.::: MOMOY blogirl :::.: April 2014

28 April 2014

Review Glutax 12g


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦) 



Lepas review tranexamic acid tempoh hari, ramai pula yang email Momoy. Yang tak tahu apa itu tren acid (singkatan bagi tranexamic acid) boleh baca SINI dan review tren acid boleh baca SINI.



Hari ni nak review pasal jab-jab juga. Review Glutax 12g Advanced HD. Masa Momoy jab tu, Glutax 12g time tu adalah yang paling tinggi. Sekarang ni dah ada Glutax 15g pula. Tengok tu, dah keluar Glutax 15g tapi baru terhegeh-hegeh nak review Glutax 12g punya.




Glutax 12g Advanced-HD


Ada banyak jenis Glutax. Tapi packaging Glutax 12g ni paling cantik bagi Momoy. Dah habis guna tapi tak sampai hati nak buang. Simpan buat makan space dalam bilik =.=




Glutax 12g ni Momoy inject 3 bulan lepas (kot). Peram dalam draft lama sangat sampai tak ingat bila. Tapi jangan tuduh Momoy main belasah je review tau. Kesan dan hasilnya Momoy ada tulis. Tulis minggu-minggu je la dan bukannya tarikh.



Mesti ada yang tertanya-tanya apa fungsi Glutax 12g ni kan. Haa ni dia. Momoy kopi pasta janji-janji manis oleh pengeluar.




  • Make your skin white , smooth and radiant
  • With the Lipoic Acid may enhance the effectiveness of glutathione
  • Removing free radicals that cause abnormal function of brain and organs
  • Increase the elasticity of the skin
  • Summarizing the pores of the skin which tends to enlarge
  • Anti aging / anti aging
  • Remove & Vanish Scars
  • Reduce pigmentation resulting from sun
  • Reduce fine lines and wrinkles around facial area
  • Suppress the formation of acne / blemishes / pimples





Tema purple. Ada 18 vials cukup untuk 6 minggu. Momoy guna 2 bulan.
Momoy beli dengan harga RM 300 (masa tu mahal lagi) sekarang rasanya dah boleh dapat RM 250 jer bergantung pada seller juga la ye. Upah doktor RM 10 - Rm 20 sekali cucuk.





Kandungan Glutax 12G Advanced-HD 12000 mg mengandungi:


  • Glutathione 12000 mg
  • Ascorbic Acid 2300 mg
  • Alpha Lipoic Acid 300 mg
  • Collagen Extract 450 mg
  • Vitamin E 400 mg
  • Pro Vitamin B3 350 mg
  • Pro Vitamin B5 200 mg




Masa bawa Glutax 12g ni, doktor cakap bagus sebab semua vitamin dan semua gajah rimau ada dalam Glutax ni. So Momoy tak perlu nak injek berselang seli dengan Vitamin C. Yang Glutax 12g ni Momoy jab sekali seminggu atas nasihat doktor. Time tak-boleh-sembahyang Momoy tak inject.




Sekali inject guna 3 vials ni




Ni Momoy bagi gambaran sikit untuk kamu imagine. Vial Vitamin C (Ascorbic Acid) tu doktor akan campur dengan botol yang gemuk tu. Sebelum mixing tunggang terbalik lah botol gemuk tapi kandungan solvent dalam tu tak akan meleleh jatuh ke bawah ke apa. Maintain melekat jer. Lepas mixing baru benda tu cair. Lepas tu baru doktor campur dengan vial yang warna kuning tu.




Jangan terkejut kalau tonggeng botol ni kandungan dalam dia tak jatuh. 
Lepas mix baru dia cair.




Siap semua blend, Doktor sedut Glutax tu keluar dengan picagari. Dan dah siap sedia nak cucuk. Momoy cucuk di pelipat tangan. Jenis IV. Lepas doktor tarik jarum picagari, dah siap !!! 



Sebab kan Momoy inject Glutax kat klinik lain. Maka doktor yang cucuk tu pun lain la. Tak lemah lembut lemah gemalai macam doktor yang cucuk tren dulu. Doktor ni perangai jer lembut-lembut tapi ganas. So sakit la sikit bila dia cucuk tu terkeluar dari urat. Okay. Bukan sakit sikit tapi sakit banyak. Hahaha... (Kali ni baru tahu rasa sakit tu macam mana, kan. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk je muka doktor tu. Dush dush dush).



Kesan ? Hmm... kulit tak putih pun. Tak tahu la kenapa. Tapi Momoy fikir sebab Momoy kerja kat plant kan. Sepatutnya lepas cucuk, lebih baik rehat-rehat kat rumah, pakai sunblock dan jangan terdedah pada matahari buat sementara waktu dulu. Air putih wajib minum banyak dan elakkan kafein. Macam tu lagi efektif la kesan dia.



Kulit Momoy memang tak berubah tone. Glowing ? Ya. Memang glow bila lepas jab glutax ni. Efek kulit lembut dan lembap terus dapat rasa (suntikan pertama). Momoy rasa ni sebab Momoy dah biasa suntik Vitamin C dan tren acid tempoh hari, jadi kesan dia kali ni cepat. Dah tak degil macam dulu *tepuk-tepuk tangan*



Cuba berfikiran positif. Lepas suntik Glutax ni, kulit Momoy tak cepat rentung. Banding dengan kawan-kawan yang kerja sama satu plant. Memang tak putih sebabkan kerja Momoy tapi susah nak rentung so okay lah tu. 




Close up.




Kalau tanya mana lagi best, tren acid atau Glutax 12g ? Momoy jawab, mestilah tren ! Lepas ni nak cuba jab Veniscy Flawless pula. Jerawat makin banyak dengan keadaan kerja yang sangat stress. Stress = cepat tua. Grrrr.... 



Bye bye bye.



P/s: Banyak gambar dari cerita =.=



NOTE:
If you choose to try this product it is at your own risk.
Always consult with your doctor before taking anything new okay




  Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



21 April 2014

Mask rambut yang best


Assalamualaikum semua.


Hari tu Momoy unboxing The Lilac Box 6. Salah satu item tu adalah hair mask Loreal Keratase. 



Dulu bertahun-tahun pun pakai Loreal juga siap satu set lagi tapi rambut tak cun-cun pun. Tetap keras mengerbang macam penyapu. Hais. Tapi time tu Loreal Profesional la, yang dapat ni Loreal Keratase. Okay. Adik-beradik Loreal juga kan sebab tu jeling hujung mata je.




Hair mask yang dijeling ekor mata itu, Kerastase specifique.




Satu hari tu bekas hair mask tertumpah, habis semua isi keluar. Terkebil-kebil biji mata Momoy tengok hair mask tu mengalir masuk dalam lubang bilik air. Tak tahu time tu nak nangis ke apa. Maka, saat itu bermula nya sejarah Keratase dalam hidup Momoy. 



Sebelum tu nak cerita sikit condition rambut Momoy. Begini, Momoy selalu cuci rambut selang sehari. Sebabnya bila hari kedua kulit kepala Momoy akan berminyak. Rambut akan nampak   'kelepek' umpama orang pakai rambut pelesu. Tension tau. Tapi jangan salah faham, Momoy bukan jenis rambut berminyak tetapi jenis yang sangat-sangat kering dan pecah di hujung. Tu dia. Tambah lagi kat hair extension. 



Oleh sebab tu lah, hair mask bagi Momoy sangat-sangat penting. Kalau conditioner terlupa nak beli, tak apa lagi asalkan hair mask ada. Lepas cuci rambut, pakai hair serum spray dan esclips ginseng (yang ni Momoy cerita lain kalilah kalau ingat ye. Muahaha)



Macam mana nak pakai hair mask ni ? Mula-mula basahkan rambut. Lepas tu shampoo sambil urut-urut kulit kepala. Kemudia bilas dan pakai conditioner pula. Tunggu la 10 minit. Sambil tu boleh gosok gigi. Bilas dan pakai hair mask. Biarkan lagi dalam 10-15 minit. Boleh sental-sental badan semasa tunggu. Dah siap bilas bersih-bersih. 



Apa beza conditioner dengan hair mask ? Sama je kot tapi hair mask ni lebih pekat dari conditioner dan of course la khasiat nya lebih kan. Conditioner ni dipakai setiap kali lepas syampoo. Hair mask pula pakai 2 atau 3 kali seminggu. Tapi Momoy pakai hair mask tiap kali cuci rambut. Nampak tak ketamakan di situ. Hoho.



Masuk balik bab hair mask Keratase tu. Apa yang boleh Momoy cakap ini hair mask pertama yang tidak membuatkan rambut Momoy oily biarpun 4 hari tak cuci. Serius. Tak pernah lagi jumpa lagi setakat ni. Tapi 4 hari tu hari tu je la tak cuci sebab nak test kan. 



Result memang best. Oil control biarpun tak tulis kat bekas tu. Rambut Momoy maintain lembap dan tak oily. Wangi ? Ye, wangi yang tak wangi macam shampoo (sorry tak tahu describe). Bau wangi yang tak menarik tapi kesan bagus. Dulu 24 hours asyik tocang kuda jer sebab hari-hari bad hair day. Sian kan. Tapi lepas guna hair mask ni, Momoy berani lepas bebas rambut tau. Sukeee...





Sorry, lupa ambil gambar. Nampak tak kat tepi bekas tu yang warna biru-biru tu. 
Sengaja ada tinggal sikit untuk searching kat saloon atau kedai jual produk rambut.




Momoy tak kata rambut Momoy terus cantik gitu. Tapi apa yang Momoy dapat rasa rambut makin sihat dan lembap. Tak kasar macam dulu. Tapi sayang hair mask Keratase tu dapat saiz travel (75ml). So pakai 2 minggu dah habis. Sob sob sob. 


Momoy memang suka sangat dengan hair mask tu, dah pergi cari banyak saloon dan kedai jual produk rambut tapi tak ada. Waaa... sedih sangat. Siapa-siapa ada jumpa kat mana boleh dapat hair mask ni boleh bagitahu tak ? Serius Momoy suka. Tolonggggg....




Ada tak kat sini yang suka handbag free ? KLIK SINI.




P/s: Entri ni adalah schedule entry. April hingga May Momoy really busy. Tapi GA berjalan seperti biasa. Momoy tak sempat komen (maaf) tapi nama ada kat sidebar yer. Boleh check yer =)





Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



03 April 2014

Sesiapa nak handbag Poplook FREE ? Murah hati nak bagi ni


Assalamualaikum semua.


Eh. Rupanya blog dah nak masuk 2 tahun la. Iya, Momoy tahu blog ni masih baru nak belajar berjalan. Tapi kan, Momoy tetap happy biar pun tak sehebat blogger lain. So, mood happy tu Momoy nak share dengan yang lain. Inilah masa Momoy nak buat giveaway ! Sila teruja sebelum Momoy buat keputusan batalkan.


Ini kali kedua Momoy buat GA. Yang rasa nak guling-guling sebab tak join GA Momoy yang pertama dulu boleh bersorak gempita sekarang. Hey, GA dulu not bad juga kan? KLIK SINI.




 photo bannergif_zps2f4ea753.gif
Tarikh tamat GA | CLOSE





Pemenang dipilih oleh Momoy sendiri berdasarkan jawapan jujur. No bodek-bodek. So, tulis saja tanpa ada dinding wokey. Momoy tak akan terasa hati. Tsk. Betul ke ni *tepuk-tepuk hati*


Macam mana nak join ?


  • Tulis 2 perkara yang korang SUKA dan 2 perkara yang korang TAK SUKA pasal blog ni. Simple sentence pun tak apa. 
  • Tajuk entri BEBAS. Boleh je kalau nak selit dalam entri korang. 
  • Tag 2 orang.
  • Copy link dan paste di 'kotak komen'
  • Like page jika suka :





Inilah GA yang Momoy dah pilih selama sebulan dua ni. Ewah. Pilih hadiah pun sampai berbulan-bulan. Kihkih. Bersabar sangat tau tunggu dan kumpul satu-satu sampai kat tangan sebab tak nak cari sponsor untuk GA. Okaylah, hope korang suka la ye.




Cute album set
Boleh simpan gambar kenangan dalam ni #flashback



Butterfly lace cardigan 
Momoy suka lace sebab efek romantik. Boleh pakai sebagai cardigan 
atau tambah brooch besar di tengah untuk dijadikan kebaya. 
Sorry, snap macam asal parcel terima. 
Ni kes malas nak buka-shoot-lipat semula. Hoho.



Cute bow pearl necklace
Hamboi... semua caption nak tambah perkataan 'cute'. 
Trademark Momoy yang suka bow sebab homei ! 



Set lulur spa kopi dan mandian gel santan kelapa
**Note : Jika like page D HOME SPA 



Set cawan dan mangkuk comel bentuk button keyboard. 
Ajak room-mate minum petang sambil gosip-gosip.
Mangkuk tu kalau tak nak isi jajan atau kacang, boleh buat guna untuk isi tools 
yang kecil-kecil (brooch etc.). 



Dan...




Handbag Poplook.com (Poppy) kulit buaya yang sangat cun ni *mata bersinar-sinar*




Pheww... Baik hati sangat ni bagi handbag. Ini je gambar yang sempat di snap. Nak tepek gambar dari website Poplook.com tapi tak sempat. Sampai je bag, terus snap dan cepat-cepat packing semua hadiah. Ni kes takut terguna la tu (menahan hati).


Buat masa ni Momoy belum fikir tarikh tamat GA. So, cepat-cepat la join. Dan satu lagi hal yang penting, Momoy sangat busy bulan April hingga pertengahan May ni. Jadi senarai peserta akan di update lambat (sila jangan terkejut tau)



Terbuka pada sesiapa asalkan beralamat di Malaysia. 



UPDATE : Winner 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...