Lagi pencarian supplement dan sedikit update | .::: MOMOY blogirl :::.

31 May 2012

Lagi pencarian supplement dan sedikit update

Assalamualaikum kawan-kawan.

Apa khabar kalian? Yer...yer... Momoy tahu Momoy agak lama menyepi. Bukan malas nak update (sikit-sikit jer) tapi tuntutan tugas buat Momoy memang tak sempat nak online pun. Begitu la kerja Momoy jika ada shutdown (SD) atau turnaround (TA).


Tapi shutdown kali Momoy agak stress dan sedih juga. Hmm... mana ada SD atau TA yang tak stress. Tapi kali ni berlainan sikit sebab sahabat seperjuangan Momoy telah kembali ke rahmatullah. Selepas habis SD ni Momoy banyak dihujani dengan pelbagai soalan tentang kejadian tu. 


Yang Momoy maksudkan adalah arwah Rosli Mansor yang meninggal ketika letupan akibat kebocoran gas di GPP3. A-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. 


Kepada sahabat yang mendoakan Momoy selamat, jutaan terima kasih dan semoga Allah yang dapat membalasnya. SD seterusnya pada bulan September nanti. Ini bermakna Momoy ada masa untuk diluangkan di blog anak tiri Momoy ni. Tapi jika ada SD di tempat lain, so Momoy akan busy lagi lah. Patut la blog ni digelar blog anak tiri. Sebab selalu saja ditinggalkan. Kasihan blog Momoy. 


Update terbaru, Momoy sedang mencari supplement untuk kulit Momoy yang dah super tinted ni. Kereta kalau tinted mahal, tapi kalau orang tinted turunlah harganya. Waa... Sekarang ni Momoy amalkan White L-Glutathione yang berfungsi sebagai master anti-oksida untuk tubuh. White L-Glutathione ni Momoy memang maintain makan tapi Momoy nak cari lagi supplement lain juga. 




Ada kawan yang syorkan Momoy minum supplement sarang burung walit tapi Momoy agak keberatan sebab tak jumpa info tentang berapa mg dalam setiap ingredient nya dan lagipun jenis minuman ni Momoy kurang suka sikit. 


Bos ada beli supplement yang betul-betul hebat semua zat ada dan mahal juga untuk kami hari-hari tapi kitaorang buang. Maaf bos. Tapi Momoy liat nak makan (sebab pil tu besar) walaupun tahu supplement bos bagi tu baik dan sangat mahal pula tu. Sebotol lebih bos bagi tu Momoy simpan je sampai expired. Sekarang baru rasa menyesal. 




Baiklah. Momoy ada buat survey sikit dan rasa nak cuba supplement ni. Oh. Ini supplement yang ada dalam fikiran Momoy sekarang. 


Shaklee Sustained Released Vita-C 500 mg - sumber



21st Century Acid Free C - sumber



Kordel's Bio Ester C 1000mg plus Bioflavonoids - sumber



Kordel's E400 IU - sumber



Kordel's Alpha Lipoic Acid 200 mg - sumber


Shaklee Sustained Released Vita-C 500 mg tu kena beli online sebab Momoy tak jumpa stokis yang jual. Tapi supplement yang lain tu boleh beli di farmasi atau Guardian. Kawan-kawan pernah cuba tak atau ada cadangan vitamin lain?


2 comments

June 2, 2012 at 4:23 AM Reply to comment

al-fatihah utk arwah..


pilihan wktu zman skolah dulu slalu beli yg brand 21st century ^^

odah cuma mkn EPO (Evening Primrose Oil) jek MOMOY & Scot Emulsion pastu kdg2 amik vitamin kat hsptl krajaan...hoho...xmmpu nk beli supplement mahal2...tp kalo utk kesihatan apa salahnya kan

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...