.::: MOMOY blogirl :::.: March 2014

13 March 2014

Tips rawat kuku cekam atau kuku cagu


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦) 



Tajuk entri sangat mesra SOE kan ? Hoho. Ni nak bagi tips cara rawat kuku cekam atau kuku cagu. Saja je ulang lagi sekali. SOE kan >.<



Eh. Eh. Sebelum korang kamu (nak cuba ganti perkataan korang) fikir yang bukan-bukan, Momoy nak jelaskan dulu yang Momoy TAK PERNAH alami masalah cekam kuku atau kuku cagu. Tapi Momoy ada pengalaman buruk ibu jari kuku tercabut. Bayangkan cepat.



Momoy cerita sikit la kes tercabut kuku tahun lepas. Puncanya sebab tersepak karpet kat office. Actually hujung karpet. Sadis betul. Habis karpet kotor dengan darah. Momoy pula pengsan. Rasa nak berguling-guling tiap kali teringat sakitnya masa tu. Berbulan-bulan menderita sakit tau. Sampai tak boleh bergerak tapi nafsu makan tetap kuat. 



Berbalik pada cekam kuku atau cagu kuku tu, punca utama sebab terjadinya masalah tu ialah potong kuku terlalu pendek. Tapi ni bukan bermakna yang kamu semua boleh bergumbira berkuku panjang. Hamboii. Suka benar kuku panjang eyh. Potong la kuku, tapi jangan pendek sangat. Gitu.



Selain daripada itu (eceh. macam karangan sekolah dulu-dulu. hehe), pakai kasut yang ketat pun boleh buat kuku kita cagu ye. Eh bukan kita, tapi mereka yang menderita cagu maksud Momoy. Cagu ni jadi sakit sebab kuku yang telah pendek tu mencengkam pula isi kuku. Erk. 



Cara hilangkan cagu atau kuku cekam ni senang je, jumpalah doktor. Ok tak lawak. Tapi serius jumpalah doktor kalau cagu tu serius atau membimbangkan. Jangan buat dono jer *goyang-goyang jari telunjuk* Satu lagi, jangan gatal-gatal tangan pergi korek pula cekam tu. Bahaya tahu. Lebih baik biarkan kuku tu panjang dan potong sikit-sikit kat kuku yang tak sihat tu. Tunggu panjang lagi dan potong sikit-sikit. Ulang la proses tu sampai ke tua. =.=



Pertumbuhan kuku kan sangat perlahan. Lagi-lagi kuku kaki, empat kali ganda perlahan dari kuku tangan. Jadi kalau kuku kamu tercedera sebab ada darah beku atau cagu memang berbulan-bulan (atau bertahun-tahun) la nak sembuh. 



Masa kuku Momoy tercabut dulu banyak klinik yang Momoy pergi. Doktor cakap sambil geleng-geleng kepala kata jari Momoy tak dapat buat apa dah. Dah tak dapat nak selamatkan dah. Terpaksa hidup dengan jari yang tak berkuku. Scary ! Bila tumbuh pun sangat lambat (agaknya bila dah tua baru merasa ada kuku kaki) dan tak cantik of course ! *nangis kuat-kuat*



Sampailah satu klinik ni, doktor ni bagi ubat untuk letak kat kuku. Klinik ni juga Momoy inject Tranexamic Acid ! Yang bagusnya produk tu kuku kaki Momoy cepat jer tumbuh. Seingat Momoy seminggu je dah panjang 1 hun. 2 tiub guna produk tu kuku Momoy dah tumbuh dan boleh potong. Bagus kan ? 



Menaip panjang pun tak guna sebab kamu tak kisah pun apa jadi pada kuku Momoy. Kamu cuma nak tahu produk ajaib tu je kan. Faham =.= Jadi, tanpa membebel banyak lagi, Momoy memperkenalkan....




Solcoseryl Jelly 10% *recommended* 
Berat  20g jelly
Harga dalam RM 20 + (tak berapa ingat). 




Kat gel tu ada tulis "For weeping wounds and burns". Tapi Momoy pakai kuku kaki cepat tumbuh so saja Momoy tanya pharmacist tu apa fungsi produk tu. Pharmacist tu cakap untuk 'tambah isi'. Lawak pula. Mungkin maksud dia untuk cepatkan pertumbuhan kuku (kot). Tak kisah lah kan, janji ada kuku semula. Hihi. 



Sekarang kuku Momoy dah sembuh. Alhamdulillah. Tapi Momoy masih pakai lagi nak cantikkan struktur kuku tu pula. Biasalah kuku baru tumbuh tak lawa mana. 




DuoDERM Hydroactive Gel
Yang ni pun produk yang sama juga. Cuma lain brand je. 
Momoy beli RM 17.50 jer (ada tanda harga. mihmih) Berat 15g.




Sorry. Gambar dah dipicit-picit benda tu. Dua-dua produk tu boleh beli kat farmasi. Cara pakai senang jer. Cuci kaki, lap kering-kering dan apply jer. Sambil letak tu salawat la okay. Kedua-duanya jenis gel. Tapi Momoy recommend produk yang Solcoseryl tu sebab kuku tumbuh lagi cepat. Gel pun tak senang hilang. Bangun esok pagi pun gel tu masih elok ada lagi. Hehehe. Yang DuoDERM lambat sikit. Dan gel dia kena banyak kali re-apply sikit. Apa-apa pun yang penting sabar, jangan malas dan bertawakal lah. Insya-Allah menjadi.



Produk ni terbukti berkesan pada Momoy. Momoy yang tercabut kuku boleh dapat kuku baru semula. Jadi Momoy rasa produk ni pun boleh apply bagi sesiapa yang derita kuku cagu, kan? "Lepas kuku tu dah panjang, ingat jangan potong pendek sangat tau", kata Doktor Momoy sambil berjalan ke wad 3B. 




Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



08 March 2014

Shopping make up selepas 2 tahun tak pakai make up



Assalamualaikum semua.

Orang perempuan ni memang tak boleh hidup tanpa make up. Tapi Momoy pula dah 2 tahun pergi sana sini dengan naked face. Even bedak atau lipstick pun tak pakai. 2 tahun bukan sekejap kak senah yer. Sehari pun kalau tak tepek bedak kompak terasa macam tak ada muka, betul tak ? Cuma satu yang Momoy pakai - maskara. Itu pun kalau buat eyelash perm la kan. 





Konon nak muka suci gitu. Natural beauty mat salleh cakap. Tapi nampak suci dalam debu je muka. Tahun lepas ada cuba nak pakai bedak compact. Ala yang bedak arab tu. Beli sampai dua warna - russet dan cherry. Semangat kemain. Tapi tak pakai pun sebab muka naik jerawat kecil-kecil pula. So, dua tahun ni tepek baby powder Johnson & Johnson tu je la.




Dah boring kot berwajah debu suci, maka Momoy pun teringin nak pakai make up. Light make up. 





Tak tahu la mungkin sebab dua tahun tak beli barangan make up, 
jadi shopping macam orang baru keluar dari gua. 




Tolong jangan buat muka terkejut. Barang make up memang penuh kotak besar kat bilik tu. Tapi kan make up ni dia ada expired date kan kan kan. Fuh. Baik punya alasan. Kihkih. 



Wonder Glow Cosmetic



Teruja pakai skincare Wonder Glow berkesan so beli barang make up dari Wonder Glow (WG) secara online. Kononnya nak pakai satu jenama gitu tapi makeup Wonder Glow tak se best skincare dia. Bawah ni item yang Momoy beli.





[1]  WG eyeliner mermaid eyes waterproof with sharp edged brush liquidlast
[2]  WG magic pink | shining gel
[3]  Kotak WG magic pink   
[4]  WG HD 3D cream
[5]  WG pearl cream





Review la sikit kan. Eyeliner dia sangat pekat (warna), waterproof tapi bercinta bila pakai hoi. Sebab berus dia tak sharp. Dah tu lambat sangat nak kering.  Hais. Yang lip gloss pula, WG Magic Pink tu sepatutnya ada pasangan dia - WG Shining Gel (sebab tu dia datang dalam kotak). Tapi Momoy dapat dua-dua Magic Pink. Salah time packing ke apa nih. Lip gloss tu rasa macam mint 'pedas' dan bau macam biskut raya lemau jer. Sekali jer Momoy pakai (itu pun test)



Yang HD 3D cream tu lebih kurang macam foundation. Tapi tak sesuai dengan kulit Momoy. Bila pakai muka Momoy mesti naik jerawat walaupun suka dengan efek flawless. Tak ada jodoh.



Yang pearl cream tu pun macam foundation juga. Nak pakai kena koyak sikit pearl tu kemudian baru krim dia keluar. Pakai jarum cucuk pun boleh. Pearl tu ada 28 biji kalau tak silap. Satu pearl tu boleh la guna 3 kali. Seriously Momoy suka produk ni. Krim dia sangat-sangat light. Dah rasa macam mousse pula. Walaupun kecintaan pada pearl cream ni tinggi tapi kalau habis jangan harap Momoy nak re-purchase lagi. Sebab apa? Sebab menyusahkan dan harga dia boleh tahan mahal untuk krim yang cenoet tu. 



Dari barang-barang kat atas tu, cuma WG pearl cream tu je yang Momoy suka. Momoy tak suggest korang untuk beli sebab harga make up Wonder Glow ni mahal tapi kualiti biasa-biasa saja. Baik beli make up kat drugstore macam Guardian atau Watson. 


Oleh sebab kecewa cita-cita tidak tercapai. Lepas bayar kereta kat Mesra mall, terus drive babyboo pergi Kuantan. Jadi misi hunting make up diteruskan. Gigih betul.



Revlon Colorstay 


Masuk Guardian tertarik nak cuba barangan Revlon. Sebelum ni jeling-jeling dengan ekor mata jer. Ni first time beli make up dari brand Revlon dan terus jatuh cinta ! Dulu Momoy guna barangan make up nak brand dari Jepun Korea je. Sebab addict giler dengan Japan Gyaru style.





[1]  Revlon colourstay (for combination/ oily skin) 200 nude SPF 15
[2]  Revlon colourstay pressed powder (light)





Bedak compact tu nanti boleh ganti baby powder J&J tu. Momoy ambil kaler light iaitu yang paling cerah. Tak nampak gelap dan tak nampak putih. Ngam-ngam dengan warna kulit Momoy. Mengurangkan minyak tapi lepas dua jam berminyak semula. Ceh. Bab coverage okay la. 



Yang dalam botol tu foundation kot walaupun tak tulis foundation etc. Ni pun Momoy ambil warna cerah (nude) dan kena ngam dengan kulit. Best ! First time jumpa foundation dan bedak yang kena tepat dengan warna kulit Momoy. Kata pengeluar 'flawless look, lightweight feel' 'wears for up to 24 hours'. Flawless tu Momoy tak pasti tapi coverage cantik dan memang sangat-sangat light pun krim dia. Tak terasa macam pakai make up kat muka. Sungguh.







[3] Revlon colorburst lacquer balm 105 demure
[4] Revlon colorburst lacquer balm 110 coquette




Beli make up tak beli lipstick janggal pula. Ada banyak jenis yang batang dia macam ni tapi Momoy beli yang jenis 'colorburst lacquer'. Yang lacquer ni dia ada shining-shining sikit. Kaler dia cantik. Shining dan senang pakai. Sapu je dan tak payah risau lipstick tu comot ke patah. Licin dan senang meluncur bila sapu di bibir. Ewah ayat macam iklan. 



Mula-mula beli yang kaler nude tu (105 demure). Lepas solat kat surau mall tu, test pakai. Eh, rasa macam cantik dan senang je nak guna. Terus pergi beli yang kaler hot pink tu pula. Haha. Tapi serius memang best. Recommended !



Elianto 


Momoy kan suka (dulu ler) beli make up yang publish dalam Japan magazine macam S-Cawaii, Mina, Vivi etc la. Suka sebab comel-comel (lepas tu menangus sebab mahallll) dan time tu Momoy pengikut Japan Gyaru Style. So haruslah pakai brand diaorang bila nak tranform gyaru tu. Semangat Gyaru. Hehe...



Tiba-tiba berjalan terjumpa booth Elianto ni. Eh. Baru tahu Elianto ni make up dari Korea tapi harganya lebih murah. Eye shadow ada yang RM5 jer. This is madness. Kenapa baru tahu ni. Hehe. Oleh sebab dah beli bedak kat Guardian tadi, so kat Elianto ni beli banyak make up untuk mata je la. 




[1]  elianto sparkle magic powder
[2]  elianto snow white (celestial 2 in 1 eyeliner)
[3]  cuticle oil
[4]  elianto eye primer
[5]  elianto super brilliant colour powder 04
[6]  elianto touch on blush B-P2
[7]  elianto eye shadow - coco coffee




Yang barang elianto tu Momoy tak try pakai lagi. Secara main test-test jer. Cuma yang blusher tu dah try sebab tak tahan dengan kecomelan dan kelembutan puff dia yang lembut tu. Warna cantik tapi macam susah nak guna sebab debu blusher tak nak keluar. Terpaksa buka filter dia. Then habis semua debu tu tumpah. Dah tu banyak sangat melekat kat puff tu. Huhu. Ada sesiapa pernah guna tak blusher ni ? Boleh bagitahu cara yang betul ?



Dolly Wink


Dan sebelum balik, singgah dulu di Sasa. 2 tahun tak jejak kaki di kedai pink ni. Terasa kelainannya. Kihkih. Dulu Sasa ni tempat wajib Momoy kalau pergi mall tau. Tapi syukur sebab dah masuk drugstore dan Elianto tadi, jadi cuma rembat eyeliner dari Dolly Wink. Yang eyeliner Wonder Glow tu menyedihkan sangat. 






Packaging memang cute tak boleh blah. 
Eyeliner dari Dolly Wink memang terbaik la. Berus dia sangat tajam. 
I love u Tsubasa tapi kan Dolly Wink you mahal ler. 




Momoy dulu kalau beli produk Dolly Wink atau  eyelashes jenama Jepun macam model S-Cawaii atau Vivi, mesti beli online. Murah sikit. Eyemazing favourite Momoy sampai sekarang. Okay. Hobi Gyaru dulu memang makan belanja yang besar sebab belanja make up saja pun dah melubangkan poket. Belum lagi baju dan aksesori. Ulzang murah sikit tapi still cute. Eh, tapi comot macam sekarang pun best juga. Hehe... 



Cukup pasal tu. Sasa ni ibarat heaven untuk shopping make up bagi para Japan Gyaru atau Korean Ulzang. Fuh. Dah lama tak make up gyaru style. Skill tu pun dah hilang. Dah lama tinggalkan dunia gyaru. Sob sob sob. Yela. Dah tua kan. Lagi pula kerja kat Terengganu ni.



Lain-Lain 






Maybelline clear smooth shine free clear stick (BB stick SPF 21 PA+++) 01 Fresh




Hmm... zaman universiti dulu pernah pakai Maybelline foundation stick. Best sangat tapi dah 8 tahun kot tak Maybeline tak keluarkan benda best tu. Teringat zaman uni tu, beli BB stick ni. Coverage okay tapi sayang lepas dua ke tiga jam jadi CAKEY. Benda yang paling Momoy tak suka kalau pakai krim atau foundation. Huh. So, ada sesiapa nak ?




My Beauty Diary peach soda eye lip makeup remover




Dah beli make up segala mestilah beli makeup remover. Buang segala kekotoran hatta yang degil sekali pun. Tak nak guna make up remover pun tak apa. Tak wajib pun. Tapi lepas tu jangan bising kalau jerawat berkhemah. Make up remover MBD ni kena shake-shake dulu sebelum guna (letak pada kapas atau wet tissue). Bau peach yang lembut rasa nak telan-telan. Muka terasa bersih, lembut, lembap dan sedikit oily.



Eeee... tak sabarnya nak conteng muka. 




Kulit lebih cantik | Harga mampu milik




01 March 2014

Asyik online shopping jer, dah tak reti nak shopping di mall !


Assalamualaikum.

Sejak dunia makin canggih ni, aktiviti shopping semua di hujung jari je. Sampai lupa keseronokan dan sakit kaki bila shopping secara manual (offline)




Kawan : "Mana nak cari teddy bear besar untuk birthday tunang aku eyh ?". 
Momoy : "Kejap. Nanti Momoy bagi link. Kat situ selalu ada. Life size lagi".




Apa-apa hal sikit, buka online shop. Hidup pun dah jadi macam kera sumbang. Dulu-dulu ada juga spend time dengan kawan-kawan bila shopping kat mall kan. Tawaf kat mall berjam-jam tanpa rasa penat tapi langkah pertama pijak rumah, baru terasa lenguh sendi-sendi dan kaki macam nak tercabut. Hik hik hik. Sekarang cuma duduk menghadap laptop belek-belek FB ke, online shop mana yang berkenan. Jadi nak cuba hidupkan semula tradisi lama tu. Ewah. 



Mula-mula Momoy senaraikan dulu barang yang Momoy nak cari. Lace dress dan black heels. 2 items je pun. Tapi mencabar juga tu bagi Momoy sebab Momoy ni cerewet. Kalau heels susah nak cari design yang berkenan. Kalau dah okay, kena tengok design tumit dia pula macam mana. Momoy tak suka yang lebar. Suka yang halus tapi cantik dan stabil. Paling penting, tak sakit kaki dan makan kaki !



Pakai berdiri, duduk dan pusing keliling kedai berpuluh-puluh kali. Buka kasut tu sebab rasa macam okay selesa. Tapi lepas tu pakai balik, pusing-pusing lagi. Cari kasut paling lama sebab takut tak selesa, belakang kaki sangat takut melecet la apa la ye. Sampai salesgirl buat muka bosan baru tanggalkan bagi balik pada dia. Kalau okay so pergi bayar lah. Kalau tak okay, keluar buat muka tak bersalah. Apa nak malu. Pengguna kan ada hak. Tak sesuai tak kan nak paksa diri beli kan. Muahaha. Eh tapi ada juga kawan yang beli walaupun tak suka. Kata dia kesian kat salesgirl. Tapi bila sampai rumah terus campak entah ke mana. Pfff... Macam-macam.



Pendek cerita, shopping di East Cost Mall rupanya tak sesukar mana pun Momoy nak dapat item-item tu. Tak sampai 2 jam pun. Terperanjat Momoy. Agaknya sebab dah lama tak offline shopping jadi tak tahu nak melilau-lilau. Dulu tawaf dulu satu mall. Lepas tu test pula satu-satu. Last sekali cari balik kedai yang memula masuk tadi. Hahaha... 



Malas nak taip panjang-panjang lagi. Tak sabar nak rendam kaki dengan garam kaki spa. Manja sangat la kaki tu. Jom tengok hasil rembatan shopping tadi. Dress dan heels (seperti yang di hunting)




Black high heels idaman. Wink wink !
Ekceli banyak dah design macam ni cuma kaler je lain-lain. Tapi cari juga lagi warna hitam 
sebab nak yang ada platform dan strap.



Akhirnya jumpa juga. Dah lama hunting dress material macam ni.
Super kawaii. Thx Rimau !




Dress lagi. Chiffon dress yang ada cut design berbentuk 
kelopak bunga dan pearl. Bawahnya layer yang flowy. Feminin dan romantic gitu. Lovely !




Yang dress kaler pink tu tak ada dalam list pun. Standard la tu orang pompuan kan. Walau kaki dah lama tak jalan shopping sana sini, tapi skill nak menghabiskan duit tu memang tak lupus lah. Jangan marah. Mih mih. 




P/s: Trimas to dear Dayang Deno for the cute blog header. LOVE !
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...