.::: MOMOY blogirl :::.: July 2013

25 July 2013

Anda pencinta produk spa ? Lai lai lai


Assalamualaikum.


Untuk pengetahuan semua, secara officialy (hamboii...) produk-produk spa telah di tambah dan telah move ke blog yang berasingan. Yay! Semak juga bila bercampur-campur dalam personal blog. Lagi pun, tak la pening orang nak cari produk kan. Sorry la ye, dah lama sebenarnya Momoy dapat SMS minta asingkan, hari ni baru dapat tunaikan. Pffff. 





Blog warna earth color. Ikut hati mahu je semua warna pink. Sabar sabar...






Berangan nak ambil gambar ala-ala spa kononnya. Tapi hampeh. Penat puasa so lastly snap dalam bilik je la. Mih mih. Okay. Ni adalah HOT ITEM !






Set lulur mandi kopi + mandian santan
Selalu dapat SMS macam ni, "Momoy lulur kopi Starbucks ada lagi tak ?" 



Sabun payung mahkota @ sabun abang sayang. Pheww... nama tak boleh blah. 
Fungsi sabun ni rasa-rasa boleh agak tak ? Haha...




Ada banyak jenis lulur spa dan item lain lagi. Boleh jenguk di blog. Produk akan ditambah dari masa ke semasa. Item cepat habis terutama yang hot item dan produk lulur. Jadi kena cepat. Tapi tak apa, item yang tak ada stok, boleh reserve dahulu. Jadi kali ni kalau yang terlambat tu, Momoy ingat nak ambil pre-order batch by batch. Tapi jangan risau, satu-satu batch tu masanya tak lama (seminggu macam tu la) sebab tak nak pending order lama-lama. Dan kawan-kawan pun boleh dapat barang dengan cepat.









Jangan lupa untuk singgah di D HOME SPA dan like FB Page D HOME SPA untuk maklumat dan info terbaru. Yang dah biasa hantar email atau SMS pada Momoy, teruskan saja walaupun dah ada blogshop ye. Lagi digalakkan. Happy shopping =)





Like D HOME SPA
                                                  




23 July 2013

Cara saya guna Shiseido black Mask


Assalamualaikum. 

Mesti ramai dah pernah try Shiseido black mask kan ? Momoy guna benda ni almost dah 4 tahun. Lama kan ? Masa tu kalau nak beli hanya international website dalam bahasa cina je yang jual. Tapi ok je sebab ada translator kan. Sekarang ni mana-mana blogshop mesti ada jual mask ni.



Shiseido black mask tu yang paket kecil warna hitam



Momoy guna seminggu sekali untuk seluruh muka. Kalau area hidung pula dua kali seminggu. Shiseido mask ni murah je, tapi sangat berkesan untuk control whitehead dan blackhead Momoy


Cara guna Shiseido black mask ni senang saja. Ikat rambut atau guna sepit jika rambut terjuntai di dahi. Bersihkan wajah. Lagi bagus jika scrub muka supaya kotoran hilang. Kemudian wapkan muka dengan air panas. Momoy buat selama 10 - 15 minit. Tujuannya supaya pori-pori di wajah terbuka.


Kemudian lumur la Shiseido mask ke wajah. Oh ya. Mask ni jenis peel off tau. Jadi, elakkan letak di area mata dan daripada terkena kening atau anak rambut. Tips ! Bagi yang mempunyai kulit muka jenis sensitif, boleh sapu serum (essence) terlebih dahulu sebelum lumur mask. Pakai mask ni tak boleh bercakap ye sayang-sayang sekalian.




Pakai mask bersama teman lagi seronok



Lebih kurang 20 minit, mask ni akan mengering. Time tu mask dah ready untuk peel it off. Tarik la perlahan-lahan mask tu bermula dari bawah dagu. 



Bila pakai secara berkala, whitehead dan blackhead tak ada. 
Cuma bulu-bulu halus liang minyak saja yang ada. 



Kemudian cuci muka dengan air suam diikuti dengan air sejuk. Pakai pelembap atau serum. Ok siap. Kulit terasa lebih bersih. Selamat mencuba !



The 1st Mini Giveaway Ramadhan 1434H


Assalamualaikum.

Dapat tag dari cik echa ell. Thank you dear =)


Klik banner untuk join !


Momoy nak tag:

# dear Nana Liena




21 July 2013

Kad raya yang ohsem


Assalamualaikum kawan-kawan.

Kembang kempis hidung kemek Momoy bila ada orang office bagitahu ada kad raya sampai. Oh teruja sangat walau pun dah tahu dari siapa. Haha.


Baiklah. Nak show off kad raya yang sangat ohsem ni dari blogger Eqbal Zakaria. Fuhh... hensem. Dah tu gambar dia besar tak macam kad raya, tapi macam gambar yang mak-mak bagi anak dara dia untuk pilih jodoh. Memang terbaik lah.


Pendek kata. memang OHSEM sangat kad raya tu (tapi tuan dia lagi ohsem tau). Nak tengok tak? Tapi sebelum tu, mohon anak-anak dara atau mak-mak janda sila tetapkan iman sebelum scroll ke bawah. Hehe.




Betul tak ? Kan dah kata. Style sangat kan kad raya dia. 



Terima kasih bro Eqbal bagi Momoy kad raya ni. Momoy nak ucapkan selamat hari raya kepada bro Eqbal dan pembaca blog Momoy semua. Eh. Macam awal sangat kan nak bagi ucapan raya. Haha.


P/s: Nak pergi cari kad raya =)



18 July 2013

Ini dia supplement saya semperna Ramadhan | Korean Nano Collagen K-Colly Sweet 17


Assalamualaikum semua.

Miss seminggu tak ambil supplement untuk seminggu. Last week Momoy ada tulis nak cari supplement baru kan. Jadi, setelah membelek-belek dan puas hati dengan kandungan supplement terbaru ni maka Momoy ambil keputusan untuk mencuba ini...



K-Colly Sweet 17 | Comelnya packaging

Korean Collagen | K-Colly | K-pop ?



Momoy tertarik dengan :

  • Ramuan (ingredient) yang hebat. 
  • Cara consume senang - boleh terus sumbat masuk mulut tapi kalau nak bancuh dengan air pun boleh.
  • 1.5 million mg small molekul nano kolagen.
  • Manis - tak rasa masam (makan saja).



Kat entri INI, ada Momoy tulis yang Momoy nak start pakai produk yang ada anti aging kan. And guess what ? K-Colly ni ada kandungan Q10 so Momoy agak happy juga la. Ramuan lain ada L-Gluta berry plus, Astaxanthin, Hyluron Hyaluronic Acid, Hydrolized collagen, Korea pearl powder, 12 x stem cell, multiple berry extract dan vitamin A, B, C, D3, E. (vitamin D3 tu apa ye ?)


Sebenarnya produk ni keluar bulan Jun lagi. Tapi bulan Jun tu Momoy consume produk lain. Kawan Momoy dah start consume seminggu awal dari Momoy. Lepas check bahan-bahan dia, tengok ok ke tak. Selamat ke tak. Terus order sebab nak glow Raya nanti. Wink wink.


Kawan Momoy bancuh dengan air. Momoy makan macam tu saja. Sebab produk ni tulis kalau nak kesan lebih cepat, boleh terus masuk dalam mulut. Biasalah jenis orang tak sabar kan. Momoy ambil K-Colly ni sebelum sahur dan sebelum tidur. 


Selepas makan (time sahur) Momoy ambil ESP (Soy Protein Isolate Powder) dari Shaklee. Protein ni penting bagi Momoy. Mengenyangkan dan tahan lapar sehingga waktu berbuka. 



ESP Shaklee

Supplement di bulan puasa Momoy =)



Serba sedikit info Korean Collagen Nano K-Colly Sweet 17 ni...







Banyak fungsi K-Colly Sweet 17 ni

Antara testimoni K-Colly




Ambil 2 scoop K-Colly sebelum breakfast (sahur la) dan sebelum tidur. Boleh bancuh dengan 160 ml air atau terus telan masuk mulut. K-Colly ni TAK ADA shaker ye. Jadi bancuh jela dalam cawan. Haha. 


Mana-mana supplement jangan lupa untuk minum banyak air untuk memudahkan proses dan fungsinya. Satu canister boleh tahan sebulan (kalau ambil 2 scoop 2x sehari). Jom cuba sama-sama. 


Harga pasaran K-Colly Sweet 17
RM 169 (semenanjung)
RM 179 (Sabah & Sarawak)


14 July 2013

Keliru nak pilih AURA MAYA, SF BEAUTY atau TABITA skincare



Assalamualaikum.



Amboi ramai betul yang tanya Momoy pasal Aura White. Memula Momoy reply email review pasal Aura White. Tapi bila makin banyak pula email tu, so Momoy review terus di blog. Baiklah, sesiapa yang nak baca testimonial aura white, boleh baca di SINI =)




Excited nak menulis sebab ada yang minta review Aura Maya, SF Beauty dan Tabita. Actually ada di antara skincare tu yang Momoy dah pernah cuba. Mula-mula Momoy fikir nak tulis review tapi, nak review skincare itu takut jadi macam skrip drama. Panjang berjela-jela pula kan. 



Jadi Momoy buat PERBEZAAN yang simple sahaja la je. Lagi pun tajuk atas tu keliru so buat perbezaan ni dapat lihat jelas sikit kan. Momoy andaikan yang kawan-kawan dah ada sebanyak sedikit maklumat tentang produk-produk itu okay.



Tapi sebelum itu, jangan suspek yang perbezaan ni adalah 100% tepat sebab info terhad hanya berdasarkan kajian dari internet. Ini kerana ketiga-tiga skincare products itu hanya boleh dibeli di atas talian (online) SAHAJA. Harap maklum ye sayang-sayang semua.




  • PENGASAS PRODUK
Mula-mula marilah kita ketahui orang yang bertanggungjawab mewujudkan skincare itu di alam maya ini. Ecewah.



Aura Maya - Pengasas seorang lecturer UPM yang pada mulanya hanya buat kajian dan produce skincare ni untuk dia dan saudara terdekat sahaja.


SF beauty - Dikatakan diasaskan dari Kelantan. Adik atau klon Aura Maya.


Tabita - Pengasasnya Ibu Dessy dari Indonesia.



  • ITEM PRODUK 


Aura Maya - Ada 3 items dalam 1 set. Sabun pencuci, krim siang dan krim malam. Krim malam sekarang sudah digantikan dengan serum. Sabun pencuci muka tu boleh pilih sama ada sabun hijau (vitamin C) atau sabun kuning (vitamin E). 



SF Beauty - Set sama macam Aura Maya. 3 items dalam 1 set. Sabun pencuci, krim siang dan krim malam. Sabun warna kuning dan hijau.



Tabita - Set asas ada 4 dalam 1 iaitu pencuci muka (facial soap), smooth lotion (toner), krim siang dan krim malam. Aditional items ada eye cream, special cream, face powder, body lotion, body scrub, matt finishing, serum vitamin E dan facial acne cream. Item tambahan tabita hanya boleh diguna selepas 2 bulan dan ke atas selepas set asas tabita sahaja.




Set asas Tabita skincare dan serum vitamin E Tabita




  • HARGA 
Ni cuma harga untuk set besar okay.



Aura Maya - RM 140 (bergantung pada dealer/ seller). Produk tahan untuk 1-2 bulan 


SF Beauty - RM 95 (bergantung pada dealer/ seller). Produk tahan untuk 1-2 bulan 

Tabita - RM 300 - RM 500 (Huih. Melampau benar jual mahal-mahal kan) Kat saloon Fasha Sandha jual RM 600. Erk. Produk tahan 4-5 bulan.



  • SELAMAT ATAU TAK 
Soalan ni susah Momoy nak jawab. Sebab Momoy bukan pakar yang buat kajian terhadap produk-produk. Pengguna tentukan sendiri sama ada nak guna atau tidak. Kalau was-was dan tak confident baik tak perlu. Itu dari list yang KKM keluarkan untuk bahan terlarang dan bukannya dari test dari produk. Dua benda yang berbeza ye.



Aura Maya - Tiada dalam senarai produk kosmetik yang dibatalkan notifikasi atau isu campurpalsu oleh KKM



SF Beauty - KKM sahkan krim malam SF Beauty (nombor notifiikasi NOT120602462K) dan krim siang SF beauty (no notifikasi NOT120602461K) kedua-keduanya mengandungi merkuri. Lihat SINI 

Terbaru, pihak SF Beauty telah keluarkan krim siang dan krim dengan nombor notifikasi yang baru. Sila check produk SF Beauty korang ye dan jangan guna nombor notifikasi atau pendaftaran yang lama. 



Tabita - Banyak rumor sangat kata tabita ni bahaya (sama ada forum Malaysia atau Indonesia). Tapi tiada dalam senarai produk kosmetik yang dibatalkan notifikasi atau isu campurpalsu oleh KKM. Jika terjumpa senarai details boleh komen/ share dengan Momoy dan kawan-kawan yang lain. 



Update: Tabita telah disahkan bahaya. Artikel dari BPFK di >>SINI<<





SF Beauty skincare



  • ORIGINALITY
Originality ni bukan bermaksud siapa tiru siapa tapi tiruan/ original.




Aura Maya - Ada yang claim wujud Aura Maya tiruan tapi Momoy rasa tak ada pun. Hanya spekulasi di antara peniaga yang main harga (perang harga). Sebab Aura Maya ni adalah kakak kepada SF Beauty, ada yang kata Aura Maya ni pun bahaya. Tapi setakat ni belum jumpa apa-apa bahan terlarang dalamnya. 



SF Beauty - Sama juga dengan Aura Maya. Tak jumpa lagi yang tiruan. Tapi krim siang dan malam nombor notifikasi (singkatan NOT) nya dah berubah selepas krim siang dan krim malam SF Beauty disahkan ada bahan terlarang oleh KKM. Jangan tanya adakah NOT baru bermaksud adunan ramuan nye lain ke apa. Momoy tak tahu jadi Momoy kata tak tahu okay.



Tabita - Sesiapa yang nak cuba tabita ni harus perluuuuu berhati-hati. Sengaja bold kan perkataan perlu tu. Sebab tabita tiruan lebih banyak dari yang original ! Nasihat Momoy, ilmu dan research kena banyak kalau nak pakai skincare ni. 

Jangan terpengaruh dengan seller yang kata tabita murah tu tak original. Sebab kawan Momoy beli mahal tapi tetap kena fake tabita. Dia baru tahu (agak lama juga dia guna) lepas dia compare tabita yang dia minta Momoy belikan dengan tabita dia. Katanya tekstur dia lain sangat walaupun ciri-ciri lain hampir sama. Lepas dari hari tu tu dia maintain minta tolong Momoy belikan untuk dia je.




Aura Maya skincare





  • KETABAHAN 
Maaf la. Momoy tak tahu perkataan apa yang sesuai. Harap kawan-kawan faham la maksud perkataan 'tabah semasa permulaan nak gunakan skincare' tu. Faham ke? Tak faham ? Faham ? Err... suka hatilah. Hehe. 




Aura Maya - Permulaan pakai, muka super berminyak, merah-merah dan kena hindari panas dan make up. Peeling agak ketara bagi sesetengah orang.


SF Beauty - Sama sperti Aura Maya.

Tabita - Sama seperti Aura Maya. Tapi ketabahan level tinggi sedikit sebab facial soap dan smooth lotion pedih (bagi kebanyakan orang). Peeling halus, tak berapa nampak sangat. Tapi di area mulut dan sekitar hidung peeling agak lama.



  • KESAN

Ini berdasarkan pengalaman Momoy dulu ye.



Aura Maya - Boleh dilihat dalam masa tiga hari jerrr. Untuk cantik penuh dalam sebulan lebih juga la. Momoy pernah review Aura Maya ni, baca SINI.


SF Beauty - Maaf. Tak sempat nak cuba sebab INI. NOT yang baru Momoy tak cuba. Tapi lihat kakak yang jual popia basah di pasar malam (tempat Momoy selalu beli) dalam sebulan.


Tabita - Babyface. Dalam masa dua bulan kulit muka memanjang je merah (tak tahu kenapa lama sangat. Mungkin sebab jenis berkulit cerah atau tempat kerja Momoy). Lepas dua bulan baru lembut dan bersih. Tabita boleh haluskan liang roma.



Hmm... cukup la tu. Kesemua skincare di atas PERSAMAAN nya adalah warna dan tekstur krim siang dan krim malam lebih kurang sama, kena pantang berjemur dan tak kenakan sebarang makeup selama satu hingga dua bulan. Jenis peeling dan kulit akan kusam bila stop pakai. Oh ya. Packaging ketiga-tiga skincare itu kerap juga bertukar sebab isu orang ciplak.





Maaflah dear Ika. Momoy tak review. Tapi harap sedikit sebanyak dapat membantu. 
Momoy buat perbandingan, pilihan di tangan dear =) 



Apa-apa komen dan maklumat tambahan boleh je komen di bawah. Selamat berpuasa semua. 



P/s: Sorry. Recycle gambar lama jer.


13 July 2013

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Assalamualaikum.

Malam tetiba rasa nak menjadi tamak. Tengok GA yang Sis Mia buat, hebak sungguh *tepuk-tepuk tangan* Bukanlah harapkan sangat GA tu (iyo la tu), tapi lebih kepada nak support Sis Mia. Murni sungguh hati Momoy kan. Jadi pilihlah saya ye Sis Mia. Haha. 


GA ni akan berakhir pada minggu depan. Banyak masa lagi bagi sape nak join. Jom jom ramai-ramai. Tak susah pun syaratnya. Lagi pun boleh tambah rakan blogger. Sis Mia kan blogger pemes, follower dia pun 5 angka. Jadi, mari ambil kesempatan ni untuk tambah dan kenal-kenal dengan rakan blogger yang lain.






Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.


Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support sis Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...




12 July 2013

Sebab saya terjebak dengan Aura White Gluta Collagen dan review


Assalamualaikum semua.

Pada sesiapa yang baca blog Momoy, mesti perasan kan yang Momoy consume SNE Beautskin Essence yang lengkap. Maksud Momoy set lengkap yang si Adira makan tu. Excel tea, beautskin dan sne kapsul. Dalam banyak-banyak supplement yang Momoy guna, SNE beautskin ni yang terbaik dan berkesan pada diri Momoy. 


Tapi Momoy cuma sempat consume SNE beautskin 6 bulan saja. Ada 3 sebab. Pertama, Momoy dah consume 6 bulan dengan konsisten tapi tona kulit Momoy tak berubah. Kedua, fenomena sne beautskin selepas Adira mengaku makan beautskin so stok susah nak dapat. Momoy tak suka keputusan supplement (atau skincare) walau pun untuk satu hari. Sebab ketiga, harga sne beautskin dah naik. Why ?


Disebabkan 3 perkara di atas, Momoy cuba pula Aura White Gluta Collagen. Kira pengganti SNE beautskin la kiranya. I love u beautskin. Really!  Siap pergi event SNE beautskin lagi untuk tengok testimoni pengguna lain. Tapi siapa suruh kamu jual mahal bila dah glamour ? Huhu >.<





Welcome Aura White.



The ultimate anti-aging formula
Aura White beauty Pure L-Glutathione 
+ hydrolyzed collagen with multivitamin & hyaluronic acid
5x stem cell (apple, tomato, roselle, snow lotus & raspberry)



Aura White yang dikatakan mampu mancapai kecerahan sehingga 85% dalam masa 7 minggu, jaminan 100%. Hamboiii... siap jaminan tu. 


First impression Momoy semasa beli produk Aura White ni, "Betul ke ? Boleh ke Momoy achieve 85% whiter hanya dalam masa 7 minggu ? 7 minggu ?" Memang tak percaya pun sebenarnya. Belum cuba lagi dah was-was sebab beautskin yang mahal pun tak putih-putih kan. 


Ada yang tanya kenapa Momoy nak putih ? Kulit Momoy jenis cerah tapi bahagian yang terdedah gelap. Sunburn. Biasa lah kerja kat site. Jadi tujuan Momoy ambil supplement pencerahan ni sebab nak seratakan warna kulit Momoy.


Momoy ambil 2 scoop untuk dua kali sehari. Jadi 1 canister Aura White tu tahan la sebulan. Momoy ambil seperti yang di suggest dengan penuh disiplin. Sedap ke? Rasa Aura White ni masam berry-berry. Tak sedap mana, biasa-biasa saja.




Aura White Gluta Collagen dan shaker FREE~

3D diamond sheet mask ni juga FREE !



Canister pertama Aura White, Momoy puas hati. Rambut Momoy kurang gugur. Dulu setiap kali shampoo mesti ada rambut kat lubang bilik air kan. So happy dengan perubahan ni. Tapi untuk kulit, tak ada kesan kulit lembap pun pada Momoy. Biasa-biasa saja. Tapi tak apa, mungkin sebab baru canister pertama kan. 


Masuk canister kedua Aura White, Momoy perasan ada sedikit perbezaan pada tekstur dan rasa Aura White. Rasa tawar dan warna pudar tak macam canister pertama. Lupa nak ambil gambar Aura White yang dibancuh. Walaupun sukatan air telah dikurangkan tapi tetap rasa tawar. Momoy stop sekejap. Momoy try google untuk cari sebab dan bertanya dealer. Tak lupa juga check semua info di Fanpage Official Aura White. Mana tahu kot-kot terbeli yang tiruan. 


Info yang Momoy dapat, rasa dan warna berbeza ni sebab semasa mixing ramuan Aura White (production), kolagen berat mendap di bawah mixer. Jadi kolagen yang putih-putih itu yang buatkan rasa Aura White lebih tawar dan warna merah lebih pudar. Maknanya, siapa dapat canister tekstur macam tu harus lah happy sebab kandungan kolagen lebih banyak. Jadi Momoy lega dan bahagia sebab rasa seperti pengguna terpilih. Minum pun dengan lebih bersemangat daripada biasa.


Tapi indah khabar dari rupa. Tak ada kesan apa-apa. Baik pada kulit mahu pun rambut. Sebab di lubang bilik air, kembali ada rambut. 7 minggu tu rasa macam didustai pula. Oleh sebab Momoy ni jenis yang tak mudah putus asa (yeke ? ke jenis cepat percaya. hehe) maka, Momoy terus lagi consume Aura White untuk canister yang ketiga. Teksturnya seperti yang kedua tapi kolagen susah nak blend walaupun banyak kali goncang. Rupanya ramai yang dapat tekstur macam tu. Jadi bukanlah pengguna terpilih. Hais.




Bentuk serbuk



Habis canister ketiga. Sangat mengecewakan Momoy sebab tiada perubahan yang positif. Tak tahu sama ada permintaan Aura White ni meningkat dan pengeluaran sangat banyak jadi kualiti Aura White ni drop. Itu andaian Momoy saja. Tapi bila google bukan Momoy saja yang ada perasaan begitu. Review lain ada juga yang sesuai pada dirinya tapi tak berkesan bagi Momoy. Yang nak mencuba silalah. Mungkin berkesan bagi kamu.


Walaupun sekarang Aura White ada keluarkan perisa baru coklat dengan kandungan kolagen yang lebih tinggi. Tapi Momoy tak terasa nak mencuba. Apatah lagi Momoy kan tak makan coklat. Jadi setakat ini sajalah jodoh Momoy dengan Aura White. Bye bye bye.


Jadi supplement apa selepas Aura White ? Tunggu minggu depan.


P/s: Banyak email dan komen yang minta Momoy review Aura white ni.



10 July 2013

Ramadhan datang lagi !


Assalamualaikum.

Pergh. Baru puasa setengah hari dah publish entry Ramadhan pertama. Tapi tak apa, sebab Momoy pun nak meriahkan blogphera. Di bulan mulia ni mesti para bloggers akan up cerita bazar Ramadhan, publish juadah berbuka (slurp), sharing tentang fadhilat solat terawih. Bila pertengahan Ramadhan pula, masing-masing akan cerita tentang persiapan raya dan balik kampung !


Momoy mula diajar puasa umur 5 tahun. Tapi tak pernahnya nak penuh. Bila waktu rehat, cikgu akan bagi bubur nasi seorang semangkuk, muffin dan air soya setiap orang murid. Sebab Momoy tadika cina – Tadika Ching San kat Seremban. Jadi mana tahan bila semua budak-budak kelas makan, Momoy tengok je. Jadi harus lah makan bersama mereka. Haha.


Last-last  mak ajar puasa sikit-sikit. Maknanya, hari ni puasa sampai tengah hari. Esok puasa sampai pukul 2. Lusa sampai pukul 3. Macam tu la seterusnya sampai boleh puasa penuh. Lagi, bila puasa penuh tu dapat la ganjaran seringgit. Dulu seringgit tu besar juga nilainya. Macam-macam jajan (junk food) boleh beli. Lagi bersemangat la nak puasa penuh. Hee.


Bila Momoy masuk darjah satu. Momoy dah start ponteng puasa. Rumah atas bukit, sekolah rendah pula bawah bukit. Momoy pergi sekolah jalan kaki jer. Best pemandangan pergi-balik sekolah, sebab laluan tu dibuat macam taman. Pokok-pokok kiri kanan jalan. Cantik.


Sambil berjalan dengan kawan-kawan tu la, kami akan belajar mengenal pokok-pokok. Nama pokok tu kami yang namakan sendiri. Ada satu pokok daun merah tinggi 5 inchi, Momoy panggil pokok ubi. Padahal duduk bandar, pokok ubi pun Momoy tak tahu rupa macam mana. 


Bukan pokok ubi jer. Banyak lagi. Ada pokok sarsi, pokok jarum emas dan macam-macam lagi la. Semua pokok tu comel jer. 2 hinggi 5 inchi je besarnya. Yang peliknya, bebudak lain pun ikut sama panggil pokok tu dengan nama yang Momoy bagi. 


Kenapa jalan kaki? Sebab Momoy tak suka naik bas sekolah. Rumah Momoy atas bukit. Makanya Momoy orang paling awal kena naik bas dan paling akhir sampai rumah. Kena bangun awallll giler padahal sekolah dekat je. Biasa la bas sekolah kan kena lalu setiap lorong taman perumahan. Ada 6 7 taman so bayangkan la bila nak sampai sekolah yang sekangkang kera dari rumah.


Terpaksa bangun awal (orang pertama naik bas) tapi balik last sekali (orang terakhir turun). Time pergi sekolah sempat tidur dalam bas, tocang kepala sampai senget-benget tapi tak peduli. Time balik pula, selalu la pak cik drebar tu yang pergi kejut sebab tunggu punya tunggu tak turun-turun dari bas. Tu sebab la tak nak naik bas sekolah. Tak larat bangun awal sangat, siap boleh tidur dalam bilik air.


Uh. Dah jauh sangat melencong. Back to track balik. Masuk darjah satu, walau pun time rehat tak pergi kantin makan. Tapi tak reti nak duduk diam. Main galah panjang. Kadang main polis sentri kat keliling pokok pagar yg digunting buat bentuk huruf-huruf giant tu. Semua main game yang perlukan tenaga untuk berlari. Budak sekarang main game senaman jari jer.


Habis sekolah, kena pergi kelas mengaji pula. Biasa la mengaji sorang-sorang depan ustazah, ikut turn siapa sampai dulu. So, sementara tunggu turn mengaji tu, Momoy dan yang lain-lain main tuju-tuju selipar dan lari keliling surau.


Lepas mengaji balik rumah duduk depan TV tunggu cerita 'Rumah Kedai'. Tapi buka lah channel mana pun, semua rancangan masakan, buat kueh raya jer. Chef Wan masak siap boleh rasa-rasa lagi (rakaman sebelum puasa). Maka makin lembik bila tengok TV. Memang menyeksa batin tengok tv bulan-bulan puasa ni.


Itu dulu la. Sekarang kalau besar gajah cenggini tak puasa juga, memang melampau sangat la kan. Hopefully, puasa tahun ni akan bersederhana macam tahun lepas. Beli benda yang nak makan saja. Buka puasa makan nasi dengan 2 lauk dan kurma. Mandi dan terus ke masjid. Terawih 20 rakaat sebab perut tak kenyang dan kipas dalam masjid tu pun banyak (penting juga ni). Doa-doakan ye.







Salam Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam yang menyambut Ramadhan tahun ini. Dan semoga mendapat keberkatan di bulan mulia ini =)

Amin -


P/s: Jangan gatal-gatal pula pergi cari kedai makan lunch hour nanti. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...