.::: MOMOY blogirl :::.: September 2013

20 September 2013

Produk yang akan Momoy review


Assalamualaikum kawan-kawan semua.

Seminggu dua ni (ke sebulan eyh?) bila Momoy tak publish entri berunsur review, email masuk tanya bila nak review barang ni, bila nak review barang tu, nak review item apa lepas ni. Yang SMS pun ada =.=


Ada je produk nak review. Biasa la perempuan *geleng-geleng kepala* Momoy sendiri pun sebenarnya bila try satu-satu produk memang rasa tak sabar-sabar nak review. Tapi Momoy tahan je hati ni. Hehe. Takut readers boring kalau asyik review je memanjang bila datang blog ni. Apa kes. 


Satu lagi, Momoy take time untuk lihat produk tu beri kesan pada Momoy atau tak. Rasa macam tak best pula kalau baru pakai sehari atau seminggu nak terus review kan. Alasan baikkkkk punya. Padahal nak taip tu malas tak ada masa. Bhuahaha.


Momoy sekarang sedang guna produk di bawah ni. Ada yang baru 3 minggu guna, ada yang dah berbulan-bulan. Ada juga yang beli tapi tunggu masa sesuai baru nak try.  Momoy teaser sikit la ye. Hamboiii... kemain nak teaser teaser gitu kan. Haha. 


Siapa yang dah pernah guna ce komen ok.




Beli juga benda ni. Ada yang dah try ? 

Baca:



Bedak sejuk Tanaka - Nora Danish punya hal la ni. 

Taadada... yang sekarang ni tengah meletup-letup di pasaran online.
Krim Ibu Putih.




Ada yang geng dengan Momoy tak guna benda ni ?

Pengganti losyen Momoy. Ada ke orang yang minat nak tahu ?




Itu saja la kot. Review terdekat mungkin pasal K-Colly Sweet 17



Eh. Sebelum tu nak bagitahu. Stok set lulur kopi dan mandian santan dah restok. Siapa nak yang ni boleh order ok. Hot item. Selling fast ye. Lulur dan produk spa yang lain boleh jenguk D HOME SPA




Restok banyak tapi set lulur kopi tinggal ni je. So, kena cepat la ye. Ada yang Momoy terus packing siap-siap sebab set lulur kopi ni sangat larissss. Customer order terus pos je. Haha. 




Bye bye bye.




18 September 2013

Sesaja nak cerita pasal shampoo baru


Assalamualaikum.

Nak shutdown punya pasal, so 1 ke 2 lagi sebelum plant down, Momoy dah sibuk buat hair relaxing, manicure, eyelash perming nak bulu mata lentik-lentik gitew. Sebab 2 bulan lepas tu memang akan super busy dan tak akan sempat nak uruskan diri. Jadi, marilah kita melawa-lawa dulu *lambai-lambai tangan*


Sekali shutdown di BP tak sama macam PETRONAS. Kerja rilex jer. Tak hypertension sangat. Fikir dalam hati, 'betul ke tengah shutdown ni'. Pertama kali kot experience rilex cenggini selama berbelas-belas kali involve plant shutdown/ Turnaround. Jadi sempat la nak update blog sikit-sikit.  


Entri kali ni malas nak cerita produk skincare. Nak cerita pasal shampoo pula. Yang email Momoy tanya tu sabar ye. Memang ada hot item nak review tapi saja je tak nak review lagi. Sengaja nak buat korang derita sikit. Hahaha *gelak evil* 




Tayang gambar shampoo baru dulu 
(actually tak la baru, dah 4 bulan juga guna ni)




Momoy fall in love kot dengan produk bawah ni. Wangi dan lembut.  Macam pakai conditioner. Fungsi dia dah macam buat treatment di saloon. Momoy kan nak busy, mana lah  ada masa nak buat rawatan rambut kat saloon. So, beli dengan rela hati. Busy tapi nak rambut maintain cantik (sila muntoh). Cantik dan elegant kot botol dia. Total kerugian dekat 2 ratus untuk satu menatang ni jer. Nasib baik puas hati. Kalau tak meroyan la jawabnya. Haha.





Benda alah yang melubangkan poket Momoy itu =.=

'The power of hair' 
Memang power pun sebab Momoy tak perlu buat hair treatment kat saloon lagi.
Nak photoshoot punya pasal, Momoy kidnap jap dari bilik air. Air pun tak lap.




Momoy dah tukar sampoo. Saja nak cuba jenama lain sikit dari jenama professional seperti Loreal, Redken,  Schwarzkopf ke apa (so far, Redken the best ! sempat iklan lagi tu). Kali ni beli brand Change pula.  Sungguh rare jenama ini pada telinga Momoy. Tak kisah la janji kalau dia boleh 'change' rambut Momoy jadi cantik dari Loreal itu kan, peduli apa nama pelik ke tak kan ? 


Tanya tokey saloon tu jenis mana yang sesuai untuk rambut Momoy yang dip dye - sangat-sangat kering rambut ku. Tensi ok rambut kering macam penyapu. So dia suggest yang ini...  






Botol pink tu shampoo. Yang hijau tu pula conditioner. 
Macam mainan pula sekali tengok =.=




Sangat suka dan selesa pergi saloon dia sebab dia bukan jenis yang akan paksa-paksa customer beli produk atau potong rambut ikut kepala otak dia. Sebab tu Momoy jadi regular customer dia. Tengkiu Howard, u make my day lorr. Hahaha. 


Momoy beli botol besar sebab suka letak conditioner banyak-banyak. Lagi pun rambut Momoy panjang. Sekali picit. Mak aih. Pekat betul conditioner Change ni. Tak pernah lagi jumpa conditioner yang pekat macam ni. Sangat jimat. Redken pun kalah.


Lepas bersampoo bagai, Momoy akan pakai hair serum dan picit setengah hair vitamin ellips tu. Perkara ni wajib buat la kalau rambut jenis kering macam Momoy. Gatal sangat hari tu nak blonde-blonde bagai. Hambik kau. 





Apa 5 item wajib dalam tote bag Momoy ? 

(Siapa pandai, sila teka. Entri akan menyusul selepas ini)





P/s: Mesti kawan-kawan Momoy sedang gila sekarang di PETRONAS ni jeles dengan Momoy. Haha. Kesimpulannya, jom join BP pula.




12 September 2013

Jom teka lagi !


Assalamualaikum semua.

Maafkan Momoy kalau ada yang tertunggu-tunggu update dari Momoy. Budget retis *mata ke atas* Yang request untuk Momoy review apa-apa beauty products, sabar ye sayang-sayang sekalian Memang ada beberapa produk yang Momoy nak buat review. Tapi, Momoy kena ambil masa sikit la sebab nak lihat keberkesanan satu-satu produk tersebut kan. 


Minggu lepas kan Momoy ada buat teka umur Momoy. Agak-agak ada tak yang dapat jawab dengan betul ? Ramai yang teka umur Momoy muda-muda jer. Tak tahu la sama ada betul teka atau kes nak jaga hati nih. Tapi apa pun jawapan kawan-kawan buat Momoy feeling muda kejap. Hahaha. Sila jangan pitam. 


Nak tahu tak berapa umur Momoy ? Tapi, macam tak nak bagitahu la pula. Malu pula sebab dah tua. Tapi, 'terlajak minta teka tak boleh gostan'. Anyway, tahniah. Dear Azwar Syuhada dan dear Fida Cun boleh email Momoy nama penuh, alamat dan contact nu. di syalyx_00@yahoo.com.


Sebenarnya Momoy plan pilih 3 winners tapi sebab 2 saja yang dapat jawab dengan betul. Jadi, jom teka lagi. Cara sama juga, teka saja di komen entri ni okay. Cuma, harap readers (anonymous) sila tulis email ye. 




Ada siapa-siapa nak hadiahkan Momoy kain cotton polka dot yang cantik ni tak ?
Banyak lagi kat sini.



Soalan kali ni, berikan 5 items wajib yang ada dalam bag Momoy ni



Eh. Lupa bagitahu. Tahun ni genap umur Momoy tiga puluh tahun *bisik slow-slow* Hahaha. Okay. Kali ni korang boleh pitam.


P/s: My lovely readers, dear wany dan sis Lea, Momoy still consume lagi K-Colly.
UPDATE : Pemenang teka apa dalam bag Momoy 



03 September 2013

Bila tiba hari itu...


Assalamualaikum semua.

Walaupun busy sekarang ni, tapi lepas keluar site cepat-cepat balik siap. Semalam Momoy terpaksa dan dipaksa keluar. Macam tak ada tangan rasa bila main bowling 3 game. Pastu layan cerita seram, The Conjuring. Siapa dah tengok angkat mouse ?


Not bad juga jalan cerita dia. Berbaloi la RM 11 tu. Settle The Conjuring dalam pukul 12.15 malam. Oh. Dah tambah setahun lagi umur Momoy. 
Dalam kereta on the balik rumah, Momoy ternampak radio (walkie talkie) member kat tempat letak kaki. Masa tunduk nak ambil radio tu...




R : Haa dah pukul 12 ni... happy birthday !
M : Mekasih. Nah.
R : Alaa. Rasa malu pula. 
M : Aik. Apesal malu ?
R : Yela. Birthday dia tapi dia pula bagi hadiah kat kiter.




Tergolek-golek kot nak suka. Sebab dia betul-betul ingat Momoy bagi hadiah kat dia. Momoy bagi radio dia padahal. Ini kes tak tengok betul-betul atau rabun malam tahap apa ni. Muahahaha.



Seperti yang korang dah tahu, hari ni birthday Momoy. Jangan tanya apa perasaan. Sebab bertambah satu angka lagi ke depan dan bukan ke belakang . Ngeri jer sekarang ni bila tiba birthday sendiri. Padahal rasa macam baru je semalam ambil SPM *jeling ke atas*



 Birthday yang ke berapa ? Ce teka umur Momoy ? Siapa betul Momoy bagi hadiah. Haha. 


Actually tak ada benda nak update pun, cuma ada reader minta Momoy buat entri OOTD. Disebabkan Momoy bukan fashion blogger, jadi OOTD pertama (mungkin terakhir) Momoy ni very da simple giler. Tapi boleh lah kan. Janji gambar penuh. Dari kepala ke kaki.





Blouse - SEED
Seluar - ZARA
Tali pinggang - Padini Authentic
Tote bag - MNG Mango
Kasut wedges - Aily
Cermin mata - Giorgio Armani
Jam tangan - Chanel



Hitam - Putih - Pink
Suka yang mana ?



8.30 pagi tadi Momoy dapat SMS... 'tlg anta radio kat TA village jap. tertinggal. hehe'



Tolonnngggggg  !!!!!



P/s: Gambar tu Momoy nampak pendek TT



01 September 2013

Projek MERDEKA raya !


Assalamualaikum.

Sebenarnya Momoy sibuk. Tapi sebabkan hari ni 31 Ogos, jadi Momoy MERDEKA kan diri Momoy dari buat apa-apa kerja hari ni *pengsan la esok nak cover balik ni* Inilah punca blog tak berupdate. Hehe.


Memula plan nak pergi Kuantan, nak shopping. Mesti sale gila-gila time Merdeka ni. Tapi malas pula bila drive jauh-jauh lepas tu tension bab parking. Lastly, pusing-pusing area Paka je. Lepas tu, balik rumah. Sumpah boring hari Merdeka Momoy. Haha.




Pernah tak jumpa time Merdeka, orang shopping frame banyak-banyak ?




Disebabkan kecintaan Momoy pada bilik sendiri, jadi Momoy decide nak buat budget deco untuk bilik tidur. Dasar kedekut memang begitu la.


Sebelum tu, Momoy namakan simple project ni sebagaiii (bunyi drum) DIY lace frame Merdeka raya (nak juga kenn). Jom jom mula.




Kain lace putih suci murni. Warna apa pun tak kisah lah. 
Momoy cuma nak matching dengan bilik jer.


Setahun sekali buat kerja deco-mendeco ni, so gam macam bentuk pistol tu tak ada. 
Jadi, Momoy guna gam gajah je la. Gunting tidak dilupakan.


Caranya : Lekatkan kain pada plastik putih frame dahulu. 
Kemudian gunting kain lace ikut bentuk plastik tu.


Dah siap gunting, lekatkan pada frame.


Inilah hasilnya frame kita. Orang putih kata bingkai gambar.


Dah siap boleh gantung.


Amacam budget deco room makeover Momoy ? - Gambar blur TT
Entri penuh room makover di SINI




Senang je kan ? Idea DIY lace frame Merdeka raya ni juga boleh jadikan photo booth. Ikut kreativiti kawan-kawan la ye nak susun macam mana untuk photo booth nanti



Ehem ehem, birthday Momoy dah nak dekat ni ! 
Jeling-jeling manja ^^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...