.::: MOMOY blogirl :::.: 2012

29 December 2012

Cara lentikkan bulu mata cara magis

Assalamualaikum semua.

Ahaa... jadi nak tahulah rahsia bulu mata melentik ye? Masalah Momoy adalah bulu mata pendek dan tak melentik. Kalau pakai maskara, bulu mata memanjang lurus ke bawah. Sangat kelakar. Dah berjenis-jenis dan jenama maskara Momoy beli dan cuba, dari yang murah hinggalah yang beratus-ratus harganya tapi harapan mata melentik hanya tinggal harapan (T_T) 


Penyelesaiannya, Momoy akan pakai bulu mata palsu (fake lashes). Tapi takkan la nak pakai fake lashes hari-hari. Takkan nak masuk plant pun pakai fake lashes. Buang tebiat namanya. Jadi, macam mana ? Macam mana?


Okay. Kawan-kawan pernah dengar eyelash curling tak? Haa... kalau belum cubalah. Service untuk buat eyelash curling tu adalah lebih kurang sama dengan cara kita perm rambut di salun. Cuma, bila buat eyelash curling kat spa tu kita kena relax dan tak boleh buka mata sepanjang rawatan nak melentik tu. Momoy tidur je terus sampai orang spa tu yang kejutkan. Haha.


Jangan tanya Momoy bagaimana proses dia perm bulu mata Momoy tu. Sebab Momoy dah beradu. Best sangat dengar lagu lembut dan bau yang menyenangkan. Lagipun memang tak dapat nak buka mata sepanjang proses tu kan. Kalau orang spa tu naik syeh ke apa ke memang tak akan tahu. Huhu.


Cuma dapat rasa dia bersihkan mata Momoy, pasang eye sticker kat bahagian iris Momoy. Letak ubat seperti ubat perm rambut (ye la kot sebab bau sama jer). Kemudian terasa dia pasangkan gulung-gulung halus pada bulu mata. Tak menyakitkan dan rasa sejuk saja sepanjang perming.




Salah satu proses semasa lash perm - Picture source 



Dan perkara yang paling penting dan perlu diketahui adalah... Jangan mengada-ngada nak pakai contact lens semasa perming. Buang dahulu lens kaler-kaler kamu. Dan selama 3 jam selepas perming, elakkan dari terkena air. Maksudnya tak boleh cuci muka lah. Jadi Momoy suggest, bagi muka anda yang cantik itu clear tanpa makeup kepada tukang spa. 


Masa rawatan bergantung pada kedegilan bulu mata masing-masing. Kalau lashes jenis lembut 45 minit sudah siap. Tapi kalau yang keras dan degil, mungkin makan masa 1 jam setengah. Momoy tahu mesti ada yang nak tanya 'berapa lama kelentikan itu dapat bertahan' kan. 


Bergantung pada bulu mata masing-masing. Tapi sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan. Best kan? Tak perlu pakai maskara tapi lentik dan cantik 24 jam hari-hari ! Kalau pakai maskara memang lebih kebaboom lah. 




Pandangan sisi. Gambar tanpa pakai maskara. 

Baru perasaan yang Momoy ada bulu mata selama ni. Haha. Okay lah tu bagi orang yang pendek sangat eyelash nya macam Momoy. Kesan lentikan lagi ketara jika kawan-kawan punyai bulu mata yang panjang okay.



Jadi, ada sesiapa terasa nak mencuba tak? 
Yang pernah buat, meh la share.


25 December 2012

Christmas ini, Momoy jatuh cinta pada En Beanie


Oh. Ramai juga kawan-kawan Momoy yang celebrate Christmas hari ni. To Jeanifer, Albert, Yeap, Ariisa dan ramai lagi nama yang Momoy tak sebut di sini, Merry Xmas dan selamat bertukar-tukar hadiah. Wee... 


Momoy di sini pula terpaksa berendam air mata. Bukan sebab tak dapat sama-sama beraya. Tapi sebab terpaksa bekerja. Sob sob. Jelesnya tengok orang lain lepak depan TV tengok cerita best-best *lap air mata*.


Jadi untuk mengubat rasa sedih tak dapat bercuti. Hari ini mari kita pakai scarf dan beanie untuk dapatkan mood. Elok sangatlah dengan cuaca sekarang yang asyik hujan saja. Jalan sana sini banjir T__T



En Beanie itu. lalala~

Boleh cari di Forever 21

Beanie yang paling Momoy sayang ni dari Korea designer - Style by Shez



Ingat tak drama Winter Sonata yang jadi fenomena dulu? Momoy sebenarnya tak minat pun drama tu cuma minat dengan beanie dan skaf dia je. Boleh? Lepas dari drama tu, sibuk ke mana-mana dengan beanie. Haha. Feeling habis.



Hasil rembatan terbaru di Camelion. Cantik tapi murah.

Design dari MOMOE yang buat Momoy jatuh cinta dan bankrup. Haha.



Tak kisah la Malaysia ni tak turun salji pun, janji dapat feel jadi macam awek Korea. Bhuahaha...



Yes. L O V E Sixty look.



Haa... ada dua benda ni baru boleh bajet awek Korea. Korea la sangat kan. Uhuk. Tapi serius. Kalau style kita simple gilos, tapi bila pakai beanie dan skaf (atau salah satu) boleh jadi gempak. Pakai t-shirt plain pun dah boleh nampak stylo mylo. Tak percaya? Cecuba. 


16 December 2012

Smelly No More | Siapa dah try ?

Assalamualaikum kawan-kawan.

Lama tak review produk. Jadi, hari ni nak review satu produk yang best. Ahaa... produk apakah itu? Bukan produk untuk muka tau tapi produk kulit. Sesuai untuk lelaki dan wanita. Selalu komplen asyik produk untuk perempuan je kan. 


Tapi sebelum tu, cuba angkat tangan masing-masing. Kemudian cium-cium ketiak anda. Keh keh keh.



Memperkenalkan Smelly No More Natural Cyrstal Roll On Deodorant Stick dari Total Image. 
*tepuk-tepuk tangan*



Hambik kau. Sekali nak review produk untuk ketiak daa. Tapi ketiak tu kan kulit juga. Ramai dah blogger yang buat review Smelly No More ni. Tapi tak peduli, Momoy nak buat review juga. Sebab confirm ada yang tak tahu lagi kan ? Kan ? Kan ? Haip. Jangan nak tipu.


Smelly No More ni bukan deodorant biasa tau. Tapi deodorant special ni dari batuan semulajadi garam kristal. Nak pakai yang asli tanpa sebarang kimia la kononnya. Cara nak guna pun unik juga. Basahkan bahagian atas batu kristal tu kemudian pakai kat ketiak masing-masing okay.


Smelly No More ni tak ada bau. Batu mana ada bau, ye tak? Walaupun Momoy tak ada bau badan atau berpeluh melampau, tapi Momoy tetap guna Smelly No More. Smelly No More ni dapat banyak  feedback yang positif. Ramai lelaki yang aktif bersukan di luar sana review ketiak mereka tidak masam dan berbau. See ? 


Okay. Kalau ketiak tak berbau tapi kaki je berbau. Jangan risau, Smelly No More boleh juga digunakan pada kaki. Hebakk ! Sekarang angkat kaki dan cium kaki pula. Haha.



Rupa batu kristal Smelly No More
Kecil dan comel - senang nak bawa travel



Momoy punya Smelly No More ni yang comel. Beli pada harga RM 16.90 untuk 60g dan RM 30++ bagi 120g. Mahal kan deodorant sampai berbelas-belas ringgit. Deodorant lain lingkungan RM 5 je. Mahal kan? Tapi mula-mula saja mahal. Tapi lepas tu kawan-kawan boleh bersorak sebab Smelly No More ni boleh guna sampai 5 tahun tapi batu tu tak susut-susut. 



Smelly No More Momoy expired tahun 2017 August !



Lagi satu yang Momoy suka tentang Smelly No More ni sebab ia hypo-allergic. Means orang yang kulit sensitif macam Momoy ni sangat-sangat lah recommended. Huh. Dulu pernah zaman study guna deodorant Enchanteur yang wangi tu, habis melecur ketiak Momoy T__T


Deodorant jenama lain okay, tapi melekit-lekit dan lambat kering. Tak selesa. Lagi-lagi kalau berbekas kat baju kesayangan. Huhu... Jadi bila pakai Smelly No More ni, semua masalah tu tak ada, terus suka. 


Bahan Smelly No More hanyalah natural mineral salt. Jadi, tak perlu risau. Ianya HALALBagi Momoy semua tentang Smelly No More tu Momoy suka. Cuma yang tak sukanya, perlu handle dengan hati-hati. Sebab kalau jatuh, takut batu kristal tu berderai pula. Momoy kan jenis yang kalut. Eh. Siapa tengok cekarama KALUT semalam? Lawak kan. Tiba-tiba.


- anti bacteria and eliminates odour - betul
- 300% more effective than commercial deodorant - hamboii... 300% tu
- hypo-allergic - yes yes yes
- alcohol free - ye la kot
- non sticky - ini memang ye. terbaik!


Itu kata pengeluar Smelly No More Natural Cyrstal Roll On Deodorant Stick dari Total Image. Siapa yang ke Watson atau Guardian, pergi capai Smelly No More ni sekarang ye =)


Siapa guna Smelly No More ? Jom share.

11 December 2012

Flat


Assalamualaikum semua.


Haip. Bukan flat 'itu' yer. Tapi flat kasut laa. Babap kang


Hari-hari busy sampaikan tiada masa nak berjalan-jalan dengan heels tercinta. Oh. Momoy ni pencinta kasut tumit tinggi. Pantang lihat heels yang gorgeous, pasti rasa tergoda. 


Hari tu di East Coast Mall, terjatuh cinta dengan heels dari Zang Toi. Super gorgeous Momoy cakap. Tapi tak beli sebab time tu cuma singgah ECM saja. Rushing. Sampai hari ni terbayang-bayang lagi heels tu. Huhu... I want. I want. I want.


Oleh sebab asyik pakai safety boots saja, betis pun dah sedikit naik. Untuk memeriahkan lagi, Momoy beli flat ! Perkara yang sangat jarang berlaku pada Momoy. Baguslah tu. Pakai laa flat tu sampai jadi kaki gajah. Huhu T__T


Balik rumah masih tak percaya lagi. Eh. Eh. Macam mana boleh terbeli flat ni. Layankan saja gambar sandal dan balerina baru Momoy dari Vincci ni. Sementara Momoy nak duduk di sudut dinding untuk berfikir macam mana boleh beli flat. Pelik. Pelik. *geleng-geleng kepala*



Momoy suka flat dari Vincci. Comfort kot =.=

Sandal biru pertama Momoy ! 

Sangat suka yang ini. Pink! Really-really comfort dan bow kecil tu 
menambahkan kecomelan ^____^

Double pelik. Biru lagi. Rak kasut Momoy didatangi 2 kasut biru kali ini x_O



Kawan-kawan suka kasut baru yang mana?


08 December 2012

Monsoon Cup

Assalamualaikum kawan-kawan tersayang semua.

Happy hari ni. Sebab termakbul juga nak pergi Monsoon Cup di Pulau Duyung, Terengganu. Tertunggu-tunggu bila, sebab tak tahu bila tarikh Monsoon Cup tu. Siap call tanya blogger dear Najihah. Keh keh keh.


Semalam dapat tahu dari member yang Monsoon Cup tu dah berlangsung. Bermula dari 5 hingga 8 hb December.


"Hey, esok last day tau Monsoon Cup"
"Hah. Yeke?"
"Kalau nak pergi, call jer"
"Wokeh. Wokeh. Balik kerja esok, Momoy terbang terus ke Paka! "


Maka, hari ini terjadilah pengembaraan (ayat apa nih?) Momoy dan kawan ke Pulau Duyung.
Sampai-sampai Kuala Terengganu, panasnya. Eleh. Kerja tengah panas hari-hari tak sungut pula =P



Sangat-sangat teruja bila nampak pemandangan ni.



Aktiviti pertama, Momoy isi perut dulu. Kawan Momoy suggest makan di Pasar Payang. Mulanya macam tak best saja bila tengok tempat makan. Yela. Budget restoran ke hape ke. Hamboiii. Tapi bila tengok lauk-pauk, aduhhh... Kecur liur.




Menu lunch Momoy - udang lemak 12 ekor

Telur masak pedas, kerang masak lemak, ulam dan sotong sebesar tapak tangan.
Cuba teka berapa harga ?



Kalau lauk macam ni makan kat Paka, confirm RM 30 -40. Tapi di sini cuma RM 12 SAHAJA. Wahh... Momoy pandang muka pakcik kedai tu dengan pandangan 'pakcik hilang spek mata ke'.


Kemudian acara cuci-cuci mata sahaja di Pasar Payang tu. Lalu-lalu jer, kalau singgah mesti lama membelek-belek. Lari pula tujuan asal nak ke sini. Lagi pun dah pukul 2 lebih. Monsoon Cup tu pukul 5 petang tamat dah.



Sempat snap. Kain-kain sutera, songket dan batik tu situ semua gorgeous-gorgeous.



Nasihat Momoy kalau nak ke Pasar Payang, sila bawa payung. Tempat parking jauh. Terpaksa berjalan sedikit. Lainlah kalau kawan-kawan 'Puteri Lilin approved'.



Plaza Warisan Bukit Puteri - berdepan dengan Pasar Payang. Plaza Warisan ni juga banyak kain songket, batik dan sutera. Kedai besar dan panjang dengan senibina yang sungguh WOW.



Nak ke Pulau Duyung, lebih trill kalau dapat naik bot. Actually, bukanlah trill mana pun. Cuma yang trill nya itu sebab, Momoy jalan sepanjang jeti dan naik dalam bot tu dengan pakai heels 4 inchi ! Saja cari maut betul la. Haha.



Perangai tak senonoh dia datang dah.



Banyak kapal-kapal layar yang bertanding. Tapi satu pun Momoy tak faham. Haha. Sebab bersepah-sepah kapal-kapal layar tu penuh laut. Lainlah kalau macam lumba lari, lawan dari hujung ke hujung. Kalau yang pertama sampai dulu, menang la.


Biarpun ni aktiviti sukan dunia yang berprestij (ewah ayat), tapi Momoy tak fokus pun pada peserta-peserta yang bertanding tu. Sibuk jalan sana, jalan sini, ambil gambar. Huh. Mesti frust si juara Taylor Canfield kalau dengar statement Momoy ni =P





Sekitar tempat berlangsung Monsoon Cup. Caption buatlah ayat sendiri ye. Adui. Kejam betul =P



Sebelum balik Paka semula, singgah sekali lagi di Pasar Payang, tapi luar saja. Kat luar Pasar Payang ni, banyak gerai jual buah-buahan. 



 
Sepanjang jalan dalam penuh dengan jualan pelbagai buah tempatan.

Sepanjang jalan luar pula penuh dengan penjual durian

Momoy beli buah biji mata kucing. Best makan dalam kereta. Juga beli serunding daging buat breakfast makan dengan roti gardenia.




Sampai di Puli pula, singgah lagi. Ada banyak gerai-gerai di tepi jalan yang jual air nira asli dan jagung. Bestnya jagung. Boleh pilih nak jagung mentah, jagung bakar atau jagung rebus.



Snap dulu sebelum sumbat mulut. Bhuahaha



Sekian sahaja laporan Momoy tentang Monsoon Cup hari ini. Eh. Baru perasan. Tajuk pasal Monsoon Cup. Tapi banyak cerita tentang makan je. Ya ampunnn Momoyyy.



Belek-belek cari gambar kapal layar tapi tak ada pula. Yang ada satu ni je. Ngokngek betul. Hehe...



Biarpun pendek sahaja aktiviti hari ni, tapi banyak masa yang Momoy korbankan. Oh. Pejam mata tak nak buat kerja hari ni. Tapi esok tahu laaa. Huhu... Aduh. Tetiba rasa nak demam.


Thank You Rimau sebab drive pergi balik sepanjang along the journey. Dan Momoy cuma tahu membesarkan perut sahaja. Haha. Tapi Momoy ni baik hati. Jadi, Momoy tepek juga la gambarmu Rimau di blog Momoy tau.



 Aisey. Muka kena watermark pula. Mcam tak ikhlas je nak tepek gambar. Ngee ~



 Jangan serik bawa Momoy pusing-pusing Terengganu lagi okay. 



05 December 2012

Supplement baru Beautskin best ke ?


Assalamualaikum kawan-kawan.

Sekarang ni banyak sungguh promote di blog dan Facebook tentang supplement hangat. 


'NAK PUTIH MACAM ARTIS SEPERTI ADIRA AF'
'NAK KULIT PUTIH BERSIH, BERSERI-SERI DAN AWET MUDA'


Eceh. Macam tu la iklan-iklan tersebut akan brainwash kita, kan? Walaupun hati kata, alahhh... tipuu je semua tu. Tapiii tengoklah apa yang jadi...



Uwaaa... habis juga 400 hinggit kat benda alah ni je. 



Oklah. Meh sini Momoy nak share sedikit info tentang produk ni. Nak lebih-lebih sila google ye sayang-sayang sekalian.



SNE kapsul. Sorry lah. Background comot dari biasa. Snap picture kat tempat kerja =P


Fungsi utama kapsul SNE

Kapsul SNE dihasilkan dengan menggunakan teknik pengekstrakan Superkritikal CO2yang paling canggih dan menawarkan manfaat pengekstrakan yang pantas, bebas daripada toksikdan kontaminasi demi memastikan terbitan nutrienyang maksimum daripada minyak biji seabuckthorn. Proses pengekstrakan yang bersuhurendah turut memastikan kebanyakan nutrien yang diperlukan tubuhdiekstrak dengan sempurna. 


Kapsul SNE digunakan secara tradisional sebagai suplemen kesihatan dan tidak mengandungi sebarang hormon, pewarna tiruan, bahan awet atau bahan kimiapertanian. Ia merupakan suplemen makanan yang bebas daripada toksik atau sebarang kesan sampingan.



Beautskin


Fungsi utama SNE Beautskin Essence (BE)

BE berupaya menguraikan melanin dan pigmen kuning pada kulit dengan cepat demi memutihkan dan memperbaharui sel badan secara keseluruhan. Ia menggalakkan metabolisme sel dari dalam ke luaran menjadikan anda lebih sihat dan mencerahkan kulit anda. Ia juga membebaskan enzim-enzim aktif sel, berkesan untuk menghalang aktiviti penyahaslian danmeningkatkan tenaga sel supaya tisu kulit seluruh badan berfungsi dengan normal.


Kesimpulannya, siapa nak sihat ambil SNE kapsul. Siapa nak putih ambil Beautskin. Momoy baru dapat tadi. Jadi, jangan tanya berkesan atau tidak sebab Momoy belum try lagi. Dah try nanti Momoy buat review SNE dan beautskin ni ya. Time tu nak tanya berbakul-bakul pun Momoy tak kisah.


02 December 2012

Update pukal


Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.

Seperti yang semua tahu (eh, yeke?), Momoy super busy sekarang. Bersamaan dengan kurangnya aktiviti blogging. Dan menyedihkan hanya tidur 2 hingga 3 jam sahaja setiap hari. Update entri ni korbankan masa tidur tahu. Jadi, bacalah entri boring ni sampai habis. Sob.


Cherating 

Okay. Hari tu ada mention yang Momoy ada projek di Gebeng. Sekarang dah sebulan tinggal chalet di Cherating. Whoaa... chalet Momoy betul-betul menghadap pantai. Tapi sedihnya, tak punya masa lagi nak jalan-jalan di persisiran pantai tu. Grrrr... 


Padini 

Secara tak sengaja, pergi ke East Coast Mall. Itu pun sebab singgah macam lipas. Busy busy busy. Dapat jeling je Padini Store buat sale giler-giler. Waa... nak shopping pun tak sempat. Dah la sale 3 hari saja. Hari ni last day. Orang Kuantan cepat pergi keringkan poket okay.


Kad bank

Oh my. Gaji dah masuk 3 hari lepas. Claim untuk bulan ni saja 2 ribu. Tapi Momoy terpaksa puasa. Tak dapat la nak makan berpesta ria. Kalau tak my babyboo tak dapat bergerak. Nanti lagi parah. Ni semua sebab kad bank Momoy hilang. Puas cari dalam babyboo dan chalet tak jumpa. Rasa nak nangis.Nasib baik sewa chalet tu awal-awal dah bayar untuk sebulan.


Dynamo

Hari ni balik rumah di Paka. Tersengguk-sengguk juga sebab badan penat, otak penat. Pagi-pagi pergi Tunas Manja. Pintu kedai pun baru je nak sorong naik. Cari dynamo nak basuh kain tak jumpa. Rupanya dynamo dah bertukar wajah. Sibuk sangat sampai apa jadi kat dunia ni pum Momoy tak tahu. Err... tapi Malaysia vs Indonesia menang 2-0 semalam Momoy tahu. 



Dulu baju biru, sekarang baju putih



Bubur Asyura

Aktiviti bubur asyura di office Momoy last week. Baru nak update. Tu pun kontot saja. Ni first time rasa bubur asyura Terengganu. Tak sangka pula, presentation bubur asyura ni tak macam 'bubur'. Presentation cantik, rasa sedap? Oh. Sikit pun tak sedap. Haha... Bubur asyura negeri Kedah sedap sangat biarpun rupanya tak berkaler-kaler macam Terengganu. Minta maaflah orang-orang Terengganu ye. Hehe.



Bubur asyura itu 



Sekian sahaja update kontot secara pukal dari Momoy. 

24 November 2012

Lip balm | Benda yang Momoy tabsub !


Assalamualaikum sahabat dan readers.


Momoy sebenarnya sangat fanatik dengan lip balm. Banyak brand dan jenis lip balm Momoy ada. Rasanya, dah ada dekat 8 batang lip balm. Banyak tak?


Semua tempat, wajib jumpa lip balm Momoy. Dalam bekas pensil, meja study, beg lappy, kereta, handbag dan macam-macam la. Pendek kata, memang tak boleh hidup tanpa lip balm !


Remember Momoy pernah review giant lip balm dari Reese? Yang terbaru, Momoy baru sahaja beli benda alah ni semalam.




Putih | Lip ice
Pink | Lip treat

Comel giler packaging =)

Lip Ice Mentholatum
Lip balm sunscreen protection 
strawberry flavor
SPF 15



Lip ice paling lama Momoy guna. Selalu beli perisa lemon. Tapi kali ni nak try strawberry pula. Suka lip ice sebab sejuk dan lembap je bibir. Tapi jujur cakap, yang lemon lagi best dari strawberry.


Bila tengok lip balm ni di Watson, terus screaming excitedly ! PINKKKK ! Sooo girlie kan. 



IN2IT Lip Treat
SPF 20 PA++ with DPHP
strawberry flavor



Terlebih excited sebab lip balm ni ada DPHP. Teringat ada produk Jepun untuk skincare yang ada DPHP. Macam kulit baby. Ada 4 warna tapi Momoy pilih yang sofy pink. Nampak lembap-lembap dan pink yang natural.


Momoy kalau keluar jalan, terlupa bawa lipstick tak apa lagi. Tapi kalau lupa bawa lip balm, sanggup patah balik. Sangat tak suka bila bibir tak lembap, terasa kering. 


Bibir Momoy lembut. Siapa nak kiss kiss ~



MOOD: Tengok Hanis Zalikha dalam Mariam Kampung Putat

17 November 2012

Nak jadi apa?


Assalamualaikum sahabat.

Rindunya nak blogging. Bila tinggal belog lama-lama, rasa pelik sangat. Sumimasen mina. Maaf lama tak ber-blogwalking ya. 


Oh yeah, semalam adalah pengajaran penting dalam hidup Momoy. Sampai bila-bila kot akan terkesan. Waa. Apa nak buat ni? Sampai rumah, terus google.


Semalaman, cari maklumat tentang keyakinan diri, tips pengurusan masa yang betul, cara tanggani stress dalam kerjaya dan maklumat lain yang penting dalam hidup manusia. Eceh. Senyum cikgu Bahasa Melayu Momoy kalau baca nih. 



PREVIOUS button - sesekali toleh ke belakang, sebagai pengajaran untuk masa depan.
PAUSE button - berhenti sekejap dan lihat sekeliling. 
PLAY button - terus bergerak ke hadapan. Gambatte Momoy !!



Oh. 3 minggu ini, Momoy dah bangun seawal 5 pagi. Sekarang dah jadi rutin harian Momoy. Kena disiplin untuk berjaya dan siapkan diri


Apa-apa pun, Momoy need to manage the next few months (until April) with great courage and strengthYa ALLAH, hanya Kamu yang mampu menolong aku. Aku akan melakukan yang terbaik dan aku berserah kepadaMu ya ALLAH. Amin.


Mood pagi ni terfikir bila dapat SMS ringkas. Ni haa SMS tu. 


"PENDAFTARAN tahun baru 2013"

1.   Jadi Kekasih
2.   Jadi kawan = 6
3.   Jadi kawan mengadu perasaan = 2
4.   Jadi kakak angkat = 2
5.   Jadi adik angkat = 2
6.   Jadi KEKASIH selamanya
7.   Jadi orang yang special = 1
8.   Jadi musuh
9.   Jadi TMM (teman tapi mesra)  = 4
10. Jadi sahabat sejati = 4
11. Jadi skandal 1
Update as of 24 Nov 2012

Skandal pun ada juga. Haha. Jadi, kawan-kawan nak daftar jadi apa untuk Momoy ??? Sila-silalah komen. Nanti Momoy counting eyh. Haha.


13 November 2012

Tips wangikan bilik tidur dan tandas


Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.

Satu lagi sikap Momoy yang tak boleh diubah ialah Momoy suka benda-benda yang wangi ! Maka, tempat peribadi (bilik tidur) mestilah senantiasa berbau harum. Kerja Momoy sangat stress dan hyper tension so bilik memang tempat paling relax bagi Momoy


Dah penat bekerja memang nak lepak bilik saja. Lagi tambah best bila bilik sentiasa berbau harum, terapi juga tu. Tak payah nak pergi spa-spa bagai, di bilik saja dah cukup. 


Petua orang dulu-dulu letak daun pandan atau kulit limau (atau lemon) dalam bilik. Oh. Siapa pernah buat? Okay. Bagaimana pula cara Momoy wangikan bilik tidur Momoy? Dekat sikit. Nak bagitahu rahsia ni.


Tadaaa...


Oil perfume 



Pernah lihat kan botol macam ni? Kat Jaya Jusco atau kedai hiasan banyak jual. Tapi Momoy ni jenis kedekut so beli banyak-banyak di kedai RM 5 sahaja. Jadi, selepas entri ini boleh ramai-ramai serbu kedai RM 5.


Momoy suka bau baked biskut jadi pilihan Momoy bau vanilla. Cara nak guna pun mudah. Paling penting bau tahan lama tapi murah. Boleh kata setiap penjuru bilik, meja dan bilik air wajib jumpa benda alah ni. Best tau bila blogging bau biskut. Nyam nyam...


Pada bahagian dalam almari pula, Momoy gantung scented sachet bau bunga-bungaan. Sebenarnya, di setiap laci pun Momoy letak benda tu. Momoy suka bau wangi bila almari atau laci dibuka.



Sekali beli sampai 10 paket. Murah je. RM 2 satu di kedai hiasan English. Cantik. 
Boleh buat sebagai deco juga.



Momoy juga letak scented sachet ni dalam sarung bantal supaya tidur lebih nyenyak, berkualiti dan relaxing. Ewah.


Haha... ramai yang pelik kenapa setiap kali Momoy keluarkan laptop ada bau rose =)
Rahsianya... Momoy letakkan scented sachet dalam bag laptop dan handbag. Biarpun Momoy perangai ganas tapi feminine side tu tetap ada wokeh. Eh. Momoy pun perempuan lah. 




Berbaloi beli jenis ni sebab baunya merebak ke setiap ruang bilik. 
Untuk deco pun cantik.



Banyak lagi cara untuk wangikan bilik. Tapi 3 items tu memang WAJIB ada dalam bilik Momoy


Ada satu cara lagi yang paling senang tapi dah Momoy haramkan. Dulu Momoy guna cara ni. Pernah suatu malam yang sunyi sepi, terdengar bunyi ssyyyy...sssyyy... pastu menusuk hidung bau wangi. Alamak. Momoy dah menggigil takut. Esok pagi baru teringat Momoy ada letak automatic air refresher dalam bilik. Ceh.


Okay. Selamat mencuba!



Miliki kulit cantik | Harga mampu milik




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...