Mask rambut yang best | .::: MOMOY blogirl :::.

21 April 2014

Mask rambut yang best


Assalamualaikum semua.


Hari tu Momoy unboxing The Lilac Box 6. Salah satu item tu adalah hair mask Loreal Keratase. 



Dulu bertahun-tahun pun pakai Loreal juga siap satu set lagi tapi rambut tak cun-cun pun. Tetap keras mengerbang macam penyapu. Hais. Tapi time tu Loreal Profesional la, yang dapat ni Loreal Keratase. Okay. Adik-beradik Loreal juga kan sebab tu jeling hujung mata je.




Hair mask yang dijeling ekor mata itu, Kerastase specifique.




Satu hari tu bekas hair mask tertumpah, habis semua isi keluar. Terkebil-kebil biji mata Momoy tengok hair mask tu mengalir masuk dalam lubang bilik air. Tak tahu time tu nak nangis ke apa. Maka, saat itu bermula nya sejarah Keratase dalam hidup Momoy. 



Sebelum tu nak cerita sikit condition rambut Momoy. Begini, Momoy selalu cuci rambut selang sehari. Sebabnya bila hari kedua kulit kepala Momoy akan berminyak. Rambut akan nampak   'kelepek' umpama orang pakai rambut pelesu. Tension tau. Tapi jangan salah faham, Momoy bukan jenis rambut berminyak tetapi jenis yang sangat-sangat kering dan pecah di hujung. Tu dia. Tambah lagi kat hair extension. 



Oleh sebab tu lah, hair mask bagi Momoy sangat-sangat penting. Kalau conditioner terlupa nak beli, tak apa lagi asalkan hair mask ada. Lepas cuci rambut, pakai hair serum spray dan esclips ginseng (yang ni Momoy cerita lain kalilah kalau ingat ye. Muahaha)



Macam mana nak pakai hair mask ni ? Mula-mula basahkan rambut. Lepas tu shampoo sambil urut-urut kulit kepala. Kemudia bilas dan pakai conditioner pula. Tunggu la 10 minit. Sambil tu boleh gosok gigi. Bilas dan pakai hair mask. Biarkan lagi dalam 10-15 minit. Boleh sental-sental badan semasa tunggu. Dah siap bilas bersih-bersih. 



Apa beza conditioner dengan hair mask ? Sama je kot tapi hair mask ni lebih pekat dari conditioner dan of course la khasiat nya lebih kan. Conditioner ni dipakai setiap kali lepas syampoo. Hair mask pula pakai 2 atau 3 kali seminggu. Tapi Momoy pakai hair mask tiap kali cuci rambut. Nampak tak ketamakan di situ. Hoho.



Masuk balik bab hair mask Keratase tu. Apa yang boleh Momoy cakap ini hair mask pertama yang tidak membuatkan rambut Momoy oily biarpun 4 hari tak cuci. Serius. Tak pernah lagi jumpa lagi setakat ni. Tapi 4 hari tu hari tu je la tak cuci sebab nak test kan. 



Result memang best. Oil control biarpun tak tulis kat bekas tu. Rambut Momoy maintain lembap dan tak oily. Wangi ? Ye, wangi yang tak wangi macam shampoo (sorry tak tahu describe). Bau wangi yang tak menarik tapi kesan bagus. Dulu 24 hours asyik tocang kuda jer sebab hari-hari bad hair day. Sian kan. Tapi lepas guna hair mask ni, Momoy berani lepas bebas rambut tau. Sukeee...





Sorry, lupa ambil gambar. Nampak tak kat tepi bekas tu yang warna biru-biru tu. 
Sengaja ada tinggal sikit untuk searching kat saloon atau kedai jual produk rambut.




Momoy tak kata rambut Momoy terus cantik gitu. Tapi apa yang Momoy dapat rasa rambut makin sihat dan lembap. Tak kasar macam dulu. Tapi sayang hair mask Keratase tu dapat saiz travel (75ml). So pakai 2 minggu dah habis. Sob sob sob. 


Momoy memang suka sangat dengan hair mask tu, dah pergi cari banyak saloon dan kedai jual produk rambut tapi tak ada. Waaa... sedih sangat. Siapa-siapa ada jumpa kat mana boleh dapat hair mask ni boleh bagitahu tak ? Serius Momoy suka. Tolonggggg....




Ada tak kat sini yang suka handbag free ? KLIK SINI.




P/s: Entri ni adalah schedule entry. April hingga May Momoy really busy. Tapi GA berjalan seperti biasa. Momoy tak sempat komen (maaf) tapi nama ada kat sidebar yer. Boleh check yer =)





Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



7 comments

April 23, 2014 at 10:22 AM Reply to comment

ok lepas ni boleh try. tq momoy

April 24, 2014 at 11:53 PM Reply to comment

awak mcm saye la.. suke jaga rambot ! kalau tak..tak cntik..hihi nice entry btw ,do follow me back :)

April 25, 2014 at 2:39 PM Reply to comment

setahu saye, erra pajira pon pakai produk ni..huhu..sory momoy..tataw mane nak carik kerastase ni..tak penah jumpe..sob sob

@ComelComotsama-sama dear comel. kalau comel dapat jumpa hair mask ni bgth momoy tau
mmg serius cari

@Lynn Nurihahaha...tu la. rasa tak selesa kalau rmbut bminyak berbau ke apa

@Mommy Sucibetul ke sis? isk. ada tak cik erra tu bgth dia beli kat mana . hais...suash sungguh nak cari

April 29, 2014 at 11:49 PM Reply to comment

Baik momoy... nt jmp trus cml pm momoy ok

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...