Buycott || Aplikasi scan barangan boikot untuk smartphone/ adroid | .::: MOMOY blogirl :::.

11 August 2014

Buycott || Aplikasi scan barangan boikot untuk smartphone/ adroid


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ambil masa rehat untuk mengupdate blog. Masa blogwalking terjumpa artikel menarik tentang aplikasi scan barangan boikot untuk smartphone atau adroid di blog si cantik Farra. Aplikasi yang WAJIB download pada semua smartphone atau adroid di abad ini. 



Isu boikot ni dah makin panas kat Malaysia dan juga dunia sekarang ni. Tapi Momoy tak setuju boikot dengan cara extreme (huh. siap ludah baling batu bagai. aiyakkk). Boikot biarlah dengan cara berhemah, berilmu dan paling penting berterusan. Lebih baik secara senyap-senyap, tup tup Israel Zionis macam cacing kepanasan bila dana nak beli bom-bom peluru-peluru dia tu tak ada. Haa.





Download aplikasi 'Buycott' di smartphone kita sekarang. Jom !





Urmm... Momoy mengaku yang Momoy pun ada guna produk made in Israel ni, tapi sekarang dah slow-slow kurangkan dan cuba ganti dengan jenama lain. Yang mana masih support barang-barang buatan Israel dengan alasan dia beli barang (atau makanan) bukannya bagi duit kat Israel Zionist tu, korang memang buta mata dan buta hati. Dah ramai kot yang terangkan macam mana duit yang kamu beli tu disalurkan ke dana Israel Zionist tu, jadi jangan tegakkan benang yang basah. Sampainya hati.



Minta maaf Momoy dah rasa tak lalu bila nak makan mekdi sekarang (contoh ni paling mudah sebab isu boikot Mc Donald yang paling besar kan). Terasa macam makan daging budak-budak Gaza kecik dan comey tu. Huhu. Lagi pun mekdi bukan baik sangat untuk kesihatan. Takut bila ingat kita sumbang dana untuk bunuh orang Palestine di akhirat kelak. Erk ! 



Yang tak nak boikot ikut suka korang lah (hmm. ayat pasrah) tapi tolong jangan secara terang-terangan tunjuk yang kamu tu support Israel okay. Blogger-blogger yang famous lagi berpengaruh pleaseeeee tolak iklan berbayar yang support barangan Israel (ramai sangat yang promote produk Maggie).  Bawah ni antara jenama keluaran Israel Zionist tu. 







Pinjam dari entry 'Apa yang kita boleh buat untuk bantu Palestine ?' by dear Ecan Fadhlina. Patut baca. 


Eh eh. Ni bukan produk Israel Zionist laknatullah itu yer *luku kang* 
Ini produk home made by Momoy *angkat collar*. Hee. Cempedak goreng ni 
beratus ganda sedap dari mekdi tu tau. Setuju ?





Berbalik semula pada tajuk, aplikasi Buycott ni memang sesuai sangat la kan. Yela, nak ingat barang (jenama) apa yang nak diboikot tu pening juga, ye tak *memori kecik* 



Cara dia mudah. Scan je pada barcode produk tu dan tunggu result dia keluar. Saat Momoy taip entry ni, handphone Momoy masih lagi 'downloading'. Jadi, ramai-ramai klik SINI untuk tengok demo cara nak guna 'buycott' tu*saja je nak bagi backlink kat Farra* hehe... Thank you dear Farra sebab sudi share applikasi Buycott ni. Memang sangat sangat sangat sangat berguna. Sayang Farra ketat-ketat ! 








21 comments

August 11, 2014 at 8:41 PM Reply to comment

bgus gile kn org yg buat apps ni?

August 12, 2014 at 11:08 AM Reply to comment

Thanks for sharing dear :)

August 12, 2014 at 3:11 PM Reply to comment

Nice Share

August 12, 2014 at 4:58 PM Reply to comment

Thanks for sharing! Ramai yang dah mula serious. Saya jugak dah bersedia! :)

August 12, 2014 at 10:20 PM Reply to comment

siap ada apps lagi ye? good! thank youuuu...

cempedak goreng tu nampak yummy je.. pos sikit. ehem. :P

@IFA Athirahitu la. pujian patut bagi pada beliau. memudahkan kerja kita

@Romli.NET=) thx sudi visit dan komen sini

@AuraFIzajom sama-sama hancurkan zionis tu

@Aisya A.hahaha...nak bagi beza pun cempedak ngan mekdi. hehehe... cempdedak kalau dari segi presentation tapi kalau rasa...uuhhh...xde sapa leh lawan

Anonymous
August 13, 2014 at 11:00 AM Reply to comment

cantiknya cempedak u

@Anonymouserrr... cempedak cantik ? x berapa faham dear

August 14, 2014 at 9:16 AM Reply to comment

Blogwalked!

http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

August 14, 2014 at 10:29 PM Reply to comment

yeayy..chaiyok2 kita smua memboikot barangan dgn bijak..teliur tgk cucur cempedak tu.:D

August 15, 2014 at 12:19 AM Reply to comment

terbaik laa.. ada McCempedak plak kt sini ^^

August 16, 2014 at 9:35 PM Reply to comment

Nk donload jugak la.tq for da info.

August 17, 2014 at 3:54 PM Reply to comment

kahkahkah, baguslah aplikasi sebegini. Mudah untuk kita alert :)

@Farra Njom jom... farra thx sudi share benda tok

@caliph shurikenkihkihkih... kannn mc cemmpedak

@Rohani Hashimsama-sama sis. thx sudi visit sini

@Azwar Syuhadabetul . betul. nak ingat semua mmg x la kan. banyak

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...