.::: MOMOY blogirl :::.: November 2012

24 November 2012

Lip balm | Benda yang Momoy tabsub !


Assalamualaikum sahabat dan readers.


Momoy sebenarnya sangat fanatik dengan lip balm. Banyak brand dan jenis lip balm Momoy ada. Rasanya, dah ada dekat 8 batang lip balm. Banyak tak?


Semua tempat, wajib jumpa lip balm Momoy. Dalam bekas pensil, meja study, beg lappy, kereta, handbag dan macam-macam la. Pendek kata, memang tak boleh hidup tanpa lip balm !


Remember Momoy pernah review giant lip balm dari Reese? Yang terbaru, Momoy baru sahaja beli benda alah ni semalam.




Putih | Lip ice
Pink | Lip treat

Comel giler packaging =)

Lip Ice Mentholatum
Lip balm sunscreen protection 
strawberry flavor
SPF 15



Lip ice paling lama Momoy guna. Selalu beli perisa lemon. Tapi kali ni nak try strawberry pula. Suka lip ice sebab sejuk dan lembap je bibir. Tapi jujur cakap, yang lemon lagi best dari strawberry.


Bila tengok lip balm ni di Watson, terus screaming excitedly ! PINKKKK ! Sooo girlie kan. 



IN2IT Lip Treat
SPF 20 PA++ with DPHP
strawberry flavor



Terlebih excited sebab lip balm ni ada DPHP. Teringat ada produk Jepun untuk skincare yang ada DPHP. Macam kulit baby. Ada 4 warna tapi Momoy pilih yang sofy pink. Nampak lembap-lembap dan pink yang natural.


Momoy kalau keluar jalan, terlupa bawa lipstick tak apa lagi. Tapi kalau lupa bawa lip balm, sanggup patah balik. Sangat tak suka bila bibir tak lembap, terasa kering. 


Bibir Momoy lembut. Siapa nak kiss kiss ~



MOOD: Tengok Hanis Zalikha dalam Mariam Kampung Putat

17 November 2012

Nak jadi apa?


Assalamualaikum sahabat.

Rindunya nak blogging. Bila tinggal belog lama-lama, rasa pelik sangat. Sumimasen mina. Maaf lama tak ber-blogwalking ya. 


Oh yeah, semalam adalah pengajaran penting dalam hidup Momoy. Sampai bila-bila kot akan terkesan. Waa. Apa nak buat ni? Sampai rumah, terus google.


Semalaman, cari maklumat tentang keyakinan diri, tips pengurusan masa yang betul, cara tanggani stress dalam kerjaya dan maklumat lain yang penting dalam hidup manusia. Eceh. Senyum cikgu Bahasa Melayu Momoy kalau baca nih. 



PREVIOUS button - sesekali toleh ke belakang, sebagai pengajaran untuk masa depan.
PAUSE button - berhenti sekejap dan lihat sekeliling. 
PLAY button - terus bergerak ke hadapan. Gambatte Momoy !!



Oh. 3 minggu ini, Momoy dah bangun seawal 5 pagi. Sekarang dah jadi rutin harian Momoy. Kena disiplin untuk berjaya dan siapkan diri


Apa-apa pun, Momoy need to manage the next few months (until April) with great courage and strengthYa ALLAH, hanya Kamu yang mampu menolong aku. Aku akan melakukan yang terbaik dan aku berserah kepadaMu ya ALLAH. Amin.


Mood pagi ni terfikir bila dapat SMS ringkas. Ni haa SMS tu. 


"PENDAFTARAN tahun baru 2013"

1.   Jadi Kekasih
2.   Jadi kawan = 6
3.   Jadi kawan mengadu perasaan = 2
4.   Jadi kakak angkat = 2
5.   Jadi adik angkat = 2
6.   Jadi KEKASIH selamanya
7.   Jadi orang yang special = 1
8.   Jadi musuh
9.   Jadi TMM (teman tapi mesra)  = 4
10. Jadi sahabat sejati = 4
11. Jadi skandal 1
Update as of 24 Nov 2012

Skandal pun ada juga. Haha. Jadi, kawan-kawan nak daftar jadi apa untuk Momoy ??? Sila-silalah komen. Nanti Momoy counting eyh. Haha.


13 November 2012

Tips wangikan bilik tidur dan tandas


Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.

Satu lagi sikap Momoy yang tak boleh diubah ialah Momoy suka benda-benda yang wangi ! Maka, tempat peribadi (bilik tidur) mestilah senantiasa berbau harum. Kerja Momoy sangat stress dan hyper tension so bilik memang tempat paling relax bagi Momoy


Dah penat bekerja memang nak lepak bilik saja. Lagi tambah best bila bilik sentiasa berbau harum, terapi juga tu. Tak payah nak pergi spa-spa bagai, di bilik saja dah cukup. 


Petua orang dulu-dulu letak daun pandan atau kulit limau (atau lemon) dalam bilik. Oh. Siapa pernah buat? Okay. Bagaimana pula cara Momoy wangikan bilik tidur Momoy? Dekat sikit. Nak bagitahu rahsia ni.


Tadaaa...


Oil perfume 



Pernah lihat kan botol macam ni? Kat Jaya Jusco atau kedai hiasan banyak jual. Tapi Momoy ni jenis kedekut so beli banyak-banyak di kedai RM 5 sahaja. Jadi, selepas entri ini boleh ramai-ramai serbu kedai RM 5.


Momoy suka bau baked biskut jadi pilihan Momoy bau vanilla. Cara nak guna pun mudah. Paling penting bau tahan lama tapi murah. Boleh kata setiap penjuru bilik, meja dan bilik air wajib jumpa benda alah ni. Best tau bila blogging bau biskut. Nyam nyam...


Pada bahagian dalam almari pula, Momoy gantung scented sachet bau bunga-bungaan. Sebenarnya, di setiap laci pun Momoy letak benda tu. Momoy suka bau wangi bila almari atau laci dibuka.



Sekali beli sampai 10 paket. Murah je. RM 2 satu di kedai hiasan English. Cantik. 
Boleh buat sebagai deco juga.



Momoy juga letak scented sachet ni dalam sarung bantal supaya tidur lebih nyenyak, berkualiti dan relaxing. Ewah.


Haha... ramai yang pelik kenapa setiap kali Momoy keluarkan laptop ada bau rose =)
Rahsianya... Momoy letakkan scented sachet dalam bag laptop dan handbag. Biarpun Momoy perangai ganas tapi feminine side tu tetap ada wokeh. Eh. Momoy pun perempuan lah. 




Berbaloi beli jenis ni sebab baunya merebak ke setiap ruang bilik. 
Untuk deco pun cantik.



Banyak lagi cara untuk wangikan bilik. Tapi 3 items tu memang WAJIB ada dalam bilik Momoy


Ada satu cara lagi yang paling senang tapi dah Momoy haramkan. Dulu Momoy guna cara ni. Pernah suatu malam yang sunyi sepi, terdengar bunyi ssyyyy...sssyyy... pastu menusuk hidung bau wangi. Alamak. Momoy dah menggigil takut. Esok pagi baru teringat Momoy ada letak automatic air refresher dalam bilik. Ceh.


Okay. Selamat mencuba!



Miliki kulit cantik | Harga mampu milik




10 November 2012

Sumimasen


Assalamualaikum kawan-kawan.

Entri kontot. Masa terhad. Jadi, Momoy nak minta maaf banyak-banyak KALAU


Kalau SMS "Hi, watpe" dan tunggu punya tunggu tapi Momoy tak balas-balas. Sumimasen. Momoy balas sebenarnya "Momoy super duper sibuk tahu"  tapi dalam hati sahaja *sigh. 


Kalau berdiri tepi Momoy, tapi Momoy jalan laju macam lipas tak pandang kiri kanan. Sumimasen. Momoy dah tak nampak orang cuma nampak kerja sahaja. Siapa suruh kerja bidang ni. Blame diri sendiri.


Kalau nampak Momoy berdezupp berdezapp di jalan raya. 70 km/j tapi my Babyboo maintain 120 km/j. Tiba-tiba sahaja Momoy menjadi driver terhebat biarpun huruf 'P' bukan main besar tepek di sudut kiri Babyboo. Sumimasen. Kerana Momoy terpaksa rushing dari Paka (Terengganu) ke Gebeng (Pahang) ulang alik hari-hari. Sedang cari hotel atau chalet kat Cherating. Harap-harap penderitaan ini berakhir. Boleh release tension. Balik kerja terus terjun dalam swimming pool. Lepak hotel 5 star selama 6 bulan, siapa tak nak ?



Yes. Momoy tahu. Every second Momoy are dealing with hazard and death. 
But best job ever, love it so much =)  



Kalau tiba-tiba Momoy blur, blank atau hang. Sumimasen. Momoy dah start semula tido 2-3 jam sahaja sekarang ni hingga bulan April tahun depan. Waaa... miss my bantal !


Dan... Sumimasen kalau-kalau Momoy tak punya masa berblogging lagi !



Sumimasen (Japanese) = Minta maaf (Malay)


Pic Kredit  


07 November 2012

Handbag baru saya



Assalamualaikum kawan-kawan.

Memang dah lama nak cari handbag. Sebab dalam gerobok, hobo bag memang berderet-deret. Senang kalau ada acara formal atau kenduri kahwin. 


Sebelum mencari bag atau kasut di mana-mana kedai atau butik, Momoy wajib jenguk Vincci dahulu. Priority pada membership card dulu.  Kalau tak berkenan baru pindah ke Charles & Keith atau butik lain. 



Handbag baru dari Vincci

Spot handbag ni sebab ada chain, wild dan good design and workmanship. 



Ok. Sebijik macam handbag Charles & Keith. Cuma warna dan key chain tu je lain. Yang lain totally sama. Time tengok handbag ni, memang dah meronta-ronta nak. Ini lah habit buruk Momoy. Kalau dah berkenan, tapi tak ada diskaun tetap nak beli juga. Dapat la diskaun 10% sebab member



L O V E

Selalu beli handbag, ciri-ciri tali yang kukuh selalu keutamaan Momoy. 

Cantik tak?



Tak rugi beli sebab kualiti sangat super. Suka sangat. Sooo rock chic. Overall, memang puas hati. Oh ya. Momoy ada beli Mango MNG tote bag  dari MyDeal. Dah dapat nanti Momoy update ye. 


Update : Mango MNG tote bag 


03 November 2012

The reason why I love Terengganu !


Assalamualaikum semua.

Kadang-kadang kawan Momoy akan tanya, "Best ke kerja kat Terengganu ?" ; "Tak balik KL ke minggu ni?" Sorryyyy. Momoy balik jika ada perayaan yang besar-besar sahaja di Malaysia. 


Ada apa di Terengganu ? Best ke di Terengganu ? Eh. Mestilah best. Sebab di Terengganu ada Momoyyyyy ! Momoy suka kerja di sini sebab sini ada banyak pantai yang sangat awesome. Hari-hari boleh jalan-jalan dan makan-makan keropok lekor. 


Hari ini aktiviti riadah Momoy adalah bakar daging. Actually, tak ada la plan nak bakar daging di pantai. Cuma bila lihat bulan mengambang cantik, terfikir 'best juga kalau bakar daging sambil tengok laut'. Ewahh. Romantik gitu.



Prepare tempat bakar dulu 

Tengok tu, sungguh-sungguh nak makan bakar daging.. Siap singgah kedai cari arang dan berjenis-jenis sos lagi.

Bau daging bakar dah menusup hidung ni.

Hampir nak hangit bahagian atas. Sebab tukang bakar sibuk nak jadi 
tukang ambil gambar =.=



Angin, pantai dan laut sangat cantik. Tapi maaf tak ada DSLR jadi tak dapat nak snap tunjuk pada kawan-kawan. Jadi, sila imagine pemandangan pantai waktu malam saja ye. Muahaha.



Tu diaa. Tukang bakar daging balik dari ofis tak mandi lagi ! Eh salah. Muka happy lepas makan daging bakar. Cover cover  =)



Godek-godek lagi dan jumpa gambar ni. Ini juga aktiviti Momoy kalau boring-boring di waktu petang. 



Tadaa. Blogging di pantai.
IKLAN: Sesiapa yang mau dating dengan saya, sediakan vanilla dan coklat blog ye. Eh. 



Best tak. Best tak. Jom pergi Terengganu !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...