.::: MOMOY blogirl :::.: October 2013

25 October 2013

Siapa sayangi diri anda ?


Assalamualaikum semua.

Maaflah. Tajuk jiwang bukan bererti entrinya juga jiwang. Jangan tertipu dengan tajuk. Well, hujung-hujung bulan ni faham-faham je la kan. Jadi jalan paling selamat nak jimatkan poket dari berlubang adalah jenguk-jenguk barang kat dapur. Ada tak yang silap sangka ini entri masakan ? Sila angkat mouse =.=


Besarkan mata, tajamkan deria untuk kidnap bahan-bahan yang berguna. Barang baek detected ! 




L E M O N
Lemon kaya dengan Vitamin C dan powerfull antioxidant !




Apa nak buat dengan lemon ni ?


  • Potong dua kemudian perah buah lemon. Ambil kapas kemudian celup dalam air perahan lemon. Lap-lap ke seluruh muka. Tunggu dalam 10-15 minit kemudian bilas. Cara ni boleh membantu dalam pengelupasan sel-sel kulit mati sebab lemon mengandungi AHA (Alpha-Hidrocxy Acid)



Suka bau lemon



  • Lagi, perah lemon hingga jadi jus dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna, celup kapas dalam jus tu kemudian oles pada wajah. Bilas dan pakai pelembap (moisturiser). Buat tiap-tiap pagi. Tapi jangan lupa gantikan jus lemon tu tiap-tiap minggu. Tapiiiiiii lebihan jus jangan dibuang. Kawan-kawan boleh tambahkan ice cubes lepas tu minum. Hahaha... sila jangan buat. 


  • Okay, yang ni sesuai bagi sesiapa yang suka cat kuku tanpa pakai base coat. Siapa suka buat perangai macam ni kuku diaorang akan jadi macam yellowish sikit kan. Nak hilangkan kuning-kuning tu, boleh belah buah lemon tu dan tonyoh-tonyoh pada kuku anda. Rajin-rajin la buat ye supaya kuku kembali pink. Tu la siapa suruh pakai cutex tak pakai base coat.



Pink gojes ni hasil rembatan dari The Face Shop. Dah lama tak pakai cutex. 
Time 'cuti' nanti boleh la pakai ^^




  • Sesuai bagi yang nak melembutkan kulit siku. Hiris buah lemon. Kemudian gosok-gosok pada siku dan lutut. Tunggu 10 minit dan bilas. 




Yang terakhir, Momoy suka buat ni. Belah buah lemon kemudian gosok-gosok satu badan time mandi. Yeeeehaaaaa !



Sekarang dah faham kenapa tajuk entri ni pinjam tagline Garnier ? Okay. Selamat mencuba !



P/s: Favourite drink Momoy adalah Honey Lemon ! The best taste ever =)


Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



21 October 2013

Plastik pos laju


Assalamualaikum kawan-kawan.

Lepas balik kerja, selalunya Momoy akan terus pergi dinner sebelum balik rumah. Malas sangat bila dah balik rumah lepas tu nak keluar semula. Baik bermalas-malas je lagi best.


Sebelum tidur, Momoy akan check payment dan order dulu. Hari ni urusan packing-mempacking (nangis cikgu BM kalau baca nih) cepat je selesai. Sebab Momoy guna plastik pos laju. Dari dulu lagi nak beli plastik tu, tapi asyik bertangguh jer nak google. Sejak ada plastik pos laju ni (padahal baru jer guna hari ni) dah tak perlu tahan-tahan mata mengantuk nak potong-potong kertas mahjong, bungkus-bungkus, pastu selotape pula bagi kemas-kemas. 




Set lulur spa yang akan di pos esok. Terima kasih pada semua pembeli 
produk D HOME SPATracking number seperti biasa akan Momoy SMS




Actually tak ada update apa pun. Just nak bagitahu Momoy baru je beli plastik pos laju ni untuk bungkus barang-barang yang customer pesan. Itu saja. Mihmih. Sesiapa yang berkenan, boleh je order. 





Jom visit cuci-cuci mata @.@




Nak tanya-tanya pun tak apa. Momoy tak marah dan tak suka nak paksa-paksa orang. Biasa lah kan hidup memang ler penuh rasa enquiry. Ok lah tu saja nak membebel. Bye bye ~



13 October 2013

Inilah bendanya...


Assalamualaikum.


Hari tu kan Momoy ada post pasal skincare baru. Pfff... terpaksa cuba dan memang nak cuba pun sebab kulit muka Momoy dah tak flawless dah. TOLONGGGGG... Tak tahu sebab apa. Tiap kali start je projek baru, mesti kulit jadi tak cantik. Huwaaaa.... padahal projek kali ni Momoy jarangggg sangat masuk site. Apakah manja sangat kulit ni macam tuannya. Hoho. Sila muntoh.



Entri kali ni saja nak cerita tentang sampah barang yang Momoy usung ke hulur ke hilir. Kalau tak ada salah satu ni ada la rasa serba tak kena. Ingatkan barang dalam bag sikit je. Bila dah selongkar, boleh pitam. Patut le berat ! Heh. Beg gadis memang berat wokeh. Kalau boleh satu almari nak sumbat. 








Apa yang ada ? Lalala... first time nak tunjuk khazanah dalam bag. Sila tepuk tangan. 






  • Handphone

Malas nak letak gambar babyburn. Sebab babyurn mengalami calar dan kecederaan yang amat teruk. Nasib la dapat tuan yang ganas tapi penyayang ni =.= Huh. Tak kenal siapa babyburn ? Baca NI.




  • Kunci 

Baca dengan satu nafas tau.
Kunci kereta - kunci bilik - kunci rumah - kunci grill - kunci mangga grill - kunci loker - kunci cabin - kunci meja kat ofis - kunci meja kat site - kunci laptop. Fuhhh... 



  • Purse comel ^^


Pakai ni je senang. Kecil dan comel je. Momoy ni kalau pakai purse yang biasa tu, 
makin banyak sampah yang Momoy buat koleksi.  




  • Maskara

Benda alah ini akan muncul dalam bag sekiranya Momoy baru buat eyelash perm. Kalau tidak jangan harap Momoy akan selit beliau dalam bag. 



The rocket Maybeline yang selamat mendarat dalam bag Momoy =.=
Beli pun time maskara kecintaan tercicir kat site. Uwaaa... RM 100++ kot yang itu.
Lastly, pakai yang murah ni je. Janji ada.



  • Face Sun block

Kiri | Nano White sunblock SPF 50++
Kanan | Nano White CC cream 



Sunblock tu wajib pakai. Tapi yang CC cream tu kadang-kadang je guna. Tapi nak sumbat juga untuk beratkan beg.



  • Bedak
Tak gegirl langsung guna bedak ni okay. Beli berbagai jenis bedak pun tak guna, sebab akhirnya 
bedak baby ni juga yang Momoy tepek.  Biarlah tak gegirl tapi secomel baby. Muahaha *baldi pleaseeee*



  • Krim/ Losyen
Kiri | EUBOS sensitive hand & repair cream
Kanan | Nivea whitening serum spf 25++



Kot-kot terserempak dengan mak-mak datin (girlfriends yang hot-hot), bila salam tak adalah tangan diaorang terluka ke tercalar ke kan. Itu lah rahsia Eubos.
Yang sunblock nivea tu Momoy bawa bila waktu siang je. Bau macam buah oren.




Yang ni pula Momoy bawa waktu malam/ aircond. Spa Aromatherapy lavender oil dari minyak kelapa dara dan pati lavender (motif sangat kan) Haha. Suka bau lavender. Kulit lembap sentiasa.  Pakai kat tangan dan tapak kaki supaya lembut. 



  • Lip balm
Ramai dapat teka betul. Suka giler dengan lip balm. Mesti bawa lebih dari satu.



  • Women stuffs
Kiri | Feminine hygiene 
Kanan | Masker Vagina JSD



  • Gel kuku kaki 
Nanti Momoy cerita tentang ni di lain hari ye. Siapa nak boleh cari di farmasi.




  • Perfume
Peminat perfume harus lah ada perfume kan.
Momoy bertukar-tukar perfume ikut mood. Ini Lady Million by Paco Rabanne. Best !



  • Aksesori rambut
Paling kurang mesti ada pin rambut atau cekak atau getah rambut yang comel-comel ^^ untuk rambut Momoy yang super panjang ni. Tapi oh sekarang dah kurang panjang.



  • Sunglasses 
Giorgio Armani kesayangan Momoy untuk extra cun. Muahaha....
Momoy suka jenis aviator sebab nampak macam kembar  Megan Fox je. *mata ke atas* 



  • Pill box
Breakfast - Lunch - Dinner - Supper
Ada benda ni senang. Jimat space nak usung botol-botol jamu dan supplement.



  • Payung comel

Automatik terasa macam gegirl yang manis-manis dan comel-comel pula bila pakai payung ni. Eh. Momoy memang comel pun. Muahaha. *Libas rambut ke belakang*



Thanks pada Sop | Ida Syuhada | Aisya | Eyra Rodzy | Ghades Johor | Ecan yang sudi teka apa ada dalam bag Momoy. Setelah dadu dilambung, pemenang adalah INI. Syabass bete !



Akhir kata, banyakkkk nyaaa sampahhhhhh dalam beg kiterrrr... ooooohhhhhh




P/s: Nanti boleh consider nak sumbat keychain pepper spray pula.





08 October 2013

Nurraysa Beauty Challenge


Assalamualaikum.

Hi semua. 
Nurraysa Beauty Challenge akan bermula lusa, 10 Oktober 2013.






Nak cuba juga ? Klik je sini.




05 October 2013

K Colly oh K Colly


Assalamualaikum kawan-kawan semua.

Hamboi hamboi. Mentang-mentang la Momoy kata nak review K-Colly Sweet 17, banyak pula yang tanya bila, bila, bila... Sorry ye kawan-kawan sekalian. Momoy kan sedang SD kat BP so sibuk la juga. Tapi tak seteruk Petronas dulu la. Lenyap berbulan-bulan. Hihi. Tanpa membuang masa, tarik nafas panjang-panjang dan mula baca dengan rakus. Ayuh.


Tapi sebelum tu Momoy nak minta maaf terlebih dahulu sebab review pendek saja ye. Ringkas. Masa tidak mengizinkan nak taip panjang-panjang. 


Supplement K-Colly ni Momoy dengan kawan berkomplot untuk cuba. Sebetulnya, rasa nak cuba lepas kecewa dengan Aura White. Cek-cek banyak juga khasiat yang K-Colly ni claim tapi review di internet tak banyak sangat sebab baru lagi. Dannnn... packaging (pantang bila berdepan benda cute-cute nih. Hehe).



Recycle gambar K-Colly pertama 



Cara makan K-Colly ada dua cara. Cara pertama kacau dengan air dan minum. Kedua, masukkan terus ke dalam mulut. Sebagai seorang perempuan yang tak sabar, Momoy buat yang kedua iaitu kemam-kemam dalam mulut. Rasanya tersangat lah manis (huhu). Terpaksa tahan sebab cara kedua ni lebih efektif dari campur dengan air. Katanya.


Tapi kan tiap kali lepas sumbat K-Colly dalam mulut mesti Momoy terus minum air. Manis sangat kot. So, konon-konon tak nak bancuh sebab kurang efektif lah apa lah tu kan, padahal sama je. Apa beza tak nak bancuh tapi lepas makan terus tonggang air bergelen-gelen. Mhuahaha. 



Packaging memang tak boleh tahan



K-Colly ni Momoy consume dua tong. Perubahan pada kulit ? Tak ada perubahan apa-apa pun. Berseri la sikit. Tapi pada kawan Momoy, kulit dia dah jadi makin lembut. Haip. Kenapa kulit Momoy tak jadi macam tu. Ceh.


So, Momoy dah putih macam korea laa ? Errr... Tak pun. Lagi, tak ada pula Momoy notice kulit Momoy jadi putih 1 atau 2 tone warna. Pada kulit Kawan Momoy pun tak nampak juga kulit dia dah cerah ke apa. Yang Momoy perasan, cuma kulit dia dah kurang berminyak. Kesan berbeza pada setiap individu. Pada dia jadi, pada Momoy tidak. Dush dush.



Last~



Sebab hasil tak seperti yang Momoy angankan, jadi Momoy hanya sempat consume 2 tong jer. Lagi pun manis sangat kot. Dah tak sanggup rasanya nak menelan. Tapi kalau makan setakat kulit berseri, baik consume Soy Collagen jer. Kulit lembap dan harga pun murah kan ? Siapa setuju ?


P/s: Walau pun sibuk tapi jangan risau pada yang order produk spa. Penghantaran Momoy tak terganggu. Guna lunch hour untuk ke pejabat pos. Ngeh ngeh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...