Hunting for PEPLUM ! | .::: MOMOY blogirl :::.

04 May 2013

Hunting for PEPLUM !


Assalamualaikum kawan-kawan.


Satu dunia kot sekarang ni tengah demam peplum ! Kembali semula ke zaman Saloma. Hik. Mana-mana saja Momoy pergi (even dalam dunia blog) mesti  peplum, peplum, peplum. Ada macam-macam jenis design. Tapi yang Momoy berkenan peplum jenis sleeveless mini peplum dress atau mini peplum skirt. Lagi-lagi yang warna terang. Cun sangat !





Fuhhh sleeveless mini peplum dress. Gorgeous ! -source


Tak mampu pakai sebab kaki ghumuk angkara safety shoes.
Yang mampu hanya lihat saja. Theehehe - source.




Momoy suka tengok orang pakai tapi Momoy sendiri tak suka peplum. Entah. Lama juga Momoy searching peplum. Kot-kot ada yang berkenan dan terbuka hati nak try. Gilaa, fesyen tengah 'in' kot dan Momoy sehelai peplum pun tak ada dalam wardrobe. Oh. Tidak.


Peplum ? Nak, nak, nak ! Tapi nak cari menarik dan terletak cantik di badan (mata tengok semua cantik) susah oo. Labuh sangat lah. Ketat sangat la. Design cantik tapi tak suka dengan materialnya pula. Potongan cantik tapi details nampak serabut pula. Alahai. Bikin stress aja.


Bila dah give up untuk hunting peplum, tiba-tiba terjumpa satu album penuh peplum-mempeplum ni (menangis cikgu BM kalau baca ayat ni). Tapi Momoy memang berkenan dengan satu peplum ni. Sebab cutting dan material dia cantik. Lace lagi. Romantik dan girlish sangat-sangat. Wink wink  (^__________^)



Hoh. Dah ada peplum ni baru la tak rasa jeles pada wanita-wanita lain =) Sebelum ni tak la jeles, cuma terasa  nak gunting je ropol-ropol bila tengok awek lalu lalang tayang peplum. Haip. Okay. Ini peplum yang Momoy dimaksudkan.




Jatuh cinta bila tengok gambar ni. Fully lace dan cutting peplum yang cantik. Terus order.

Mine. Perfect ! 

Close up lace. Lining sebelah dalam kain satin. 



Baru saja try. Cutting memang superb. Tetiba saja berubah jadi gegirl. Uhuk. Tapi fully lace yang lembut ni tak sesuai dipakai oleh orang yang fussy atau ibu muda yang ada baby kecil. 



Oh. Jika kawan-kawan gila peplum, Momoy suggest cuba tengok-tengok di FB ni. Mesti ada yang tertarik. Baju lain pun banyak juga. Cantik-cantik dan ready stock. Means tak perlu la tertunggu-tunggu. Momoy rembat 4 items dari situ. Hari ni cuma nak cerita tentang peplum jer. Nanti Momoy share di entry lain ye.


Untuk pencinta peplum, boleh terus klik Special Album - Just Peplum
Facebook : https://www.facebook.com/melmelbusiness

9 comments

May 4, 2013 at 1:00 AM Reply to comment

salam momoy.wah awesome...cantiklah momoy!suka kalau material lace...perfecto!!!

kak lea pun ada satu.rs raya ni mmg melaram kwn bloger dgn peplum sambil makan buah pelam di tepi parit ngeee...^^

May 4, 2013 at 1:21 AM Reply to comment

bunyi mcm buah pelam, hukk...

May 4, 2013 at 1:32 AM Reply to comment

ni kalau girlfriend saya pakai mesti comel.problem is...i dont have one...lulz...

5 personaliti seorang bapa

http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/05/5-personaliti-seorang-bapa.html

@Ahmad Kamiltak pe. tak pe. momoy ada solution. beli bagi momoy. muahahhaha

@caliph shurikenhehe...betul tu. kalau salah taip, mesti jadi pelam ^^

@||aLeaSaRa||hehehe. peplum mode kan =)

kite suke tgk org pki peplum.. cantik

May 6, 2013 at 12:42 PM Reply to comment

nani pun baru ada 1 je peplum..ingat nak beli lagi..nani beli kat poplook je..material dia best..selamat berpeplum ye momoy

May 9, 2013 at 3:48 AM Reply to comment

Suka peplum! Mudah digayakan, nampak lebih anggun dan boleh divariasikan. Pakai dengan jeans pun nampak stylista. Huhu

Jemput lah lawat facebook page Jelita Laut. Banyak jenis rumpai marine collagen sedang promosi ni. Singgah2 lah ye. Terima kasih. :D
http://www.facebook.com/jelitalaut

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...