.::: MOMOY blogirl :::.: October 2012

31 October 2012

Perfume hujung tahun


Assalamualaikum kawan-kawan.

Momoy do love perfume ye. Selepas mandi dan sebelum masuk tidur, wajib sembur-sembur perfume. Tapi setahun hanya akan beli 3 atau 4 perfumes sahaja. Perfume untuk hujung tahun  Momoy adalah Burberry Brit Red. Thankyouuuuu bapa sedara Himawari yang comel !!!


Memang gila weh time nih. Yang ada dalam kepala nak perfume baru dan bau vanilla. Sebab current perfume [Baby Doll YSL] dah tinggal berapa titik. Burberry Brit Red ni jujurnya tak pernah pun cium baunya. Gamble je nak try.



Merah ang ang. 



Apa yang boleh Momoy kata bila first dapat perfume ni. Botol dah boleh agak signature Burberry mestilah simple dan belang-belang. Nampak ekslusif. Dari segi harga pula. Reasonable. RM 180 bagi 50 ml.


Burberry Brit Red Limited Edition EDP perfume review :

Brit Red ni mempunyai notes of green mandarin, rhubarb, gingerbread, jasmine, rose, vanilla, patchouli, benzoin, sandalwood and vanilla bean. Top note adalah sweet citrus tapi Momoy tak bau manis pun. Tapi lebih kepada bau spicy gingerbread notes yang agak kuat. 


Baunya lama-lamaan akan pudar dan berbau bunga-bungaan seperti bau ros. Ada juga berbau manis tapi bukan bau vanilla. Momoy tertunggu-tunggu vanilla scent tapi hingga penghujung hanya bau kayuan yang lembut. Mungkin ada vanilla di base note tapi mungkin ditenggelami oleh bau softer wood yang sedap. 



Mood merah =)



Burberry Brit Red Limited Edition. Tapi Momoy tak jumpa apa-apa yang unik tentang Brit Red ni. Sebab tu la bila pakai perfume baru, tak ada pun orang kat office yang tegur =.=


Bila pakai Burberry ni, momoy prefer sembur di pergelangan tangan kanan. Lebih sweet baunya compare dari tangan kiri. Apa ideologinya Momoy pun tak tahu. Pendapat Momoy, perfume ni lebih sesuai guna waktu malam. Rasa seksi kot.



Perfume hujung tahun 2012 Momoy



Overall, baunya so so sahaja. Masih lagi hunting perfume baru yang sesuai dengan diri Momoy. Tapi belum sedia lagi nak beli yang baru. Momoy tak lokek. Jadi, Momoy sembur kat udara, kawan-kawan lari beramai-ramai kat semburan tu tau. Ready?






25 October 2012

Siapa pernah lihat ini?


Assalamualaikum kawan-kawan dan readers tersayang.


Siapa tahu ini buah apa?


Mula-mula tengok buah ni, ingatkan salak. Tapi oh kecilnya. 


"Oh my. Kiutnya salak ni !"
"Itu kelubi la"
"Tak salah. See" *tunjuk-tunjuk kulit buah.


Orang degil memang degil. Bila rasa memang tak rasa langsung macam salak. Haa itulah. Lain kali jangan melawan cakap. 


Kan sama macam salah. Kawan-kawan kata namanya buah KELUBI tapi Momoy panggil baby salak. First time tengok tu. Comel jer. 



Dalamnya ada 3 ulas. Isi kelubi bewarna perang kecoklatan.


Buah kelubi yang dah dijerukkan ni officemate yang bawa. Rasanya masam-masam. Tekak Momoy tak boleh terima jeruk masam-masam ni. 


Wahh. Mereka mampu habiskan semua ni. Sebiji pun Momoy tak sanggup =.=


Okay. Sesiapa pernah cuba kelubi ni?


24 October 2012

Hey yo. Momoy dah ada header!


Assalamualaikum semua.

Yeah. Momoy dah lama tak update. Tak blogwalking. Momoy rindu sangat pada kamu kamu dan kamu =.=


Masuk 2 minggu ni, Celcom bandwidth dah limit. Tu la padahnya hari-hari dengar radion online tak off 2 3 hari. Seminggu saja dah limit. Momoy seriously pengsan ooo.


Sesiapa yang selalu visit sini, mesti perasan yang blog Momoy ada perubahan kan? Tak adalah perubahan dasyat tapi hey Momoy tetap gembira tau. Sebelum ni dah lama sangat blog dibiarkan tanpa header. Okay. Momoy kalau bab-bab nak create template ke, header ke, atau apa-apa 'things' untuk blog, memang fail. 


Dah lama dah Momoy fikir macam mana nak buat header ni. Tambah lagi yang transparent header. Lastly, minta bantuan dear Dysha. Oh. Hasil kerja beliau sangat ohsem dan hebat. Boleh jenguk-jenguk facebook beliau [:: dysha.studio::] dan blog [kawaii dysha] untuk lihat portfolio beliau.




To dear dysha, tengkiu buatkan Momoy header ni dan maaf juga atas kecerewetan Momoy. Huhu =.=

17 October 2012

Wallpaper Laptop Saya


Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.


Ohoo... Jadi nak tahu background laptop Momoy la ye. Nak ini dia...




 ~  TSUBASA MASUWAKA L-O-V-E  ~

Gyaru Queen Tsubasa tepat sekali!

Usamimi ^___^

Love this to max (^__^)v



Kawaii desu ne ~



Semua wallpaper ni Momoy ambil dari internet. Nak buat tak pandai. Setakat ini hanya ada 3 wallpapers Tsubasa yang Momoy suka. Kalau koleksi gambar Tsu Chan tu memang banyak la. Oh. Tsu Chan I Love You ! 



Apa pula wallpaper atau backgorund sayang-sayang sekalian =)


14 October 2012

Pengumuman penting untuk semua!


Assalamualaikum kawan-kawan dan readers tersayang.

Sari berita penting. PAKA 13 October 2012. Selepas pencarian secara gigih selama dua hari berturut-turut akhirnya Momoy dah ada TV! Actually, tak ada siapa kisah pun ko ada TV ke tidak Momoy oii...


Selepas post entri [Momoy mahu ini...] baru Momoy tahu TV itu adalah LED. Ingatkan semua jenis TV yang flat screen adalah plasma. Yang kurus kering slim river itu plasma. Asal nipis-nipis je budget plasma. 


Tapi baru sedar Momoy buta TV selepas bloggers tersayang komen LED LED LED. Naif betul. Sebenarnya Momoy sendiri tak tahu TV sekarang dah ada pelbagai jenis. Oh. Rupanya ada TV Plasma, LCD dan LED. Ya ampunnn Momoy =.= 
  

TV Plasma
Plasma Display Panel (PDP) yang berasal dari penggunaan sel Plasma. Sudut panjang lebih lebar. Lebih berat dari LCD. Kualiti gambar akan menurun seiring penggunaan masa yang lama.


TV LCD
Warna lebih mengancam dan realistik dari TV Plasma. Ini mungkin pilihan para-para gamer sebab boleh dijadikan monitor komputer. Oh. Zaman gila game Red Alert dulu mungkin best kalau dapat LCD ni seketul. Tak ada radiasi. Bagus. Tak pernah check berapa banyak radiasi yang dah diserap oleh badan Momoy sepanjang kerja dalam plant. Ngeri kejap.


TV LED
Lebih jimat elektrik dari LCD dan Plasma. Ukuran super tipis dengan ketebalan antara 2.5 cm sahaja. Lebih mengancam, lebih cun, lebih stylo dan lebih mahal. Erkk...


Itu sedikit input dari tokey kedai. Nak tahu kelebihan dan kelemahan jenis-jenis TV sila Google. Dah tawaf semua kedai elektrik area Paka dan Dungun nak cari plasma (plasma lagi) warna putih. Nak match dengan bilik. Tapi balik-balik warna hitam je. "Haiya Amoy, olang sekalang suka hitam saja oo. Putih sulah tilak bikin lagi la amoy"


Lastly, Momoy buat keputusan beli LED TV jenama Philips 32 Inchi. Isk. Isk. TV sekarang siap ada USB dan online. Nak ber-facebook pun boleh terus dari TV jer. Wah. Juga boleh cucuk USB dan tonton terus movie download untuk suasana seperti di panggung. Amboi. Over la pula.




LED yang bakal Momoy spray putih =)



Harga LED RM 1129. Bracket RM 70. Jika termasuk upah install bracket, RM 120. Momoy beli bracket saja. Tak mainlah nak bayar upah-upah ni. Buat sendiri saja. Dasar kedekut =P


Balik rumah, angkat LED tu naik tingkat atas bawa masuk bilik. Terus call member nak pinjam tools dan bantuan. Excited okay. Bukan gelojoh. 





Buat hole seksa gila. Sebab dinding sangat-sangat keras. 

Sampai comot dinding pink kesayangan. Betul-betul keras. 
Satu hole ambil masa 40 minit. Letih dan panas  (Y_Y)'

Tadaa... dah siap =)



Lepas ni boleh la tatap Fahrin Ahmad dan Randy Pangalila puas-puas =)
Dan inilah hasilnya...




Asalnya nak letak LED atas cermin besar tapi tukar fikiran. Ini lebih strategik. 


Tak tahu kenapa nak juga letak langsir rambu ramba pink love-love tu. Nampak kiut kot. 


Tak menyesal beli LED sebab nipisss dan bilik pun nampak macam style je. Haha.


Nak lihat keseluruhan bilik? Baca entri ini [Jom masuk bilik]
Kenapa dinding bilik bercat pink? Baca entri ini [Oh. Dunia PINK Momoy]


Lepas kemas-kemas tools, mop lantai dan mandi. Kini tibalah masanya Momoy baring-baring sambil menonton TV. Siapa mahu join?




No signal ~



Yah. Sila gelak secara berjemaah. Beli TV tapi tak beli antena TV! Apakah? Waaaa...


11 October 2012

Momoy nak ini...


Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.

Momoy nak ini...



Anyone care to pool some money =.=


Update : My new TV


09 October 2012

Stalker


Assalamualaikum kawan-kawan.

Sombong dan berlagak. Itu pendapat mereka tentang Momoy. Okay. Mungkin benar tapi tak 100% betul sebab muka Momoy memang design 24/ 7 masam. Momoy actually friendly. Betul. Huhu... 


At first, itu memang first impression sesiapa saja yang kenali Momoy. Tapi kemudiannya akan kata. "Oh. Tak sangka you ramah. Boleh bergaul dengan sape-sape je". Hee... Dialog tu memang macam auto reflex


Biasalah kalau dah kerja semuanya lelaki dan Momoy seorang saja perempuan dalam plant, mesti ada mereka-mereka itu yang tetiba tukar profesion jadi stalker. Tambah lagi bila masa kami sedang 'berperang' dalam plant. 


Senang sangat kalau sesiapa nak dapat nombor talipon Momoy. 'Call me yang selalu kesunyian bla bla bla 013-**** ***' Err. Bukan conteng-conteng di dinding toilet. Bukan. Bukan. Tapi dari O Chart (organization chart) atau kawan sendiri. Ceh. Tak guna punya kawan.


Ada stalkers yang memang boleh Momoy jadikan kawan. Bersahabat lama dan berkongsi ilmu. Itu kes stalker naik taraf jadi bestie. Tapi kalau jenis stalker yang ini. Minta maaf la ye.


'Hey... baby girl...' *My Babyburn nyanyi Hey Baby by Pitbull*

"Hello. Assalamualaikum. Ada hal penting ker?"  
"Waalaikummussalam. Saja je nak call"
"Dear, ada jam tak dekat situ?"
"Ada. Kenapa?"
"Tahu tak sekarang pukul berapa?"
"7.30 Kenapa?"
"waktu Maghrib kan? Boleh tak call lepas Maghrib nanti? Assalamualaikum" Tuttttt...

Hang out.


Seminit lepas tu dapat SMS... "Bkan call ni nk kacau u. Saja je. xpela x akan call da. Slam".


Adakah Momoy nak reply SMS atau pujuk semula? TIDAK. Mungkin Momoy sedikit harsh. Tapi bagi Momoy sesiapa yang tidak boleh ditegur untuk menghormati waktu Maghrib, Momoy tidak rasa rugi sedikit.


Okay. Itu satu contoh. Salah ke? Tapi Momoy tak rasa salah. Oh. Satu lagi situasi yang Momoy selalu alami.


'Hey... baby girl...' *My Babyburn nyanyi lagu Hey Baby by Pitbull* 


"Hello. Assalamualaikum. Siapa ni?"  
"Waalaikummussalam. Awak sape"
"Awak nak cakap dengan siapa?"
"Nak cakap dengan awak. Awak nama apa? Tinggal mana?"
"Ok. Bye!" Tuttttt...

Hang out.



Minta maaf. Momoy tersangat sibuk untuk layan stalkers atau main teka-teki "cuba awak teka siapa saya" Momoy terpaksa pick up phone (even caller tidak appear nama) atas sebab-sebab urusan kerja).


Tapi sekali tu pernah jadi begini...


'Hey... baby girl...' *My Babyburn nyanyi-nyanyi lagi*


"Hello. Assalamualaikum. Siapa ni?"  
"Waalaikummussalam. Saya Faizal"
"Oh ye. Faizal mana ye? Saya ada tiga orang nama Faizal" *fikir-fikir*
"Saya Faizal yang paling hensem"
"Faizal yang paling hensem cuma bos saya je. Hehe. Okaylah. Siapa ni yer. Tak nak cakap saya letak" *dah malas nak layan*
"Eh jangan. Saya la Faizal yang hensem tu. Hahaha" 



Err... sekali CEO Momoy daaa yang call nak tanya progress kat site. Haa...itulah sombong lagi. Salah sendiri sebab tak save no CEO sendiri selepas handphone lama rosak.


Oh. Momoy berharap tiada ex-stalkers atau best-stalkers Momoy yang terbaca belog ni. Tapi Momoy kadang kala suka juga jadi stalker bila ada yang visit atau komen di belog ni ^____^ 


Sekian. Terima kasih kerana sudi baca entri yang tiada motif =.=


P/s: Lately ni agak busy (Y_Y)'

05 October 2012

DIY Kolagen Asli Untuk Minum Yang Enak


Assalamualaikum kawan-kawan.

Tajuk berterabur, harap boleh faham. Sebelum ni, Momoy ada post entri [DIY Pure Marine Collagen Mask]. Tapi itu untuk luaran. Kali ni nak cerita tentang dalaman pula. Masih menggunakan rumpai laut (seaweed).


Ada yang salah faham ingat kolagen mentah itu hanya boleh dibuat masker sahaja. Oh salah tu. Paling baik adalah makan. Blogger Sis Mia dan suaminya dah start makan kolagen asli ni tau. Wah. Wah.




Bagaimana nak hasilkan beauty drink yang sedap seperti ini?



Okay. Jom ikut Momoy masuk dapur. Cara persediaan rumpai laut ni sama seperti [DIY Pure Marine Collagen Mask]. Basuh 8-10 kali. Rendam semalaman. Esoknya basuh 8-10 kali lagi. Rebus dengan api yang perlahan.




Momoy rendam 20 gram rumpai laut. 


Esoknya, dah gemuk sebegini. Yay. Bekalan untuk seminggu =)



Makan rumpai laut (agar-agar) kosong memang la rasa tawar kan. Jadi, Momoy masukkan sedikit gula batu. 




Gula batu kristal yang cantik ^___^


Rebus dengan api kecil sahaja ye.



Dah pekat seperti jeli, rumpai laut tu kemudiannya Momoy tapis dengan menggunakan penapis. Hampasnya jangan dibuang tau. Tepek di muka buat masker. Lagi, boleh campurkan sedikit air suam untuk dijadikan masker rambut. Best kan kan kan.


Yang siap ditapis, masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Nak makan ceduk sahaja. Setiap kali nak tidur, bangun tidur dan sebelum sarapan pagi, ambil kolagen asli ni 3 sudu besar. Mudahkan.




Untuk minum, Momoy guna bekas warna kuning.



Untuk lebih sedap, Momoy nak share resipi kolagen mentah ciptaan sendiri. Resipi yang tercipta semasa ponteng kerja hari ni. Oppss. Apapun, sila beri big applause untuk Momoy. Clap! Clap! Muka tak tahu malu =P


Bancuh air kordial atau jus buah pilihan kawan-kawan. Momoy suka pati kordial jambu batu Cosway ni. 




Sengaja guna bekas air McD tu supaya nampak jelas.



Yang ni trill sikit. Ceduk halus-halus dan nipis-nipis jeli rumpai laut tu. Buat style ala-ala tau fu fa. Wah. Hebat! 





Makan kosong begini pun sedap!



Nampak tak kolagen mentah yang jernih-jenih tu?



Tambah nata de coco perisa strawberry untuk lebih crunchy. Nyum nyum.




Mmm... tak tahu macam mana jambu batu dan strawberry boleh bergabung. 
Siapa tahu ? 



Tambah sedikit ketul ais jika suka. Siap. Sedia diminum. Boleh buat minum petang sambil ber-blogging. Boleh tambah payung-mayung jika ada. Lalala...




Oh. Rupanya sebab ia bewarna PINK ! 



Kalau beli produk kolagen atau pil kolagen yang dah dipatenkan memang mahal. Siapa pernah beli dia tahu la ye. Sebab itu Momoy suka rumpai laut ni. Kandungan kolagen yang banyak dan asli, tiada campuran bahan-bahan lain. Kenapa nak beli produk kolagen mahal-mahal tapi kandungan kolagen dalamnya ciput. Bukankah rugi namanya tu?


Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mencuba, untuk cantik, untuk sihat dan untuk untuk untuk lagi, laju-laju SMS Sis Nur Aini, 016-963 0751 untuk harga yang menarik. 


Harga akan bertambah menarik dan best lagi sekiranya kawan-kawan pakai secret code - "Saya dari blog Momoy". Ewah.


Segala pertanyaan dan maklumat lanjut, SMS:
Sis Nur Aini 
016 - 963 0751

04 October 2012

Segmen Oh Segmen


Assalamualaikum kawan-kawan dan readers tersayang.

Lama Momoy tak update blog. Uhh... punyalah pemalas ini budak. Segmen pun dah peram lama sangat. Jadi, budak malas ini fikir inilah masa yang sesuai untuk join segmen. Kawan-kawan yang berminat nak join sama, boleh klik banner ya. Jom mari kita menjadi rajin bersama-sama. Yah.



Segmen Review Blog by Superkitty

Okay. Lihat saja nama tuan belog, Superkitty. Dah tahu beliau ni superkiut. Memang sangat-sangat cute. Sesiapa yang mahu belognya direview oleh Superkiut eh Superkitty ini, sila-silalah drag cursor anda ke banner bawah ni.


Ends: 19 November 2012



Segmen: Blog Review by Piko

Katanya akan review belog yang join segmen ni dengan caranya. Bagaimana cara blogger Piko nak review tu. Oh. Nak tahu kena join. Jom ramai-ramai join segmen oleh Piko ni.


Ends: 30 October 2010



Jom Follow - Aku cuma seorang kulikutif ! Ohsem Giveaway

Segmen yang ini ditag oleh dear Juin (Najihah) yang sweet. Thanks my dear =)


Kulitkutif ? Kulikutif itu apa ya. Momoy sendiri kali pertama mendengar perkataan tu. Tanya pak cik Google tapi tak jumpa jawapan. Mungkin Bahasa Melayu yang high class kot.


"Cik Remy oo Cik Remy. Kulikutif tu apa?"


Ends: 15 October 2012

Tag blogger baru kenal yang comel, dear haz dan dear YM



Segmen Blog Review

Segmen terakhir untuk rajinkan diri Momoy join ni adalah Segmen Blog Review oleh blogger Budak Giler Cadbury. Momoy suka header blogger ni. Gambar coklat Cadbury yang besar sesuai dengan nama belog. Melambangkan yang beliau betul-betul gilakan Cadbury. Eh. Kenapa Momoy pula yang review blog dia ni.


Ends: N/A


Mari bagi support pada Budak Giler Cadbury. Mana tahu yang join tu nanti dapat Cadbury sorang seketul kan. Jom.


Good luck to all.

01 October 2012

Jom masuk bilik !


Assalamualaikum kawan-kawan.

Nak tunaikan request yang banyak Momoy terima dari email-email, shoutbox dan komen-komen di belog. Ramai yang request Momoy tunjukkan bilik tidur Momoy. Jom jom semua. Momoy nak ajak kawan-kawan masuk dalam bilik Momoy ni. Hamboi hamboi. Laju saja semua beratur di pintu yer. 


Seperti yang diberitahu, Momoy baru berpindah ke rumah semi-D dua tingkat yang besar. Boleh baca entri itu di sini [Berpindah lagi!]


Momoy pilih bilik tingkat atas yang kecil sebagai bilik tidur Momoy. Tak suka master room sebab besar sangat dan view kurang cantik. Bukan sebab malas nak kemas tau. Cover line. Tapi kalau hidup berdua tu lain lah. Eceh.  



Nak bilik ni sebab view cantik.



Ini idea Momoy dekorasi bilik bujang dengan budget kecilBeli cat, langsir dan barang keperluan lain serta menhias hanya 2 hari sahaja.


Kerja-kerja renovate Momoy lakukan sendiri dengan pantas. Itu pasal la jimat. Sebab ketika itu Momoy dalam preparation untuk berperang (term yang digunakan ketika plant Petronas down) dan kami kontraktor amat-amat sibuk, penat  dan super stress umpama di medan peperangan. 


Untuk rumah ni, Momoy upah orang untuk cuci sebelum pindah masuk. Bayaran RM 180 tapi tak seperti yang diharapkan. Huh. Tapi terpaksa juga sebab busy. So Momoy cuma fokus pada bilik Momoy sahaja dulu. Tempat tidur kena settle dulu wokeh babe.



Kali ini tema bilik Momoy adalah MODERN ROMANTIC. Ala-ala bilik princess gitu. Okay. Baldi pleaseee...Theme yang dipilih bertepatan dengan Momoy sebagai Japan Gyaru lover. Inspired dari fashion brand Jepun, Liz Lisa dan Malaysian Gyaru Blogger, Chessie



Keadaan bilik sebelum di cat. Dalam bilik nampak gelap. Perabot dah Momoy susun atur.


Selepas cat. Nampak bersih. Entri boleh baca di SINI.



Ini selepas aktiviti mengecat. Sangat jimat okay dari beli perabot baru. Sila katakan Momoy bijak. Bukan kedekut tau. Geget kang. Boleh baca entri ini [Room Makeover]


Tips Momoy, jangan rapatkan perabot ke dinding. Jarakkan katil, meja dan semua perabot 2-5 inchi dari dinding. Senang ketika nak bersihkan bilik, menyapu dan mop.



Cute kan langsir bilik Momoy



Langsir tu dijahit sendiri oleh Momoy *sengaja highlight*. Momoy pilih warna krim dengan bunga ros kecil untuk  supaya bilik Momoy terang. Oh ya. Kain untuk langsir ni semeter RM 10. Momoy beli di kedai hiasan Enggeris.


Untuk cadar katil Momoy pilih kain hotel thread 500 warna light purple. Keseluruhan dinding bilik pink jadi purple sangat sesuai. Momoy tak gunakan pink sebagai cadar sebab terlalu banyak pink akan nampak tacky dan fake. Lagi pun pink dan purple se-family juga. 



Fitted- design simple pilihan hati Momoy 


Blanket warna krim dengan bunga-bungaan rose purple. 


Sebabkan tak ada bantal peluk (boaster) so Momoy lapiskan sarung boaster di atas blanket.


 Bantal pink besar dan Elmo itu pemberian rakan. Tengkiu Sofea and Rimau ^___^



Frame gambar bingkai putih untuk letak di dinding katil. Tapi tak decide lagi nak letak gambar apa. Model popteen, gambar Momoy atau simple art work. Ada cadangan?



RM 7.90 satu


Eee... sungguh bukan taste Momoy. Letak kain bunga-bunga dulu untuk sementara. 


Tekstur kain langsir jarang warna putih bersih untuk padankan dengan frame. 
RM 14.90 semeter. 



Idea Momoy letak kain langsir di atas tu pada dinding tepi katil untuk unsur-unsur romantik. Ada effect ala-ala  princess tak? 



Meja kecil tepi katil



Meja kecil tepi katil tu Momoy biarkan kosong. Ciri-ciri moden tak perlu nak semak bagai. So cukup dengan jam loceng putih yang simple dan straw handbag untuk dijadikan hiasan. Dalam banyak-banyak bag Momoy, Momoy sengaja pilih beg itu sebab ada bow merah yang match dengan Elmo. 


Dalam laci meja kecil tu, Momoy tempatkan magazine terbaru. Bacaan sebelum masuk tidur. Magazine tentulah pasal fashion, make ups dan majalah Jepun. Popteen wajib! 




Red box file 



Meja study Momoy biarkan kosong. Hanya ada 3 kotak file merah, bekas stationery dan jam kenangan salah satu projek Momoy di Petronas Gas. Meja inilah yang Momoy gunakan untuk bekerja atau ber-blogging.




Bila masa lapang dan 'ongkos' lebih nak ganti meja ni



Di sisi meja study Momoy lekatkan 3 penyangkut pink. Tujuannya sebagai simpan kunci kereta dan rumah, tag dan headphone. Juga untuk store bag laptop. Yang amazing nya tiada siapa pun akan perasan kerana kawasan tersebut dibias cahaya. Jadi, bilik nampak lebih kemas. 




Nak letak bakul sampah ikea di sini pun boleh juga



Fashion adviser Momoy sebelum keluar - cermin besar setinggi 5 kaki ! Untuk sementara Momoy sandarkan pada dinding. Nanti nak cari orang untuk gantung lekapkan ke dinding. Perasan tak dinding tepi cermin tu kosong? Jadi untuk kesan romantik, Momoy letak langsir tali berbentuk love. Suka sangat bila buka kipas, langsir tu bergerak-gerak lembut. 




"Wahai Cermin Ajaib yang besar, siapakah yang paling kiut sekali di sini?" 
"Pastilah kamu wahai Princess Momoy"
"Haha. Dah agak dah. Mestilah Momoy"
"Sebab kamu saja yang ada dalam rumah ni"
Demmm.



Kesian Momoy. Ambil kerusi makan buat kerusi study (Y_Y)  Ada sesiapa nak sponsor kerusi study tak? *mata bersinar-sinar*


Bila guna wall lighting... 
Momoy sayang dinding ni sebab ada bentuk love dan pink! 
Ada ke orang yang sayang dinding rumah eyh ? 

Dinding tu sekarang Momoy letak tv LED [Lihat hasilnya]


Langsir love-love tu Momoy beli di mini market. Harga RM 12.90 saja. Walaupun murah tapi ia buatkan bilik Momoy nampak 'hidup' dan fun. Boleh juga dijadikan idea ptotobooth. Photobooth la sangat kan. Haha. Photobooth pertama dengan dinding wall love-love itu sila lihat di SINI dan SINI.


Momoy hidupkan lagi ciri-ciri moden dengan letakkan hiasan daun hijau kecil di tingkap. Pilihan Momoy pasu yang ringkas, moden dan comel. 


Penat menghadap laptop? Rehatkan biji mata dengan melihat panorama luar pula..


Close up. Inilah pasu comel itu. Simple sahaja.



Keseluruhannya, bilik kecil Momoy nampak sangat lapang bila perabot semuanya dialihkan ke sudut kiri bilik. Selesa untuk bersolat sebab luas dan tiada halangan. Sesuai juga berposing dan berangan model di cermin besar. Ewah.




Nak ber-kungfu, ber-yoga atau ber- gangnam style ? Semua pun boleh. Ahaks.



Almari pasang siap hingga mencecah siling. Alasan untuk shopping banyak baju. Hehe.




Wah wah. Dah lama Momoy mimpikan almari yang luas sebegini tau.



Lihat gambar bawah pula. Laci-laci biru besar itu Momoy simpan baju kerja sahaja. Dan  Warna tidak seragam jadi Momoy sorokkan belakang pintu. Momoy sangkut towel di belakang pintu. Dari luar memang tak perasan. Dalam bilik pula, mata kurang fokus ke situ sebab point tertumpu pada katil. Jadi kesemakan dan ketidak seragaman warna biru itu seperti 'dilenyapkan'. Ewah.



Pintu bercat warna light grey. 


Bakul bulat atas laci besar itu untuk baju yang sudah dipakai.


Siapa dapat spot ada penyapu di situ?. Satu lagi rahsia Momoy. Tips Momoy: sila manipulasikan effect cahaya untuk menipu orang. Ini tipu yang tidak berdosa.



Sekian dahulu. Sebenarnya, ada banyak plan dan idea lagi nak deco bilik Momoy. Tapi masa 2 hari untuk deco dan bekerja sangat terhad.. Jadi, Momoy siapkan yang yang mana ada dan termampu dahulu. Tapi overall Momoy puas hati dengan kerja dekorasi pantas Momoy ni. Tahniah pada diri sendiri. Bravo. Bravo *tepuk-tepuk tangan*.


Sebagai penutup, Momoy attached keadaan bilik Momoy bagi 3 jenis pencahayaan (lighting effect). 



Waktu malam dengan lampu pendaflour ke apa entah namanya itu.


Jika pasang lampu dinding bersama lampu pendaflour ke apa entah namanya itu.


Bila pasang lampu dinding. 



Eh. Kata last. Okay. Yang ini betul-betul last.



View bilik dari kerusi study


View luar tingkap dari kerusi study. Sayang, waktu ni hujan ribut. So tak nampak apa-apa.



Tamat sudah sesi lawatan ke bilik Momoy ni. kawan-kawan suka tak? Apa pendapat kawan-kawan tentang hiasan dalaman bilik Momoy ? Berilah komen dan pendangan kamu ya. Terima kasih kerana sudi baca.





P/s: Sedang survey plasma LED warna putih untuk lekapkan ke dinding atas cermin besar putih tu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...