Instant whitening lotion | .::: MOMOY blogirl :::.

22 October 2014

Instant whitening lotion


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

So yeah, Momoy nak review satu produk yang cupss cupss magic terus putih. Instant whitening lotion tapi Momoy panggil 'magic lotion'. Sebab dalam beberapa minit jer kita boleh transform jadi KPOP gitu.  



Ni nak cerita sikit pasal lotion magic ni. 6 tahun lepas kulit masa tu belum rentung lagi sebab kerja. Momoy dah lama familiar dengan produk-produk Jepun dan Korea, jadi tahulah sedikit sebanyak instant whitening lotion yang dah lama famous kat sana. Teen kat Malaysia ni 6 tahun lepas tak ramai lagi yang guna produk jenama dari Korea Jepun (kecuali bangsa Cina). Masa tu kalau nak shopping Momoy mesti buka blog atau web dengan tulisan cina atau Jepun.  
  


Introduction Momoy memang teruk. Selalu jer akan melalut panjang-panjang. Hinss. Instant whitening lotion pertama Momoy dari brand Anion Blue (dari Taiwan kalau tak salah). Siap dengan SPF 30++ (kot). Bau Anion Blue macam medicated. Bila sapu kesannya memang betul putih tapi Momoy tak suka sebab lotion dia sticky (melekit).



Momoy pernah cuba jenama Cathy Doll (dua tahun lepas) dan tahun lepas famous pula instant whitening lotion Pomegranate Korea tu. Ada macam-macam jenis dan SPF lagi. Momoy try yang packaging dia kaler maroon tu. Bentuk tiub 400 ml tahan berbulan-bulan juga lah. Kesan sama macam Anion Blue. 



Tahu tak iklan tangan hitam, muka jer putih D’Herbs terlajak laris tu ? Haa... itu juga  instant whitening lotion tapi buatan Malaysia. Cayalah. Momoy dah guna bermacam jenama instant whitening lotion ni jadi dapat lah buat sedikit rumusan. Ewah.




  • Cara guna mudah -  gosok hingga sekata.
  • Kulit putih dalam beberapa minit itu 100% terbukti ! Ianya fakta dan bukan auta.
  • Kesan putih bertahan 3 hingga 5 jam (bergantung pada jenama)
  • Kulit rasa melekit         
  • Instant whitening lotion akan blend dengan cantik untuk mereka yang berkulit cerah
  • Bagi mereka yang berkulit gelap tak berapa nak cerah, baik jangan apply. Sebab akan nampak sangat ‘fake’ sangat. Serius. Kulit jadi kelabu pelik. Hihi.



Gosok-gosok kat kulit dan kulit putih segera tapi tetap melekit. Jadi, uh Momoy memang tak suka pakai instant whitening lotion sebab tak selesa dengan rasa sticky tu. Tapi kan lepas baca review Snow White Whitening Milky Pack kat blog Comel terus rasa nak cuba. Haha. Senang sangat terpengaruh ni padahal tak suka



Introducingggg *efek bunyi drum* the Snow White Milky Pack by Secret Key





Secret Key Snow White Whitening Milky Pack 200 ml instant whitening 





Magic ingredient dia adalah Niacinamide, yang berupaya mencerahkan dan memutihkan kulit dengan serta-merta (instant). Whitening agent niacinamide juga membuatkan kulit terasa lebih lembap dan lembut. Ia juga berupaya menghaluskan kulit dan kulit kelihatan lebih cantik semula jadi. Penggunaan yang berterusan boleh mencerahkan kulit (ni Secret Key yang claim).





Depan

Belakang





Cara nak guna Snow White Milky Pack ni lain sikit dari lotion yang biasa tu. Caranya :-



1.       Picit lotion dan sapu kat tempat tempat yang korang suka.
2.       Biarkan 3 minit.
3.     Bilas dengan air suam tanpa menggosok
4.       Dab-dab kan dengan towel. Siap !



Snow White ni boleh digunakan pada pada badan, kaki, tangan juga pada muka. Tapi Momoy guna kat tangan sebab hanya tangan Momoy yang sunburn teruk.






Tesktur krim Snow White ni creamy dan halus.





Review dari Momoy:

Kesan dapat dilihat instant. Kulit memang putih tetapi hanya 1 ton warna sahaja. Kalau compare dengan brand lain akan berubah putih 3 hingga 5 ton warna terus tapi sangat fake. Maksudnya Snow White ni tak putih melampau. Snow white ni walaupun 1 ton je berubah tapi kulit nampak cerah yang lebih natural. Tak akan nampak kelabu atau fake. Hehe. 



Selepas kering kulit rasa lebih lembap dan lembut. Momoy juga perasan yang kulit Momoy nampak lebih gebu (walaupun tak gebu gebas)Kesan putih tahan agak lama, iaitu 8 hingga 10 jam. Tak ada bau (kalau cium bau mild jer)



Walaupun kesan dia Momoy suka la juga. Tapi ada juga yang Momoy rasa annoying. Hehe iaitu time nak bilas. Bilas guna air suam lagi mudah berbanding air sejuk. Tapi rumah Momoy tak ada water heater. Jadi, masa bersiap untuk pergi kerja lebih panjang dari biasa (eh). Jadi, Momoy selalu skip pakai Snow White ni. Satu lagi yang tak best, Snow White ni tak ada SPF. Hihu.



Kesimpulannya, Snow White ni tak memutihkan instant tapi mencerahkan instant. Momoy boleh accept Snow White sebab ianya tak melekit. Masa tangan masih basah je melekit. Masa dah kering, tangan tak rasa macam pakai apa-apa, lembut, gebu dan cerah semulajadi. 











Mana nak beli ? Beli kat Supermodels Secret
Thanks for reading =)



P/S : Blog semacam berat jer. huhu


12 comments

October 24, 2014 at 1:37 AM Reply to comment

pewinces kpop, hikk...

October 24, 2014 at 11:42 PM Reply to comment

wahwah mcm best jk..farra baru try satu instant whitening cream stakat ni..yg magic cream cathy doll yg katun dia comel2 tu..

October 28, 2014 at 12:46 AM Reply to comment

Hihi.. best kan.. bab cuci tu mmg leceh kan.. tp nk buat cmne huhu nk cntik slalu susah kan..

Haah stuju.. walaupun 1 ton tpi cerah sekata n xnmpk fake kan? N utk cml bila guna produk ni.. kulit lembab dan ilang rekahan kulit yg kering..

October 28, 2014 at 3:17 PM Reply to comment

Eeee, rajinnya kak Momoy mencuba! hahaha...Bunyi macam menarik, nak cuba juga..

October 30, 2014 at 12:09 AM Reply to comment

wow :D

Anonymous
October 30, 2014 at 12:11 AM Reply to comment

Mulyadi Sianturi Blog
Pandeka Online

October 30, 2014 at 1:57 PM Reply to comment

Momoy..kalau wuduk ni hilang x?

@ecan fadhlinadear ecan, produk ni serap dalam kulit.
tapi kalau cuci dengan sabun , hilang jer
kalau gosok-gosok dengan air atau kesat dengan towel pun hilang juga =)

@Farra Nhehehe...dulu momoy beli sebab packaging dia comel
krim dia pekat kan
best juga cuma melekit
huhu

@caliph shurikentak habis2 pewinces awak tu
hihi

@ComelComotbetul betul betul
momoy suka sebab tak melekit

@Azwar Syuhadajom jom cuba azwa

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...