.::: MOMOY blogirl :::.: September 2014

10 September 2014

Kesan cucuk Veniscy Skin Flawless 12000 mg IV-IM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Masa lima tahun lepas lagi sebenarnya Momoy dah start consume glutahione (supplement makan). Masa tu glutahione tak famous macam sekarang. Sekarang macam-macam brand glutahione ada. Sekarang ni pun Momoy ada consume juga glutathione tapi bukan supplement jenis pil-pil tapi injection. Budget artis *mata ke atas* 




Momoy selalu dapat email tanya pasal iv glutathione. So, ni kali kedua Momoy up entry nak review pasal iv glutathione ni. Memula dulu iv glutahione yang Momoy ambil Glutax 12g. Ingat tak ? Alaa... yang kotak purple cantik tu. 





So hari ni nak cerita pasal iv gluta juga tapi brand lain. Veniscy. Momoy ambil suntikan kecantikan veniscy ni tujuan untuk whitening, anti-aging, glowing dan beauty. Ayat nampak sangat nak SOE *cough*





Veniscy Skin Flawless 12000 mg IV-IM. 
From Switzerland






Sebelum tu Momoy nak tepek sikit maklumat dari pengeluar produk.



Product name : VENISCY Skin Flawless 12000 IV-IM


Benefits :

  • It contains of Glutathione which is participating directly in the neutralization of free radicals and reactive oxygen compounds, as well as maintaining exogenous antioxidants such as vitamins C and E in their reduced (active) forms. (Momoy tak translate. Original sentences ni, takut salah info). 
  • Meningkatkan metabolisme manusia, toksin dan sistem imun. 
  • Mengurangkan kedutan.
  • Melembapkan kulit
  • Mengurangkan kemunculan jerawat / jeragat / noda dan mengecilkan liang roma.
  • Memperbaiki tekstur kulit licin.



Overview of Veniscy Flawless 12000 mg


Ingredients :

  • Power Ingredient: L-glutathione 12000 mg, Alpha lipoic acid 500mg; Kojic acid 100mg
  • Solvent Ingredient: L-Ascorbic Acid 1800 mg, Beta-hydroxy Acid 200mg, Hyaluronic Acid 100mg ; Collagen Extract 500mg



Packing : 10 vials powder and 10 vials 5ml of solvent






Kiri || solvent (pelarut)
Kanan || powder (serbuk)
Doktor akan mix kedua-kedua solvent dan powder untuk sekali jab.






Cara guna produk ni adalah dengan suntikan intravena (IV) oleh DOKTOR. Jangan gatal-gatal pergi cucuk sendiri ke atau bagi orang yang tak bertauliah cucuk. Haip. Satu suntikan setiap minggu untuk 1 atau 2 bulan (* bergantung kepada metabolisme badan kamu). Kemudian boleh mengurangkan dos kepada 1 suntikan setiap 2 minggu untuk penyelenggaraan (maintenance). Macam biasa, kalau ambil apa-apa suntikan kecantikan atau supplements kena minum banyak air dan elakkan makanan dan minum berkafein.



Setiap satu vial ni mengandungi 12000 mg glutathione di mana paling banyak jika dibandingkan dengan jenama iv glutathione yang lain. Tapi baru-baru ni Momoy ada jumpa glutathione yang paling tinggi adalah Glutax Nano 50,000 mg (amboiii). Kalau tengok ingredient veniscy ni, semuanya dah lengkap. Siap ada vitamin c lagi so Momoy tak perlu nak mix vitamin C lagi bila cucuk.



Veniscy ni pekat. Tengok jer ingredient dia. Ada macam-macam. Dos pula tinggi. Jadi doktor yang cucuk tu kena push picagari slow-slow jer. Ada sesetengah doktor akan suggest guna IV drip bagi injection yang pekat. Bergantung pada immune system dan metabolisme kita. 



Momoy share sikit info pasal IV drip ni. Dripping ni doktor akan prepare dan mix dengan larutan 500ml saline. Bagi cair la sikit sebab pekat kan. Dripping ni cara cucuk sama macam IV. Yang bezanya dia ada botol putih tergantung macam kat hospital (macam yang kita nampak orang masuk air tu). Masa diambil untuk dripping ni lama sikit dan kosnya lebih mahal sikit. Satu kali dripping dalam RM 30 - RM 50. Kalau injection biasa RM 10 - RM 20 sahaja.






Momoy beli Veniscy Skin Flawless ni RM 200 untuk 20 vials (10x suntikan)
Actually ada 20 vials tapi Momoy lupa tangkap gambar. 
Tinggal bekas oren kosong je yang kat belakang tu. Mihmih







Pengalaman Momoy dan perubahan yang berlaku


Momoy ambil Veniscy Flawless ni seminggu sekali selepas habis injek Glutax 12g dan sebelum Ramadhan. Momoy sempat cucuk lima kali veniscy. Apa yang Momoy perasan adalah kulit Momoy glowing, lembap dan sangat lembut keesokkan harinya.


Tapak kaki sangat lembut dan lembap kecuali dengan bawah jari kaki. Oh. Momoy ada bunion satu kat situ (bawah jari kaki sebab dulu pakai kasut ketat sangat. Huhu). Tapi apa yang Momoy dapat rasa isi bunion tu tak la sekeras dahulu walaupun tak hilang.



Kulit Momoy nampak glowing walaupun Momoy penat dan tak cukup tidur. So far, kulit berubah makin cerah tu sangat susah Momoy nak nilai. Lagi pun Momoy cucuk 5 kali je pun dan jenis kulit Momoy dah semulajadi cerah. Cuma yang pasti, bila Momoy start terjebak dengan cucuk-mencucuk ni kulit Momoy tak mudah rentung (sunburn) walaupun berjemur dalam plant.



Kulit licin flawless ? Hmm... kulit tak la flawless tapi bersih. Tapi jerawat besar-besar dah tak tumbuh. Tapi tak tahu la ini sebab Momoy pakai skincare Wonder Glow atau veniscy ni tolong membantutkan jerawat. So far, jerawat kalau tumbuh pun yang kecil-kecil dan jarang-jarang. Rasanya macam maintain sama jer result Momoy pakai Wonder Glow.


Masa ambil suntikan veniscy flawless ni, doktor Momoy buat cara IV biasa iaitu cucuk di pelipat lengan (bukan IV drip) sebab servis dripping kat area Kerteh/ Paka ni Momoy tak jumpa. Selepas 1 jam cucuk Momoy rasa sakit kepala yang amat sangat. Migrain. 



Okay. Ini tak pernah berlaku pada mana-mana suntikan kecantikan lain yang Momoy ambil. Tak pernah lagi migrain, kalau ada pun demam atau pening sikit (masa cucuk tren dulu). Momoy syak ni sebab Momoy cucuk bukan dripping. Dah mention atas tadi veniscy ni pekat, dos tinggi.



So, Momoy ambil keputusan untuk stop veniscy skin flawless sampai Momoy jumpa klinik yang ada servis dripping. Tapi dah dua bulan survey dan mencari-cari memang tak ada. Jadi Momoy buat keputusan nak jual je lebihan 5 solvent dan 5 powder veniscy tu (maknanya supply untuk 5 kali injection). Siapa berminat boleh email ke syalyx_00@yahoo.com







Anak-anak dara cik veniscy mencari tuan baharu






Jadi, apa yang dapat Momoy simpulkan (based dari my own experience) yang jab 5x veniscy, veniscy ni...



  • Memang dapat menjadikan kulit lebih lembut, moist dan glowing. 
  • Dari segi control jerawat adalah sederhana. 
  • Efek pemutihan tak ada pada Momoy (5x jab) tapi setakat ni, veniscy maintains my fair white skin. 
  • Suntikan lebih sesuai cara dripping sebab komposisi veniscy flawless ni pekat. Cara suntikan jenis IV biasa hanya mungkin sesuai bagi yang metabolisme tinggi. 
  • Efek dan result ikut metabolism badan masing-masing. Momoy mungkin cepat terasa kulit moist sebab dah biasa dan supplements lain yang Momoy consume sebelum ni sedikit sebanyak membantu. 






NOTE:
If you choose to try this product it is at your own risk.
Always consult with your doctor before taking anything new okay dolls. 







03 September 2014

Body Burberry yang so womanly. Hik



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Disebabkan hari ni sedikit free, jadi Momoy keluarkan sedikit kerajinan supaya blog ni tak bersawang. Momoy suka perfume yang bau vanilla. Tapi kali ni nak review perfume bau floral pula. Momoy kan cerewet. Biarlah kalau orang komen perfume tu bau best pun tapi kalau tak kena dengan Momoy, Momoy tetap tak suka. 



Paling Momoy ingat fruity perfume kesukaan para gadis di Malaysia ni Midnight Fantasy Britney Spear tu serius Momoy tak suka. Haha. Selalu lipas kat rumah jadi mangsa.



Bila Momoy beli perfume, Momoy jenis yang memilih bauan. Kalau tak suka bau tu, Momoy akan pakai selepas mandi. Atau yang paling teruk, Momoy akan sembur kat lipas-lipas bagi dia pening. Diva sangat tau lipas-lipas kat rumah Momoy pakai perfume harga beratus-ratus. Well.



Perfume Body Burberry ni bolehlah dikategorikan dalam kelompok perfume yang baru juga. Masa Momoy beli perfume tu memang sangat-sangat baru lagi launching nya, tahun 2011. 





Body Burberry for woman 





Packaging

Meh nak cerita pasal packaging dulu. Packaging Burberry Body ni bentuk heksagon yang memanjang design gold yang sangat simple untuk tulisan dan tudung botol. Bentuk heksagon tu buat Body Burberry nampak moden dan elegant. Kena berbaring jer sebab tak boleh ditegakkan. Ada sesetengah orang mungkin tak suka botol jenis macam ni kan. Tapi Momoy SUKA. Bagi Momoy botol macam ni best. Sebab Momoy senang nak pegang. Senang juga nak simpan dalam bag. Dan lagi, jimat ruang (space). 





Jenis EdP





Scent

Semburan pertama Momoy dapat bau adalah bau powdery floral rose dan sweet musky. Bau sangat-sangat feminin dan sedikit seksi. Bau Body Burberry ni sangat elegant dan moden tapi lembut, jadi Momoy rasa sangat sesuai untuk pakai siang hari. Bau peach dan wood pun di blend dengan cantik. Bau sangat lembut dan sedap. Kalau nak dating pun sangat sangat sangat sangattttt la sesuai. 


Perfume ni baunya feminin yang elegant, kategori perfume untuk wanita pertengahan yang bekerjaya. Tak berapa sesuai untuk golongan yang girly atau mature. 





Modern and elegant 





Sillage

Untuk sillage bagi Momoy adalah sederhana jer. Tapi cukup untuk buat semua orang perasan akan Body Burberry ni. Kalau terlebih spray pun, Momoy tak risau sebab baunya tak overpowering. Yang pasti tiap kali Momoy pakai perfume ni, mesti akan ada orang yang tanya perfume apa, baunya sedap lembut. Momoy tak menyesal langsung beli perfume ni sedap bau memang sangat sedap dan lembut. Serius !



Tapi agak mengecewakan Body Burberry ni bau setiap note macam hampir sama jer, maksud Momoy macam tak ada beza bau layer by layer. Tak ada feel bau lain. Jadi agak boring la sikit kan bagi orang yang cintakan perfume macam Momoy nih. Momoy suka nak feelling setiap layer untuk setiap note. 






So musky, so womanly.





Longevity

Tentang ketahanan (bau) pula, Momoy rate biasa sahaja. Dalam dua jam bau dia tak kuat sangat dan hampir hilang walaupun EdP. Hais. Sampaikan Momoy fikir ni perfume Momoy ni cap ayam walaupun sebenarnya original. Semua perfume Momoy beli original cuma dulu pernah beli sebotol yang gred AAA pastu Momoy tak suka. Momoy tetap suka yang original. Sebab bau dan feel sangat lain kalau pakai original. 



Mungkin lembut sangat kot. Bau memang tak tahan lama. Momoy kerap sembur dan inilah perfume pertama yang Momoy pakai paling cepat habis ! Momoy try google dan baca review, memang ada juga yang komen yang baunya memang tak tahan lama sangat. Tapi di baju tahan seminggu. Betul ! Sebab seminggu lepas tu cium baju tetap bau lagi perfume. 





Tak boleh berdiri langsung - kena baring jer





Top notes : rose, peach, musk
Middle notes : cashmere wood, sandalwood, iris
Base notes : vanilla, amber

Jenis bauan : soft, woody, musky, powder, roses, floral, elegant 
Tahun : 2011
Spillage : Moderate
Ketahanan bau : biasa (2 jam)



Susah tau nak buat vanilla lover macam Momoy ni suka bau yang lain. Tapi untuk Body Burberry ni berjaya menggoda Momoy dengan jayanya. Beli botol paling besar pun Momoy tak menyesal. 









P/s: Thank You bapa sedara Himawari yang comel !





01 September 2014

Supplements Merdeka !


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Happy birthday to Malaysia ! Dah tua rupanya negara kita ni. 57 tahun ni sama umur nenek-nenek kita. Hihi. Masa satu Malaysia celebrate merdeka ni. Jujurnya, Momoy langsung tak sedar sebab tengah busy Turnaround. Huhu. Tiap kali Turnaround, mesti kena standby collagen banyak-banyak. Stress. Bila stress, kedut pun suka. Aiyakk.



Momoy memang beauty junkie tapi more to supplements la, bukan cosmetics. Biar muka serabai tapi supplement jangan putus. Eh. Boleh ke macam tu ? Hehe. Jadi, sila jangan terkejut sebab banyak sangat supplement kat bawah ni. Momoy memang suka buat simpan stok banyak-banyak dan juga untuk eksperimen. Tapi jangan salah faham. Bukan semua tu sekaligus Momoy telan. Gila la kalau consume semua tu. Kesian kat buah pinggang nanti. Huhu.






Ini dinamakan supplement merdeka. Simpan-simpan stok semua.

(1)  Collagen Forte plus Vitamin C Biocell - ini bukan supplement. Ini beauty injection. 
(2) Veniscy Skin Flawless 12000 - beauty injection juga ni.
(3) Kinohimitsu Collagen Beauty Drink. 
(4) Kordel's Vitamin C 1000mg + zinc
(5) Total Image Collagen Plus Vitamin C & E
(6) Dermanic Transcap 






Lagi sekali diulang. Momoy tak consume semua tu sekaligus. Tapi Momoy jenis suka beli banyak-banyak lepas tu susun cantik-cantik macam ala-ala farmasi la gitu. Jangan risau Momoy consume ikut turn. Maknanya Momoy consume satu-satu produk tu sampai habis dan bukan campur-campur. Jadi tak ada isu kecelaruan produk mana yang best dan patut di beli dan produk mana patut menangis kuat-kuat. Hihi.




Tapi sebelum tu Momoy nak minta maaf la semua. Sebab lambat update. Terus terang Momoy busy untuk sebulan ni. Projek sudah start. Yang mana request entri untuk beauty tips dan reviews tu nanti Momoy buat slow-slow ye. Wahaha... budget Fazura cantik jelita. 



Jangan email Momoy marah-marah tau. Momoy akan cuba curi masa untuk update ye. Momoy dah list down semua yang nak di review tu. Okay okay. Momoy cuba tau walaupun slow. Nanti Momoy taip sehari satu ayat. Boleh ? Muahaha.






Tapi memang patut marah pun sebab supplement Aurora SX dan Aurora Colla plus ni simpan review lama sangat. Dah setahun kot. Packaging pun dah tukar. Dah tak guna kotak-kotak macam ni. Pek dalam botol pula tapi bendanya tetap sama. Just tukar packaging jer. 



Maixara C-Sential
Haa... yang ni pun dah lama dah consume. Mula Momoy ingat macam dah lama kan, malas la nak review. Lagi pun, botol dia pun dah tukar baju. Tapi dapat email dari readers minta Momoy review juga. Alahai... tak sampai hati rasanya.





Ada banyak lagi, tapi Momoy tak simpan gambar. Doa-doa kan Momoy ada masa free untuk review dan jangan lupa doakan Momoy rajin juga tau



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...