.::: MOMOY blogirl :::.: June 2012

28 June 2012

Cute onot

Assalamualaikum.

Tiada entri bertulis cuma nak show off cable tie laptop Momoy yang comel ni. Kiut tak  >.<







P/s: Sorry. Gambar blur 

24 June 2012

Liese Juicy Shower | The Best Hair-Hydrating Mist

Assalamualaikum kawan-kawan.

Pernah nampak tak benda ni…




Alaa... kalau yang selalu visit drugstore Watson atau Guardian macam Momoy ni mesti pernah nampak ni kan.


Haa… Momoy dah lama pakai hair mist ni. Dah cuba beberapa jenama hair mist sama ada yang mahal atau murah tapi tetap suka hair mist dari Liese ni. Jujurnya, dahulu memang Momoy terpikat sebab botolnya- PINK! Actually, warnanya purple campur dark pink kot.




Momoy selalu sembur pada rambut selepas cuci rambut atau bila-bila yang Momoy terasa nak sembur. Memang best guna Liese Hair Mist ni sebab baunya sedap sangat. Bau berry.




Satu lagi yang Momoy suka sebab hair-hydrating mist ni buatkan rambut Momoy tak kering dan lembut. Faham-faham saja lah kalau dah rambut warna blonde ni memang senang nampak rosak berbanding kaler rambut natural atau perang.

Boleh refill kalau hair mist ni dah habis. Botol refill ni pun super kawaii. Isipadu refill ialah 340 ml. 





Cukup untuk dua kali refill. Jimat tau. 



19 June 2012

Bottom Fake Lashes by Daiso


Assalamualaikum kawan-kawan

Terjumpa bottom fake lashes (bulu mata palsu bawah) jenama Daiso yang sangat adorable. Serius. Dulu Momoy ingat kalau lashes yang un-brand atau yang murah-murah ni tak cantik. Tapi jenama Daiso ni okay juga dari segi kualiti dan designnya.


Bottom lashes dari Daiso


Lihat… setanding lashes dari Jepun yang sangat-sangat mahal harganya. Design lashes ni mirip Dolly Wink je kan?






Stail Momoy memang akan pakai separuh saja jika bottom lashes. Jadinya setiap bottom lashes Momoy akan kerat di tengah-tengah. Jadi, untuk lashes ni Momoy ada 2 pairs. Bijak bijak...


ATAU Momoy buat begini…





Dan hasilnya...




Tadaa! Dolly Wink No. 6 Baby Cute siap – idea kreatif Maii. Kalau kawan-kawan nak buat, sila mulakan di bahagian tengah supaya tak tercabut seperti Momoy. Silly me >.<


Gyaru guru, Tsubasa Masuwaka - ihsan Pak Cik Google


Oh Tsu-Chan…  Momoy suka kesemua produk kamu tapi terpaksa buat klon sebab harganya mahal sangat. Poket confirm kering bila shopping make up kamu. Maafkan Momoy ya! I love U. Ngee…

12 June 2012

Beruk Band


Assalamualaikum kawan-kawan.

Ini bukan cerita tentang band baru tapi tentang benda kecil mini Momoy yang super duper cute telah hilang. Apa lagi, broadband la. Mmm… bukan hilang tapi telah dicuri! Sadis kan? Kejadian berlaku semalam semasa Momoy keluar untuk tengok Euro 2012. Well… team Momoy (Germany) main kena la tengok. Nasib baik gol 1-0 dengan Portugal. Ish! Melalut cerita tentang bola pula.


Kembali pada topic asal. Rumah kena masuk orang. Si pencuri tu tak sempat ambil apa-apa barang besar-besar. Terima kasih gate besi yang sangat kukuh. Tapi pencuri tu berjaya buka pintu. Barang-barang dicuri dari luar rumah dengan cara ‘mengail’. Salah satunya broadband.


Huuu… berukband pun ambil. Macam mana nak buat kerja ni. Eceh. Tetiba rajin nak buat kerja. Konon. Yang sebetulnya, macam mana nak blogging ni, nak berpesbuk, nak derma duit Momoy pada owner-onwer blogshop bagai. Aduhai. Tapi mujur dia tak ambil lappy baru Momoy. Kalau tak mahu menangis tu. Tapi berukband tu pun baru je Momoy beli! Kejam kejam kejam kejam! Ohh…


05 June 2012

Korean Bun Maker | Aksesori Rambut Kesukaan Momoy



Assalamualaikum kawan-kawan.

Sebab ramai yang tanyakan Momoy bagaimana Momoy sanggulkan rambut ala-ala Korea ni, maka Momoy decide tulis dalam blog saja. Boleh juga kongsi dengan kawan-kawan jika ada yang masih tak tahu lagi.


Tapi sebelum tu kawan-kawan tahu tak apa itu sanggul Korea atau Korean bun ? Korean bun tu seperti gambar Momoy ni bawah ni.



Momoy buat Korean bun di sebelah kanan kepala dan hias dengan sepit mutiara dan bunga-bunga untuk ke majlis kahwin kawan >.<




 



Mesti kawan-kawan selalu Nampak artis-artis atau remaja-remaja Korea yang comel-comel tu ikat tocang macam ni kan. So, nak tahu tak rahsia cara mudah buat Korean bun ? Teruskan membaca ya.


Rambut Momoy panjang dan kadang kala memang bosan dengan gaya ponytail saja. Kalau tak ikat kemas, orang ingat cik Pon pula. Huhu...Sebenarnya trick paling mudah adalah dengan menggunakan Korean Bun Maker! Ada juga yang panggil Korean Magic Bun atau bun maker. 





Korean Bun Maker | Span hitam yang paling berjasa pada rambut Momoy



Itulah rahsia Momoy supaya korea bun Momoy nampak kemas, cepat dan chic (perlu guna bersama bobby pin dan rubber-ban). Langkah-langkah membuat korean bun seperti gambar di bawah. Senang saja.






Kalau kawan-kawan seorang yang kreatif, sebenarnya banyak lagi gaya yang boleh dilakukan dengan hanya Korean bun maker ni. Lagipun banyak tutorial cara mengggunakan Korean bun maker ni di Youtube. Momoy beli benda alah tu di Supermodel Secret

Selamat mencuba!
Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...