.::: MOMOY blogirl :::.: August 2012

26 August 2012

Between: Handbag | Clothes | Perfume | Heels

Mana satu harus Momoy pilih ? Buntu. Buntu. Buntu. Kalau boleh semua di atas Momoy nak grab okay. Ini semua hasutan syaiton. Eh. Betul lah. Ramadhan dah berlalu. Semua syaitan dah tak kena gari dah. Patut pun nafsu membuak-buak je.


Momoy dah lama plan nak beli kesemua di atas. Tapi oleh sebab Momoy terrrr accident semasa balik raya tempoh hari. Jadi, duit semua terrrr pindah pada taukey workshop. Cis.


HIGH HEELS

Yang Momoy impikan...




Semua gorgeous-gorgeous ni dari Charles and Keith



Sebab Momoy nak kasut baru?

Kerana dah lama sangat cari heels design macam Popteen tu. Momoy banyak heels tapi banyak jenis pump. Heels Momoy yang lain semuanya striking colour. So nak heels yang nampak jari-jari kaki pula dan warna gelap. Tapi apa yang penting, design no. 2 dan no.3 tu memang dah lama cari.


HANDBAG

Yang Momoy impikan...


Mustard handbag dari Charles and Keith. Sangat gorgeous!

ATAU 
yang ini. Tote dari Charles and Keith. Sangat special dengan warna navy.



Oh. Sejak Charles and Keith masuk pasaran Malaysia. Guess dah tak minat lagi. Apatah lagi design Guess makin lama makin mengarut. Makin lama makin tak masuk akal designnya. Sorry Guess lover.


Sebab Momoy nak handbag baru?

Dah muak asyik galas Topshop Pink Momoy tu. Dah out dated kot. Perlukan yang fresh. Lagi pun dah lama juga tak beli handbag baru. Dua tahun rasanya. Lama kan.


BAJU BARU

Yang Momoy impikan...


 Ketiga-tiga baju kurung mini dalam senarai Momoy. Cantik, moden dan semestinya pink!



Sebab Momoy nak baju kurung baru?

Baju kurung (atau baju tradisional) Momoy hanya ada 5 helai sahaja. Sila gelak berguling-guling. Jeans memang sebakul (ini kamu boleh jealous). Jadi memang nak sangat-sangat untuk tambah koleksi. Bila kenduri kahwin atau event, dah malas fikir nak rotate yang mana satu baju nak pakai. Haiss. Seksa betul.


PERFUME

Yang Momoy impikan...

Dior Addict


Hermes Vanille Galante


Momoy suka bau fruity. Tapi kali ini nak bau vanilla. Biar badan bau biskut. Bau cookies. Bau kek. Bau cotton candy. etc. Biar orang rasa lapar. Fikir nak makan saja. 


Sebab Momoy nak perfume?

Ingat tak entri berkaitan perfume YSL Momoy. Haa... dah nak habis dah perfume tu dalam tak suka bau floral. Momoy ni suka berwangi-wangian. Bilik harus wangi. Lepas mandi, harus wangi. Nak masuk tidur, harus wangi. Apatah lagi nak dekat Shutdown/Turnaround ni, WAJIB wangi ye (merujuk pada kerja Momoy)

                                                [Picca source: Google Blogdorf Goodman | Minaz | Charles & Keith]


Semua items di atas tu range antara RM 200 - RM 350. Jadi, Momoy hanya boleh pilih satu saja. So, antara... 
~ HIGH HEELS | HANDBAG | CLOTHES | PERFUME ~
Yang mana SATU harus Momoy pilih ni?


Apa lagi. Tolong Momoy pilih yang the best. Terima kasih. Sayang kamu ketat-ketat.





24 August 2012

Mari mencuci kereta

Assalamualaikum kawan-kawan.

Cuti raya tinggal dua hari lagi. Tengok babyboo dah bersalut dengan debu-debu kotaraya. Eceh. Ayat tak boleh blah. Kalau nak membasuh atau mencuci kereta ni, Momoy paling suka. Ada ke orang yang suka cuci kereta? Oh. Momoy lah itu.


Kenapa tak hantar carwash ? Ye. Hantar carwash tu senang. Hantar kereta, bayar RM 20 dah siap! Tapiiii... Momoy don't like carwash. Momoy lebih suka basuh kereta sendiri. Sebab boleh belai-belai my babyboo dan paling penting, puas hati! Dan jimat duit. Hehe... Pernah sekali sahaja dulu hantar carwash tapi tak puas hati. Eee, menyampah tau.


Baiklah, currently ini sahaja bahan-bahan dan peralatan yang Momoy ada. Akan Momoy tambah bila gaji nanti ye. Sabar babyboo sayang. 


Bahan-bahannya :-
(ewah. macam nak memasak pula)



1 | Wash and Wax 
2 | Tyre Shine
3 | Windshield Cleaner

4 | Span untuk cuci body kereta
5 | Span untuk wax tayar
6 | Berus sabut
7 | Kain penggelap khas

Dan yang barang-barang lain yang tak tersenarai sebab lupa ambil gambar:
 baldi kecil
hos getah
vacuum comel
kain buruk
berus kecil 


Aktiviti memandikan babyboo bermula


1:  Biarkan air mengalir dari hos getah tu 15 saat. Kemudian baru Momoy mula menyembur air dari atas kepala babyboo (bumbung kereta) selama beberapa minit. Untuk buang habuk-habuk supaya tak tercalar semasa mencuci.



Sesuai untuk orang pemalas seperti Momoy. Lepas basuh, tak perlu nak wax-wax lagi =)



2:  Satu tudung Wash and Wax dicampur bersama sebaldi air. Basuh dan cuci bersih-bersih badan babyboo. Momoy akan basuh dua kali kemudian bilas. Kaki babyboo (tayar kereta) jangan dilupa.



*iklan* Gunalah Windshield Cleaner untuk pemanduan jelas ketika hujan.



3:  Untuk cermin, Momoy gunakan Windshield Cleaner yang dicampur sedikit air. Bilas. Juga tuangkan sedikit dalam tangki air wiper. 


4:  Siap body, beralih pada enjin. Momoy lalukan air dengan slow dan perlahan. Tak boleh guna pancutan air kuat. Enjin sensitif ok. Ada yang tak boleh kena air. Momoy basahkan span dan lap-lap sahaja dengan kain buruk dan berus kecil sebab tak beli lagi enjin cleaner spray. Nak selamat sila cover enjin-enjin (nampak sangat tak tahu nama) dengan plastik ye kawan-kawan. Nak tips-tips cuci enjin kereta baca SINI.


5:  Lap-lap badan babyboo dengan kain penggelap khas. 



Ramai yang penting body berkilat tapi tayar lupa dan buat-buat lupa nak kilatkan.



6:  Kemudian, Momoy wax kaki babyboo supaya berkilat dengan menggunakan span dan Tyre Shine. Eceh. Siap ada UV protection lagi. 


Yang malas nak cerita:
Vacuum dalaman babyboo. Lap-lap dashboard bagai. Terasa nak beli dashboard wax la  nanti. Untuk berkilat dan sinar UV juga. 


Wow. Wow. Babyboo Momoy sudah berkilat dan nampakk... nampakkk baru (memang la baru, kereta baru).


*nyanyi-nyanyi* lagu ciptaan sendiri.
Hati riang tidak terkata. 
Babyboo ku cantik menawan sentiasa. 
Lalala... 


Tapi hanya dua jam sahaja sebab hujan turun lebat. 



$@#!@#$%
Teringat kawan Momoy cakap tak baik marahkan hujan. Kalau tiada hujan, siapa nak siram pokok balak atas bukit tu. Okay. Baiklah. Terima kasih hujan (Y_Y)



23 August 2012

Siapa nak kelihatan cantik luar dan dalam?

Assalamualaikum kawan-kawan.

Masih demam beraya lagi ke? Raya raya juga. Tapi kecantikan juga harus dijaga ya. Ini adalah iklan produk B.lift Ziana Zain yang ber agent kan En Adam Haiqal.



B.lift Collagen Drink produced by ZZ Ventures 
(company milik artis Ziana Zain)



Pernah dengar Collagen? L-glutathione? Atau nak kulit yang sihat dan cantik? Kulit cantik memang menjadi idaman semua wanita. Tapi disebabkan cara hidup, pemakanan dan kulit yang semakin matang, maka kulit kita juga mulai hilang keanjalan dan kecantikan kulit semakin menyusut. Huhu. Kesian kulit (Y_Y)'


Ringkasnya, kulit kita memerlukan khasiat dari Collagen dan supplement lain untuk kulit cantik, tegang dan awet muda. Jujur, Momoy tak ambil B.lift ni. Sebab Momoy dah consume supplement lain. Tapi bagi sesiapa yang belum ada makanan tambahan atau ingin kulit kelihatan lebih cantik (macam Ziana Zain), boleh lah cuba B.lift ni.


Bagi Momoy berbaloi juga kalau nak cuba B.lift ni sebab banyak ramuan penting yang sangat diperlukan untuk kulit dengan harga yang mampu milik. 



MAIN INGREDIENTS IN B.lift :
Collagen Extract, L-gluthatione, Tomato Extract, Aloe Vera Extract, Acai Berry Extract, Tanaka Extract, Vitamin C dan E.

PRICE : RM89.90 (Semenanjung Malaysia) , RM94.90 (Sabah/ Sarawak) , SGD 53.00 (Singapore) , BRD 53.00 (Brunei)

CONTACT NUMBER : 013-5086764 (Adam Haiqal)



Dan lagi, Adam Haiqal ni juga ada buat Giveaway. Cayalah. Boleh dapat 2 kotak B.lift Collagen Drink tau. Menarik kan. Yang nak join Giveaway tu boleh klik banner di bawah ni.



GA Close: 31 August 2012


Ada sesiapa berminat ? Atau ada sebarang pertanyaan, boleh terus SMS atau hubungi :



013-5086 764                        (Adam Haiqal) 


~ THE BEAUTY IS FROM INSIDE ~

21 August 2012

Hadiah Pearl ~

Assalamualaikum kawan-kawan.

Oh my, Momoy sangat-sangat suka accessories. Dan tak sangka pula Aidilfitri tahun ni dapat hadiah pearl lagi. Eceh. Senyum lebar. Sila berasa jealous dengan hadiah pearl baru Momoy.


~ L.O.V.E ~

Short pearl necklace yang awesome! 

Pearl bracelet yang super saiyaaa gorgeous!


Siapa yang baik hati hadiahkan Momoy pearl tu? Oh yeah.... Ibu angkat Momoy yang cantik dan stylo. Thank You Ibu !


50+ tapi still maintain cantik kan?


Sampai tepat pada masanya sebab Momoy busy tak sempat nak ronda-ronda cari accessories untuk dipadankan bersama baju raya. Sayang ibu ketat-ketat. Nanti bagi hadiah banyak-banyak lagi tau. Hehe...

18 August 2012

Soalan rutin semasa Hari Raya

Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.

Soalan rutin tiap kali berkunjung ke rumah saudara-mara dan rakan taulan ketika raya.


Teman A, "Momoy bila lagi?".
Momoy, "Aaaaa....". Blur

Teman B, "Bila lagi?".
Momoy, "Aaaa...". 

Teman C, "Bila nak rasa nasi minyak ko pula?".
Momoy, "Bangun awal-awal pagi. Kat Terengganu ni boleh breakfast nasi minyak hari-hari".

Teman D, "Bila ko nak berumah tangga?".
Momoy, "Rumah Momoy satu tingkat je. Tak perlu tangga". *ngeh ngeh.


Tapi tahun ni Momoy dah ada jawapan.


Ini SKEMA JAWAPAN kepada soalan cepu emas *terima kasih Facebook.

S: Kenapa lambat?
J: Hanya Allah tahu masa yang terbaik untuk ku

S: Dah berpunya?
J: Ya. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing.

S: Siapa?
J: Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput datang ke walimatul urusku nanti.


Janganlah selalu bertanya bila orang itu nak kahwin. Kerana semua RAHSIA itu, terletak DI TANGAN ALLAH. Sampai masanya Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah.



Oh oh. Tunggu waktu ini tiba.


Wah. Sukanya Momoy. Siap ada skema jawapan tu. Haha. Tapi serius ini soalan simple saja tapi nak jawabnya... mak aih... susah lagi kot dari SPM. 


So kawan-kawan yang single trang tang tang, selamat menghafal dan selamat menjawab killer question itu ye. Selepas itu boleh datang merisik saya. *Eh. Tiba-tiba mempromote diri. 



"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"


P/s: Dah tak fobia bila Hari Raya =)

17 August 2012

Baju Raya Momoy

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Momoy dah selamat sampai KL. Memula plan nak greak lepas Subuh kononya. Tapi pukul 8.00 pagi baru gerak dari Kerteh. Pukul 11.30 tengah hari tadi Momoy dah selamat tiba. 3.30 jam saja dari Kerteh-KL. Hehe... laju Momoy drive babyboo (Oh. Tolong jangan tiru ye kawan-kawan).


Lagi 2 hari sebelum Aidilfitri tiba, tapi KL dah lenggang. Semua warga kota dah pulang ke desa. Ecece... Seperti yang telah dijanjikan, entri baju raya. Yeahhhh...


Tapi ini bukanlah baju raya baru tapi baju raya tahun lepas-lepas. Huhu... sangat-sangat busy sampai tak sempat nak pergi shopping baju raya. Tak apa. Tak apa. Raya Adiladha nanti, Momoy beli yang baru. Ini baju raya Momoy untuk dipakai raya tahun ni. Heavy pictures. Sila jangan muntah ye. Layannn... Zassss...


Baju Raya 1 
Tempat beli: Ampang Park


Kebaya liplap-liplap warna GOLD ala-ala kimono. Pengaruh Jepun >.<

Bahagian bawah baju. Ikatan reben di tengah baju.

Bahagian lengan pun liplap-liplap juga

Bahagian atas baju - warna kuning susu

Baju kebaya kimono ni dipadankan bersama kain satin 
warna senada untuk lebih glamour. Ahaksss ~


 Baju Raya 2
 Tempat beli: Kedai lot area Jalan Tunku Abdul Rahman atau Jalan TAR


Baju raya yang paling Momoy suka sebab nampak feminine dan PINK! 

Kain belah sebelah kanan
Material silk sheer yang sangat selesa


Design bahagian bawah kain

Design bahagian atas kain

Design baju jenis benggali. Ni bunga belahan tepi bawah baju

Bahagian bawah baju 

Sulaman dari leher hingga ke pinggang.

Close up. Actual adalah sulaman (warna kuning dan pink) dan manik-manik halus 
dengan design yang sangat simple.
Tapi dalam gambar tak nampak pula jahitan manik halus tu. Huhu...

Sulaman simple untuk bahagian bawah lengan. 


Baju Raya 3 
Tempat beli: Ampang Park


Actually Momoy beli baju sahaja. Baju kurung design benggali juga.
Kainnya Momoy guna kain baju kimono tu. Bijak tak Momoy? 

Baju ni sarat dengan labuci halus. Warna kuning pucat. 

Bahagian leher. Semat brooch kecil batu putih yang very simple dah cukup.

Close up corak dan labuci halus. Paling cantik pakai waktu malam.

Ini bahagian bawah baju. 


Details di bahagian lengan. Lengan jenis kembang ^^



Baju Raya 4
Tempat beli: Nagoya. Baju tempah.




Baju kurung yang paling simple Momoy ada. Kain dan baju Momoy beli asing-asing.

Kain satin warna biru terang

Baju warna pastel.

Close up.


Baju Raya 5
Tempat beli: Criteria, Plaza Angsana.


Baju raya nyonya hijau terang ni adalah baju raya paling mahal yang pernah Momoy beli. Harga baju ni mencecah RM650. Melabur duit tapi memang meletop macam retis. Muahaha...

Close up. Sulaman warna kontra

Bawah baju

Bahagian bawah lengan

Belakang baju pun sulaman gorgeous.

Leher.

Momoy padankan dengan kain batik lukis Terengganu warna hijau pucuk pisang. 
Ekslusif sebab hanya satu design sahaja dilukis.

Close up

Combination hijau terang dan hijau pucuk pisang. 


Sekian saja baju raya Momoy untuk dipakai ketika raya nanti. Kesemua baju tu tak mahal. Dalam range RM200 - RM300 sahaja. Kecuali yang kebaya nyonya tu harganya lebih sikit. Momoy suka kain yang diikat sendiri sebab boleh pakai bermacam-macam gaya.


Apa pendapat kawan-kawan tentang baju raya Momoy. Kawan-kawan suka yang mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...