Ramadhan datang lagi ! | .::: MOMOY blogirl :::.

10 July 2013

Ramadhan datang lagi !


Assalamualaikum.

Pergh. Baru puasa setengah hari dah publish entry Ramadhan pertama. Tapi tak apa, sebab Momoy pun nak meriahkan blogphera. Di bulan mulia ni mesti para bloggers akan up cerita bazar Ramadhan, publish juadah berbuka (slurp), sharing tentang fadhilat solat terawih. Bila pertengahan Ramadhan pula, masing-masing akan cerita tentang persiapan raya dan balik kampung !


Momoy mula diajar puasa umur 5 tahun. Tapi tak pernahnya nak penuh. Bila waktu rehat, cikgu akan bagi bubur nasi seorang semangkuk, muffin dan air soya setiap orang murid. Sebab Momoy tadika cina – Tadika Ching San kat Seremban. Jadi mana tahan bila semua budak-budak kelas makan, Momoy tengok je. Jadi harus lah makan bersama mereka. Haha.


Last-last  mak ajar puasa sikit-sikit. Maknanya, hari ni puasa sampai tengah hari. Esok puasa sampai pukul 2. Lusa sampai pukul 3. Macam tu la seterusnya sampai boleh puasa penuh. Lagi, bila puasa penuh tu dapat la ganjaran seringgit. Dulu seringgit tu besar juga nilainya. Macam-macam jajan (junk food) boleh beli. Lagi bersemangat la nak puasa penuh. Hee.


Bila Momoy masuk darjah satu. Momoy dah start ponteng puasa. Rumah atas bukit, sekolah rendah pula bawah bukit. Momoy pergi sekolah jalan kaki jer. Best pemandangan pergi-balik sekolah, sebab laluan tu dibuat macam taman. Pokok-pokok kiri kanan jalan. Cantik.


Sambil berjalan dengan kawan-kawan tu la, kami akan belajar mengenal pokok-pokok. Nama pokok tu kami yang namakan sendiri. Ada satu pokok daun merah tinggi 5 inchi, Momoy panggil pokok ubi. Padahal duduk bandar, pokok ubi pun Momoy tak tahu rupa macam mana. 


Bukan pokok ubi jer. Banyak lagi. Ada pokok sarsi, pokok jarum emas dan macam-macam lagi la. Semua pokok tu comel jer. 2 hinggi 5 inchi je besarnya. Yang peliknya, bebudak lain pun ikut sama panggil pokok tu dengan nama yang Momoy bagi. 


Kenapa jalan kaki? Sebab Momoy tak suka naik bas sekolah. Rumah Momoy atas bukit. Makanya Momoy orang paling awal kena naik bas dan paling akhir sampai rumah. Kena bangun awallll giler padahal sekolah dekat je. Biasa la bas sekolah kan kena lalu setiap lorong taman perumahan. Ada 6 7 taman so bayangkan la bila nak sampai sekolah yang sekangkang kera dari rumah.


Terpaksa bangun awal (orang pertama naik bas) tapi balik last sekali (orang terakhir turun). Time pergi sekolah sempat tidur dalam bas, tocang kepala sampai senget-benget tapi tak peduli. Time balik pula, selalu la pak cik drebar tu yang pergi kejut sebab tunggu punya tunggu tak turun-turun dari bas. Tu sebab la tak nak naik bas sekolah. Tak larat bangun awal sangat, siap boleh tidur dalam bilik air.


Uh. Dah jauh sangat melencong. Back to track balik. Masuk darjah satu, walau pun time rehat tak pergi kantin makan. Tapi tak reti nak duduk diam. Main galah panjang. Kadang main polis sentri kat keliling pokok pagar yg digunting buat bentuk huruf-huruf giant tu. Semua main game yang perlukan tenaga untuk berlari. Budak sekarang main game senaman jari jer.


Habis sekolah, kena pergi kelas mengaji pula. Biasa la mengaji sorang-sorang depan ustazah, ikut turn siapa sampai dulu. So, sementara tunggu turn mengaji tu, Momoy dan yang lain-lain main tuju-tuju selipar dan lari keliling surau.


Lepas mengaji balik rumah duduk depan TV tunggu cerita 'Rumah Kedai'. Tapi buka lah channel mana pun, semua rancangan masakan, buat kueh raya jer. Chef Wan masak siap boleh rasa-rasa lagi (rakaman sebelum puasa). Maka makin lembik bila tengok TV. Memang menyeksa batin tengok tv bulan-bulan puasa ni.


Itu dulu la. Sekarang kalau besar gajah cenggini tak puasa juga, memang melampau sangat la kan. Hopefully, puasa tahun ni akan bersederhana macam tahun lepas. Beli benda yang nak makan saja. Buka puasa makan nasi dengan 2 lauk dan kurma. Mandi dan terus ke masjid. Terawih 20 rakaat sebab perut tak kenyang dan kipas dalam masjid tu pun banyak (penting juga ni). Doa-doakan ye.







Salam Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam yang menyambut Ramadhan tahun ini. Dan semoga mendapat keberkatan di bulan mulia ini =)

Amin -


P/s: Jangan gatal-gatal pula pergi cari kedai makan lunch hour nanti. 



17 comments

July 10, 2013 at 7:50 PM Reply to comment

Selamat Menuaikan ibadah puasa ya...semoga dilancarkan rejeki dan kesehatan selalu,amin,,

July 11, 2013 at 10:45 AM Reply to comment

salam ramadhan momoy :D hehe

July 11, 2013 at 8:49 PM Reply to comment

boleh ambil kesempatan untuk diet sekali momoy.hehehe

salam ramadhan momoy :)

July 12, 2013 at 12:15 AM Reply to comment

k.momoy...zaman knk2 kite lebih kurang same la...igt kecik2 mmg best..g skolah,mkn, tido .main..tu jela dok ulang tiap2 ary..hihi

@Dwi Rachmatmakasih dear ampir sini. selamat berpuasa juga untuk kamu ya

@Nrl Ndhthx dear. salam ramadhan juga =)

@boni kacakuhh... mmoy tak nak diet. sekrang BMI dah ok. salam ramadhan boni super kacak

@Mashitah Rosli'sbetl tu dear . dulu main tido je keje. kadang sanggup tak makan sebab nak main punya pasal. sampai mak jemput balik makan nasi dengan rotan. haha

July 12, 2013 at 10:54 AM Reply to comment

salam ramadhan momoy

July 14, 2013 at 9:17 AM Reply to comment

salam ramadhan momoy :)

July 14, 2013 at 10:46 PM Reply to comment

selamat berpuasa cik momoi dan jangan lupa untuk bersahur...

@kopi pastathx en copy. selamat berpuasa juga ^___^

@kopi pastathx en copy. selamat berpuasa juga ^___^

@manthx dear. selamat berpuasa =)

@Cik Eyrathx u dear eyra. selamat berpuasa juga

July 15, 2013 at 4:59 PM Reply to comment

Salam Ramadhan :) selamat menunaikan ibadah puasa ye. Jangan lupa bangun sahur tetiap hari. Hehe~

@Aida Ismailbaikkkk...terima kasih dear. selmaat berpuasa juga =)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...