Fikir yang baru… | .::: MOMOY blogirl :::.

26 March 2012

Fikir yang baru…

Assalamualaikum kawan-kawan.

Apa yang ada pada tajuk tu? Okay. Dah sah-sah dapat F dalam Bahasa Melayu kalau cikgu BM baca. Maaf cikgu. Tapi apa ada pada cinta tajuk…


Pertama… Dah hampir 2 bulan Momoy kerja di tempat baru. Hurray. Momoy suka pada kerjanya. Okay. Momoy tipu. Keja double stress dan lagi banyak ya. Tapi Momoy tetap suka sebab lagi beberapa hari, duit dalam akaun tu makin bertambah. Tu saja. Okay. Benda kecil kan. Tapi siapa tak suka duit? Kawan-kawan tak suka, sedekah saja pada Momoy. InsyaAllah, Momoy ambil.


Kedua – Yang ni besar sedikit. Orang sini (Momoy kerja di Terengganu) cakap ‘berat nanang’. Maksudnya berat sangat-sangat atau susah sangat-sangat la. Tak tahu pula Momoy macam mana rupa nanang tu. Err… kawan-kawan faham ke apa Momoy merepek ni? Tak? Hoh... berat nanang. 


Sambungan kedua… Kenapa sambungan? Sebabnya merepek banyak sangat kat atas tu. Yang kedua… mentang-mentang la gaji bulan lepas tak usik sikit pun, mula la Cik Sony ni buat hal. Jangan macam-macam Cik Sony. Nanti kurang iman Momoy sambar Encik Sambung yang paling hensem dan muda di pasaran. Siapa nak jawab?


Ketiga- Tak fikir lagi apa yang baru. Entri baru? Tunggu ya.


3 comments

March 28, 2012 at 8:55 AM Reply to comment

semuanya baru ek MOMOY...lagi baru lagi best!

March 29, 2012 at 12:47 AM Reply to comment

hoyeee, awk mmg tipu *tiba2 jaa kn, hukk...

March 29, 2012 at 11:20 PM Reply to comment

best la dah kerja

p/s: ada komen di blog tentang penggunaan Allah huruf besar..boleh bgtau yang mana satu sbb cari tak jumpa pun..:)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...