Tempat berbuka puasa Momoy | .::: MOMOY blogirl :::.

16 August 2012

Tempat berbuka puasa Momoy

Assalamulaikum kawan-kawan.


Aisey... dah nak habis Ramadhan baru nak post entry pasal tempat berbuka puasa. Seperti Ramadhan yang lepas, tempat berbuka paling best bagi Momoy adalah rumah dan pantai Well, Terengganu memang banyak pantai-pantai yang cantik.


Semalam, Momoy ke bazar Ramadhan Dungun. Jauh pula destinasi Momoy hari ni. Keluar saja dari plant, terus drive babyboo dalam hujan lebat. Tetapi Alhamdulillah, Paka sahaja yang lebat. Dungun  cuacanya baik.


Lebih kurang setengah jam lagi sebelum waktu berbuka, Momoy bersama kawan ke Pantai Teluk Lipat. Layan gambar-gambar pemandangan Pantai Teluk Lipat yang sempat Momoy snap ni.



Kesian babyboo kena tinggal jauh ~

Dah nak gelap

Err... nak describe apa tentang gambar ni ye.

Vertical pula


Saja pilih berbuka kat tempat ni 


Itu cerita semalam. Cerita petang tadi pula, company Momoy buat sembelih lembu ghumuk untuk diagihkan pada staffs. Ecece. Momoy terasa macam nak Raya Haji pula.


Actually, Momoy datang office pun dah lewat. Sebab seharian meeting dengan contractors dan Petronas. Acara sembelihan tu pun dah lama mula dan ketika Momoy sampai, daging-daging dan tulang-tulang dah nak habis pun diagihkan. 


Tapi tak apa. Sebab Momoy ni alergic bila tengok lembu kena sembelih atau time acara melapah ni. Takut tak lalu makan. Terbayang-bayang. Eeee...


Yang last-mengelast

Tulang-tulang yang terakhir

Waaa...

Mangsa korban | Ambil gambar kepala lembu sambil tutup mata. Takotttt ~~

Ini Momoy punya tapi kesemuanya Momoy bagi pada kawan-kawan Momoy dan jiran-jiran.


Hari ni terakhir bekerja. Esok dah start bercuti dan selepas Subuh esok, Momoy akan pulang berhari raya di kampung. Balik kampungggg... ooooo balik kampunggg... *nyanyi-nyanyi*.


"Momoy tak balik beraya ke?"
"Balikkkk".
"Kampung Momoy kat mana?"
"Kampung Momoy kat KL". Err... 


Balik ni nak kemas-kemas baju. Melawan arus memang tak jammed ! Kawan-kawan doakan perjalanan pergi-balik Momoy ya. Next post, Momoy akan share baju raya Momoy. So, tunggu ye. Salam Aidilfitri semua.


UPDATE: Entri Baju Raya Momoy

8 comments

August 17, 2012 at 12:09 AM Reply to comment

memang tak leh tgk org sembelih lembu...kesian je rasa..huhu

August 17, 2012 at 12:18 AM Reply to comment

asal boleh makan udah...hehe

August 17, 2012 at 12:30 AM Reply to comment

hati2 blk KL :) x jem lah sbb lawan arus.. bgs gak kan?

August 17, 2012 at 7:50 AM Reply to comment

owh, dh balik kg.. selamat hari raya, maaf zahir batin ^^

@puteri kasih
sama la kita
dulu tgk sekali org sembelih lembu time majlis kawin cousin
pastu berbelas-belas tahun tak jamah lembu sebab tak lalu

sekarang baru je nak try makn daging lembu semula

@caliph shurikenoh ye
selamat hari raya dear
maaf zahir batin

@Sop
ye betul tu
kalau nak main bola atas jalan pun boleh
hahahaha

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...