikmati ler teh tawar tu. Mihmih.


Rasanya ? Urm... tak pahit, tak pedas dan tawar. Nak sedap, boleh tambah satu sudu madu asli. Lagi pun kan Momoy ternak madu lebah sendiri jer kat rumah kan. Ngeh ngeh. Masa yang yang bagus untuk gunakan ia. Madu pun salah satu bahan detox yang baik juga tau. 



Teh ni Momoy prefer minum masa teh panas-panas sebab kalau sejuk, tekak Momoy macam geli-geli la pula. Hihi. Dan jangan lupa, minum air masak banyak-banyak tau untuk memudahkan proses detox ni.







Front packaging


Back packaging





Lepas minum teh ni, ada juga feeling macam eyh nanti kalau sakit perut macam mana. Nak kena ulang masuk keluar toilet ke. Tapi percayalah. Momoy minum lepas breakfast tapi sikit pun Momoy tak rasa perut Momoy sakit memulas ke apa. Petang dalam pukul 6 macam tu la Momoy membuang. Tapi perut tak sakit. Poo poo smooth je keluar. Bentuk poo poo pun sihat jer. Eh. Terdetails pula. Haha.



Tapi uncang yang ke-tiga Kinohimitsu ni Momoy ada sikit la rasa sakit perut tapi yang minor. Sakit macam main-main cucuk-cucuk manja gittew. Bukan sakit yang teruk memulas sampai berpeluh-peluh. Momoy pernah ada pengalaman ngeri detox brand lain (tak ingat tapi local brand) tapi dia rasa jenis macam coklat drink. Sangat menderita okay yang ni, cuma mampu habiskan 2 cawan jer lepas tu sumpah tak sanggup dah.






RM 24+ untuk 14 sachet. Produk ni halal. 1 uncang teh bag tu Momoy ulang minum 3-4 kali sampai teh dia dah tak boleh larut. Kedekut jimat betul.





Jadi, pengalaman consume teh detox Kinohimitsu ni Momoy rasa badan macam ringan dan terasa sihat. Paling penting Momoy boleh budget bila time nak membuang tu TANPA rasa sakit perut. Selalunya 6 hingga 8 jam baru nak pergi toilet. Kalau minum sebelum tidur lagi bagus lah, bangun pagi esok terus buat appoinment dengan encik J kan. Perut pun sihat gittew.



Dah tunggu apa lagi nih. Jom ramai-ramai pergi serbu Guardian ke Watson ke sekarang. JOM DETOX !!



UPDATE :
Yang ni pula review untuk Kinohimitsu Detox Tea untuk peppermint flavour KLIK SINI




03 August 2014

Baru nak bagi ucapan raya


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)



Salam Syawal yang ke-7. Maaf la ye, raya yang ketujuh baru nak bagi ucapan raya. Tapi tak lambat lagi la kan kan kan. Raya kan sebulan. Hari ni dah mula bekerja. Sob sob.



Tahun ni raya sederhana jer. Yang baru hanya baju raya saja. Kasut raya tak ada, bag raya pakai yang mana ada dan style rambut pun masih sama. Mungkin terkesan sebab ujian yang datang bertimpa-timpa. Tragedi MH17 yang kena tembak tu la, tragedi berdarah di Gaza la, so sedikit sebanyak effect juga la raya tahun ni. Ada keinsafan bila nak beraya sakan macam tahun-tahun sudah kan *tunduk*



Ada hikmah mungkin sebab bila tiba hari raya jer, rakyat Malaysia paling kurang akan berbelanja 1 ribu seorang. Jadi lebih kurang 20 juta aliran duit keluar hanya nak sambut hari raya jer. Banyak tu. Bila terjadi banyak kejadian sedih macam ni, ramai yang bersederhana. Tapi apa pun please, jangan give-up untuk berdoa pada mereka okay. Boleh juga sedekah duit raya untuk kanak-kanak di Gaza. SMS jer dengan menaip GAZA <jarak> RM1 RM5 RM10 <taip pilih yang mana nak sedekahkan> hantar ke 13999. Mudah kan jadi jom kita tambah saham-saham akhirat kita bersama selain membantu rakyat Palestine di sana. Yukk !!





Nah. Kad raya dari Momoy.
 Gigih susun anak-anak ayam tu dari whatsapp dan edit sikit-sikit. 





Sempena syawal yang mulia ni, Momoy mengambil kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog ni (eh. ada ke). Momoy juga ingin menyusun sepuluh jari mohon kemaafan jika ada khilaf yang sengaja atau tak sengaja Momoy sepanjang Momoy berblog ye. Mana tahu jika ada hati yang terluka sepanjang penulisan Momoy ini. Akhir kata, sambutlah raya ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Chewah ~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...