.::: MOMOY blogirl :::.: March 2013

05 March 2013

Pendapat Momoy tentang BEDAK ARAB


Asslamualaikum semua.

Hari ni nak review tentang Kokuryu Super Summer Cake atau nama mudahnya bedak Arab. Dah lama kot blogger-blogger dok kapochi tentang bedak Arab ni cuma Momoy je yang tak nak ambil tahu.


Dipendekkan cerita Momoy beli bedak Arab ni lepas termakan godaan Kakak Kulit Cantik !. Kakak Kulit Cantik yang jual tu kata bedak ni ringan, tak comot bila berpeluh dan boleh bawa solat. Tapi was-was juga sebab Momoy ni cerewet. Orang yang lahir bulan 9 memang cerewet ye (Prof. Dr Fadhilah Kamsah pun kata begitu). 


Momoy tengok warna Russet yang di suggest oleh Kakak Kulit Cantik tu agak gelap bagi Momoy. Tapi dia kata, "Russet ni sesuai dengan kulit orang Asia dan semua jenis warna kulit, sayang". Boleh kot cuba, asalkan bedak Arab tu tak melepung seketul kat muka Momoy macam make up pengantin.


Selepas mencuba, apa yang boleh Momoy simpulkan adalah bedak Arab ni hanya sesuai dipakai dalam keadaan muka togel. Maksud Momoy dipakai secara individu sahaja baru nampak cantik. Jerawat tak hilang tapi dikaburkan.



Walaupun packaging nya huduh tapi ia tetap glamour di kalangan para wanita sejagat. Apa Momoy merepek ni.



Sebab Momoy dah biasa pakai Myracle Beauty Collagen Spray, kemudian krim siang Aura Maya dan sun protector sebelum pakai bedak. Jadi bedak Arab tu nampak tak rata. Bercapuk. Yela. Mana-mana sunblock kan tetap oily biarpun sedikit. Jadi, bila pakai bedak Arab tu tak dapat la kesan smooth yang sering digembur-gemburkan itu.


Jadi, Momoy decide pakai waktu malam sahaja bila keluar makan malam atau tapau. Boleh dipuji bedak tu buat kulit muka nampak gebu dan tahan lama tapi (tetap ada tapi tu) kulit muka tetap berminyak cuma kurang la.



Warna Russet
Cara pakai: Basah span, perah dan dap-dapkan bedak di wajah 



Bagi Momoy bedak Arab ni biasa-biasa saja. Mungkin sebab Momoy tak dapat nak pakai lepas tepek sun protector. Jadi Momoy prefer bedak baby Johnson & Johnson saja seperti biasa (lepas pakai Aura Maya skincare ini sajalah bedak Momoy. Jimat!) 


Kulit muka Momoy jenis cerah dan merah-kemerahan sikit (cerah ye bukan putih okay). Bila pakai nampak gelap pula (T__T) Terpaksa pula tepek banyak sikit untuk biarkan ia gelap sama rata (hilangkan merah-merah).


Apa yang Momoy suka:

  • Tahan lama
  • Bau wangi yang mild
  • Tak comot. Lap dengan tisu tak berbekas.
  • Rata dan smooth
  • Kulit nampak gebu
  • Tak perlu pakai foundation
  • Boleh pakai time solat


Apa yang Momoy TAK suka:

  • Bercapuk bila pakai bersama sunblock
  • Warna Russet buat kulit Momoy sedikit gelap
  • Berminyak tapi tak keterlaluan
  • Nak storage susah sebab span tak boleh simpan dalam bekas bedak
  • Tak ada cermin
  • Kena cari sumber air setiap kali nak guna (untuk basahkan span).


Apakah Momoy akan beli lagi? Mungkin. Tapi warna lain yang sedikit cerah dan sesuai dengan Momoy. Warna Cherry untuk kulit cerah mungkin. Momoy tak jual bedak Arab ni, kalau ada sesiapa berminat nak mencuba boleh google jer. Ramai kot dealer yang jual bedak ni kat Facebook dan blog cuma pandai-pandai la pilih harga yang murah dan munasabah okay.



Pengakhiran entri mestilah tepek gambar sendiri. 
Bedak Arab + lip balm = Ready untuk tapau char kuey tiaw

Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...