.::: MOMOY blogirl :::.: May 2014

26 May 2014

Suntikan vitamin C untuk kulit sihat dan cantik


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦) 




Urm... sebenarnya Momoy dapat banyak juga email tanya pasal beauty injection dari silent readers. Thank you dearies sebab sudi baca blog mengarut Momoy nih. Banyak juga tanya ada tak Momoy ambil suntikan vitamin C, ambil vitamin C brand apa dan macam-macam lagi. Jadi, disebabkan asyik menjawab soalan yang berulang-ulang dan lebih kurang sama je, ada baiknya Momoy review Vitamin C tu kat blog je, kan ?



Umum pasal kebaikan vitamin C ni semua orang tahu. Vitamin C ni baik untuk kesihatan kulit terutama pada mereka yang telah berusia. Ia dapat menegangkan serta menghilangkan kedut-kedut pada kulit, mencerah kulit serta menjadikan kulit kelihatan lebih muda. 



Tak semestinya kena inject vitamin C ni, nak makan supplement pun boleh jer. Ini kes kalau kurang source vitamin C la. Kalau cukup makanan harian atau buah-buahan yang ada vitamin C sebenarnya tak perlu pun semua tu. Tapi macam yang Momoy cakap, kalau zat-zat vitamin C cukup dalam makanan la. Yang Momoy ni dah tentu-tentu tak cukup vitamin C tambah pula asyik masak kat kedai jer. Huhu... 



So altenatif Momoy ambil supplement. Tapi sebenarnya Momoy prefer untuk suntik sebab 100% confirm diserap kerana vitamin C yang suntik akan terus masuk dalam salur darah. Kalau makan-makan ni semua tahu hanya 20-30% sahaja yang dapat sebab keluar dari sistem perkumuhan, peluh dan macam-macam lah. Amboiii... macam belajar subjek sains pula. 



Dulu pernah cerita yang Momoy ambil suntikan Tranexamic Acid bersama vitamin C kan. Siapa ingat ? Boleh baca di SINI. Okay, vitamin C yang Momoy ambil tu brand Laroscorbine Roche Platinum Vitamin C + Collagen. Vitamin brand Roche ni dah ada sekali kolagen. Dari France. Brand Roche ni dah lama dah. Dekat 10 tahun kot. 





Laroscorbine Platinium Vitamin c + Collagen Roche
Momoy dah guna 2 kotak 





Kalau tanya mana-mana doktor pasal Roche ni, memang para doktor tahu la. Tapi baru-baru ni, doktor yang selalu Momoy pergi inject bagitahu, masa dia call Roche untuk tambah stock vitamin C kat klinik dia, Roche inform mereka dah stop keluarkan vitamin C + collagen. Maknanya, selepas ni kalau ada vitamin C dari brand Roche sila lihat tarikh tamat tempoh pada kotak atau vial tersebut. Tarikh luput yang panjang (seperti tahun 2016 atau seterusnya) sangatlah was-was. Jadi, lepas kotak kedua Roche ni Momoy stop. Masih berfikir nak inject brand apa pula untuk ganti Roche ni. Ada cadangan tak ?





Harga 10 vials (sekotak) Momoy beli RM 150 (bergantung pada seller)
Upah cucuk doktor RM 10-RM 20 per inject





Sedikit maklumat tentang Roche ni. Momoy kopi pasta dari pakcik Google dan sikit edited supaya mudah difahami..



Product Description:

Rocher Vitamin C + Collagen
1000mg Vitamin C + 350mg Plant Collagen Extract.
With on the first injection, you could feel the difference on your skin. (oh yeke ? Momoy suntikan ketiga baru nampak perbezaan)



KEBAIKAN VITAMIN C


  • Merupakan fungsi asas Vitamin C (semua pun tahu ni)

  • Menambahkan kolagen yang hilang dan berkurangan akibat penambahan Usia. Kolagen adalah protein berfibre, penting dalam menyokong tisu, kulit, organ, tendon, ligamen dan lain-lain (pertambahan usia ? Ye, Momoy la tu =.= )

  • Anti Oksida (suka sangat kalau jumpa apa-apa produk yang jenis anti oksida ni).

  • Mengurangkan garis-garis halus, kedutan, pigmentasi dan parut kecil (parut memang berkurang - Momoy guna bersama tren acid).

  • Mengekalkan pengeluaran tulang rawan dan sendi (Tak tahu nak tengok macam mana ni)

  • Meningkatkan keanjalan kulit, membuat lebih lembut dan kelembapan, memudarkan warna hyperpigmentasi di kulit. (Hoho... Kulit Momoy memang terasa lembut keesokan hari. Lembut dan lembap. Tak pakai lotion pun no hal lah).

  • Memperbaiki keadaan kulit wajah (Ini betul. Memang lepas cucuk vitamin C, kulit kurang bermasalah).

  • Kesan paling ketara yang Momoy dapat rasa ialah Momoy tak lagi selsema. Kalau ada pun, jarang sangat dan sikit-sikit jer tak teruk macam dulu.




METHOD:


I.V. (intravenous) - Doktor Momoy cucuk pakai butterfly injection di pelipat tangan.



Packaging Produk:-

Roche Laroscorbine Platinum Vitamin + Kolagen



1 kotak : 10 ampul x 5ml setiap ampul.
*** Setiap ampul mengandungi daripada 1000mg Vitamin C + 350mg Kolagen Tumbuhan.




Cara penggunaan :-


  • Bagi awal pengambilan adalah disyorkan bahawa 1 ampul setiap 3-4 hari ( intravena) untuk tempoh 8 minggu. (Doktor Momoy advice seminggu sekali dah mencukupi. Tapi dia guna 2 vials sekali inject).

  • Dicadangkan pengambilan dengan suntikan Glutathione untuk mendapat hasil terbaik. (Momoy ada jab Glutax 12g. Tapi lepas jab tren acid dan vitamin C la. Review Glutax boleh baca entri ni -Review Glutax 12g Advanced HD). Sebabkan masa injek vitamin C ni Momoy jab Tranexamic Acid, so cara Momoy guna mix keduanya. Boleh baca ENTRI ni. 



Bagi program maintain atau pengekalan:-

Untuk mengekalkan kulit anda sentiasa cantik, 1 vial hendaklah digunakan setiap minggu atau setiap 2 minggu, bergantung kepada keperluan peribadi kamu okay.



Roche Laroscorbine Platinum Vitamin C + Collagen ni tak sesuai untuk:

  • Ibu menyusu bayi
  • Suntikan semasa haid
  • Mempunyai alahan kepada vitamin (apa-apa jenis)
  • Pesakit dengan masalah kardiovaskular






Tak tahu nak letak caption apa =.=





Selepas 10 kali suntikan (seminggu sekali), untuk maintenance boleh la ulang suntikan tapi dah boleh jarakkan masa cucuk. Mula-mula jarakkan 2 minggu sekali, kemudian sebulan sekali kemudian 2 bulan sekali (bergantung pada keadaan kulit dan poket masing-masing la kan). Paling penting, banyakkan minum air masak dan elakkan makanan dan minuman berkafein. 





Close up. Ini lah rupa vial vitamin C + collagen sebelum doktor 
masukkan dalam picagari bagi sesiapa yang tak pernah tengok





Uis. Pandai nasihatkan orang untuk jaga maintenance bagai la tapi diri sendiri dah 2 bulan tak maintain cucuk vitamin C ni. Tapi Momoy ada alasan tau. Busy kerja (April - May hari tu memang super busy), malas beratur kat klinik dan sedang mencari vitamin c brand lain untuk ganti Roche (pening kepala nak beli brand apa nih). Dan time tu tengah cucuk Glutax 12g. Dalam Glutax 12g tu dah siap ada vitamin C, sebab tu tak pergi cucuk vitamin C lagi. 



Hmm... cukup lah bebelan hari ni. Nanti kalau Momoy dah jumpa pengganti Roche Momoy share kat blog wokey. Chau dulu. Assalamualaikum.




NOTE:
If you choose to try this product it is at your own risk.
Always consult with your doctor before taking anything new okay dolls. 




17 May 2014

Terima kasih semua !



Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)



Pertama kali nak cakap terima kasih pada semua sebab sudi join GA Momoy. Sob Sob Sob *kesat air mata dan hingus* Alhamdulillah bagi Momoy agak ramai juga yang join. Walaupun tak ramai tapi ramai la bagi Momoy sebab macam biasa lah Momoy ni bila buat GA memang tak promosi habis-habisan. LOL. Pada kamu-kamu semua, Momoy sayang kamu ketat-ketat. Tsk.




Eyahhh... Blogger pertama yang join GA Momoy. Time mula-mula release pasal GA ni risau juga la kot-kot tak ada sorang pun nak join. Hahaha. Dear Nor ni rajin update blog dia. Sungguh. Kalau tengok blog dia macam-macam cerita ada. Paling Momoy suka bila dia cerita pasal family dia, pasal kebun buah, pasal bertani. Pendek kata actually Momoy suka entri yang nature gitu. Biodiversiti Malaysia (eceh. Tak pasal-pasal iklan ni muncul kat kepala). Setiap kali bila tengok header blog dear Normi, mesti Momoy teringat pasal Monsoon Cup kat Pulau Duyung. Nampaknya tak ada rezeki nak jumpa dear Normi waktu tu =.=




Uhuk uhuk. Dear Farra ni blogger Sarawak yang comel. Comel sangat dengan kulit putih dan Chinese look rasa nak geget-geget kamu dear Farra. Orang cantik, blog comel hinggakan url blog pun comel jer. Uhuk. Tapi kan orang Sarawak memang cantik-cantik la. Siyes. Dear Farra ni dia suka bab-bab beauty. Tu diaa. Banyak info pasal beauty tips juga dalam blog dia. Latest entri yang Momoy sempat baca kat blog Farra ni pasal accident kena gigit Montenegro. Tak sempat nak blogging dan tak pandai nak komen pakai phone. Maaf. Get well soon dear.




Blogger Utara yang boleh dikenali dalam penulisan blog dia. Sampai Momoy pun terikut-ikut tulis 'tu diaa'. Hoho. Jujurnya Momoy baru kenal blog Ecan ni tapi jadi salah satu blog yang wajib Momoy visit. Tertunggu-tunggu entri baru dari dear Ecan. Tiap kali Ecan up entri dia, mesti ada pengajaran dan menusuk hingga ke dalam lubuk hati Momoy. Tu diaa penangan tulisan dia. Kadang kalau rindu sangat entri baru, selalu nya Momoy akan ulang baca entri dia yang lama-lama. Tapi serius tetap best, lawak dan paling penting... bermakna ! Yang paling special tentang blogger Ecan ni, beliau seorang yang bertudung labuh dan berniqab. Seeeee berniqab. Tapi Ecan ni tak pernah pandang slack pada Momoy tau, dan itu yang buat Momoy sangat respect pada dia dan life style dia. Betul-betul kagum dengan amalan hidup dia.




Huhu...First time klik blog dear Yasmine rasa nak menangis sebab comel sangat template blog dia. Korean drama lover. Blog dear Sara ni banyak cerita stuff-stuff yang cute. Juga ada review produk dari Korea semestinya. Bila baca diary blogging dear Sara. Omaii... terkejut tengok. Muda lagi dan dia start blogging dari sekolah rendah. Siap boleh customize basecodes untuk skin sendiri bagai. Dasyat nyerrr... Sebab Momoy sendiri tak reti nak guna coding-coding. Baik html code yang simple-simple. Boleh berpusing kepala ni.




Sekali pandang dan dengar (sebab ada lagu) pun tau tau dear Iza ni K-pop lover ! Bila Momoy tengok entri-entri dalam blog dia, banyak rupanya GA-GA yang dia join. Wahhh... bonus sangat bagi siapa yang sedang buat GA sekarang nih. Boleh pergi terus ke blog dia, tarik-tarik tangan dia untuk join GA kamu sekarangggg...



Nenot

Sama macam blog kat atas yang suka join giveaway dan segmen. Yang membezakan blog atas tu blog peminat K-Pop. Blogger ni pula blog comel-comel dan peminat doddle. 



Comel

Nama pemilik belog comel, secomel tuannya. Peminat pink ! Comel ni model tau, sesuai sangat sebab dia tinggi, putih gebu gebas dan kiutttt. Sekarang dah ada baby Azriel yang comel juga ikut muka dia. Rajin update tentang aktiviti harian dan aktiviti Azriel. Banyak info boleh dapat dari blog comel ni sebab beliau akan buat research dan update dengan details sekali. 




Buka blog dear Nana ni, Momoy disambut oleh Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Huhu... Tak faham Momoy maksudkan apa, pergi terjah sendiri. Tamo bagitahu. Ngeh ngeh. Blog mereka ni banyak pasal informasi dan maklumat. Banyak juga tentang GA dan peraduan. Ini sure dah banyak menang GA nih kan. Nana ni penggemar cupcakes kot sebab tengok blog dia ada senarai blog cupcakes untuk rujukan kepada yang lain.




Blogger yang suka quote maybe. Banyak juga tips yang dear Sally ni share untuk readers dia. Simple dan ringkas tapi bagus. Siapa suka baca novel memang bagus la visit blog ni sebab ada juga sipnosis novel terbaru. Cuma Momoy ni bukan peminat novel la tapi dulu zaman sekolah-sekolah memang hantu novel. Tapi kalau Ramlee Awang Murshid Momoy tak boleh nak tolak.



Wawa Abdul Hadi

Blog wawa ni gaya penyampaian best dan tak boring. Ada macam-macam info, review, recipi pun ada. Pendek kata, macam-macam lah. Dear Wawa ni juga rajin join giveaway. Salah satu GA dia menang is perfume. Ayoyo... jealous Momoy. Momoy dah la penggila perfume. Untung laa...



Anisyamir Lenjoo
Aisya Sakura

Blog super kawaii. Blogger muda trang tang tang gittew. Oh. Tetiba adrenalin Momoy laju bila taip wording 'muda' ni. Blog personal banyak update tentang activity harian dia. Macam blogger kat atas-atas tu, peminat K-Pop. Momoy tertanya-tanya blogger muda-muda ni memang minat K-Pop ye. Hais.



Whatever-ville
Umi Kasum

Blogger yang rajin berbiznes, rajin update tentang life dia, rajin join GA dan yang paling best dia suka review tentang online shopping. Ada juga review produk yang sangat rare bagi Momoy tapi menarik. Review yang sangat membantu. Pendek kata ada macam-macam dalam blog dia. 




Karimah Zulkafali
Ceritera cinta dia
Ibu Ainul N Alif

Memula masuk blog blogger ni ingatkan ini personal blog berdasarkan nama blog. Rupa-rupanya blog giveaway dan segmen. Huhu... Momoy salah. Rajin sangat blogger ni join GA segmen. Confirm dah menang banyak GA ni. Whoot whoot.




Opsss... Ini cuma sebahagian peserta GA yang sempat Momoy usha-usha baca blog mereka. Yang tak ada dalam ni Momoy akan update sikit demi sikit okay. Sempat belek-belek baca entry cuma tak dapat nak tulis komen. Fasa busy sekarang. Ingatkan lepas habis projek ni Momoy free tapi projek baru pula yang datang. Syukur Alhamdulillah atas rezeki Mu ya ALLAH. So busy akan extend sampai bulan June pula. 



Ada 4 orang sebenarnya yang Momoy nak pilih tapi hadiah reserve untuk seorang pemenang saja. Siapa tu ? Blogger ni. Yang bertuah tu tahniah ye. 3 hari untuk tuntut hadiah tau. 



Terima kasih semua !





  Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



11 May 2014

Losyen kolagen pilihan saya


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)



Baca tajuk kat atas tu dah macam iklan dalam TV pula. Tsk. Seiring peningkatan usia, kolagen di dalam badan manusia semakin berkurangan. Keanjalan kulit pula sedikit demi sedikit akan mulai menurun (fuh... bahasa melayu sangat ni). Sedar tak sedar kita terkejut fikirkan tangan nenek siapa, rupanya tangan sendiri *lap air mata*.



Dulu-dulu... Tapi sebelum tu cuba bayangkan Momoy yang muda, yang belia, yang remaja dan yang bergetah *batuk* asyik pilih produk untuk whitening dan brightening jer biarpun muka macam jalan lepas banjir. Berlubang sana sini. Masa tu fikir nak putihkan lagi kulit. Sebab dalam kepala otak dah di mind set kan lagi putih lagi cantik ! Kononnya...



Sekarang... Okay, yang ni tak perlu bayangkan ye. Momoy yang kurang muda, yang kurang belia, yang kurang remaja tapi masih bergetah *batuk lebih* dah mula mencari-cari produk yang anti-aging, hydration, firming dan moisturising. Kulit putih bukan keutamaan lagi. Bila dah kerja macam ni, Momoy terpaksa redha dan belajar mencintai kulit Momoy yang semakin hari semakin tinted *muka sedih*. Haa... tak kisahlah asalkan kulit segar, lembap, tegang dan tak kering, kulit pun akan sentiasa kekal muda remaja gitu. Barulah cantik macam Che Ta *senyum bersemangat* Tapi kann... Che Ta tu putehhh. Uwaa... *sedih semula*.



Tapi jangan salah faham ye. Momoy bukan takut kulit kedut (tapi risau tu tetap ada. hoho), itu kan proses semulajadi manusia. Sedangkan besi pun boleh berkarat, inikan pula manusia *tunduk kepala* Cuma biarlah progress dia slow-down kan. Tak nak la nampak lebih tua dari umur pula *geleng-geleng kepala*. Dah le muka Momoy nih design jenis masam dan tak mesra alam, dah tu kerja pula asyik berjemur je, lagi la cepat berkedut. Tsk.  



Produk anti aging pada Momoy paling baik kalau amalkan seawal umur 25 tahun sebab bagi perempuan umur masa tu kita dah start aging sebenarnya. Lelaki pula masa umur mereka 40 tahun. Isk isk... sungguh tidak adil kan. Fakta ni juga la yang diguna pakai secara meluas oleh taukeh-taukeh kosmetik dan skincare untuk menakutkan kaum  wanita di bumi ni termasuklah Momoy. Huh !



Survey punya survey (kat Watson je pun sebenarnya. koh koh), hati terpikat nak cuba body lotion jenama St Ives. Teruja sebab produk ni skin renewing siap ada collagen elastin lagi. Sebelum ni pakai face scrub St Ives dah lebih 10 tahun, jadi apa salah nya cuba body lotion dia pula kan. 





Ada 4 variasi tapi Momoy pilih yang ini, St Ives Skin Renewing Collagen Elastic Body Lotion
Kain kalau kedut boleh iron. Kulit kalau kedut pakai la lotion St Ives ni. Haa... tak reti-reti lagi.





Lotion ni hypoallergenic. Jadi orang yang berkulit sensitif macam Momoy boleh guna tanpa keraguan kerana sudah diuji secara klinikal okayyy.



Iya, Momoy tahu tangan Momoy seperti lelaki. Jadi dengan harapan setinggi gunung Momoy gigih sapu lotion ni setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur supaya semua salah anggap tu lenyap ditiup angin laut Paka. Ewah. 



Dah tiga minggu Momoy guna lotion ni so Momoy nak bagi review sikit la kan. Urm... Yang paling best tentang losyen ini adalah tekstur dia. Tekstur losyen ni pekattt macam shea butter cuma warna putih. Tetiba teringat dulu pernah pakai shower cream shea butter Olay yang best tu. Lepas mandi kulit moist dan ada bling-bling gold tapi susah sangat nak cari shower cream tu. Haip.





Pekat ! Terbalikan pun tak meleleh jatuh ! Momoy suka =)





Yang familiar mesti tahu yang brand St. Ives ni packaging dia mesti basic color putih. Botol losyen jenis pam. Momoy lebih suka jenis tu (pump) instead dari jenis buka penutup then kena picit atau tunggang botol untuk muntahkan isinya. Lagi, body lotion skin renewing St Ives ni bagi Momoy menjimatkan sebab tak perlu nak picit banyak-banyak. Tak menyesal beli sebab guna sikit saja dah cukup untuk cover seluruh badan. Tak tipu !





Botol losyen jenis pam botol dispenser yang menjadikannya lebih mudah gunakan.





Bila sapu pada kulit, terasa lembap dan tidak melekit tapi terasa macam pakai mentega (butter) di badan. Macam lilin pun iye juga. Penyerapan lotion ni sederhana tapi maksima. Lepas tu kulit terasa lembap,licin, tidak berminyak dan rasa ringan. Momoy juga perasan yang kulit Momoy terasa lembut dan lembap je bila di usap. Kelembapan tu tahan sekurang-kurangnya 5-6 jam. Walaupun selepas 6 jam, kulit Momoy tidak merasa kering.



Ini kandungan dalam lotion St Ives tu...



INGREDIENTS:

WATER, GLYCERIN, CAPRYLIC/CAPRIC TRIGLYCERIDE, CETEARYL ALCOHOL, GLYCINE SOJA (SOYBEAN) OIL, STEARIC ACID, CETYL ALCOHOL, UREA, HYDROLYZED COLLAGEN, HYDROLYZED ELASTIN, BUTYROSPERMUM PARKII (SHEA) BUTTER, DIMETHICONE, CYCLOPENTASILOXANE, CYCLOHEXASILOXANE, CARBOMER, PEG-100 STEARATE, FRAGRANCE, TRIETHANOLAMINE, BHT, PHENOXYETHANOL, METHYLISOTHIAZOLINONE, CAPRYLYL GLYCOL, DISODIUM EDTA.



Baca kandungan semuanya bahan pelembap yang bagus untuk kulit. Yang Momoy rasa macam lilin tu sebab ada glycerin. Patut lah. Tiada parabens atau phthalates. Yay ! Momoy suka produk yang free-parabens.



Lagi satu nak bagitahu, losyen ni ada bau vanilla dan badam yang sederhana. Tapi kadang-kadang Momoy bau macam tembikai susu. Haha... bila check ingredient tak ada pula honey due. Ntah la sebab hidung Momoy bau macam honey due. Tapi tak kisah lah janji Momoy rasa selesa dengan baunya. Bau mild yang sedap tapi tak bertahan lama. Lepas mandi dan sebelum tidur memang excited nak pakai losyen gitu. Haa...





Belakang botol





Ada tak yang tanya harga? Momoy beli RM 25 kat Watson. Mahal ke ? Eh. Tak mahal pun sebab botol dia besar tau, 621 ml. Memang adorable sangat dengan kualiti yang kita dapat. 



Yang Momoy suka :


  • Losyen berkolagen yang dicari-cari Momoy. Sesuai bagi mereka yang fokus pada kulit yang elastic. 
  • Kulit terasa lembut dan lembap. Kelembapan tahan agak lama.
  • Bau harum vanilla dan badam, juga tembikai susu (kot).
  • Tekstur lotion yang pekat. 
  • Hypoallergenic
  • Momoy rasa penyerapan sederhana tapi maksima. Tidak melekit.
  • Harga berpatutan
  • Mudah didapati.


Yang Momoy tak suka :

  • Permulaan sapuan losyen ke kulit terasa macam pakai lilin. Euww...
  • Tak ada SPF - hanya sesuai pakai waktu malam atau duduk dalam rumah/ office saja.
  • Perlu pakai losyen lain pada siang hari sebab losyen ni tak ada SPF. Huhu...
  • Tak tahu ada ke tidak botol saiz kecil (sebab Momoy cari tak jumpa). Ialah botol besar kan susah nak bawa travel.



Tu saja lah pro dan kontra mengikut pendapat Momoy. Review pendek jer tapi repekan yang lebih. Tapi apa pun, terima kasih lah sebab sudi baca entri ni sampai habis. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Kamu ada lotion yang best ? Jom share !





  Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



10 May 2014

3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney.


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)



Hoh. Dah lama tak join GA. Ada masa 5 minit untuk Momoy rehat kejap. Terus buka blog. Momoy masih dalam fasa busy lagi. Ada lagi 10 hari baru hidup Momoy kembali normal. Baiklah yang belum join, jom support kawan kita nih. Ada masa lagi nih. Jom cepat...






Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

1.    Follow SINI, Like SINI dan Add To Google+ SINI.
2. Buat satu entri yang bertajuk 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney.
3.   Copy code yang disediakan dan paste di ruangan HTML.
4.   Tinggalkan URL Penyertaan di ruangan anda di ruangan komen. 

Untuk hadiah-hadiah yang ditawarkan, uolls boleh lihat di SINI. Dan InsyaAllah, hadiah-hadiah tersebut mungkin akan bertambah. 

Tarikh Tutup : 11 May 2014 (11.59 malam)




Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



06 May 2014

Special for vanilla scent lover



Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)



Ulang sekali lagi. Vanilla scent lover seperti Momoy mesti suka wangian ni. Momoy ada perangai buruk iaitu suka bau kek atau biskut yang fresh baked keluar dari oven. Jadinya setiap kali lepas mandi dan nak beradu Momoy wajib sembur perfume yang bau vanilla.



Memang fanatik sangat la dengan bau vanilla ni. Rasa vanilla tu kurang sikit tapi kalau bau vanilla memang cepat jer sensor Momoy detect. Bulan ni Momoy beli 2 botol perfume vanilla, yang padahalnya baru 2 bulan lepas Momoy beli perfume (mestilah vanilla). Teruk sungguh. Berlubang purse sebab original perfume boleh tahan juga harganya.



Bagi Momoy dalam banyak-banyak koleksi vanilla scent perfume yang Momoy ada, Fancy Jessica Simpson adalah bau biskut yang paling best sekali ! Pertama kali bau Fancy JS ni Momoy dah jatuh cinta. Ramai juga klik dan colleague Momoy yang puji bau ni. Ramai yang kata seperti bau kek dan coklat. Nyum nyum !





Botol Fancy JS ni sangat cantik dengan gold flower di keliling botol. 
Tapi sayang tak nampak jelas dalam gambar. The real memang sangat cantik, 
macam taman yang dipenuhi bunga emas.





Memang kecintaan giler pada Fancy Jessica Simpson ni walaupun harga murah tapi Momoy rasa aroma nya lebih baik dan lebih vanilla dari perfume-perfume popular lain di pasaran. Fancy Jessica Simpson ni sangat long lasting. Tahan 5 hingga 6 jam. Kalau sembur di nomex (baju kerja Momoy) 2 hari lepas tu pun still ada lagi. Suka sangat dengan Fancy JS ni dan boleh dijadikan signature scent Momoy.



Sini Momoy nak share sikit pandangan Momoy tentang aroma Fancy Jessica Simpson ni. Bagi Momoy, baunya seperti candy, white flower yang sungguh sedap. Bau caramel yang cair dan manis dengan vanilla dan marshmallow yang lembut. Momoy juga dapat detect bau almond, peach yang harum dan manis. Satu lagi yang Momoy perasan, Fancy ni ada sedikit bau 'spicy' yang mana di blend cantik dengan bauan yang lain. 





Baru 2 bulan dah separuh botol.
Memang fancy dan sangat kena dengan namanya. Good job Jessica Simpson !





Ini blind purchase (di suggest oleh owner yang friendly ini bila Momoy minta pandangan vanilla scent) dan Momoy bersyukur that i purchased this. Sangat worth it beli Fancy Jessica Simpson ni. Semua pasal Fancy JS ni Momoy suka kecuali satu. Baunya overpowering (Midnight Fantasy Britney Spear pun overpowering. Ramai gegel kat luar sana suka Midnight Fantasy BS ni tapi Momoy tak suka perfume sweet fruity tu). So, jangan sembur lebih sangat. Tapi bab ni yang kadang-kadang Momoy selalu fail bila pakai perfume tu. Deria bau dah kurang (kot) sebab 24 jam asyik dengan perfume agaknya.





Verry vanilla-ish. Love love. Sampaikan ada kawan-kawan yang tanya 
perfume apa sebab nak bagi hadiah pada awek diaorang.




Ringkasnya, Fancy Jessica Simpson ni dari Fragrantica.com:


  • Fruity, manis, caramel, vanilla dan powdery.
  • Top notes: pear, apricot and red berries
  • Middle notes: gardenia, jasmine, almond and caramel
  • Base notes: sandalwood, vanilla and amber
  • Long lasting perfume and moderate sillage




Susah nak menepati perfume yang Momoy suka tapi Fancy JS ni lain. Momoy betul-betul suka dan wajib re-purchase ni kalau habis. Okay darlss, kalau uoll nak beli perfume untuk diri sendiri atau masih mencari-cari hadiah apa untuk Hari Ibu 11 Mei ini, Momoy recommended Fanpage ni atau website dia, Teratak Wangi (same owner). Nak lagi best walk in terus kat kedai sis tu bagi sesiapa yang tinggal berhampiran Tesco Selayang. Boleh main sembur-sembur dan feeling berada di awangan. Kat mana ni ?



Teratak Wangi
Lot G6, Ground Floor, 
Tesco Extra Selayang, 
No. 1081, Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur, Malaysia

Shop: +60 (3)-6241 9081



Ini bukan entri berbayar yer. Momoy saja nak share tempat Momoy suka shopping perfume. Perfume original tapi harga lebih murah dari kaunter. Servis tip top dan owner sangat-sangat friendly. NAK TAKKK !!! *jerit kuat-kuat*







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...