.::: MOMOY blogirl :::.: July 2012

31 July 2012

Ramadhan tahun ini...

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan kawan-kawan. Bagaimana dengan puasa dan amal ibadah kawan-kawan sempena bulan yang mulia ini? 


Memandangkan Ramadhan kali ini merupakan tahun ketiga berpuasa di Terengganu, jadi tak ada masalah bagi Momoy. Kawan-kawan Momoy selalu kata, "Sedihnya buka puasa sorang-sorang". Yeke? Tapi Momoy dah biasa. 


So bila bulan puasa, terasa waktu lambat sangat (even balik sejam awal). Sebab tak keluar breakfast. Tapi Momoy dan kawan-kawan Momoy yang bujang ni pelik sikit. Memo dah keluar bulan Ramadhan ni balik 4.30 pm tapi kami tetap nak tunggu sampai pukul 6 petang! Ada jumpa tak orang pelik macam kami ni?


Feel nak balik awal tu tak ada. Sebab tokey bazar pun baru nak susun kueh mueh. Momoy sewa rumah seorang saja jadi balik awal pun nak buat apa kan. Jadi, pukul 6 tu suitable la dengan orang seperti Momoy ni. 


Banyak lagi wallpaper Ramadhan yang cun di [SINI]


Sebelum balik rumah, Momoy akan singgah dulu di bazar Ramadhan. Puasa tahun ni Momoy berjaya kawal nafsu membeli berbanding tahun sebelumnya. Cukup dengan beli nasi dan 2 lauk. Itu saja. Kurma Yusoff Taiyoob dan air suam. Memang niat dari awal puasa lagi tak nak membazir. Nak beli apa yang Momoy makan sahaja.


Sampai rumah, buka TV3 tunggu Devaju di Kinabalu sementara tunggu azan. Rumah la tempat Momoy berbuka puasa. Azan terus berbuka puasa, mandi dan terus solat Maghrib. Kemudian drive babyboo ke surau belakang rumah untuk Isyak dan terawih. 


Mungkin berkat buka puasa dengan sederhana, maka Momoy dapat terawih 20 rakaat dan konsisten. Tahun sebelumnya 8 rakaat je lepas tu dah siap lipat sejadah. Syukur. Rasa tenang lepas balik rumah.

P/s: Time bulan puasa lebih suka dengar radio, banyak lagu raya =) 

25 July 2012

Seronoknya di Gold Coast Morib Water Theme Park Resort TAPI...

Assalamualaikum kawan-kawan.

Momoy bermalam Gold Coast Morib Water Theme Park untuk 3 hari 2 malam. Terletak di Pantai Morib, Banting, Selangor. Tempat menyeronokkan juga la bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Kawasan water theme park tu sederhana besar. 


Dari dalam bilik Momoy dah boleh nampak view taman air tu. Menarik. Boleh nampak dengan jelas. Gambar bawah ni semuanya diambil dari balkoni bilik Momoy


View KIRI dari balkoni 

View KANAN dari balkoni. Bumbung putih tu tempat breakfast. Belakang tu pantai.

View DEPAN dari balkoni

Snap dari katil DALAM bilik. Macam mana? Ok tak.


Bahagian dalaman dan susun atur bilik hotel tu selesa dan agak luas. Memang boleh dipuji. Tapi yang suprise bilik TV biasa (bukannya LCD bagi hotel bertaraf 4 bintang) dan tiada saluran Astro. Erkk...


Seronok ke di Gold Coast?

Momoy akan jawab seronok hanya di water theme park tu tapi dari segi pengurusan sangat mengecewakan. Kenapa? Momoy listkan di bawah.


>>> Boleh bayangkan bagaimana Momoy stay di sana 3 hari tapi selama itu la tiada service room untuk menukar towel dan mengemas bilik. 


>>> Call berpuluh kali talian operator (dalam bilik hotel) tapi tak diangkat. Pelik. Entah yang ke berapa puluh kali, akhirnya dijawab. Momoy minta sejadah tapi tak sampai-sampai. Bila call semula operator, tak dijawab. Kesudahannya, Momoy guna baju untuk dijadikan sejadah. 


>>> Suka jakuzi yang besar dan luas untuk 2 orang. Bilik cantik tapi bau tak segar. Di lantai bilik air ada kesan-kesan dinding cat tertanggal. Seperti bilik air tu tak pernah dibersihkan selepas renovation atau penghuni sebelumnya.


>>> Menu breakfast yang sama setiap hari dan tak menarik. Kekurangan staff nak angkat pinggan dan nak isi tray yang dah kosong.


>>> Senyuman dari staff hotel? Huhhh... Mimpi laa...


>>> Annual Dinner company Momoy di luar bangunan hotel (tempat memang disediakan untuk sebarang event di situ). Suprise nya inilah kali pertama kami makan dalam gelap. Tak ada staff yang pantau makanan jika habis. Masa tiba giliran Momoy untuk ambil nasi, nasi dah habis. So, Momoy dan 2 orang kawan Momoy panggil dan melambai-lambai staff di situ. Tapi jangan kan nak datang, cuma menoleh dan buat tak tahu saja. Dasyat.


Bukan bertujuan merosakkan imej resort tersebut tapi memang banyak benda yang tak puas hati. Sayang sangat tempat menarik dan seronok untuk keluarga berehat tapi pengurusan hancur. 


Adakah Momoy nak pergi lagi?

Dah tentu TIDAK dan Momoy tak recommend kawan-kawan untuk ke sana. 


Klik gambar untuk tumbesaran sihat

Klik gambar untuk tumbesaran sihat


Boleh baca review  pihak lain tu di GOLD COAST RESORT MORIB | GUEST REVIEW. Rata-rata beri komen negatif dari segi pengurusan. Bahaya tu. Harap pihak terlibat lebih peka la dan tingkatkan penambahbaikkan mutu perkhikmatan.


Jadi, Yay or Nay? 
NAYYY....

19 July 2012

Testimonial Penuh | Cabaran dan Kronologi Menggunakan Produk Aura Maya


Assalamualaikum kawan-kawan.


Tidak. Momoy bukan duta produk Aura Maya. Malah jauh sekali dibayar untuk buat testimonial ini. Maka, ini adalah testimonial jujur dari Momoy. Semua gambar tidak diedit kecuali letak watemark.



Mungkin ramai yang dah tahu produk yang dah lama jadi sebutan para blogger. Momoy dah guna dan ini review Aura Maya skincare Momoy.





Produk Aura Maya Skincare (UPDATE : tukar gambar sebab gambar ni lagi cantik)



Yang tak tahu tentang Aura Maya. Momoy cerita sedikit mengenai produk ni. Secara ringkasnya, Aura Maya  diasaskan dari bahan-bahan semulajadi dan telah diuji oleh lecturer UPM dan kemudiannya dipatenkan.


Aura Maya hanya dijual dalam talian (online) sahaja. Oleh sebab itu, kawan-kawan tak akan menemui produk ini di kedai-kedai atau di pasaran luar.


Momoy jumpa produk Aura Maya ni dalam FB Sis Asida. Dah lama nampak produk tu dalam FB beliau tapi buat tak peduli sebab Momoy consume Glutathione. Hinggalah Momoy habis Shutdown, habis wajah Momoy keluar jerawat satu muka hingga ke bawah dagu. Sedih sangat waktu tu. Ada juga jerawat besar yang tumbuh di beberapa tempat.



Inilah rupa kulit Momoy selepas Shutdown. Gambar diambil sehari SEBELUM pakai Aura Maya. Yang putih-putih tu krim Oxy 10 yang Momoy letak di jerawat besar.


Close Up



Mungkin bagi sesetengah orang, masalah jerawat di kulit muka Momoy tak serius mana. Tapi yang mengenali Momoy memang tegur bila tengok muka Momoy tiba-tiba saja dipenuhi jerawat. Waktu tu Momoy dah gelisah. Momoy cuba pakai macam-macam skincare yang dicadang oleh kawan-kawan untuk selesaikan masalah jerawat Momoy tapi tak berjaya. Sedih...


Entah macam mana teringat Sis Asida ada jual skincare yang boleh hilangkan masalah jerawat ni dan banyak juga customer yang bagi feedback yang positif.


Tapi Momoy tak terus order. Sebaliknya Momoy buat research dahulu di internet (dekat seminggu juga la) untuk cari info, kesahihan dan pemilik sebenar testimonial pengguna. Ini sebab Momoy sangat-sangat tidak suka dealer atau seller yang copy paste testimonial pengguna dari seller yang lain.


Momoy juga cari negative side tentang Aura Maya ni, tetapi setakat ni masih tak jumpa. Setelah yakin dan puas hati, maka Momoy order Aura Maya bersama 3 lagi produk Glutathione dari Sis Asida.


Terima saja parcel Aura Maya, Momoy sebetulnya tak letak harapan yang tinggi sebab tak nak rasa kecewa lagi. Yang Momoy harapkan cuma Momoy dapat kembali kulit Momoy yang asal. Kulit biasa Momoy ada jerawat kecil-kecil. Macam tu pun dah cukup.



Ini set biasa Aura Maya yang Momoy dapat. Kecil sahaja packagingnya. Mengandungi 3 items- sabun, krim siang dan krim malam. Memang kecil tapi guna krim tu sedikit sahaja dah memadai. Kotaknya lagi kecil dari kotak perfume YSL Momoy.



Hari pertama pakai Aura Maya, memang tak ada kesan lagi cuma Momoy suka sabun Aura Maya tu. Kulit rasa bersih dan lembut. Sabun pula tak cair macam sabun-sabun kecantikan yang lain.


Hari ketiga muka Momoy rasa sedikit tegang dan merah-merah sedikit. Tak sakit macam kebanyakan produk lain. Waktu ni ada sedikit pengelupasan (peeling) yang lembut. Tapi tak menyakitkan dan tak jelas pun. Hinggakan tak siapa perasan pun muka Momoy waktu tu sedang peeling.


Yang bestnya, hari ketiga saja jerawat besar Momoy dah mula kecut. Jerawat baru tak tumbuh. Wah memang suka.




Hari KETIGA penggunaan Aura Maya



Masuk seminggu muka Momoy sedikit pedih dan tegang macam plastik. Masa tu mula la ber 'pm' Sis Asida di FB sebab igat produk Aura Maya yang dijualnya tiruan. Sebab baca testimonial orang lain tak jadi pun macam tu. Risau tak menentu. Oh mestilah risau kulit ooo... Kulit kan aset bagi para gadis!


Eh rupanya Momoy pakai krim tu berlebihan. Krim yang boleh tahan hingga 3-4 bulan tapi Momoy guna dah hampir separuh bekas dalam masa kurang dari seminggu. Patut lah. Suspen saja.


Sis Asida ajar guna krim dengan cara yang betul. Guna krim hanya sikit sahaja. Sangat-sangat nipis dan dalam keadaan wajah yang lembap selepas cuci. Baik. Momoy ingat ni. Sangat-sangat nipis. 


Bila dah guna ikut cara yang betul baru la tiada kesan tegang atau merah-merah. Dan kawan-kawan dah mula tegur kulit muka nampak sihat dan berseri (glowing). Syukur. Gambar bawah ni seminggu selepas pemakaian Aura Maya. 





Gambar SEMINGGU penggunaan Aura Maya




Minggu ke-2 muka Momoy dah kurang jerawat dan bertambah glowing. Momoy suka. Sebab tak pernah terfikir yang kulit Momoy boleh glowing. High expectation pun hanyalah pimples hilang.

Lupa Momoy nak cerita, sepanjang penggunaan Aura Maya untuk dua minggu pertama, ada pantang larang yang wajib diikuti pengguna susuk Aura Maya. Iaitu dilarang berjemur dan pakai sebarang produk skincare atau kosmetik lain termasuk lah bedak. Tujuannya untuk meneutralkan kulit.


Jadi, kawan-kawan boleh bayangkan tak bagaimana seksanya Momoy pergi kerja dengan muka oily dan togel tanpa sebarang make up even berbedak? Tapi nak kulit cantik punya pasal, sanggup la Momoy terima cabaran tu.

   




SELEPAS 2 MINGGU 




Alhamdulillah. Sekarang kalau pergi ke mana-mana Momoy dah selesa tak pakai bedak atau make up.  Cuma pakai bedak baby Johnson & Johnson tu nipis-nipis sahaja. Siap berani berwajah 'suci' semasa annual dinner company Momoy di Gold Coast

Walaupun begitu, Momoy confident sebab muka Momoy sekarang nampak lebih bersih, cerah dan glowing. Yang paling seronok jerawat dah berkurang dan tak berminyak lagi macam dahulu. Tak percaya? Kawan-kawan lihat gambar di bawah dan buat  perbandingan sendiri.



SEBELUM | Wajah dengan makeup (gambar dahulu)


SEKARANG | Wajah TANPA makeup kecuali sedikit eyes makeup



Adakah Momoy akan terus gunakan Aura Maya? Ya. Sudah tentu. Dan Momoy berani syorkan pada kawan-kawan yang alami masalah kulit seperti Momoy untuk mencuba. Lagipun Aura Maya skincare ni selamat sebab ramuannya tidak mengandungi sebarang bahan kimia.


Aura Maya hanya menggunakan bahan alami (semulajadi). Sebab itulah selepas bekas krim dibuka, jangka hayat hanyalah 5 bulan. Selepas tempoh 5 bulan, kalau tak habis perlu dibuang. Jadi, tak perlu risau tentang kesan sampingan atau jangka panjang. Kesannya yang terjadi hanya kulit akan menjadi licin.


Ditegaskan, ini bukan entri riak atau apa, tapi untuk berkongsi kejayaan cabaran Aura Maya dan mahu berkongsi keberkesanan produk yang terbaik dengan kawan-kawan. Yela. Perempuan memang mahukan kulit yang cantik kan. 


Kalau kawan-kawan berminat untuk mencuba, boleh terus PM ke Facebook Sis Asida. Selamat tampil cantik untuk Aidilfitri nanti. Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua.


P/s: Yang request entri tentang Gold Coast tu next week Momoy post yea ^^ 



12 July 2012

Gold Coast


Assalamualaikum kawan-kawan.

Momoy leaving to Gold Cost tomorrow. Gambar Gold Coast ni Momoy ceduk dari Google.


Wahh...cantiknya. Modern City 

Wahh lagi. Banyak kapal-kapal mewah landing @.@

Oppss... Bukan Gold Coast yang itu tapi Gold Coast yang ini...


Gold Coast Morib Theme Park


Budget oversea tapi dalam Malaysia saja... Sengal betul. Malaun mana la yang pilih tempat ni. Pilih la Bali ke Chiang Mai ke Seoul ke.

Ada apa ke sana ? Ini sebab company baru Momoy adakan team building and anual dinner. Juga ada kursus motivasi oleh Dato' Dr. Fadhillah Kamsah. Weh. Mahal tu bayaran dia, ada dalam 15k. Baik belanja staff pergi oversea macam company sebelah kita ni. Envy ooo...

Actually, Momoy tak nak pergi bila tengok tentatif program. 3 hari 2 malam tapi penuh dengan seminar T___T 

Slot 1: Intropeksi Diri dan Memahami Minda. 
Slot 2: Membina Pasukan Kerja Yang Cemerlang. 
Slot 3: Rahsia Menjadi Pekerja ‘Superstar’. 

Boleh muntah hijau. 
'Bos Momoy tak nak, tak nak, tak nak pergi'. 
'Boleh tapi potong gaji'. 
'Okay, Momoy pergi'
Huhu... 

Baiklah. Momoy nak pack baju, jeans, accessories dan segala yang berkaitan. Kawan-kawan tolong doakan Momoy selamat pergi dan pulang ye. First time nak bawa baby boo jalan jauh nih. Sebelum ni bawa baby boo pergi-balik kerja dan jalan-jalan sekitar pantai je.




UPDATE
Seronoknya di Gold Coast Morib Water Theme Park Resort TAPI...

04 July 2012

Reese's Pieces MEGA BALM

Assalamualaikum kawan-kawan.


Salah satu item yang wajib bagi Momoy adalah lip balm. Seperti lotion yang Momoy tak boleh tinggalkan setiap hari. Begitu jugalah lip balm. Lip balm ni sangat-sangat membantu Momoy untuk mendapatkan bibir yang lembut dan lembap.



Momoy nak review Reese's Pieces MEGA BALM yang besarnya 3 kali ganda dari lip balm biasa. Lip balm ni dari Hershey's New York. Buatan Taiwan.

Momoy beli perasa chocolate. Bila buka penutup dan cium-cium (hidu sebenarnya) ada bau cokelat yang yummy yummy ^________^



Bila pakai tak ada pun bau cokelat tu T___T

Tapi bila fikir dari sudut yang positif (untuk ambil hati Momoy), mungkin bagus juga sebab kalau bau cokelat  tu kuat, confirm Momoy asyik jilat bibir jer. Mesti rasa macam cokelat asli jer.

Dari segi packaging, lip balm ni sangat hodoh. Walau pun begitu, Momoy suka sebab lip balm ni sederhana lembap. Oh ya, Momoy kurang suka lip balm yang terlampau moist sampaikan terasa oily. Pelik.

Lip balm ni teksturnya sederhana padat. Tak pecah-pecah dan sangat smooth bila calitkan di bibir. Tak kering dan lembap sentiasa. Mabeles!



Lip balm ni jenis yang berwarna. Sebenarnya Momoy prefer yang clear atau light pink. Tapi kalau dah pilih yang chocolate, apa lagi warna yang terlintas kan. Mestilah koko. Tapi Alhamdulillah, tak adalah obvious pun warnanya bila pakai.



Ini dah 4 bulan penggunaan Reese's Pieces MEGA BALM sekerap mungkin. So, ada sesiapa boleh teka bila lip balm ni akan habis?

02 July 2012

Shampoovolution


Assalamualaikum kawan-kawan.

Teringin nak bertukar shampoo setelah 3 tahun asyik pakai shampoo yang sama saja. Momoy pakai Loreal. Beli whole set lagi tu.


Sebelum Loreal tu Momoy guna Herbal Essential yang sangat-sangat wangi. Alaa… yang iklan ‘bagi balik duit saya’ tuu. Yang Herbal Essential tu pula kalau tak silap Momoy 3 tahun juga Momoy guna. Momoy macam tu la, kalau dah suka produk tu memang akan stick lama-lama sampai la Momoy bosan.


Shampoo baru Momoy ni Momoy beli di Watson saja. Yay, syukur. Dah ada Watson yang dekat dengan rumah. Baguslah. Memang tiap minggu la pergi melawat rumah hijau tu.


Setelah melilau-lilau akhirnya Momoy nak cuba shampoo ni, Asience. Ada 4 jenis ikut jenis rambut yang dibezakan dengan warna- gold, hijau muda, putih dan pink. Momoy ambil yang botol warna gold – Inner Rich.


Jangan takut perkataan rich tu yer. Orang tak kaya pun boleh beli shampoo ni >.<


Kiri conditionerKanan shampoo 


Hopefully, lepas pakai shampoo ni rambut akan jadi macam awek-awek Jepun yang pegang pedang samurai tu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...