.::: MOMOY blogirl :::.: December 2013

29 December 2013

Precious by Jovian Mandagie | Nak ke tak nak ?



Assalamualaikum.


Precious by Jovian Mandagie

Jovian Mandagie buat hal lagi. Grrr... geramnya Momoy. Geram sangat ni. Eh. Yang tak kenal siapa tu Jovian Mandagie, sila angkut barang pindah dalam gua. JM tu adalah seorang fashion designer Malaysia yang bisa buat ramai artis-artis dan mak-mak datin tergedik-gedik berebut nak pakai baju rekaan dia !


Momoy bukan apa. Tetiba jer Momoy terasa geram sangat dengan si Jovian ni bila dia pacak baju koleksi dia, Precious by Jovian Mandagie kat Poplook.com. Huhu... Sengaja cari pasal kan. Dah tahu Momoy ni memang suka giler dengan baju dia. Huhu lagi...


Ada banyak design dan color untuk Precious, tapi 4 baju JM ni yang Momoy berkenan. Ni dia...







Kredit gambar: poplook.com 




Cun-cun sangat. Berdarah hidung Momoy tengok. Apalah mamat tu jampi kat baju dia. 3 hari 3 malam tak boleh tidur dok terbayang-bayang baju dia nih. Nak ke tak nak ? Nak ke tak nak ? Urm... tak payah lah. FULL STOP ! 



Kenduri kahwin

Habis cerita pasal baju Jovian ni. Kita cerita pasal lain pula. Bulan ni dan bulan depan kan, schedule Momoy penuh dengan undangan kahwin. Momoy pun dah letih nak recycle baju untuk pergi kenduri orang kahwin ni. Faham-faham je lah Momoy kan cuma beli baju kurung bila hari raya je. Tak caya tengok ni. Dan yang mana kahwin time banjir hari tu, maaf la Momoy tak dapat pergi. Hanya mampu bau nasi minyak dari jauh jer *lap air mata*




Dua hari lepas


Agaknya mabuk gulai kawah kot, Momoy pun tak sedar apa yang Momoy dah buat. Pening satu hari.



Hari ini...

Dapat bungkusan misteri di office petang tadi. Bila buka...







Tu dia

Paloma - Jovian Mandagie ! Nom nom nom. 




Nak buat macam mana kan. Kenduri banyak sangat (alasan grab baju JM. hahaha)Cantik kan? Harap-harap Momoy pun nampak cantik la bila pakai baju ni *hidung kembang kempis minta di puji* Agaknya sebab bukan musim raya. Jadi koleksi JM ni senang jer nak purchase. Yipii. Kalau tak, rasa nak tumbok dinding sebab asyik sold out jer.





High heels dan clutch warna gold untuk dipadankan dengan Paloma JM. 
Sebenarnya kalau baju kurung Momoy suka jer pakai kasut warna gold. Love love love ~





Okay, Precious by Jovian Mandagie (amboi. gigih taip penuh)  sebenarnya bukanlah kali pertama Momoy shopping online di Poplook.com. Dulu Momoy beli maxi skirt. Sangat cantik dan kualiti kain pun terbaik. 



Now, dah dapat baju dari JM. So, Momoy nak pergi try. Mohon ramai-ramai berasa jealous. Hohoho...








P/s: Maaf. Gambar kurang jelas


20 December 2013

Oh. Mari feeling gadis muda


Assalamualaikum.

Apa khabar semua ? Masih ingat lagi blog ni ? Terima kasih *lap air mata* Kalau sesiapa yang follow blog Momoy ni akan tahu yang Momoy adalah peminat perfume. Setahun Momoy akan beli 3 atau 4 botol perfume. Perfume original ye. Akhir tahun paling Momoy suka. Time ni selalunya akan beli gift set untuk diri sendiri. 


Untuk hujung tahun ni Momoy beli dua perfume. Burberry Body dan Perry Ellis 18. Tapi entri ni nak review Perry Ellis 18 sebab yang ni Momoy beli gift set. 




Dalam Perry Ellis 18 for Women EDP gift set ni ada:
- Eau de Perfum (EDP) Spray 100 ml -
- Eau de Perfum (EDP) Spray 7.5 ml - 
- Body lotion 90 ml - 
- Bath and Shower Gel 90 ml -




Packaging simple tapi menarik. Sangat cute dan romantis dengan warna pastel merah jambu dan kelabu taik anjing. Hehe. Kaler botol tu memang dekat la di hati Momoy. Pink pink gitu. I loike ~


Perry Ellis 18 ni berbau manis yang lembut, ada bau fruity, aqua dan fresh. Momoy rasa paling sesuai guna selepas mandi sebab aura bau aqua tu macam jelas jer. Bau floral tu ada tapi kurang. Semburan awal (top note) Momoy dapat bau macam berry-berry dan lily. Middle notes ada bau yang unik tapi Momoy tak dapat kesan bau apa. Kemudian beransur-ansur bau macam peach dan wood. 


Momoy beli tanpa pergi test bau di kaunter perfume shopping mall. Yelah masalah banjir kan. Jadi baca info Perry Ellis 18 ni base note dia adalah sandalwood dan vanilla. Vanilla ni memang bau wajib jika Momoy beli perfume. Kalau black vanilla lagi Momoy suka. Malangnya Perry Ellis 18 ni bau sandalwood ada tapi bau vanilla tak berapa nak perasan sangat (tapi still nice dan Momoy tak kecewa memilikinya!).


Momoy suka perfume spray dia tapi untuk body lotion bau dia macam medicated sikit. Tak berapa timbul baunya. Yang suka bau lembut dan suka perfume tapi tak suka orang keliling perasan yang dia pakai perfume mungkin suka body lotion dia. Showel gel Perry Ellis 18 wangi dan boleh layan la juga.




Botol pink dengan combinasi tulisan grey tapi tak nampak sebab efek lighting. 
Romantis habis !



Close up botol perfume. Simple yet elegant ^^



Aroma sangat menyenangkan bagi sesiapa yang suka bau fresh ke warm dan lembut. Lebih sesuai guna pada waktu siang. Wangian begini Momoy rasa lebih sesuai untuk remaja sebab baunya soft dan ringan. Lemah gemalai sesuai nama dan warna botol dia.


Kalau ikut personaliti, ini bukan bau favourite Momoy. Tapi bukan la bermaksud Momoy benci, Momoy suka sebab sangat perfect untuk casual wear. Sesuai la dengan harganya. Macam Momoy ni mungkin patut cari perfume yang lebih manis-manis, feminin tapi elegant. Base vanilla itu wajib ! Tapi tak apa. Boleh budget diri ini muda belia remaja tanpa kedutan. Wahaha...




Bahagian tepi kaca pink lutsinar dan atas tudung ada 
simbol 18 stand for Perry Ellis 18




Gift set Perry Ellis 18 ni ada travel perfume kan. Okay, Momoy suka sebab senang nak sumbat dalam poket. Dari segi ketahanan (lasting) pula, tahap yang sederhana. Bertahan 3-4 jam. Tapi kalau sembur dan cium-cium baju keesokkan harinya still ada bau lagi. 




Uh uh uh. Yang mini perfume tu comel sangat. Rasa nak geget-geget jer. 




Info dari website, Perry Ellis 18 ni beraroma:


  • Top notes : raspberry, pear dan mojito (mungkin bau unik tu bau mojito kot, kan ?)
  • Middle notes : water lily dan orchid
  • Base notes: sandalwood dan vanila


Okay darls, jika korang penggila perfume seperti Momoy, boleh jenguk-jenguk Page Facebook ni. Owner peramah dan service tip top. Semua perfume yang di jual adalah original, bukan imitation, bukan gred AAA atau gred dubai dan juga bukan reject perfume ye. Di ulang sekali lagi, ORIGINAL tapi jangan takut harganya LEBIH MURAH berbanding di kaunter shopping mall. Memang berbaloi-baloi. 






11 December 2013

Yay ! Pori-pori dah mengecil dengan...


Assalamualaikum.

Haha... sangat tak sabar sebenarnya nak review produk ni. Skin dah okay tapi lepas plant shutdown kat BP bulan 9 hari tu, muka jadi teruk. Tetiba pores jadi besar, kulit muka jadi kasar dan kusam. Boleh nampak lubang-lubang. Huhu... jerawat pun naik besar-besar juga. Sedih. Tapi Momoy pasrah sebab kulit Momoy memang jenis manja. Beauty challenge dengan produk ni buat lagi teruk. Pakai 2 minggu je sebab kulit rasa gatal.


Ni keadaan kulit Momoy ketika tu. Confident level pun turut menjunam. Huhu...




Nangis tengok kulit sendiri T_T

Kat area dagu =(

Close up. 
Boleh nampak lubang-lubang besar macam jalan rosak selepas banjir.




Memang agak tension juga lah sebab nak pulihkan semula kulit macam asal. Kulit asal tak ada lah cantik mana. Still ada jerawat tapi bukan jerawat yang timbul tapi jerawat dalam kulit. Tapi ni jerawat besau-besau nar (eceh. speaking Melaka). Time tu macam nak telan SNE Beautskin balik tapi harga SNE dah makin mahal beb ! Stok SNE pun asyik tak ada je. Bosan kot consume kalau kejap-kejap stop. Lagi pun Momoy ni jenis berdisiplin biler consume supplement. Tak suka skip even sehari. 




Pendek cerita, Momoy pun pakai produk Wonder Glow Cosmetic. Set Wonder Glow tu ada banyak tapi Momoy guna yang basic - set gold. Dalam tu ada 3 item. Packaging Wonder Glow basic set (gold) ni Momoy puji. Sebab compact, cantik dan esklusif jer bekasnya. 




Set basic Gold Wonder Glow




Sabun wonder glow ni lembut dan bau yang menyenangkan. Actually sabun ni ada dalam bentuk liquid (botol) tapi jual berasingan. Lagi senang nak bawa travel. Momoy tak cuba yang dalam botol tu yer. Sebab time nak beli tu pekerja kedai tu tak tahu harga. Tapi Momoy rasa, tekstur dia sama la kot dengan yang sabun. 




Nak buat frame macam kat dalam bilik Momoy ni ? 
Boleh baca entri ni [Projek Merdeka Raya]




Wonder Glow Cream D atau krim siang warna oren-oren muda gitu. Guna sikit jer. Krim ni senang rata dan cepat menyerap. Jadi, tak perlu nak pakai banyak dan berlayer-layer. Krim tu cepat serap, trust me. 


Wonder Glow Cream N pula adalah krim malam dia. Krim ni pun pakai sikit jer dan cepat serap seperti krim siang. Bila bangun pagi kulit muka rasa moist dan lembap-lembap gitu. Momoy memang suka. 




Kiri | Krim malam
Kanan | Krim siang




Kalau tengok produk kecantikan lain pun, set lebih kurang sama kan. Warna krim pun hampir-hampir sama jer. Cuma apa yang lain krim Wonder Glow ni dari produk lain adalah krim dia sangat ringan, tak melekit dan hampir tidak berminyak ! Momoy dah banyak pakai produk lain yang hampir sama krim siang dan malam macam Tia Amelia, Tabita Skincare, Aura Maya dan banyak lagi. 


Tapiiii... inilah krim pertama yang Momoy rasa muka Momoy tak berminyak dan sangat ringan macam tak pakai apa-apa krim. Memang beza krim dia. Kulit muka Momoy langsung tak mengelupas. Selalunya produk lain jika tulis 'tiada pengelupasan' tapi still ada peeling kan. Tapi Wonder Glow ni tidak. Momoy pun tak perlu nak rasa malu nak nyorok-nyorok muka selama 2 minggu sebab peeling sana sini, merah sana sini. Aman jer.


Pertama kali dapat feeling pori-pori di muka Momoy mengecil. Ini bukan entri sponsor apatah lagi berbayar yer. Jadi tak ada maknanya Momoy nak puji produk ni bagus kalau ia tak berkesan pada Momoy. Momoy kan jujur 



Result 2 minggu selepas Wonder Glow 
close up - pori-pori dah kecil dan halus




Lepas tiga minggu pakai Wonder Glow ni, Momoy beli pula serum vitamin C & E Wonder Glow. Tekstur serum pekat dan jernih. Momoy pakai serum selepas cuci muka dan sebelum pakai day cream Wonder Glow. Kalau malam pula Momoy pakai selang seli dengan night cream. 




Serum Vitamin C & E Wonder Glow




Gambar bawah ni seminggu selepas guna serum vitamin C & E tu. Tak tahu apa fungsi serum ni. Tapi bila pakai kulit terasa lebih tegang. Lihat gambar muka dah kurang jerawat kan. Cuma jerawat dalam kulit masih tak lenyap lagi. Tapi kalau sentuh kulit rasa lembut dan licin *libas rambut ke belakang*



Kulit tegang yang sihat. Bukan tegang yang bila senyum ada garis yang macam nak merekah-merekah tu




Apa yang pasti hasil guna produk Wonder Glow basic (Gold) ni, jerawat pun dah susut sedikit tapi masih ada jerawat (dalam kulit). Kulit Momoy dah tak berminyak dan pori-pori di muka terutama di pipi dah mengecil. Yayy *lompat-lompat tepuk-tepuk tangan*


Produk Wonder Glow tu tahan agak lama juga. Sebab dah hampir dua bulan pakai tapi krim siang dan malam baru susut separuh. Cuma sabun yang Momoy dah beli dua kali. Open pores dah kecil, muka pun dah tak berminyak tapi jerawat masih ada lagi. Nantikan progress update Momoy keadaan muka sekarang  dengan produk Wonder Glow Cosmetic yang lain pula. Saja tak nak tunjuk current skin. hoho... biar saspen sikit. Biar korang selalu visit blog ni. Nampak tak mainan Momoy. 


Mesti ada yang nak tanya pasal harga kan. Set basic Gold Wonder Glow RM 120 (sabun, krim siang dan krim malam). Serum vitamin c & e (RM 65). Kat mana nak beli ? Momoy beli kat SINI. Tempat yang sama Momoy beli sabun ketiakkrim ibu putih dan macam-macam lagi beauty stuff.



P/s: Tak sabar nak buat entri sambungan Wonder Glow. 




06 December 2013

Persediaan menghadapi banjir



Assalamualaikum.

Berita sensasi sekarang ni adalah BANJIR. Pergi mana-mana pun orang akan update pasal banjir. Jalan mana boleh lalu, jalan mana tak boleh. Bila jenguk site cabin, kosonggg jer.Tak dapat nak datang kerja. Sebab terputus hubungan jalan raya. Tak dapat balik rumah, watsapp terpaksa lepak masjid. Huhu. Dulu-dulu buka pintu, nampak anak teruna jiran sebelah. Ehem. Tapi bila banjir ni, nampak laut jer.  Nak balik KL pun tak boleh sebab terputus hubungan. Huhu... Terima seadanya. Tu la nak sangat kerja kat Terengganu kan. Hehe.


Beberapa hari lepas, babyboo nyaris-nyaris jadi mangsa banjir. Kusss semangat. Cerita dia macam ni. Kat site hari tu (lokasi dirahsiakan) berderet kereta yang parking sebelah dengan parit besar jatuh. Kronologi kemalangan: hujan lebat menolak air dengan dengan kuat. Akibatnya culvert (pembetung) pecah. Habis drainage sepanjang tempat parking tu collapse (runtuh). Keadaan bertambah buruk sebab drainage (saliran) tu tak ada reinforcement bar (tetulang besi). Apakah ? Hanya simen dan pasir je. So, bila dah collapse, dia pun tarik sekali la premix (jalan tar) masuk dalam longkang. Gitu la ringkasnya.


Ngeh ngeh. Giler poyo kan Momoy ni. Walaupun sekarang kerja Oil and Gas tapi ilmu civil time studi dulu-dulu masih ada lagi sikit-sikit. Ewah.


Sambung cerita balik, kereta hujung hingga kereta depan Momoy dah masuk longkang. Syukur dengan kekurangan Momoy bila fail bab-bab parking ni. Momoy parking tengah jalan bukan tepi jalan. Jadi Momoy ada lebihan masa seminit untuk ubah parking sebelum babyboo turut sama menyumbang statistik mangsa korban longkang. Kata orang, kekurangan itu satu kelebihan. Eh.


Alhamdulillah rumah Momoy kawasan tinggi. Mula-mula ingat banjir ni tak efek kedai makan. Penting tuuuu. Rupa-rupanya ada. Terpaksa la Momoy buat persediaan menghadapi banjir. Balik kerja terus pergi beli ni.




Comel kan ? Sebab tu la Momoy beli sandwich maker ni. Beli sebab comel =.=


Mini bar 

Multi Cooker




Kenapa beli semua barang ni. Ini logiknya. Hujan sangat lebat dan berterusan. Kalau hujan tak berhenti-henti tak mustahil banyak kedai makan tutup. Jadi terpaksa la Momoy masak sendiri je kat rumah. Selama ni tak pernah-pernah beli barang dapur. Tetiba jer beli beras, bawang, barang basah semua. Hew hew ~


Tapi eh, bukan sebab Momoy malas masak tau. Uhuk (ayat cover). Hujan-hujan macam ni,  baik duk rumah walaupun air banjir tu betul-betul menggoda. Jalan banyak tutup sebab banjir dan rosak kan. Dan paling penting kena jimat minyak sebab stesen minyak semua queue. Banyak tempat TNB dah potong letrik so stesen minyak terpaksa tutup.


Semua barang tu dah selamat letak dalam bilik. Sebab malas nak turun dapur kat tingkat bawah. Sejuk-sejuk ni lagi best nyorok dalam selimut masak steamboat sambil layan tibi tengok boola bo-o ola kampung... boola bo-o- ola kampung (ikut lagu theme  #bola kampung).


Oh ya. Sebelum terlupa, Momoy nak bagitahu. Pertama, sesiapa yang order produk spa, pos laju tak berapa nak laju okay sebab banjir. Kedua, sesiapa yang  email Momoy tanya pasal casing handphone macam entri NI, Momoy tak jual atau ambil order ye sayang-sayang sekalian. 



 P/s: Harap-harap lepas musim banjir ni maintain rajin breakfast kat rumah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...