.::: MOMOY blogirl :::.: April 2013

28 April 2013

Zone barangan percuma


Assalamualaikum kawan-kawan.

Selamat datang ke zone barangan percuma a.k.a giveaway
Akhirnya giveaway pertama momoy untuk meraikan anniversary blog. Yay  (≧ ▽ ≦) 
Momoy tahu blog ini sooo boringgg tapi Momoy nak ucapkan terima kasih sebab sentiasa support blog picisan Momoy ni. Terharu sangat  (T ▽ T)


 MOMOY blogirl's GA (1) photo MOMOYblogirlsGA_zpsd6c75716.gif



Hanya seorang pemenang akan dipilih dalam GA ini oleh Momoy sendiri yang Momoy rasakan menarik dan jujur. Dan, setelah berfikir dengan teliti selama seminggu ni. Ewah. So inilah giveaway dari Momoy yang baik hati (mata ke atas). Hew hew. 



Korean skincare Yadah Vitamin range travel set :
Yadah brightening mask pack
Yadah brightening ampoule
Yadah cleaning nose pack mask
Yadah sun cream spf 40/ PA++
Yadah BB cream spf 20/ PA ++
Yadah vitamin emulsion
Yadah vitamin toner

Kain pasang chiffon bersulam eksklusif (high material)
Boleh hantar tempah untuk pakai raya nanti (^ ▽ ^) ❤


1 set multi purpose bag dari Marc Jacobs (Authentic)
Hitam tu boleh isi makeup atau jadikan purse- isi duit, kad ATM, kad gores dulu bayar kemudian dan dokumen-dokumen penting.
Merah tu boleh isi handphone, duit kertas atau duit syiling.

Momoy dah order bag ni dari oversea. 2 set. 1 set lagi untuk Momoy. Hehe. Tunggu sampai sebulan++ lagi. Jadi actual gambar tak dapat attach tapi percayalah ianya sangat va va voom sebab ianya Marc Jacobs (^ ▽ ^) ❤



Momoy harap kawan-kawan suka akan giveaway yang Momoy sediakan ni. Macam mana nak menang? Syaratnya mudah jer tapi baca dengan teliti yer.


CARA untuk join

  • Tulis 2 perkara yang kawan-kawan SUKA dan TAK SUKA tentang blog ni. (Simple sentence sahaja pun boleh).
  • TAJUK entri bebas. Ikut kreativiti masing-masing.

SYARAT-SYARAT penyertaan
  • Terbuka untuk Malaysian sahaja.
  • Boleh follow blog ni jika suka. 
  • Tepek banner giveaway di atas dalam entri blog beserta link. Tepek di sidebar dialu-alukan.
  • Beri link entri penyertaan dan email di kotak komen di bawah entri ini.
  • Pemenang diberi tempoh 3 hari untuk respon (melalui email) selepas keputusan diumumkan. Jika tidak, pemenang lain akan dipilih. Keputusan muktamad.
  • Tarikh tutup giveaway: 15 Jun 2013 CLOSE


Good luck pada semua dan terima kasih sudi join giveaway ni !


Senarai peserta boleh klik SINI


14 April 2013

Kembali...

Assalamualaikum sahabat.

Setelah sekian lama Momoy menghilang dari dunia blog, ada tak yang rindukan Momoy ? Tolong, tolong, tolonglah katakan "ye" biar pun menipu. Uhuk.


Tempoh Turnaround sudah tamat semalam. Memang letih sangat-sangat. Badan dan otak rasa tepu dan hang semacam je. Seperti entri-entri sebelum ni, bila Momoy kata Momoy akan super duper busy, Momoy really mean it. 


Dah setengah tahun tak rasa cuti on weekend. Dan Turnaround (TA) kali ni betul-betul mencabar mental fizikal Momoy. Tambah dengan perangai PETRONAS yang banyak songeh. Huhu. 


Korang tahu, Momoy balik kerja pukul 12 mlm. Pukul 4 pagi sudah terpacak di plant. Hari-hari ye. Non-stop! Tapi, Alhamdulillah TA kali ni tiada kematian. Semua selamat. Syukur Ya-ALLAH. Cuma beberapa kes accident tu biasa lah. 



Gambar tiada kena-mengena. Cuma nak bagitahu hunting for mullet skirt ni akan diteruskan semula. mihmih ^^
Pic Source: tumblr



Okay. Momoy rindu giler pada comfy bed, blog dan of course pada kawan-kawan blogger. Huhu. Biasalah, bila start TA kami semua bagaikan terputus dengan dunia luar. Handset baru di 'on' kan setelah beberapa bulan 'off'. Rupanya, sepanjang masa Momoy berperang, Malaysia juga berperang. Kes pencerobohan di Lahad Datu tu pun baru tahu setelah berapa lama terjadi. Itu pun kawan yang ceritakan.


Setelah berbulan-bulan hypertension dan hampir 90% tak waras, Momoy terapikan diri dengan shopping. Entah. Tak tahu macam mana shopping tu boleh jadi terapi sebab duit pun habis juga. Muahaha. 



Blogwalking kejap dan terjumpa GA ni dari blog dear dysha. Jom la join. Sempat lagi nih. 
Klik banner untuk enter.



Belek-belek blog, Momoy perasan yang anniversary blog dah 1 tahun (elee... itu pun nak kecoh) Terlepas nak celebrate (T___T) Tapi tak apa, Momoy tetap nak celebrate juga. Urm... macam mana kalau Momoy buat giveaway? Ada tak yang nak join? Ada cadangan GA apa yang hendak diberi? Silalah komen =)
 

UPDATE : Okay. GA pertama dari Momoy. Harap berjaya dengan hendakNYA. Amin. Klik SINI untuk join.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...