AWAS ! Kenapa Infinity Downline ni skim PENIPU ? Bacalah | .::: MOMOY blogirl :::.

08 August 2012

AWAS ! Kenapa Infinity Downline ni skim PENIPU ? Bacalah

Assalamualaikum kawan-kawan.

Pagi-pagi buka blog dan blogwalking. Terjumpa satu entri menarik tentang skim internet cepat kaya ni, Infinity Downline. Ala yang dekat Facebook tu, cuma keluarkan RM 100 dan dapat income ribu riban. Dulu pernah famous lepas tu tenggelam. Sekarang Infinity Downline ni muncul balik. Haa. Pernah nampak kan?


Cerita tentang Infinity Downline


Jiran Momoy yang sangat hot dan gorgeous. Banyak orang komen di Facebook sama ada di wall atau gambar camwhore dia. Satu hari Momoy lihat folder dan wall nya penuh gambar duit-duit. Rupanya dia join Infinity Downline. Tiap-tiap hari kerjanya online dan tarik rakan-rakan Facebook. Bila ada yang tanya, "Macam mana nak buat tu?". Pasti dibalas, "PM saya"


Ramai juga la yang jadi downline nya. Mulanya Momoy was-was betul ke dia dapat duit sehari RM 1k ++ seperti yang dia mention dalam Facebook. Sebab tengok dia still pakai Myvi. Si suami pula tak beli kereta baru selepas kereta ditarik. Bagi Momoy mereka pasangan yang pelik biarpun kedua-dua hot dan stylo. 


Perkara ni berlanjutan selama sebulan. Taraf hidup tak berubah tapi canang kat Facebook 'Baru je dapat RM 500 even I lepak atas katil'. Lupa nak beritahu. Yang join Infinity Downline itu adalah si isteri. 


Hinggalah pada satu hari dia post gambar duit yang diletak atas laptop, dengan background profile Facebook nya. Dan tag ramai orang termasuklah Momoy. Hah. "Betul-betul rupanya dia dapat duit. Dah kaya jiranku sorang ni". Tapi Momoy tetap tak rasa nak join cuma kagum pada si isteri tu.


Tapi satu pagi semasa Momoy nak pergi kerja, terdengar si isteri ni kata pada suami nya, "Paa, cepatlah buat apa yang Mama suruh buat tu. Ambil la gambar duit tu buat folder tu cepat". Dalam hati Momoy. Oh. si suami juga dah ikut jejak langkah si isteri. So makin kayalah mereka berdua nanti.


Dipendekkan cerita, Momoy terjumpa laa kawan Momoy (dia ni abang tiri kepada si suami). Momoy cerita la tentang kejayaan si isteri. Tapi terus disangkal oleh kawan Momoy. "Itu duit gaji adik aku laa. Mana dia kaya pun. Kerja malas sampai kena buang. Myvi tu tak lama lagi orang datang tarik la tu". Hah. *terkejut.


Sekarang, dah 50-50, yang mana satu cerita betul ni. Tapi akhirnya terjawab juga teka-teki Momoy selepas si isteri tulis di wall FB, "Ada siapa-siapa tahu kerja kosong di KL. Lepas bayar bulanan kereta pun dah tak apa". Salah sorang downline dia reply, "Duit dah banyak kenapa nak kerja lagi ?". Tiada jawapan. Agaknya dia terlupa yang dia kerap post di wall mengatakan sejam dapat RM 300, hari ni dapat RM 2k, tadi baru je check ATM masyukk lagi dan bla bla bla... 


Pada yang masih teragak-agak nak join Infinity Downline ni, nasihat Momoy jangan mudah terpengaruh. Cuba selidik dan cari dahulu:-


Apa status 'halal' Infinity Downline? 
Ada kelulusan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke?
Apa komen Bank Negara Malaysia (BNM) tentang skim Infinity Downline ni ?


Segalanya kawan-kawan boleh baca di blog saudara Fadhil [Infinity Downline skim penipuan. Jauhinya] lengkap dengan segala jawapan di atas.

12 comments

August 8, 2012 at 8:39 AM Reply to comment

https://www.facebook.com/benciinfinitydownline

kat situ banyak jugak pembongkaran.heh

August 8, 2012 at 8:47 AM Reply to comment

memanh tak boleh caya skim infinity downline ni...papepun kena rajin kerja..nak kaya buat bisnes betul-betul insyaAllah berjaya

August 8, 2012 at 10:41 AM Reply to comment

org kita kan kalo bleh nak keje dr ats katil tapi nak masuk duit beribu2 tiap bulan...hoho...tu yg sampai ambik gambar sambil tabur duit & baring atas duit...org kaya pun xbrani wt cmtu coz tkut kena rompak

sian jiran MOMOY tu...

senang paham macam ni.. takde keja senang nak jadi senang. even org jual dadah pun walau boleh kaya cepat tak senang jugak keja dia. Risiko tinggi. Jadi kalau ada org kata ada keja senang utk dpt duit byk hanya dengan lepak atas katil.. ckp kat dia keja pelacur atas katil pun x senang. Ni kan online je lepas tu dpt duit berkepuk2.Jgn menipu lebih2.. sekian makaseh

@dayteenlea

itu lah. even dah banyak yang bagi bukti ID ni tak boleh pakai. tapi still ada orang nak join
nak cepat kaya

thx dear dayteenlea bagi link link.

@Hanani

malas kerja tapi fikir nak kaya cepat
begitu lah jadinya
budak kecik pun boleh guna logik akal

@OdahOne OdahOneBizz
time dia post gambar and status dapat duit banyak ni banyak tu
rasa takut juga sebab kawan-kawan di pun duduk dekat area sini juga
takut orang nak rompak rumah dia, salah rompak rumah momoy pula

atau ni mungkin juga salah satu sebab yang rumah momoy kena pecah masuk bulan lepas (momoy ada cerita dalam entry)
oh oh rasa tak selamat

@THE LEKAT LEKIT STORY
uit. ganas juga dear lekit ni punyya nasihat. hehe
yang suka nak tarik2 orang atau nak join ID tu baik dengar nasihat sis lekit ni yer.
thx sis bagi buah fikiran

August 8, 2012 at 9:32 PM Reply to comment

Wah my frens bf,, ever join like this also, n rm3000 more is gone Dx,, btw dear, i receive ur parcel o>__<o~

August 9, 2012 at 1:39 AM Reply to comment

slalu time2 cmni diorg aktif laa sbb nk kumpul duit raya.. actually, dh fatwa haram beberapa tahun lepas, dulu mmg kecoh kt fb..
tanpa downline mmg xde income org yg pomot ni, semua based on downline.. klau downline x dapat org baru, org yg pomot tadi pun x dapat income.. semua jadi sia2 kt situ...

@Arisa Chii
really? ok good
i hope u like it dear ^^

@caliph shuriken
itu lah. tunjuk duit berkepuk2 dalam folder
tapi bukan duit dia pun
nak mewah cara cepat di hari raya nih kot

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...