.::: MOMOY blogirl :::.: June 2013

29 June 2013

Tips cantik dengan menggunakan susu


Assalamualaikum.

Momoy suka minum susu sebab tak minum minumam berkafein.
Wajib ada dalam bilik Momoy =)




Wah. Nikmatnya ber'blogging' sambil minum susu dutch lady. Sebelum susu lazat itu menjadi sisa-sisa kumbahan, marilah kita asingkan sedikit. Untuk apa? Nanti Momoy bagitahu. Tips cantik ni sangat sesuai untuk orang yang malas dan kedekut tapi nak cantik (Momoy le tu). 
Boleh juga gunakan susu en tucen jika berani dicakar oleh beliau.


Jom kita mulakan...



  • Yang ini sesuai bagi sesiapa yang mengalami kulit berjerawat dan sensitif. Caranya dengan mencampurkan 1 sudu mustard dan 1 sudu susu. Sapu pada kulit muka yang bermasalah itu. Selepas 30 minit boleh lah dibilas.

  • Lagi, 1 sudu susu, 1 sudu lobak (diparut), perahan limau dan madu yang telah dipanaskan. Kacau hingga sebati dan pakai seperti masker. Relax selama 15 minit. Cuba untuk berangan kekonon berada di spa gayanya. Lepas tu jangan lupa bilas kalau tak nak cik-cik semut tu panjat-panjat pipi hokay.

  • Highlight highlight. Ini favourite Momoy. 2 sudu susu dan 1 sudu kecil garam. Sebatikan dan sapu pada wajah sebelum masuk tidur. Pastikan muka dicuci bersih terlebih dahulu. Keesokan hari, cuci dan nikmatilah kulit yang lembut lagi enak berkrim. 

  • Segenggam kacang almond ditumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan bersama susu secukupnya. Sapu pada muka sebelum masuk tidur. Esoknya, gosok-gosok lembut semasa cuci. Menjadikan muka lebih bersih dan menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah.

  • ATAU Kalau rasa yang resipi di atas tu susah, cuba buat yang ini pula. 


Sediakan semangkuk kecil susu (Momoy guna 2-3 sudu je).

Rendam kapas dan lap-lapkan di seluruh muka. Tunggu 1 jam. Kemudian bilas. Momoy paling suka buat yang ini. Simple dan halus je kulit muka. Whoot whoot.



Sebenarnya penggunaan susu dalam kecantikan ni ratu Mesir, Cleopatra yang terkenal tu yang guna. Momoy terjumpa di blog Mashitah Rosli. Terima kasih dear. Lepas baca entri awak terus Momoy cuba. Hik hik. 



Selamat mencuba !






P/s: Ramai yang suka lulur kopi + mandian santan dan lulur rempah + mandian zaitun eyh =)


28 June 2013

Tips kulit badan lembut dan cantik !


Assalamualaikum semua.

Kisahnya begini, Momoy memang suka melulur di spa. Lulur yang diguna oleh salun dan spa dengan lulur yang dibeli di kedai sangat-sangat la berbeza. Kesan lembut dan halus terlalu ketara. Sungguh. Perbezaannya Momoy summary kan di bawah berdasarkan pengalaman Momoy.


Lulur kedai
  • tekstur krim
  • boleh diguna dengan segera
  • wangi yang mild. cepat hilang
  • walaupun di claim 100% semulajadi tetapi sebenarnya bahan sudah dicampur dengan bahan kimia lain. Boleh lihat pada label ramuan (ingredient).
  • RM 10 - RM 30 (ikut jenama) bagi sebekas/ tiub.
  • Kulit lembut 

Lulur spa
  • tekstur serbuk
  • perlu dikacau atau disebati terlebih dahulu sebelum dapat diguna
  •  wangi semerbak dan tahan lama
  • 100% bahan semulajadi
  • tradisional
  • RM 80 - RM 100 sekali rawatan (body) di spa
  • kulit tersangat lembut tanpa perlu memakai losyen
  • lebih efektif dari lulur kedai
  • Kepuasan maksima



Pendek kata, lulur spa memang puas hati dan sangat relaxing. Memang berbaloi dengan duit yang Momoy keluar. Tapi itulah mana mampu nak pergi spa tiap-tiap minggu. Sob sob sob.


Dan dan dan ini merupakan satu penyiksaan bagi Momoy sebagai pencinta sejati lulur tradisional. Huuu. Makanya, lulur spa hanya mampu Momoy lakukan sebulan sekali sahaja. Hari-hari lain sental badan dengan lulur kedai. Tapi manalah sama feel kulit baby itu kann.



Nak dijadikan cerita, suatu hari Momoy terjumpa dengan satu produk lulur yang memang di supply di spa-spa. Tapi packaging telah disesuaikan untuk kegunaan di rumah. Awesome.


Tak puas hati (dan seronok juga) sebab rasa macam tak percaya 'eh, betul ke ni'. Jadi, balik rumah terus Momoy cuba. Eh betul. Memang sama macam di spa. Dulu hanya mampu melulur sebulan sekali je. Tapi sekarang selang sehari Momoy akan melulur. Hew heww





Favourite Momoy. Dah sebulan Momoy guna lulur kopi dan santan ni. 
Momoy guna selang sehari. Kulit lembut gilerr. Habis satu bilik air bau kopi Starbucks !




Serius Momoy suka sebab kulit lembut macam baby tapi dapat jimat banyak duit dari pergi ke spa. Selalu cium-cium tangan sebab suka bau kopi. Mih mih. Yang best sebab lulur ni memang digunakan di spa dan boleh diguna banyak kali.



Oleh kerana kecintaan itu begitu menebal, Momoy nak share bersama kawan-kawan. Lulur tu tidak menagndungi sebarang bahan kimia berbahaya atau pengawet. Jadi, semua orang boleh guna kecuali kulit baby. Kecil lagi kan nak melulur ni. Lagipun kulit baby memang dah lembut, kulit kita ni haa. 


Tak payah cakap tulis banyak, jom tengok lulur spa itu. Kot-kot ada yang berkenan.



LULUR MANDI KACANG HIJAU [RM15.90]
+
GEL MANDIAN SUSU [RM12.90]

Harga Set = RM28


KHASIAT :

Lulur Kacang Hijau mengandungi vitamin A, B1, C dan mineral. Ia juga dapat menurunkan suhu panas dalam badan, melembutkan kulit, mengecilkan liang roma dan menegangkan kulit.

Gel mandian susu pula telah dibuktikan melalui kajian saintifik menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia ialah ia mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yang mencegah kesan jangkitan kulat. asid ini juga membantu sistem pertahanan badan. Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bio-Organic Sodium yang tinggi. Bio-organic Sodium dikenali dalam rawatan naturaphotic sebagai elemen anti-penuaan.

CARA GUNA :

Campurkan dua sudu besar Gel Mandian Susu kedalam bekas yang berisi 2 sudu serbuk Lulur Kacang Hijau, kacau sehingga sebati (jangan terlalu cair).

Sapukan pada seluruh badan dan massage selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan.


************************************************** *******************************


LULUR MANDI BIJI KOPI [RM15.90]
+
GEL MANDIAN SANTAN KELAPA [RM12.90]

Harga Set (Diskaun) : RM28


KHASIAT :

Lulur Bijih Kopi mengandungi anti-oksidan yang tinggi untuk menyegarkan badan, melembutkan, memutihkan kulit, menghilangkan kesan hitam pada celah peha dan menghilangkan keletihan (stress).

Gel mandian santan kelapa dirumuskan secara semulajadi tanpa bahan kimia berperana untuk menyingkirkan sel kulit mati, meransang keanjalan kulit dan memberikan kelembapan. Disamping itu, lulur santan berkesan mengurangkan risiko kulit gelap akibat terdedah kepada cahaya matahari. Lulur santan yang mengandungi asid laurik berkesan berkesan merangsang pertumbuhan kolagen dalam sel kulit dan bertindak melindungi kulit daripada jangkitan kuman.

CARA GUNA :

Campurkan dua sudu besar Gel Mandian Santan Kelapa kedalam bekas yang berisi 2 sudu serbuk Lulur Kopi, kacau sehingga sebati (jangan terlalu cair).

Sapukan pada seluruh badan dan massage selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan.


************************************************** *******************************

LULUR MANDI SARI REMPAH [RM15.90]
+
GEL MANDIAN ZAITUN [RM14.90]

Harga Set = RM30


KHASIAT :
Ramuan Buah Zaitun mampu memberi kelembapan pada kulit serta kaya dengan Vitamin C dan E yang dapat membantu menganjalkan kulit, melembutkan dan mencerahkan kulit, menghilangkan parut-parut akibat kudis, gatal-gatal serta kesan luka.

Lulur Sari Rempah pula mengandungi khasiat yang baik untuk melembutkan dan menegangkan kulit, menghilangkan bau badan atau peluh yang berbau. Melancarkan perjalanan darah dan Aroma yang harum untuk mengurangkan tekanan.

CARA GUNA :

Campurkan dua sudu besar Lulur Mandi Sari Rempah dengan cecair mandian herba ekstrak zaitun & kacau sehingga sebati (jangan terlalu cair).

Sapukan pada seluruh badan dan massage selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan.



************************************************** *******************************


LULUR PENGANTIN MUTIARA (bukan pengantin pun boleh guna)

Harga: RM 36

**Note : Gambar lihat lulur sahaja ye

KHASIATNYA :-

Gabungan khas serbuk mutiara dan susu sesuai untuk rawatan melembutkan,melembabkan,melicinkan,mencerahkan kulit dan menghilangkan bau badan

CARA GUNA :

*hanya mandi dan gosok lulur pengantin di badan selama 3-5 minit, kemudian bilas seperti biasa.. lakukan perawatan lulur 3 -4x seminggu utk kesan yg memuaskan..*



*********************************************************************************


blogshop:




Suka kulit cantik ?





26 June 2013

Semua nak tahu tentang SF Beauty eyh


Assalamualaikum kawan-kawan.

Dulu Momoy ada post entri tentang SF Beauty. Ingat tak? Entri tu di SINI


Sampai ke hari ini ada yang bagi email tanya Momoy pasal SF beauty ni. Tanya bagaimana hasilnya, dah cuba ke belum, nak review dan nak order pun ada. Urmm... dasyat juga fenomena SF Beauty ni. Ada satu hari tu di pasar malam...


"Hai Momoy" 
Rasa bahu ditepuk.
"Errr... hai. Assalamualaikum awak". 
"Waalaikummussalam. Wah... tak sangka boleh jumpa Momoy kat sini".
"Hehe. Ye la. Tak sangka kan. Awak sihat ke ? Lama kita tak jumpa eyh ?" Sambil senyum fake. Momoy ber'awak' jer sebab tak ingat nama dan nak jaga hati. 


Dalam kepala dok fikir dia ni siapa eh. Biasa la Momoy kan kawan perempuan boleh kira dengan jari. Kalau kawan sekerja mungkin tak la, sebab tempat kerja semua lelaki. Fenin fenin. 


"Haha... Sebenarnya Momoy tak kenal pun saya".
"Eh yeke ?" 


Rupanya dia tu silent reader blog Momoy. Cis. Malu sekejap sebab kantoi. Haha... Boo Momoy boooo. Mira (nama awek tu), dia tanya tentang SF Beauty dan minta Momoy review di blog.




Inilah rupa benda alah itu - Packaging macam Aura Maya skincare




Rasa bersalah pula buatkan orang asyik bertanya tentang SF Beauty  tu. Okay la rakan-rakan blogger dan silent readers tersayang. Sebelum tu, Momoy minta maaf la ye. Sebab Momoy tak dapat nak buat review SF Beauty. Sebabnya Momoy tak guna. Err... Bukan Momoy tak guna ye tapi Momoy tak menggunakan set itu. Haip. Babap kang. 


Kenapa? Sebab ada ura-ura mengatakan SF Beauty tu tak selamat. Ada bahan berbahaya. Momoy ragu-ragu jadi Momoy hold dulu. Bila KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) keluarkan senarai produk kosmetik berbahaya ni (update terkini April 2013), dan SF beauty tersenarai, Momoy syukur sangat sebab tak 'ter' guna lagi produk tu.





Beauty Soap SF Beauty 




Bukan nak kondem peniaga SF Beauty tapi Momoy lebih percayakan KKM. Momoy baca dari komen-komen, mereka (dealer) claim ada orang sabotaj dan beri sample tiruan. Tapi, tak akan lah pihak KKM sangat bodoh nak buat test pada sample tiruan, kan? Mereka kan pakar ! Sebelum buat test, mereka tentu kena buat kajian dulu kan. Urmm...


Ada pula yang kata dah lama guna tapi tak ada jadi kesan yang bahaya pun. Muka elok je. Berkesan je. Hmm... sekali lagi Momoy berpegang pada KKM. Kalau KKM keluar result sesuatu produk ni bahaya, maka bahaya la. Kalau tidak, maknanya tak la. 





Yang kuning tu day cream SF Beauty
 kelabu tu pula night cream SF Beauty




Momoy kan kerja dalam oil and gas and petrochemical plant. Bahaya chemical ni ada yang terus dapat kesannya. Tetapi ada juga yang baru dapat kesannya selepas jangka masa yang panjang. Kami yang kerja di plant pun takut bila terkena chemical (even debu). Tapi korang pula dengan selamba dan berani tepek-tepek je kat muka. Bahaya ooo. Tamoo tamoo tamoo. Jangan main-main dengan chemical ni. 


KKM dah sahkan yang SF Beauty ni mengandungi bahan berbahaya. Sekarang, terpulang pada korang nak guna atau tidak. Tapi sanggup ke ambil risiko untuk cantik ? Momoy tak sanggup. Sebab tu lepas baca senarai tu, terus Momoy buang. 



Beauty product boleh dibeli, 

kulit muka rosak tiada ganti.


Eceh. Pantun dua kerat yang gediks. Momoy tahu ramai yang nak cantik termasuk laa Momoy (jangan salahkan Momoy dilahirkan perempuan yer. uhuk..) Tapi nak cantik pun berpada-pada lah kan. Kalau cantik tapi lepas tu menderita buat apa, ye tak? Apa komen korang ?


P/s: Nak tahu beauty products yang kawan-kawan guna tu berbahaya atau tidak? Boleh check di SINI.


UPDATE :

Yang terbaru, pihak SF Beauty telah keluarkan krim siang dan krim malam dengan nombor notifikasi (NOT) yang baru menggantikan NOT yang lama. NOT baru yang tidak ada dalam senarai bahan terlarang KKM. Sila check NOT SF beauty masing-masing bagi pengguna SF Beauty.



Miliki kulit cantik | Harga mampu milik



23 June 2013

Tabiat ke tebiat ?


Assalamualaikum semua.


Sebelum ni tak ada pun kesedaran nak jaga kulit sendiri, apatah lagi kesihatan. Muda lagi - typical thinking ! Bila dah tua dewasa ni, baru nak sedar. Ok lah tu. Better late than never kan. 



Nak kulit macam Song Hye Kyo ni. Boleh ? -kredit




Tetiba saja Momoy rajin buat benda-benda kat bawah ni...


Minum air masak banyak-banyak


Fuhh... dulu selagi tak betul-betul haus jangan harap nak minum air. Air masak tu pilihan terakhir la tu kalau tak ada air manis. Sekarang ni, air masak wajib ada di sisi. Even nak ke kedai tapau pun seret botol air masak masuk dalam babyboo. Eh. Dua hari lagi babyboo genap setahun tau. Dah kena renew road tax. Tetiba.



Macam mana nak ingat minum air masak ? Lepas bangun Momoy minum segelas. Itu petua awet muda. Kalau nak tua jangan buat. Sebelum mandi minum segelas lagi untuk pengaliran darah yang baik. Waktu siang, Momoy minum dua tiga tenguk selang setiap jam. Minum banyak pada waktu siang tapi kurangkan minum pada waktu malam. Oh ye. Momoy minum segelas lagi sebelum masuk tidur.



Boleh rasa bersalah pada diri sendiri bila kurang 3 liter - kredit



Merawat jerawat


Sangat rajin control jerawat sekarang ni. Sebab tetiba fikir bila tua nanti hormon naik turun, waktu tu dah susah nak control dah. Jerawat besar-besar dah hilang. Sekarang sedang merawat 'jerawat dalam kulit' (istilah sendiri) yang susah sangat nak ghaib ! Bila pegang kulit muka rasa lembut dan licin, padahal jerawat masih ada, merah-merah, main sembunyi-sembunyi bawah kulit kita. Haip. Siapa tahu macam mana nak hilangkan 'jerawat dalam kulit' ni ? Pleaseeee share.


Skincare skincare skincare


Dulu 3 langkah asas (cleanse - toner - moisturizer) pun bapak pemalas. Eh. Sebenarnya Momoy yang malas. Sekarang sedang amalkan K-skincare dengan harapan dapat kulit flawless macam awek Korea. Korea la kononnya. Buwekkk... Apa K-skincare tu ? Nantilah Momoy cerita routine skincare yang sangat K-skincare ittew ye *mata kat atas, tangan kat bahu*


Kurang make up


Haa. Yang ni dah masuk setahun. Boleh kira dengan jari tahun lepas dan tahun ni berapa kali saja Momoy make up dan beli alat make up. Kalau make up pun yang tipis-tipis saja. Dulu addicted sangat dengan Japanese gyaru make-up style. Sekarang falsie pun dah lama tak beli. Sob.




Kali terakhir apply simple gyaru make up which is i really love make-up macam tu bila pergi kenduri kawen (time tu le). Sekarang selesa muka togel ke mana saja.




Dan yang belum buat lagi, tapi dah mula terfikir nak buat...

Produk yang ada formula antipenuaan (anti-aging). Uit. Nak cari beauty product yang ada bahan seperti alpha hydroxy, Q10 dan retinoids. Biar kedut-kedut semua tu larikk. Biar kulit jadi halussssss mulusssss. Chewah.


Okay tak tagline Momoy ni:-
Less makeup. More skincare.


Eh. Tetiba ada tagline. Motif sangat. 
Terima kasih sudi baca entri ini. 



22 June 2013

Jom promote diri


Assalamualaikum readers,

Hari tu dalam site cabin, kitaorang asyik mengunyah benda alah ni. Thanks Jeanifer. Uh, siapa pernah try ?



Tebaloi 

Momoy suka. Rasa macam kelapa parut bakar =)

Yang ni pula sagu sarawak. Rasa dia macam tepung. Eh, memang tepung pun. 



To be honest, Momoy really have nothing to update about. Seriously, boleh pengsan ooo mau perah otak nak update apa. 


Jika kawan-kawan pun seperti Momoy, marilah kita sama-sama join segmen super simple di bawah. Idea bagus kan?




Segmen 1: Saya mahu review blog korang (part 2)
Tarikh tutup : 20 Julai 2013



Segmen 2 : Mari tambah kenalan blogger by Mr. K
Jumlah follower setakat 21 Jun 2013 | 5.30 petang = 589 
Tarikh tutup : 30 Jun 2013



Selamat bersegmen semua !


20 June 2013

Review bedak arab (kokuryu) warna cherry pula !


Assalamulaaikum.

Few month ago (ececeh), Momoy ada review tentang bedak arab (kokuryu). Bila check hot keyword, banyak betul yang search tentang bedak arab. Momoy tak tahu apa yang menarik sangat sebab bagi Momoy bedak arab tu biasa-biasa saja (sebelum ni beli warna russet).


Tapi Momoy tak nak kondem la. Mungkin sebab warna tu tak sesuai dengan Momoy jadi hasilnya tak seperti yang diharapkan. Oleh sebab itu...



Ye. Momoy beli lagi satu bedak arab. 
Tapi kali ni warna yang sedikit cerah. Warna cherry.



Excited juga la nak cuba tepek kat muka ! Ok ke tak kan. Tapi puas Momoy pakai guna span gebu tu tapi bedak tu tak nak melekat kat kulit muka Momoy. Hais. Momoy duduk, fikir sekejap misteri ni. Kenapa eyh. ? Adakah sebab kulit Momoy yang telah flawless ini, jadi bedak tu susah nak lekat ? Haha. Sila muntoh. 




Gebu tapi tak ada makna



Momoy try and error, cuba guna span bedak arab yang lama (russet). Baru menjadi. Tapi dekat area hidung tetap sama, susah nak lekat. Jujur Momoy kata, Momoy ambil masa yang agak lama (lebih lama dari bedak lain) nak apply bedak ni. Sebab susah melekat dan semacam bercapuk-capuk pula. Jadi kena tunggu kering dan ratakan pula dengan jari =(


Satu yang Momoy perasan, setiap kali pakai bedak arab ni muka akan senang tumbuh jerawat-jerawat kecil. Pakai pagi, tengah hari nya dah start berminyak dan berkilat. Kalau touch up, terasa seperti pori-pori tertutup oleh bedak arab ni la pula kan. Bila basuh muka, memang Momoy akan pastikan Momoy cuci muka bersih-bersih.




Cherry shade



Dari segi coverage, warna cherry ni memang sesuai dengan kulit Momoy. Result memang memuaskan tapi hanya untuk 4 jam saja lah. Lepas tu berminyak dan start tumbuh jerawat kecil. Review pendek je, sebab Momoy dah review penuh tentang bedak arab tu sebelum ni. 


Overall, penilaian Momoy tetap sama. Bedak arab ni biasa-biasa saja. Tiada yang special. Cuma apa yang best kali ni adalah warna cherry sesuai dengan Momoy, dan bukannya russet seperti kata kakak kulit cantik itu. 



Model bedak arab tak berbayar.
Eh. Sama pula dengan dinding bilik. Pink ! Haha ~



Ni panduan untuk beli bedak arab yang sesuai dengan warna kulit kawan-kawan.

  • Summer Tan - untuk kulit sawo matang/ gelap
  • Amber Rose - untuk kulit sederhana gelap/ natural
  • Russet - untuk kulit sederhana/ natural (baca review Momoy)
  • Orange Blush - untuk kulit sederhana cerah
  • Olive Rose - untuk kulit sawo matang
  • Cherry - untuk kulit cerah (Momoy guna yang ini)
  • Cherry Pink - untuk kulit cerah/ efek lebih pinky
  • Roshelle - untuk kulit putih/ cerah
  • Jade - sebagai concealer



Siapa pakai bedak arab kat sini ? Ce komen ~



Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



19 June 2013

HELP ME !!!


Assalamualaikum kawan-kawan.

Momoy nak minta pertolongan dari semua. Apa patut Momoy lakukan ? Sekelip mata blog Momoy tiba-tiba:


  • Loading jadi sangat lembap - settle. Much thanks bro Nescafe Ais !
  • Bertukar jadi Google + dan Profile Blogger lenyap ! - a big thank you to sis Mia Liana 
  • Footer bertukar saiz dan seperti compress. - berjaya selesaikan. Alhamdulillah.

Terima kasih pada sis Anastasyea juga =) 


Ada tak sesiapa yang tahu bagaimana cara nak kembali kepada Profile Blogger semula ? Momoy tak dapat nak blogging (dashbaord blogger hilang) dan readers pun tak jumpa link blog Momoy. Tolong emailkan caranya di syalyx_00@yahoo.com


Pertolongan semua sangat-sangat Momoy harapkan ! Terima kasih ~

P/s: Mood tertekan (Y_Y)


UPDATE : 

Tutorial cara kembalikan Blogger Profile dari Google + (daripada email sis Mia Liana. Kredit to her)


1. Pergi http://www.blogger.com/home
2. Klik simbol 'skru' seperti gambar di bawah.
3. Klik 'revert to blogger profile'







18 June 2013

Kat mana nak cari cheese cake yang SEDAP ?


Assalamualaikum.

Restoran ni kalau tak familiar memang susah nak jumpa. Tersorok di celah-celah bandar Kuantan. Tapi tersorok macam mana pun, orang tetap ramai ye. Momoy pergi, boleh kata semua meja letak note 'reserved' !


Tekanan di situuu sebab nak makan cheese cake aje kot. Hais. Apa yang best sangat sampai member Momoy terkinja-kinja benar nak cheese cake kat sini. Secret Recipi berlambak kot. Momoy ni jenis tak berapa suka cheese cake sebab cepat muak dengan keju melampau. 


Tapi lepas tuuu....


Present.... Lili Wadi Mango Cheese Cake ~


Oppsss... Momoy tarik balik. Memang sedappp. Satu slice tu tak cukup hokay. Siap cedok cheese cake member lagi. Sedap sedapp sedappp sedappppppppp. Muahaha...


Slice tu besar, penuh satu piring. Then satu slice tu di slice kan lagi kecil-kecil. Bahagian atas yang warna kuning nipis-nipis tu adalah mango ice *ehem. jilat sudu*


Tengah tu cheese cake dia lah. Tak manis sangat. Rasa dia just nice. Layer bawah sekali (warna coklat) tu caremel kot, ke macam cookies crumbs eyh. Tak tahu ler. Tapi sedap. Agaknya itu ler yang buat kita tak muak makan cheese cake tu (kot)


Akhir sekali, sentuhan terakhir, ditaburi dengan sos mango yang pekat dan lazat. Melengkapkan rasa mango cheese cake ni. Oh ye. Satu slice ni harganya cuma RM 7.50 sahaja. Haha. Dah macam Jalan-jalan Cari Makan pula. Tapi serius, memang sedap weii. Recommended bagi sesiapa yang suka cheese cake. Lupakan Secret Recepi. Yang ni best. Should try !


Yang famous di Lili Wadi adalah steamboat dan of course Mango Cheese Cake favourite Lisa Surihani. Okay. Momoy setuju dengan Lisa. 


Terliur, Teruja dan Tergoda ? APALAGI... 


Restoran Lili Wadi
Jalan Besar,
A236, Jalan Besar,
25000 Kuantan,
Pahang.
012-6644054 (Inquiries/ Reservation)


Whoot..whoot... Nanti nak pergi lagi lah >.<


P/s: Kenapa tiba-tiba blog jadi berat ni. Huhu (Y_Y)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...