.::: MOMOY blogirl :::.: April 2012

15 April 2012

Mencari lace false nail yang diidam-idamkan

Assalamualaikum kawan-kawan.

Sebagai peminat gyaru style (walaupun bukan seorang gyaru), Momoy ikuti perkembangan semasa gyaru. Ada masa, kelapangan dan masa yang sesuai, Momoy transform ke gyaru style. Dan sekarang fesyen gyaru di sana yang terhangat adalah kuku palsu (fake nail) yang ada lace. Oh oh… sangat-sangat romantik.


Sebenarnya, agak lama juga Momoy cari lace fake nails (yang sama seperti dalam Popteen) tapi tak jumpa. Kalau ada pun di online shop yang jual stuff-stuff gyaru tapi semuanya sold out. Tertanya-tanya juga kenapa yang Momoy suka yang itu jugalah yang orang nak. Haishh… Apa pun yang Momoy nak adalah LACE LACE LACE...


Sehinggalah tadi, Momoy sabar mencari bagi entah keberapa ratus hari dan akhirnya terjumpa lace fake nail yang sangat-sangat owesome. Jenis design 3D lagi tu. Yes! Hati dah berbunga-bunga suka tapi tetiba Momoy ternampak di sebelah kanan...


SOLD OUT

SOLD OUT

SOLD OUT


Arghh... terus rasa stress. Macam tak percaya. Kecewa. Sehinggalah akhirnya Momoy jumpa satu online shop yang available dan ada diskaun lagi. Momoy persembahkan sweet white lace french false nails yang bakal menghiasi jari-jemari Momoy... 






Haha... Sangat adorable kan? Esok juga Momoy bank in lepas habis kerja. Nanti boleh berangan sekejap jadi model Liz Lisa =)


Kredit gambar: Shoppingolics

14 April 2012

Cara mudah kesan orang curi gambar di Facebook/ Twitter

Salam kawan-kawan.

Momoy percaya kawan-kawan pastinya ada paling kurang satu akaun laman social kan. Tapi kawan-kawan boleh check atau tidak jika ada pengguna laman tersebut mencuri gambar kawan-kawan? Atau ada dalam kalangan pengguna laman tersebut menyamar dengan mengunakan identiti orang lain? Momoy ada caranya. Nak tahu kena teruskan membaca ya =)




Kredit gambar : Photography Graphics


Ini adalah tutorial pertama Momoy bagi blog ni. Hari ini Momoy nak share kaedah mudah untuk mengesan siapa yang mencuri gambar di rangkaian social. Cara ni kawan-kawan boleh gunapakai bagi laman social seperti Facebook, Twitter atau Myspace.


Tutorial mengenalpasti gambar di copy dari laman sosial:



  1. Buka web laman sosial (Facebook/ Twitter/ MySpace etc.) tersebut.
  2. Kemudian kawan-kawan copy image URL gambar dan paste ke  http://www.tineye.com
  3. Klik 'search'.



Sekian sahaja tutorial Momoy. Mudah sahaja kan. Kawan-kawan boleh mula mencuba dan silalah picit 'like' jika suka tutorial ini. Terima kasih =)

Adakah anda adalah blogger cun, kacak atau comel ?

Assalamualaikum kawan-kawan.

Jika jawapan kawan-kawan adalah YA, silalah join segmen ini. Terima tag dari Lyana Kamal. Tag segmen ni dianjurkan oleh Nabila Medan. Klik banner untuk join ya kawan-kawan. Rakan yang di tag caliph | odahone



08 April 2012

Part II: Cara nak dapatkan tapak kaki selembut bayi

Assalamualaikum kawan-kawan.


Seperti yang telah Momoy janjikan dalam entri yang lepas, 'Momoy mahu cuba ini...'. Maka, tibalah masa untuk Actizen foot mask review sama ada ia berkesan atau tidak.




Tak pernah terfikir pula entri kali ni nak cerita pasal kaki. Yelah. Kaki pun nak cantik juga kan. AMARAN: Elakkan baca entri ni jika kawan-kawan sedang menghadap breakfast atau kudapan ya. Momoy tak akan menanggung jika apa-apa terjadi pada kawan-kawan.






Actizen foot mask ni menjanjikan tapak kaki yang lembut seperti bayi dalam dengan berkesan dan selamat dalam masa 4-7 hari. Katanya lagi (pada packaging), ia sesuai untuk merawat kekasaran, kulit yang merekah, pecah tumit dan lain-lain masalah kaki yang memalukan. Kata percubaan tapi beli sampai 3 foot mask. Perangai huduh. Jangan tiru ye kawan-kawan. Kalau tak jadi memang jadi barang hiasan je ni.



Ini packaging Actizen foot mask tu. Ada instruction untuk rujukan. Mudah saja nak ikut. Jom. Dah tak sabar dah ni Momoy nak buat experiment.

 Momoy buka dan keluarkan dari package. Terdapat sepasang dalam package tu. Momoy picit-picit foot mask tu, ada sikit je serum dalam tu. Biar betul ni. Sebab face mask pun serumnya banyak. Tak apa. Kita tengok dulu.

 

Gunting di bahagian garis putus-putus. Hati-hati jangan sampai serum di dalamnya tertumpah ye.

Kemudian, pakailah foot mask tu. Momoy lupa nak ambil gambar tapi bayangkan seperti memakai stoking. Foot mask ni menggunakan plastik yang bermutu tinggi. Jadi tak perlu takut, ia takkan terkoyak. Gambar bawah ni Momoy sedang lekatkan sticker supaya serum tu tak meleleh keluar. 

 

Haha... lawak betul rupa kaki Momoy. Ada bau macam lavender tapi kadang ada bau chemical yang mild. Tak kuat pun. Jangan takut.







Momoy dah siap mandi, solat dan makan sebelum pakai foot mask ni sebab terpaksa pakai la stoking lawak tu selama 2 jam. Boleh saja kalau nak bergerak kalau semasa pakai foot mask ni tapi jangan tanggalkan tau. Okay. Momoy nak buat kerja sambil tunggu masa berlalu.



Setelah 2 jam, Momoy buka foot mask dan terus buang. Tak perlu pula rajin nak sahut seruan kerajaan untuk kitar semula. Foot mask ni untuk sekali penggunaan ye kawan-kawan, tak boleh recycle. Foot mask tak sama dengan face mask yang boleh rasa effect nya serta merta. Jadi jangan panik kalau tak ada rasa lembut ke atau apa-apa. Bersabarlah. Walaupun Momoy sendiri yang tak sabar. Ini progress Momoy pakai Actizen foot mask ni.

Hari kedua: Tiada perubahan.


Hari ketiga: Tetap tiada perubahan. Cuma Momoy terasa lantai rumah Momoy ni macam kotor jer walaupun dah sapu berkali-kali. Tapak kaki rasa kesat dan banyak habuk halus-halus melakat kat tapak kaki.


Hari keempat: Bila Momoy dah perasan yang tapak kaki Momoy dah mula mengelupas (peeling). Time ni, untuk mudahkan proses peeling rendam kaki dalam air suam. Bukan air panas. Rendam selama 30 minit.



peeling, actizen review, foot mask
Rupa tapak kaki Momoy selepas rendaman (day 4). Nampak macam sakit kan tapi sebenarnya tak terasa apa-apa pun. Sungguh!



Hari kelima: Dah start peeling di bahagian jari-jari kaki pula. Hari-hari Momoy rendam kaki lepas balik kerja. Seronok. Rasa selesa dan bagus untuk perjalanan darah.



Peel, peel dan peel lagi...


Hari keenam: Makin banyak peeling.



Proses salin kulit. Agaknya macam ini la ular salin kulit.


Hari ketujuh: Peeling hampir selesai. Cuma bahagian tinggal di bahagian tumit saja lagi.



Kalau tak pakai foot mask ni tak akan tahu banyak (tebal) kulit mati di tapak kaki. Boleh tahan juga tebalnya. Pesanan Momoy, jangan lupa untuk rajin sapu kerepek-kerepek kentang kulit yang jatuh berguguran.


Hari kelapan: Yay. Kaki Momoy betul-betul dah lembut macam kaki baby. Proses peeling tu tak sakit tapi yang sakit asyik kena cubit dengan kawan-kawan je. Jeles la tu. Haha...



TADA... Ini lah hasilnya. Perfect! Momoy memang puas hati. Sangat-sangat recommended!
































Untuk maintain kaki baby ni, Momoy cadangkan pakai foot mask sebulan 2 kali bagi permulaan kemudian boleh pakai sebulan sekali. Sentiasa lah pakai losyen atau krim kaki (Momoy pakai Aiken Intensive Care Cracked Heel Cream). 


Momoy telah dapat tapak kaki baby yang diidam-idamkan. Anda bila lagi? Hehe... macam iklan tv tak. Kawan-kawan yang nak cuba boleh la ke Actizen’s Facebook page. Selamat mendapat kaki baby.

Yay or Nay ?
Yayyyy....



P/s: Entri ni hanya tunjuk sebelah kaki saja. Actual Momoy buat sepasang kaki. Yelah. Takkan nak sebelah kaki je smooth. 


06 April 2012

Si Gula Kapas

Salam kawan-kawan.

Tiada apa yang special hari ni. Cuma Momoy nak share gambar gula-gula kapas (cotton candy) yang Momoy beli di kedai Mesra, Petronas tadi. Sambil lepak-lepak tepi pantai makan cotton candy memang best. Teringat zaman kanak-kanak dulu bila tengok cotton candy ni.







Tidakkah cotton candy ni nampak gebu, comel dan manis? 

04 April 2012

Momoy mahu cuba ini…


Assalamualaikum kawan-kawan yang Momoy sayang. 

Kawan-kawan pernah atau mengalami tapak kaki kasar, keras atau kematu ? Momoy juga. Walaupun setiap hari scrubbing dan pakai krim tapi sekadar rasa kasar tu kurang. Punca utama Momoy pakai safety boots sebab kerjaya Momoy. Jadi, Momoy memang selalu idamkan tapak kaki yang lembut seperti bayi (baby).


Momoy nak cuba ini | Actizen Foot Mask


Kawan-kawan jangan ingat hanya ada face mask sahaja. Foot mask pun ada juga dan foot mask bukanlah pertama kali yang Momoy dengar. Tapi Momoy tak pernah cuba sebab kurang yakin tentang keberkesanannya. Lagi pun Momoy selalu lakukan rutin Momoy (scrub dan sapu krim) maka Momoy tak tertarik.


Tapi entah macam mana, Momoy terlihat tentang Actizen foot mask di Groupon dan rasa nak cuba. Sebab waktu tu baca feedback dari Grouponier yang dah cuba semua bagi feedback yang positif. Setelah tunggu beberapa hari, maka Actizen foot mask tu tiba dengan selamatnya di office Momoy. Momoy sedang mencuba foot mask ni jadi Momoy akan review dan tunjukkan sama ada ia berkesan atau tidak. Nak tahu bagaimana Actizen foot mask ni bertindak, tunggu sambungan (Part 2) ya.


P/s: Jangan marah, ada Part II. Hee…


UPDATE: Jom tengok adakah ia berkesan di SINI

02 April 2012

1st Giveaway Forever Young By Nazihah Hsn


Assalamualaikum kawan-kawan.

Momoy terima tag yang pertama bagi blog Momoy ni dari blogger comel lyana akmal. Kawan-kawan dijemput sama join GA dari cik Nazihah ni. Maklumat lanjut sila klik banner =)




Momoy tertarik juga dengan GA nya. Momoy sangat-sangat appreciate apa-apa handmade stuff. Sebabnya ia menggambarkan berapa tinggi nilai commitment dan usaha yang dicurahkan oleh orang yang membuatnya. Lagi pun, handmade ni special dan unik kan. Kerana ianya terhad (limited edition).


Jadi, jom ramai-ramai join GA ni. Selamat berjaya semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...