.::: MOMOY blogirl :::.: March 2012

30 March 2012

Sakura oh Sakura


Assalamualaikum kawan-kawan.

Cuba lihat favicon belog Momoy. Comel tak? Sebenarnya, dah lama nak pasang favicon di blog, tapi tertangguh sebab mencari favicon bunga sakura (atau cherry blossom) yang sesuai. Oh ya. Untuk pengetahuan kawan-kawan, Momoy suka sangat dengan bunga sakura ni. Seperti yang diketahui ramai, apabila tiba spring season (sekitar bulan Mac hingga April) di Jepun, pemandangan bunga sakura ni memang cantik dan romantik sangat.


Kenapa Momoy suka sangat dengan bunga kebangsaan tidak rasmi Jepun ni, kawan-kawan cuba google image sakura atau cherry blossom untuk jawapannya. 


Pemandangan sewaktu spring season di Jepun

Cantik kan?

Kredit bunga sakura: Google.com

29 March 2012

Segmen: Bloglist April-Mei Bersama Jebat

Salam kawan-kawan.

Ini segmen kedua yang Momoy join. Kawan-kawan yang tertarik nak turut serta sama, klik sahaja banner di bawah ya.



Tarikh tutup: 31 Mac 2012

26 March 2012

Fikir yang baru…

Assalamualaikum kawan-kawan.

Apa yang ada pada tajuk tu? Okay. Dah sah-sah dapat F dalam Bahasa Melayu kalau cikgu BM baca. Maaf cikgu. Tapi apa ada pada cinta tajuk…


Pertama… Dah hampir 2 bulan Momoy kerja di tempat baru. Hurray. Momoy suka pada kerjanya. Okay. Momoy tipu. Keja double stress dan lagi banyak ya. Tapi Momoy tetap suka sebab lagi beberapa hari, duit dalam akaun tu makin bertambah. Tu saja. Okay. Benda kecil kan. Tapi siapa tak suka duit? Kawan-kawan tak suka, sedekah saja pada Momoy. InsyaAllah, Momoy ambil.


Kedua – Yang ni besar sedikit. Orang sini (Momoy kerja di Terengganu) cakap ‘berat nanang’. Maksudnya berat sangat-sangat atau susah sangat-sangat la. Tak tahu pula Momoy macam mana rupa nanang tu. Err… kawan-kawan faham ke apa Momoy merepek ni? Tak? Hoh... berat nanang. 


Sambungan kedua… Kenapa sambungan? Sebabnya merepek banyak sangat kat atas tu. Yang kedua… mentang-mentang la gaji bulan lepas tak usik sikit pun, mula la Cik Sony ni buat hal. Jangan macam-macam Cik Sony. Nanti kurang iman Momoy sambar Encik Sambung yang paling hensem dan muda di pasaran. Siapa nak jawab?


Ketiga- Tak fikir lagi apa yang baru. Entri baru? Tunggu ya.


20 March 2012

Segmen Tambah Kawan By Arra Ahmad


Assalamualaikum.

Momoy terjumpa segmen ni semasa blogwalking tadi. Oleh sebab blog baru Momoy belum ada visitor, memang baik sangat Momoy join anjuran cik Arra ni. Harapnya, dapat la sedikit publisiti blog dan rakan blogger di dunia maya ni. 


 


Kawan-kawan jika berminat nak turut serta, boleh klik banner di atas ya. Tarikh tutup pada 20 Mac 2012

19 March 2012

Perlukan ini ?


Assalamualaikum kawan-kawan.

Di saat Momoy amat perlukan pen drive, Momoy ternampak ads Groupon tentang pendrive. Pendrive 48 GB ni adalah limited edition dari PenDrive yang hanya dibuat untuk Grouponier sahaja. Tidak dijual di mana-mana.


Memang puas hati (48 GB boleh simpan banyak file) cuma Momoy terpaksa tunggu masa agak lama. Kalau tak salah lebih kurang 3 -4 minggu sebelum cool stuff tu sampai ke tangan Momoy. Jom review gambar yang Momoy ambil ni.


Penghantaran dengan menggunakan servis dari Skynet.




Yay. Dari Groupon Malaysia!




Cool dengan warna kuning mendominasi  packaging berbentuk segitiga seperti signage of radioactive.




Ahh…  Juga free antivirus Avira Premium selama 6 bulan.



Pendrive ni dengan waranti selama 5 tahun jaminan.




Dengan fungi ‘click co’. Gambar sebelum click.




Gambar selepas click.




Testing.


Sekian. Terima kasih sudi membaca entri ini. Apa pula barang yang sangat penting bagi kawan-kawan pada saat ini?

17 March 2012

Limited Edition Papaya Shower Gel Body Shop


Assalamualaikum kawan-kawan.

Pernah dengar tentang kupon online (online coupon) ? Ya. Momoy amat gilakan diskaun yang ditawarkan dalam web-web sebegini yang sekarang tumbuh macam cendawan. Ianya dah jadi satu gaya hidup Momoy pula. Yang terbaru, Momoy redeem Body Shop Limited Edition Papaya Shower Gel 250 ml dari Living Social (dahulu dikenali sebagai Everyday.com).


  Sebenarnya ada 4 botol. Tapi sempat snap 2 saja sebab satu Momoy dah guna dan satu lagi Momoy hadiahkan pada kawan.


 Selama ni tak tahu pula yang buah betik ni boleh buat sabun mandi. Haha... Rupanya bau betik ni best juga ye.


 Harga sebotol shower gel ni RM22. Tapi beli dengan kupon di Living Social hanya RM13 je. 


 Dan... 50 sen untuk Body Shop paper bag Body ni sebab hari Sabtu- 'No Paper Bag Day'

16 March 2012

Akhirnya... (sebenarnya Mulanya...)


Assalamualaikum sahabat.




Fuh... setelah sekian lama menangguh untuk menulis entri pertama, akhirnya jari-jemari ni menekan jua huruf-huruf kat keyboard ni. Boleh senyum bangga. Tapi begitu lah, belog belum sedia sepenuhnya. Hanya template belog sahaja yang siap. Haishh... bukan apa, komitmen pada kerja yang selalu menghalang dari meneruskan hasrat berbelog. Tapi InsyaALLAH, dah ada belog ni, akan memaksa diri untuk cari masa dan peluang untuk update.


Oh ya, saya membahasakan diri sebagai Momoy. Apa yang akan Momoy update dalam belog ini nanti belum difikirkan lagi. Biar jadi satu assignment pada Momoy. Ok. Untuk entri pertama ini setakat ini dahulu coretan Momoy. Sampai jumpa lagi di entri seterusnya.


P/S: Salam blogger.
Credit gambar: http://konichiiwa.tumblr.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...