.::: MOMOY blogirl :::.: November 2014

18 November 2014

Dress super cantik *NEW* untuk di let go


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Momoy suka giler dengan satu maxi dress ni. Cantik sangat okay. Super cantik ! Berapa lama Momoy hunting mermaid dress. Design dan colour yang sama. Panas hati sebab asyik sold out jer. 





Ruffle two tone mermaid dress





Tak ingat masuk minggu keberapa ntah, akhirnya Momoy dapat apa yang Momoy nak. Hee. Excited sangat bila baju tu sampai kat office tau. Baju sangat sangat sangat sangat la cantiknyer *mata bersinar-sinar*



Momoy serius suka tapi kan, tapi kan, Momoy rasa nak let go. Dress tu masih masih BARU. Tak ada cacat celanya. Cumanya dress tu tu macam sendat giler ngan Momoy. Momoy kena tahan nafas untuk mengempiskan perut. Huhu. 





Actual item memang cantik. 


Material chiffon. Full satin lining.
Dress potongan duyung (mermaid) 
Warna seperti di atas PEACH - MINT
Bahagian depan kain ada ruffle =)
Kat bahagian hujung lengan ada lace warna gold
Muat saiz XS dan S





Seller claim muat bagi siapa yang size SX hingga M. Memang saiz M muat tapi kan macam sendat amat. Tak selesa. Momoy rasa kalau M yang jenis small M tu boleh la muat. Huhu... *sedih*



REASON nak let go: tak muat =( Dress BARU. Momoy hanya pakai untuk try jer. Berminat boleh email Momoy di syalyx_00@yahoo.com



Update :

STATUS : SOLD

Sela nafas panjang-panjang. Tak sampai 10 minit Momoy publish entry ni, dress ni dah ada tuan baru ! K, bye bye dress lawa ~






10 November 2014

Yay ! Dah boleh consume TREN DERMANIC


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Last year start consume tranexamic acid pada 24 September 2013. Sekarang November, dah cukup setahun, so maknanya Momoy dah boleh consume tren acid semula. 



Kali ni Momoy amik tren acid jenama DERMANIC pula. Dermanic ni sama juga macam Tranexamic Acid yang Momoy consume tahun lepas. Dermanic ni ada dua jenis - kapsul dan injection.  Yang cucuk namanya Dermanic Transinject manakala untuk kapsul nama dia Dermanic Transcaps






Botol || Dermanic Transcaps
Tengah || Dermanic  Transinject
Bawah || Vitamin C





Atas tu combination of Dermanic yang Momoy consume. Momoy cucuk dermanic transinject mix dengan vitamin C. Eh. Nantilah Momoy review. Tak best review kalau tak complete treatment ni.  Jadi, sila bersabar. Hehe *sendiri pun tak sabar*



Dermanic dalam beauty ni untuk whitening, scar, melasma dan pigmentation. Kalau rajin boleh la research sendiri. Banyak je international medicine jurnal pasal tranexamic acid ni dalam kecantikan dan perubatan. 



Tolong jangan buat muka terkejut kalau taip tranexamic acid tiba-tiba keluar fungsi tren acid ni untuk stop bleeding, beku darah dan sebagainya. Pfff... Betul la tu. Tapi untuk beauty, dos tren acid yang digunakan of course lah berbeza dengan dos untuk tujuan perubatan. 



Jadi penting keyword yang betul kalau research kat Google ye. Ayat mestilah betul kalau nak search untuk kecantikan. Jadi macam mana nak search ? Taip dengan betul, contohnya “Oral tranexamic acid safe for melasma”



Itu sahaja nak berleter untuk hari ni. Kihkihkih. Jangan email tanya result macam mana dan bla bla bla, tunggu Momoy review nanti. Oh ya, kalau belum baca review Momoy pasal tranexamic acid ni, bolehlah baca :







P/s: Suka diingatkan if you choose to try this product it is at your own risk. Always consult with your doctor before taking anything new okay.






03 November 2014

Imma THEPOPLOOK.COM lover


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Aiseh. Sebenarnya malas nak update blog. Tapi salah sendiri sebab bagi janji manis nak update pasal gorgeous-gorgeous dari Thepoplook kan. Jadi hati dan jari Momoy bertekad nak habiskan juga. Selalu kalau taip mesti nak masuk draft jer. Huhu.


Since Momoy dah bertukar imej sopan dan super ayu *batuk*, Thepoplook ni tempat Momoy selalu lepak cuci mata. Oh. Jangan tak tahu yang Thepoplook ni adalah website kesukaan wanita sejagat terumata gadis-gadis hijabnista. Eh. Malas la nak cerita sebab confirm korang semua lagi tahu pasal Thepoplook ni kan.



Meh nak cerita sikit kenapa Momoy suka online shopping baju bajan kat sini. Compare online website yang lain, Thepoplook ni betul-betul menjaga kualiti produk diaorang. Material dia sangat berkualiti dan jahitan sangat kemas. Memang tak perlu risau dengan duit yang dilabur sebab baju yang dapat exactly sama macam gambar dengan kualiti yang superb. Momoy dah banyak kali shopping kat Thepoplook tapi belum pernah lagi dikecewakan, kecuali item cepat sangat sold old. Hehe. So keyword bila shopping kat sini adalah QUALITY dan QUALITY dan QUALITY !!



Lately ni design baju-baju ke, dresses ke, skirt ke lebih lawa-lawa dari biasa. Momoy syak diaorang dah hire designer baru la. Sebab design Thepoplook sekarang lebih fresh, young dan stylist. Ni yang buat Momoy tak senang duduk. Nak nak lagi sekarang ni Momoy dah berimej anak dara pingitan kampung sebelah *batuk*




Last week shopping banyak baju dari Thepoplook. Ini adalah pembelian kali ke-LIMA. Momoy kan addict dengan something yang pastel, pink, chiffon, lace-lace dan bow ni. Jadi, haruslah Momoy meroyan bila Thepoplook keluar produk yang kena dengan taste Momoy. 




Thepoplook Weddings and Celebrations



Ni koleksi peberet Momoy dalam Thepoplook. Tapi kan, memanjang jer baju yang Momoy nak tak available. Kalau ada pun size pula tak ada. Hais. Meh Momoy tayang tunjuk baju dari Thepoplook yang gojes tu okay. 






Momoy nak pilih Daliya Peplum Chiffon Top yang warna pink tu tapi sold out cepat sangat. 
Kaler hitam dan dark blue pula tak ada saiz. Menciiiii.


Jadi, pilih mint blue...



Dan warna seaform. 





Daliya Peplum Chiffon Top tu serius cantik. Belakang peplum ni ada tali boleh ikat reben. Comel sangat. Kain pun lembut dan selesa. Memula ingatkan kaler seaform tu dusty mint. First time dengar kaler seaform. Warna pastel hijau epal camtu. 






Haneem Chiffon Top in Warm Blush





Warna pink belacan haruslah Momoy jatuh cinta. Design dia memang lawa. Kain lembut giler selesa. Momoy dah pakai. Top ni paling cantik bagi Momoy. Kedua tercantik Daliya kat atas tu. Kalau saiz available memang Momoy nak grab semua kaler yang ada. Sangat worth it dengan duit yang Momoy bayar. Puas hati. 









Flavie Mermaid Chiffon Skirt- Warm Blush






Suka giler dengan mermaid skirt yang selesa tahap infiniti ni. Rasa macam ada aircon dalam kain. Best bila material dia dari kain jenis chiffon. Bila jalan flowy flowy kain berkibar-kibar gitu. Dah macam Princess Elsa let it go, let it go tu. Ada jenis maxi skirt juga (material sama) tapi tak sempat grab dah sold out. Momoy geram jer tau.





Putri Lace Mermaid Skirt - Seaform


Dewi Flare Lace Chiffon Maxi Skirt - Dusty Pink





Lawa-lawa lace dua-dua skirt tu. Tak tipu. Corak lace sangat berbeza tapi dua-dua pun cantik. Banyak mata menjeling nak tarik-tarik skirt yang Momoy pakai tu sebab cantik sangat. Hahaha. 



Untuk koleksi Thepoplook Weedings & Celebration ni jer, 6 items Momoy purchase. Fuh. Memang fall in love lah. Memang lawa. Dress pun banyak jer lawa-lawa. Kalau korang berkenan kena laju-laju pilih sebab cepat sangat habis. Nanti tido pun termimpi-mimpi.



Thepoplook Work Series


Maaflah Momoy beli juga blouse Work Series ni walaupun bukan kerja office. Tak sedar diri awak tu kerja kat plant. Comot-comot tapi wangi. Ratu perfume kan. Mihmih. 






Quirina Lace Blouse - Cream





Lace lace macam ni Momoy cannot tahan lah kan. Warna memang cun sangat. Tapi Momoy prefer tuck in pakai dengan maxi skirt, lagi romantik. Romantik kot lace-lace nih. Omo omo tak sabar nak pakai pergi tengok wayang. 





Pollie Button Front Bow Sleeve Blouse - Maroon 


Blouse ni ada bow kat tepi tangan baju. Comel.





Dari atas sampai bawah pastel colour. Tetiba item ke-8 ni kaler terang. Hehe. Pelik bila Momoy pilih kaler Maroon. Tapi kan sangat elegant bila Momoy pair dengan dark blue atau emerald green (plus add dengan gold metal in. Kalau nak santai Momoy match dengan kaler yang cerah macam dusty pink atau cream. Hitam dan maroon ? Ni tak payah kata apalah, 100% masuk. 



Tak kisah macam mana pun yang penting, pandai mix and match. Creative sikit bila olah gaya. Kalau rasa macam boring boleh add sikit accessories yang minimalis untuk gaya santai. Kalau nak elegant atau chic boleh jer gayakah dengan statement accessories, skinny belt atau pun gold metal belt. Okay. Gold metal belt ni favorite Momoy. Tengah in kan. Sangat stylo.



Bawah ni sempat Momoy snap sikit actual gambar dari kesemua kat atas tu. Mohon korang semua berasa jeles menggunung okay. Hihihi.
.





Label Weedings & Celebrations Thepoplook dan Thepoplook Wear
















Berdarah hidung tak ?





Sengaja tak beli dress sebab nak boleh mix and match. Setiap top dan skirt kat atas tu Momoy dapat minima 3 style dan maxima 9 style mix and match tapi tak nampak sama. Untung ooo. Orang tak tahu pun yang kita dok ulang baju sama padahal.



Keyword mix and match dan creativiti. Tapi paling penting adalah selesa la. Tak perlu nak bergaya pelik. Tak perlu nak bersungguh sangat.  Momoy akan pakai style yang simple dan nampak presentable tapi ada class.



Korang kalau nak baju yang cantik-cantik boleh beli dekat Thepoplook. Kualiti memang tak ada kompromi. Berani confirm kerat jari (bukan jari sendiri rrr) baju Thepoplook buat korang nak beli, beli, beli dan beli lagi. Hahaha. Tak percaya boleh google Thepoplook lover yang lain. 



Itu sahaja pembelian baju bajan pada minggu ini. So bulan ni no more shopping baju lagi. Tapi supplement, jab dan skincare is a must. Hehe... 





P/s : Hati selalu tak sabar nak balik kerja menerai setiap kali parcel dari Thepoplook sampai. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...