.::: MOMOY blogirl :::.: May 2013

30 May 2013

Tint Lip Balm yang paling comel


Assalamualaikum.

Dah lama kot Momoy teringin nak cuba lip tint. Nak juga budget diri ni ala-ala team dari Girl Generation. Serius suka bila tengok awek-awek Korea (tengok dalam tv je), bibir diaorang pink-pink segar basah jer. Phewww...


Tapi bila pakai lip tint akan buat bibir Momoy sangat kering. Memang bagi sesetengah orang, lip tint akan menyebabkan bibir kering. Nak selamat pakai lip balm dahulu kemudian baru lip tint tau.


Jadi bila teman kawan beli make up di The Face Shop, Momoy just usha-usha saja la. Sebab dah setahun tak make up dan beli alat make up. Jimat juga. Dulu kalau beli barang make up (brand dari Korea sudah pasti), boleh habis sampai lapan ratus sekali beli. Dasyat kan? Jadi amalan comel itu dah dibuang jauh-jauh tapi diganti dengan belian supplement



Momoy nyer yang bekas pink tu je.



Mulanya temankan kawan saja. Tapi gatal la pula try tester untuk tint lip balm. Homaii... Dah try jatuh cinta pula dengan tint lip balm ni sebab ia plus lip balm dan lip tint tapi tak mengeringkan. Best best... 




The Face Shop Lovely Me: Ex Tint Lip Balm 
Fuhh. Baca dengan sekali nafas.



Back view




Lagi pun packaging sangat-sangat comel tau. Urm... susah juga nak jumpa item The Face Shop yang comel-comel. Sebab kebiasaannya skincare dan kosmetik dari The Face Shop, packagingnya sangat boring. Hehe.


Ada orang tanya kenapa Momoy ni sangat tabsub dengan lip balm? Bibir yang lembap bagi Momoy sangat penting yer. Kalau bibir kering nampak semacam mencacatkan penampilan (amboi ayat) sebab mengelupas berdarah bagai sangat tak selesa dan tak cantik hokay. Euwww. 




Ada butter patut la tak kering.




Mulanya nak ambil kaler pink. Tapi hanya tinggal cherry dan orange saja. So pilih yang cherry. Lepas ni boleh rasa cherry pula untuk gantikan watermelon favour dari Lip Pot Silkygirl. Lagi pun tint lip balm The Face Shop ni lagi kawai dari yang Silkygirl tu. 





Comel nyer laa...





Kalau nak efek pink, Momoy apply tint yang bentuk buah cherry tu. Memang pink. Kalau Momoy nak merah pink, Momoy combine dua-dua. Tapi kalau pergi kerja, Momoy just pakai lip balm je nampak soft pink. 



Yang Momoy SUKA:

  • Packaging sangat-sangat comelllll ! Pink dan girlish !
  • Tak keringkan bibir 
  • Lip balm dan lip tint dalam satu bekas !
  • Pakai sedikittttt saja dah cukup.
  • Boleh pilih nak pakai lip tint sahaja atau lip balm atau kedua-dua sekali.
  • Nampak basah-basah dan melembapkan.
  • Tahan lama dari lip tint lain. Cuma re-apply bila minum air.

Yang Momoy TAK SUKA:
  • Bau cherry best. Tapi kadang-kadang rasa seperti bau pewarna dalam makanan.
  • Susah nak simpan dalam poket jeans sebab bukan jenis stick dan bekasnya besar dari syiling 50 sen.
  • Rasa sedikit melekit-lekit.
  • Kena guna brush kecil atau jari (kurang hygiene) sebab jenis bekas bukan stick. 


Harga Tint Lip Balm ni RM 32.90 tapi sebab Momoy campur dengan item-item lain (kawan punya) so cuma perlu bayar RM 29.90. Bagi Momoy mahal juga tapi sebab dapat 2 in 1 (lip balm dan lip tint).


Kalau tak suka cherry. Ada 2 lagi warna pilihan - oren atau pink. Huuu. Nak sangat yang pink tu tapi cepat sangat habis. Next time kalau jumpa yang pink, harus Momoy sambar cepat-cepat.




Pink - Orange - Cherry



Marilah jadi awek Korea dengan tint lip balm!
Ahaks ~



25 May 2013

Kesan SNE Beautskin Essence pada diri saya selepas 6 bulan


Assalamualaikum kawan-kawan.

Wah. Lama betul nak keluarkan testimoni SNE Beautskin Essence ni. Dulu janji empat bulan consume beautskin nak review. Konon. Tapi dah setengah tahun baru nak review. Haha. Tapi apa pun Momoy tunaikan janji Momoy biarpun lambat. Maaf ye sayang-sayang semua.


Yang hantar email dan bertanya review beautskin ni, inilah dia. Tapi sebelum tu, entri pengenalan Beautskin (BE) tu boleh baca SINI dan SINI.



Atas | SNE kapsul
Kiri | SNE Excel Tea
Kanan | SNE beautskin



Ini cara Momoy amalkan setiap hari iaitu 2 biji pagi SNE kapsul dan 2 biji BE sebelah malam. Excel Tea pula 1 sachet untuk seminggu. Minum air suam dan air masak 3 liter. Harus tahu yang Momoy tak ambil minuman berais dan yang ada kafein. Coklat, nescafe, kopi, teh, milo dan air berkabonat memang tak sentuh langsung (actually minuman berkafein dan berais ni dah 3 tahun tak minum). 


Jadi kalau ke kedai makan, hanya order susu suam, barli suam atau sunquick susu suam SAHAJA. Cuma sesekali kalau teringin air lain macam air yogurt, cool blog atau milk shake barulah ada ais. Tapi itu pun jarangggg... (tengok banyak huruf tu nak mengatakan memang susah la nak ambil).


Panjang betul mukadimah. Hehe. Jadi nak tahu tindak balas pada specimen ini *tunjuk-tunjuk diri sendiri* Sila lah baca dengan kusyuk.


3 hari pertama ambil SNE dan Beautskin, Momoy rasa letih dan mengantuk di awal hari. Gila. Tapi yang best sistem perkumuhan memang lancar dan lawas awal-awal pagi tanpa ada rasa sakit perut ke memulas ke apa. Yang ni memang terasa seronok sebab Momoy ada masalah nak membuang. Haha.



Sebelum BE 

Sebelum BE 



Hari ke 7 dengan SNE dan BE. Rasa mengantuk tu dah tak ada lagi. Momoy dapat rasakan kulit makin lembap dan semakin lembut seperti pakai losyen. Tapi Momoy still pakai losyen cuma dalam kuantiti sedikit saja lah.


Selepas consume SNE dan BE selama 2 minggu, kulit muka memang nampak ada perubahan. Lebih lembap. Jerawat tak berapa nak naik. Selalunya time Turnaround macam tu, muka Momoy senang naik jerawat sebab kerja Momoy yang hyper stress dan keadaan tempat kerja Momoy. 



Selepas BE 2 minggu - pori-pori mengecil sedikit



Sebulan makan beautskin ni, kulit muka memang bersih. Jerawat susah nak tumbuh tapi jerawat dalam kulit tetap tak hilang. Kulit muka jadi merah-merah. Momoy tak tahu sebab beautskin atau sebab kerja Momoy. Kulit lembap. 


Dua bulan ber-beautskin, keadaan kulit muka ada perubahan. Diri sendiri rasa macam sihat. Mungkin perasaan diri sendiri sebab makan supplement mahal. Agaknya lah. Haha. Waktu ni dah start consume sekali dengan Excel Tea. 




Bulan keempat BE - pipi pinkish-pinkish



Momoy start consume supplement ni awal December 2012 hinggalah sekarang. Malas nak tulis kronologi jadi Momoy point kan kesan yang terjadi pada Momoy dengan ringkas. Senang untuk kawan-kawan baca (juga sebab Momoy penat menaip ni). 


Jadi selama 6 bulan mendisiplinkan diri dengan SNE kapsul, beautskin essence dan excet tea inilah kesannya pada diri Momoy:-


  • Mengantuk dan letih (hanya 3 hari pertama). Sabar sajalah. Dah la time tu kerja banyak.
  • Pengunaan lotion dah kurang sebab kulit badan lembap dan lembut seperti pakai lotion.
  • Sistem perkumuhan lebih baik. Dapat buang toksik dalam badan adalah bagus. 
  • Kitaran haid pun dah makin baik. Dahulu 2 atau 3 bulan susah datang bulan.
  • Tetap senggugut tapi dah tak teruk macam dulu yang muntah-muntah sampai lembik dan berguling-guling tahan sakit TT
  • Muka semualajadi jadi pinkish-pinkish macam pakai blusher !
  • Yang ni best. Iaitu kesan pada pinggul. Dulu punggung leper sangat tapi sekarang dah agak berisi di situ *blushing. Baru la confident sikit nak pakai seluar slack. 
  • Pertambahan berat badan yang ideal. Sebenarnya tak menduga pun berat Momoy boleh bertambah. Lama dah kot try makan itu itu untuk gemuk tapi tak berjaya. Tak percaya pula bila consume SNE dan BE ni badan Momoy sedikit berisi. Berat dulu 43 kg. Sekarang 50 kg dengan tinggi 160cm. Usaha nak tambah 3kg lagi. Gambatte !


Itu kesan positif yang Momoy dapat SNE ni. Jujurnya Momoy lebih suka SNE kapsul dari beauskin. Memula kunyah SNE kapsul memang tak sedap, tapi lama-lama rasa manis. Petanda baik lah tu kan. Konon.


Tapi macam mana suka pun Momoy dengan supplement ni, untuk excel tea Momoy hanya ambil 1 sachet saja seminggu. Satu sebab saja kenapa, sebab Momoy tak nak kurusssssss dan excel tea tu boleh menguruskan. Momoy agak happy sebab sekarang dah sedikit berisi dan bukan papan lapis lagi. Tak nak jadi macam Scha Alyahya yang kurus sangat sekarang.


Tabah minum excel tea tanpa gula. Huhu



Mesti ada yang tanya, dah jadi macam Adira ke? Momoy dah consume 6 bulan dengan gigih tapi apa yang Momoy boleh katakan... tona kulit tak berubah pun. TAK PUTIH PUN !

Hairan juga macam mana ada yang bagi testi kulit dah putih bila consume 2 bulan. Yang sebulan saja pun ada. Isk isk. Sama ada sistem badan dan darah Momoy susah nak 'menjadi' atau cerita boleh putih ni sengaja digembur-gemburkan untuk lariskan produk. 


Jadi, testimonial lain yang kata dah putih dalam sebulan dua ni Momoy tak percaya tapi kalau kulit muka berubah jadi semakin bersih tu Momoy percaya. Jadi, sesiapa yang berniat nak jadi klon Adira dalam masa dua ke empat bulan, lupakan saja. Takut nanti kecewa sebab produk SNE agak mahal. Mungkin memang boleh putih tapi ambil masa laa sebab ada yang dah berjaya kan.  


So, dah tak putih adakah Momoy nak terus consume SNE dan beautskin lagi ke? Momoy akan teruskan juga. Kali ni bukan dengan harapan nak putih tapi sebab nak maintain berisi ! Pulak!  Bila makan beautskin ni pertumbuhan jerawat still ada tapi terkawal. Nanti cukup setahun Momoy review lagi ok. 




Selepas BE 6 bulan - Kulit sekarang



Ada sesiapa tak kat sini yang consume BE ? Berkesan ke tidak pada diri kawan-kawan. Jom share.



P/s: Semua gambar untuk testimoni ni tidak memakai sebarang make up even bedak dan memang tujuan diambil untuk direview. Momoy hanya pengguna, BUKAN penjual atau disponsor. Heheh.


P/s: GA masih lagi berjalan. Cuma tiada masa nak promote. Yang nak kain pasang chiffon, bag Mac Jacobs dan Korean skincare Yadah boleh klik banner di bawah. 



MOMOY blogirl's GA (1) link : http://www.momoy-blogirl.blogspot.com/2013/04/zone-barangan-percuma.html photo MOMOYblogirlsGA_zpsd6c75716.gif




07 May 2013

Cerita malan pilihan raya PRU 13

Assalamualaikum.

Cerita ni pada malam pilihan raya PRU 13. Baru ada mood menaip. Mih mih. Biarlah Ini kalilah atau lain kalilah. Tapi kali ini, Momoy dan kawan lama, Jeanifer Lopez Mang budak Sarawak lepak kat Mesra Mall. Cuti kennnn. 


Kenal sebulan waktu mula-mula Momoy kerja di Terengganu ni sebelum dia pindah ke plant lain. Dan nak jadi cerita, lepas 4 tahun jumpa semula. Kami bekerja di plant yang sama sekarang tau. Hihi. 


Kami ke Mesra Mall, Kemasik beli tiket wayang dulu. Pilih Iron Man 3 (3D) sebab Jean tak tengok lagi. Momoy ? Masuk ni dah kali keempat. Fuhh... Tak kisah pun tengok banyak kali sebab filem ni besttt. 


Wayang lambat lagi, jadi seterusnya adalah 'aktiviti membesarkan perut di Pizza Hut sambil bergosip'. Itu ajelah kerja orang perempuan kan. Eh. Lelaki pun sama apa ^^ Baiklah. Bergambar dulu sebelum makan.




Ini gambar tuan belog. Hihi. Tengok tangan tuu. Mak ai dah macam jantan. Haha.

Ini pula Jeanifer yang sweet giteww. Peace yo!



Dan, inilah pula kalori yang berjaya masuk dalam perut kami. Tahniah wahai sang perut *tepuk-tepuk perut.





Kalori Jean

Kalori Momoy

Kalori bersama. Phewwww *kipas rambut ke belakang

Milk shake strawbery Momoy punya

Chicken soup perisa sabun



Lepas makan buat apa? Lepas makan, tengok wayang laaa... Itu saja cerita malam pilihan raya. Sekian...


Eh. Kejap. Siapa tak join lagi giveaway boleh klik SINI dan untuk senarai peserta boleh klik SINI. Okay daa...


MOMOY blogirl's GA (1) link : http://www.momoy-blogirl.blogspot.com/2013/04/zone-barangan-percuma.html photo MOMOYblogirlsGA_zpsd6c75716.gif

04 May 2013

Hunting for PEPLUM !


Assalamualaikum kawan-kawan.


Satu dunia kot sekarang ni tengah demam peplum ! Kembali semula ke zaman Saloma. Hik. Mana-mana saja Momoy pergi (even dalam dunia blog) mesti  peplum, peplum, peplum. Ada macam-macam jenis design. Tapi yang Momoy berkenan peplum jenis sleeveless mini peplum dress atau mini peplum skirt. Lagi-lagi yang warna terang. Cun sangat !





Fuhhh sleeveless mini peplum dress. Gorgeous ! -source


Tak mampu pakai sebab kaki ghumuk angkara safety shoes.
Yang mampu hanya lihat saja. Theehehe - source.




Momoy suka tengok orang pakai tapi Momoy sendiri tak suka peplum. Entah. Lama juga Momoy searching peplum. Kot-kot ada yang berkenan dan terbuka hati nak try. Gilaa, fesyen tengah 'in' kot dan Momoy sehelai peplum pun tak ada dalam wardrobe. Oh. Tidak.


Peplum ? Nak, nak, nak ! Tapi nak cari menarik dan terletak cantik di badan (mata tengok semua cantik) susah oo. Labuh sangat lah. Ketat sangat la. Design cantik tapi tak suka dengan materialnya pula. Potongan cantik tapi details nampak serabut pula. Alahai. Bikin stress aja.


Bila dah give up untuk hunting peplum, tiba-tiba terjumpa satu album penuh peplum-mempeplum ni (menangis cikgu BM kalau baca ayat ni). Tapi Momoy memang berkenan dengan satu peplum ni. Sebab cutting dan material dia cantik. Lace lagi. Romantik dan girlish sangat-sangat. Wink wink  (^__________^)



Hoh. Dah ada peplum ni baru la tak rasa jeles pada wanita-wanita lain =) Sebelum ni tak la jeles, cuma terasa  nak gunting je ropol-ropol bila tengok awek lalu lalang tayang peplum. Haip. Okay. Ini peplum yang Momoy dimaksudkan.




Jatuh cinta bila tengok gambar ni. Fully lace dan cutting peplum yang cantik. Terus order.

Mine. Perfect ! 

Close up lace. Lining sebelah dalam kain satin. 



Baru saja try. Cutting memang superb. Tetiba saja berubah jadi gegirl. Uhuk. Tapi fully lace yang lembut ni tak sesuai dipakai oleh orang yang fussy atau ibu muda yang ada baby kecil. 



Oh. Jika kawan-kawan gila peplum, Momoy suggest cuba tengok-tengok di FB ni. Mesti ada yang tertarik. Baju lain pun banyak juga. Cantik-cantik dan ready stock. Means tak perlu la tertunggu-tunggu. Momoy rembat 4 items dari situ. Hari ni cuma nak cerita tentang peplum jer. Nanti Momoy share di entry lain ye.


Untuk pencinta peplum, boleh terus klik Special Album - Just Peplum
Facebook : https://www.facebook.com/melmelbusiness

02 May 2013

Senarai blogger yang gorgeous, hot dan spicy di Malaysia !


Assalamualaikum.


Mereka adalah blogger yang gorgeous, hot dan spicy yang bakal membawa pulang ganjaran bernilai RM 400 ribu. Kawan-kawan nak tahu bagaimana mereka ini boleh terpilih? Atau kawan-kawan berminat untuk mencuba? Boleh KLIK SINI.


Bagi yang dah join, Momoy ucapkan terima kasih atas sokongan kawan-kawan. Di bawah ni senarai peserta-peserta. Cuba check ye kot-kot ada yang tertinggal bas, boleh inform Momoy. Yang mana ada remarks warna MERAH maknanya tak ikut syarat. Cecepat betulkan semula sebelum GA tamat iaitu pada 15 June 2013 tau.


Thank you and all the best for gorgeous-gorgeous sekalian !


SENARAI BLOGGER GORGEOUS itu
Update | 16 June 2013

001. Percubaan pertama by dear Nana Liena OK
002. Love Giveaway by Momoy Blogirl by sis Mia Liana OK
003. Ready to impress, whoa-oh~ I like the show, oh oh~ by dear Gina OK
004. Lovely Giveway by Momoy blogirl by dear Eyma su OK
005. Lovely Giveaway by Momoy blogirl by dear Dianaa OK

006. Zone barangan percuma by dear annur islam (1 dislike tak ada) 
007. Lovely giveaway by Momoy blogirl by dear Aimi Rahim (email tak ada)
008. Lovely giveaway by Momoy blogirl by dear Aleasara OK
009. 1st GA by Zone barangan percuma by dear bob OK
010. Zone barangan percuma a.k.a giveaway by dear Tulip Merah (2 like dan email tak ada)

011. Lovely Giveaway by Momoy blogirl by bro Tirana Aduka OK
012. Zone barangan percuma by dear Fie (2 like, 2 dislike dan email tak ada)
013. Zone barangan percuma by dear Iehah Farihah (email tak ada)
014. #1st Giveaway by dear Quennka Ballerina OK
015. First Giveaway by Momoy by dear Norminieza OK
016. Momoy blogirl awesome giveaway by dear Husna OK

017. Suka cakap tak suka cakap suka. EHH ? by dear Aishah Abdullah OK
018. Super Duper Giveaway by Momoy Cute Girl by Lady Hanna OK
019. Zone barangan percuma a.k.a giveaway by Momoy by dear cik echa ell OK
020. Zone barangan percuma yang awesome by Momoy by dear lien lied OK



E.N.D 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...