Bitter-sweet memory... | .::: MOMOY blogirl :::.

01 February 2014

Bitter-sweet memory...


Assalamualaikum.

Artikel ni dikarang oleh rakan kuliah Momoy. Dah 2 tahun di upload ke facebok tapi baru hari ni Momoy terjumpa. Pfff... Ketinggalan keretapi ke apa ni. Walaupun Momoy ketika studi dahulu kategori pendiam dan pasif tapi tetap rasa nostalgia. Syahdu sungguh ~


Artikel di kopi pasta tanpa sebarang editing (tulisan purple) untuk mengekalkan rasa originalnya... Saja Momoy jadi copycat sebab bila rindu senang cari dan baca. 




***************************************************************************************************************************

Ulangtahun ke 10...^_^


12 May 2011 at 03:05 
Suatu pagi yang hening...


"Cepat-cepat, dah lambat nie" jerit ayahku.


Semua barang-barang telah dimasukkan ke dalam bonet kereta. Cuma aku masih lagi terkial-kial mengikat tali kasut.Ibuku telah berada di dalam kereta bersama akak dan abangku.


Dalam perjalanan, aku masih lagi teringat semasa posmen datang menghantar satu sampul surat.Nama pengirimnya jelas tertera.


"KUiTTHO? Pe bende nie" getus hatiku. Rakan-rakan yang lain masing-masing telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian. UTM, UITM,USM,UM,UKM, UIA dan lain-lain yang biasa kita dengar. Tapi aku, KUiTTHO..satu nama yang sangat-sangat asing ala-ala macam nama jepun gak,hehe.. Baru terfikir, semasa aku menghantar borang UPU, aku rasa aku telah meletakkan nama KUiTTHO sebagai pilihan terakhir. Untuk mengisi tempat kosong..hehehe…


"Hmm, belasah ajela.."getus hati kecilku.


Kira-kira dua jam perjalanan menaiki kereta, akhirnya aku sampai ke destinasi. Perjalanan kami melalui jalan-jalan yang sempit.Kiri kanan ladang kelapa sawit. Memang lokasinya kawasan kampong@pedalaman. Hanya pekan yang paling hampir. Parit Raja nama diberi.


"Ini ke tempatnya? " jerit hati kecilku. Sudahla jauh, keadaannya sangat-sangat kurang memuaskan. Ade ke patut tempat yang dipanggil institusi pengajian tinggi masih mempunyai jalan tanah. Memang teruk..still dalam pembinaan penambahan prasarana,baru sahaja dinaiktaraf ikut kata orang..Argh, macam nk aku belah cepat je nie..


"X pela wan, ko duduk je kat sini..Belajar baik-baik ya.." nasihat ayah dan ibuku selepas aku mendaftar asrama dan sebelum mereka berangkat pulang. Asrama ke? Nama pun Taman Melewar..Pelik-pelik..


Aku mendapat tahu, bahawa apa yang dipanggil asrama itu sebenarnya sebuah taman perumahan yang baru sahaja siap dibina. Masih ada rumah-rumah yang tidak mendapat bekalan air. Nasib baik rumahku yang dikongsi bersama 8 orang lagi mempunyai bekalan air dan elektrik.Cuma lantainya yang masih kotor, maklumla baru siap dibina. Terpaksala kena cuci dan sapu-sapu sikit..


"Aku Ezrin, orang panggil aku Tam.." salah seorang yang tidak dikenali menyapa aku..Bersama-samaya ada dua orang lagi..Diorg pun aku tidak kenal.


"Yang nie Azhan, panggil je Pak An..Lagi sorg Azilan, panggil Lan je.." pantas Tam memperkenalkan rakan-rakannya itu.


"Aku Reduan, panggil Wan je.." jawab aku sambil menghulur tangan tanda perkenalan walaupun selepas itu, aku jarang mendengar mereka semua memanggil aku Wan..Patut ke aku dipanggil Tok Siak?? Hahaha...


Perkenalan dengan mereka membuka satu lembaran baru. Semakin lama, semakin ramai kenalan aku..Asrah@Acca, Hashimah Koh@Shima, Nor Aini, Hafilah, Nazila@Epok, Tuan Fadilah, Shuhada@Shud, Mad Anip, Safri, Wan Kam (terror maen basketball tue), Shaifulnizam@Put (paling senyap dalam kelas..), Faizul Ikmal@Informer (penyebar berita sensasi), Ezmeel@Atan@Orang Puteh, arwah Shiraz (al-Fatihah untuk beliau), Lim Chin Wei, Yeoh Mooi Hiang, Che Intan,  Shahrizal@Shasha, Sham, Shaiful@Epul, Taufeq@Topek,  Salleh Nur, W.M.Azwan@E'we, W.M.Marlizan@Ijan (husband Aishah Malek),Khairul Azrami@Pak Andak, Faizal@Pejal, Hairul Perdaus@Pear, Fitri, Zickry Azizan, Ismail@Maiel, Dasuki@Juki, W.M Zaki@Jakie, Faliq Hawari@Que, Hasrul Haniff, Rosdin@Din, Syahrul Abas, Hasmee Mariani@Emy, Linda Sa’adon@Kiddo Lin, Linda Ramli,  Tia Yusoff@Teah (gangster pompuan time muda2 la, huhu), Esah Malek, Rosenita, Noraziah@ Ghee, Siti Akmalia, Siti Suriani@Mek su, Lina Syalina, Nurul Huda@Vesper Lee, Nurul Bahiyah, Nurul Hanizan, Nur Farhana@Paan , Syarifah@Kak Pah (MPP-famous tue…) , Kawan Kak Pah(aaahh, ak lgsg x ingat pn name dia…demm-*namenye Dayah-tq Nohan Nesyah), HaFiza Yahya, HaFiza Ali,Rafidah@Fied,Manisah, Faizah Marhamdan, Siti Norashikin@Chikin, Mardiha@Diha, Sam Heeza@Asam, Hasnizan Akshah , Salizawati Saharudin@Ija, Ika Bakri, Zuraidah, Shida Ismail, Nurhanisah@Nohan Nesyah, Monira Elyana@Mon, Azrina Ahmad,Sheeda Ko'diang, Zawaweee@Awie (korg tau ke apa jd ngn die????) dan lain -lain (p.s: den pelupa orgnye, sila tambah-tambahkan mana yg patut ya..) membuatkan aku bertambah seronok untuk berada lebih lama. Walaupun sebelum ini terlintas difikiran untuk berhenti sebenarnya selepas seminggu mendaftar..


Hari ini..12 Mei 2011..


Genap sudah sepuluh (10) tahun peristiwa tersebut.. Kini ramai sahabatku yang telah memilih jalan hidup yang tersendiri.. Ada yang sudah berkahwin, dan mempunyai anak-anak yang comel lote..Ada pula yang sedang menghitung hari menjadi Raja Sehari..Ada pula yang masih berkasih sayang dengan buah hati (salah seorgnya adalah _______,hehehe..) dan ada juga yang masih mencari sesorang..


Walau dimana jua anda berada, apa jua yang sedang anda lakukan..Kalian masih kuingat, kenangan kita masih tersimpan dalam sanubariku..Rindu ngn korg semua..Sangat-sangat rindu tau….


Selamat menyambut ulangtahun ke-10 hari pertama (12 Mei 2001-Sabtu pagi) pendaftaran dan kemasukan bagi pelajar-pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Awam, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Batu Pahat, Johor Darul Takzim..


..md^_^bm...



p.s: JOM SEMUA MARI KITA BUAT GATHERING....:)



ttg gmbr, nie kelas BI Sem 1, Seksyen 2 rasenye...so x byk la yg ade..tp kalau nk tgk yg byk2, cube check kt gmbr Syahrul Abas>>gmbr jamuan Hari Raya..



***************************************************************************************************************************



Oh. Tak perlu cari Momoy yang mana satu. Sebab Momoy tak ada dalam gambar tu. Hihi. Ponteng kuliah kelas lain kot. Lagi pun course kami banyak seksyen so cuma beberapa kerat jela yang dalam gambar tu. Cuma nama Momoy ada dalam tu. Hehe.


Zaman tu zaman guna komputer, disket, dan camera kodak yang cuci tu. Harga komputer waktu tu sama harga dengan laptop zaman sekarang. Laptop, pendrive dan camera digital sangat-sangat mahal. Siapa yang ada tu kira anak orang yang betul-betul kaya la. 


Kami semua (termasuk Momoy) time tu buat assignment kat lab com (makmal komputer) atau cyber cafe jer. Kalau ada roomate yang ada komputer tu kira sangat bertuah la sebab boleh pinjam. Momoy beli laptop sendiri selepas buat Degree. Masih simpan lagi laptop tu sampai sekarang walaupun dah tak boleh guna. Banyak kenangan ooo... 


Artikel ni  waktu diploma la. Yang degree punya tak ada siapa rajin nak mengarang macam tok siak ni. Apapun korang semua dalam kenangan....



P/s: Selamat pengantin baru tok siak dan pasangannya yang baru beberapa hari melangsungkan hari bahagia mereka. Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Ameen.



4 comments

February 2, 2014 at 9:44 PM Reply to comment

wahhh..bestnya kalau dapat jumpe balik teman sekuliahkan...hihihi

@SecretOfShailabest...tapi sampai hari ni momoy tak jumpa sorang pun lagi

February 4, 2014 at 11:37 PM Reply to comment

Benda ni semua kenangan kan? Pahit dan manis :)

February 6, 2014 at 3:02 PM Reply to comment

tak pernah buat reunion ke dgn rakan-rakan stuy dulu?

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...